The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2022-09-12 04:38:28

Seperti Kacang Lupakan Kulit

Skrip Drama Kumpulan 7

TUTORIAL

TAJUK: SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT

WATAK:
1. Mawar (Bibi Masyitah binti Masilin)
2. Bella (Rinnie Razali)
3. Puan Rokiah (Muthmainna binti Asmur Sabahdiansyah)
4. Pencerita (Bonia Dona Morera Melecio)

SINOPSIS
Mawar merupakan seorang budak kampung yang sangat pandai dan aktif dalam bidang
kokurikulum. Dia suka meluangkan masanya dengan mengulang kaji pelajaran dan membaca
buku. Dia merupakan seorang yang suka menyampaikan ilmu dengan mengajar rakan2
sebayanya, oleh itu dia sangat disukai oleh guru-guru dan rakan-rakannya. Sikap sopan
santun Mawar tidak lekang dari bualan orang ramai, tidak kira tua atau muda dia tetap
menghormati mereka. Namun semenjak ayahnya meninggal dunia, hidup Mawar berubah 360
darjah di mana dia terpaksa menghabiskan masa lapangnya dengan membantu ibunya
menjual di kafe sebagai pendapatan mereka untuk teruskan hidup memandangkan dia
merupakan anak tunggal yang menjadi harapan untuk membantu ibunya. Walaupun, dia
banyak menghabiskan masa menolong ibunya, namun itu bukan penghalang untuk tidak
menjadi pelajar cemerlang seperti biasa kerana dia bijak dalam mengatur masa belajarnya
disebabkan peperiksaan SPM kian mendekat. Setelah menduduki SPM, keputusan pun
diumumkan dan Mawar merupakan pelajar cemerlang yang mendapat straight A dalam
semua mata pelajaran. Dalam kegembiraannya itu, dia juga merasa sedih bagaimana hendak
melanjutkan pelajarannya demi mencapai cita2nya dengan ekonomi keluarganya yang sulit.
Namun dengan sokongan ibu dan rakan-rakannya, Mawar nekad untuk melanjutkan pelajaran
di negara orang di New York. Setibanya mawar di bumi New York, mawar bagai rusa masuk
kampung dengan suasana dan budaya masyarakat di sana. Baju kurung yang cantik
tersarung di badan mawar di pandang pelik oleh orang-orang di sana seperti dia tidak
mempunyai cita rasa fesyen yang terkini. Mawar rasa terpinggir dan tersisih apabila diberi
pandangan sebegitu rupa. Ketika itu jugalah datang Bella satu-satunya rakan malaysia yang
juga melanjutkan pelajaran di amerika. Bella merupakan orang kaya yang sudah melancong
di New York berjuta kali dalam hidupnya menyebabkan dia terbiasa dengan budaya barat dan
sedikit sebanyak telah menghapuskan jati dirinya sebagai orang melayu. Tanpa berfikir
panjang, mawar yang begitu naif tentang budaya hedonisme barat terus meminta nasihat

daripada bella untuk menyesuaikan diri dalam kelompok masyarakat barat. Setelah itu, mawar
yang dulunya ayu, manis, bersopan santun dan baik dengan percakapannya sudah berubah
kepada penampilan yang kasar dan hilang hormatnya kepada orang tua mahupun muda.
Selama 5 tahun mawar di New York, dia tidak pernah balik ke tanah air dan sehinggalah tamat
pengajiannya barulah Mawar pulang ke negara asalnya malaysia. Puan Rokiah begitu terkejut
dengan perubahan mendadak satu-satunya anak yang dikandungnya selama ini. Mawar
sudah tidak lagi menghormati ibunya tambahan dia tidak menggunakan bahasa melayu
dengan betul menyebabkan ibunya bingung dengan percakapan Mawar. Ibu Mawar begitu
kecewa dan bersumpah kepada anaknya bahawa mawar akan mendapat bala jika Mawar
enggan untuk berubah dan kembali kepada jati diri asalnya sebagai bangsa malaysia yang
bersopan santun serta berbahasa melayu dengan betul. Namun, Mawar begitu sombong dan
keras kepala. Sebaik sahaja Mawar melangkah keluar di luar rumah dia terdengar ibunya
teriak dengan kuat. Mawar dengan paniknya masuk ke rumah semula dan ternyata ibunya
jatuh pengsan akibat terkejut dengan perbuatan Mawar Selepas kejadian tersebut, Mawar
mula berubah dengan mengamalkan kembali kepada dirinya dahulu yang bersopan santun
terutamanya dalam percakapan.

SKRIP

BABAK 1
Watak: Mawar, pengetua dan rakannya
Tempat: Di sekolah

Pencerita Ini Mawar. Mawar merupakan seorang budak kampung yang sangat pandai.
Dia suka meluangkan masanya dengan mengulang kaji pelajaran dan
membaca buku. Selain itu, Mawar aktif dalam bidang kokurikulum. Dia
merupakan seorang yang suka menyampaikan ilmu dengan mengajar rakan-
rakan sebayanya.

Pengetua Baiklah murid-murid, itu sahaja kita belajar pada hari ini, semoga apa yang saya
sampaikan kamu faham.

Mawar Cikgu, ada apa-apa yang boleh saya bantu?

Pengetua
Ada, boleh tolong hantarkan ni ke bilik guru?

Mawar Boleh.

Pencerita
Justeru, Mawar juga sangat rapat dengan guru-gurunya. Dia juga sering
membantu guru menghantar barang ke bilik guru. Bukan itu sahaja, Sikap
sopan santun Mawar juga tidak lekang daripada bualan orang ramai, tidak kira
tua atau muda dia tetap menghormati mereka. Oleh itu, dia sangat disukai oleh
guru-guru dan rakan-rakannya.

Tiba-tiba, Mawar mendapat khabar bahawa ayahnya telah menghembuskan
nafas yang terakhir ketika dia berada di sekolah. Lalu, Mawar bergegas pulang
ke rumah.

Ibu Anakku, ayahmu sudah meninggal.
Mawar

BABAK 2

Watak: Mawar, Ibu Mawar dan pengetua
Tempat: Di rumah, di sekolah

Pencerita Namun, kehidupan Mawar berubah 360 darjah setelah kematian ayahnya.
Mawar terpaksa menghabiskan masa lapangnya untuk membantu ibunya
menjual di cafe sebagai pendapatan mereka bagi meneruskan kehidupan.
Tambahan pula, dia merupakan anak tunggal yang menjadi harapan untuk
membantu ibunya.

Walaupun, Mawar banyak menghabiskan masa menolong ibunya, namun itu
bukan penghalang untuk tidak menjadi pelajar cemerlang seperti biasa kerana
Mawar bijak dalam mengatur masa belajarnya disebabkan peperiksaan SPM
kian mendekat.

Setelah menduduki SPM, keputusan pun diumumkan dan Mawar merupakan
pelajar cemerlang yang mendapat straight A dalam semua mata pelajaran.

BABAK 3
Watak: Mawar dan Ibu Mawar
Tempat: Di rumah

Pencerita Selepas mendapat keputusan SPM yang cemerlang, Mawar mengemaskini
permohonannya untuk melanjutkan pelajaran.

Mawar berasa sangat teruja, kemudian dia memanggil ibunya dan memberitahu
bahawa dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara.

Saya dapat, UPU.

Mawar

Wah, kamu dapat sambung belajar. Tahniah.
Ibu
Mawar Namun, kegembiraannya bertukar menjadi sedih apabila memikirkan semula

ekonomi keluarganya.
Pencerita

Mawar (Berkata dalam hati)
Rasanya, lebih baik aku lupakan hasrat untuk sambung belajar di luar negara.
Sudahlah ayah sudah meninggal, ekonomi pun semakin merosot. Takkanlah
saya masih mahu menyusahkan ibu. Ibu pula, dari pagi hingga ke petang sibuk
bekerja. Rasanya saya perlu membatalkan hasrat saya untuk melanjutkan
pelajar di luar negara.

Ibu Wah. Alhamdulillah, banyaknya untung hari ini.
Mawar Mawar jangan lupa gosok baju ya, mau pergi sekolah.

Mawar Ibu, Mawar rasa Mawar tidak mahul ah sambung luar negara, ayah baru saja
meninggal, duit kita tidak cukup, kosnya tinggi ibu.
Ibu
Mawar Jangan cakap macam tu Mawar, itu sudah tanggungjawab ibu, kerja kamu
hanya belajar okay. Teruskan mencapai cita-cita kamu.

BABAK 4

Watak: Mawar, Ibu Mawar dan Bella
Tempat: Di lapangan terbang, New York dan University

Ibu Jaga diri baik-baik ya, di sana Mawar. Jangan lupa dan jangan terpengaruh
Mawar dengan budaya di sana.

Mawar Baik ibu. Mawar tahu Mawar ke sana untuk belajar, Nantikan kejayaan Mawar
ya ibu.

Ibu Okay Mayar, ibu tunggu.

Mawar

Kemudian ibu Mawar dan Mawar berjabat tangan sambil mengucapkan

Pencerita selamat tinggal antara satu sama lain.

Tiba di New York…..

Hari pendaftaran Mawar di kampusnya, dia ingin mencari tempat untuk melapor
Pencerita diri, lalu Mawar berjalan dan menyapa salah seorang pelajar yang ada di sana.

Tanya diduga, Mawar telah menyapa teman lamanya yang bernama Bella.
Bella merupakan teman lamanya yang telah lama berada di luar negara.

Hello Miss?

Mawar Eh, Mawar?
Bella Eh, Bella.
Mawar Stop! Stop! Stop!
Bella Lalu Bella bergegas menarik tangan Mawar.
Mawar, what are you wearing?

Pencerita

Baju Kurung, baju tradisional kita lah.

Bella

Mawar This is New York. Can you please change your appearance? This is not our
style here.

Bella Bella. Bolehkah ajar cara fashion macam kamu?

Bella bersetuju untuk mengubah penampilan Mawar.

Mawar

Setelah itu, Mawar dan Bella kembali menjadi teman karib dan mereka saling
Pencerita bertukar pendapat antara satu sama lain.

Lima tahun kemudian, Mawar dan bella berjaya mendapatkan segulung ijazah.

So, how was your result?

Bella As usual, I am in the first class.
Mawar
Bella Wow, Congrats!

Setelah hampir lima tahun berada di luar negara, akhirnya Mawar kembali ke
pangkuan ibunya semula. Namun….

Pencerita

BABAK 5
Watak: Mawar dan Ibu Mawar
Tempat: Di rumah

Pencerita Setelah hampir lima tahun berada di luar negara, akhirnya Mawar kembali ke
pangkuan ibunya semula. Namun….

Mawar Hey mom!

Ibu Mawar. Mawar sudah pulang.
Mawar I’m tired!
Mawar sudah berubah. Mana Mawar mak yang baik hati dan sopan santun?
Mawar Apa yang Mawar pakai ni?
Sudahlah ibu!
Ibu Mawar. Mawar sudah berubah! Mawar, Mawar.
Mawar Sana.

Mawar

Ibu
Mawar

Mawar Ya Allah, apa lah salahku anakku jadi begini?

Ibu Ibu sangat terkejut dengan tingkah laku Mawar lalu pengsan.
Mawar
(Berkata dalam hati) Ya Allah, apa yang saya buat tadi?
Pencerita Ibu!
Ibu!
Mawar Ibu bangun!
Ibu, Mawar janji akan berubah. Ibu bangun!

Mawar sangat kecewa dengan dirinya.

Setelah memikirkan kesalahan yang dilakukannya, Mawar tekad untuk berubah
semula.

Pencerita TAMAT.


Click to View FlipBook Version