The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohamad09-954, 2021-03-20 11:03:08

KERJA KURSUS 2 (RAIMI)

ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8)

ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
(EDUP3083)

NAMA: DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD RAIMI SYAZWAN BIN MOHD SAAD
NO. KAD
PENGENALAN: 980217-38-5105
2017192340139
ANGKA GILIRAN:

KUMPULAN: PISMP C8 AMBILAN JUN 2017
BAHASA MELAYU (SK)

NAMA PUAN SHARIZAN BINTI ABD HAMID
PENSYARAH
AKADEMIK:

TAJUK TUGASAN PENULISAN ESEI :
PROJEK:
PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN PEMBANGUNAN KERJAYA
SEBAGAI SEORANG GURU PROFESIONAL BERPANDUKAN
PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

TARIKH 20 MAC 2021
SERAHAN:

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
ii
BIL PERKARA
1-2
Penghargaan
2 - 10
1.0 Pengenalan
11
Perkembangan Guru Berdasarkan Kementerian Pendidikan 12
Malaysia

 2.1 Peringkat Pelaksana (DG 41)
2.0  2.2 Peringkat Penggerak (DG 44)

 2.3 Peringkat Pembimbing dan Mentor (DG 48)
 2.4 Peringkat Peneraju Perubahan (DG 52)
 2.5 Peringkat Pemikir Strategik (DG 54)
 2.6 Peringkat Pemikir Holistik (Gred Khas)

3.0 Kesimpulan

4.0 Rujukan

i

PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi atas izin kurnia-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan yang diberikan
dengan jayanya dan tepat pada waktu yang telah ditetapkan.

Sekalung aprisiasi dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan buat pensyarah
subjek Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru saya, Puan Sharizan binti Abd
Hamid, yang telah banyak membimbing, mendidik dan memberi kekuatan semangat dari segi
fizikal mahupun mental dalam proses penyempurnaan tugasan ini. Terima kasih juga dilafazkan
kepada ibu bapa saya yang tidak putus-putus memberi galakan sepanjang proses pelaksanaan
kerja kursus ini.

Tidak dilupakan juga buat rakan-rakan seperjuangan, semua individu yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya sebelum, semasa, dan selepas
tugasan ini dijalankan. Sesungguhnya segala kerjasama dan keprihatinan tidak akan saya
lupakan sama sekali. Segala usaha yang diberikan saya dahului dengan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga. Semoga semua yang terlibat mendapat ilmu yang bermanfaat dan mampu
mengembangkan potensi diri demi agama, bangsa, dan negara tercinta Malaysia.
Sekian, terima kasih.

ii

1 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (EDUP3083)

1.0 PENDAHULUAN

Selain daripada ibu bapa, insan yang bergelar guru ini merupakan individu yang sangat rapat dan
berpengaruh dalam kehidupan seseorang kanak-kanak atau murid. Oleh itu, frasa ‘guru
merupakan role model atau suri teladan’ ini adalah sangat tepat kerana murid-murid lebih banyak
belajar dan meluangkan masa di sekolah bersama guru-guru. Sebagai seorang guru, mendidik
dan memberi ciri-ciri teladan yang baik kepada murid merupakan satu tanggungjawab yang
sangat besar untuk dipukul agar dapat melahirkan anak watan celik dari segala aspek pendidikan
sejajar dengan pemodenan dan pembangunan yang telah dibuat. Guru juga dikatakan sebagai
seorang agen perubahan yang memainkan peranan penting dalam menentukan objektif yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidik Malaysia (KPM) tercapai dengan jayanya. Menurut
Salleh Abd. Rashid (2015) guru merupakan penyambung antara teori dan amalan dalam
pendidikan berdasarkan kurikulum yang difokuskan. Jelas di sini bahawa, guru boleh dikatakan
sebagai perantara yang merancang dan mengatur segala strategi agar ketetapan yang telah
dibincangkan di pihak atasan dapat dilaksanakan secara berkesan dan melahirkan output yang
berkualiti di hujungnya.

Namun begitu, tugas seorang guru bukan sahaja tertumpu kepada pencapaian anak
muridnya semata-mata. Mereka juga perlu memperbaiki dan melengkapkan diri dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran bagi memantapkan lagi profesion keguruan dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, pihak KPM telah mengambil langkah yang drastik dengan menggubal Pelan
Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) pada tahun 2016 untuk membantu guru
dalam merancang laluan kerjaya. Hal ini kerana, PIPPK diwujudkan adalah untuk menyediakan
sebuah garis panduan tentang laluan kerjaya bagi seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
atau lebih dikenali sebagai guru. Selain itu, PIPPK ini juga merupakan salah satu fokus utama
KPM untuk memartabatkan lagi profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Secara tidak
langsung, kualiti profesion keguruan ini dapat ditingkatkan berdasarkan langkah-langkah yang
dibincangkan dalam PIPPK.

Perkara ini diambil serius kerana menurut Salmah Kassim (2004) penambahbaikkan dari
aspek kualiti guru akan menjadikan suatu pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih berkesan.
Dengan kata lain, kualiti seorang guru ini memainkan peranan yang sangat penting dalam
menjamin keberhasilan murid yang merangkumi bidang akademik mahupun kokurikulum. Beralih
kepada tugasan yang diberikan, penulisan kerja kursus pada kali ini akan membawa kepada
perbincangan secara kritis mengenai pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya yang

MOHAMAD RAIMI SYAZWAN BIN MOHD SAAD | 2017192340139 1

2 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (EDUP3083)

perlu saya rancang sebagai seorang guru dengan berdasarkan kepada peringkat perkembangan
guru yang telah ditetapkan oleh KPM. Serba sedikit mengenai latar belakang, saya merupakan
seorang guru baharu bergred DG 41 yang telah ditempatkan di sebuah sekolah kawasan
pedalaman. Secara tidak langsung, saya menghadapi sedikit cabaran kerana sekolah ini belum
pernah mencapai sebarang kejayaan cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum
bagi tempoh 7 tahun kebelakangan ini. Sudah menjadi tanggungjawab dan misi seorang guru
untuk membantu membangunkan imej sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang
berwibawa. Oleh itu, saya perlu merancang pelan pembangunan diri dan kerjaya dengan lebih
teliti agar kaedah dan laluan yang perlu diambil adalah tepat bagi mencapai misi tersebut.

2.0 PERKEMBANGAN GURU BERDASARKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Seperti yang dibincangkan, pembangunan profesionalisme keguruan merupakan salah satu
alternatif dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
melaksanakan tugas dengan cekap dalam pelbagai peringkat kerjaya (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2017). Jika diteliti dokumen berkaitan dengan model Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (PPB) yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM, seseorang guru akan menjalani
beberapa peringkat perkembangan kerjaya sepanjang tempoh perkhidmatan mereka bermula
dari DG41 sehingga Gred Khas.

Peringkat tersebut dimulakan dengan peringkat pelaksana, penggerak, pembimbing dan
mentor, peneraju perubahan, pemikir strategik dan pemikir holistik. Dokumen ini turut
menjelaskan berkenaan kompetensi dalam kalangan guru. Hal ini dapat dilihat dalam bentuk
deskripsi tugas sepanjang perkhidmatan apabila bergelar seorang guru. Setiap deskripsi tugas
mempunyai perbezaan antara satu sama lain berikutan kepada peringkat perkembangan guru
dalam kerjaya mereka sendiri.

MOHAMAD RAIMI SYAZWAN BIN MOHD SAAD | 2017192340139 2

3 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (EDUP3083)

Rajah di atas menunjukkan Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya

Berdasarkan panduan yang disarankan oleh pihak KPM melalui PIPPK dan model PPB
ini, saya telah bercadang untuk merangka satu pelan pembangunan kendiri dan kerjaya saya
dalam menjadi seorang guru yang berkualiti dari segala aspek pendidikan di samping
merealisasikan hasrat untuk meningkatkan dan membangunkan imej sekolah yang telah lama
terkubur sejak 7 tahun kebelakangan ini.

2.1 PERINGKAT PELAKSANA (GRED DG 41)

Peranan Gred Tanggungjawab PPP

Pelaksana DG 41 Memahami dan melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan

Pada peringkat ini, saya sebagai guru novis akan memulakan kerjaya atau perkhidmatan dalam
bidang pendidikan ini dengan gred DG 41. Saya perlu mengaplikasikan segala latihan
perkidmatan yang telah diberikan sewaktu di Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada realiti
sebenar tugas hakiki sebagai seorang pendidik anak watan. Pada peringkat permulaan ini, Wong
Kieh Wah (2018) menyatakan bahawa seseorang guru pelaksana perlu melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan dengan penyeliaan serta bimbingan daripada guru yang
berpengalaman. Melalui penyeliaan yang teratur dan bimbingan yang mantap, saya akan cuba
sedaya upaya untuk menimba ilmu serta pengalaman daripada mentor untuk meningkatkan
pengetahuan dan kualiti pengajaran mahupun pengurusan peribadi.

MOHAMAD RAIMI SYAZWAN BIN MOHD SAAD | 2017192340139 3

4 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (EDUP3083)

Oleh itu, perancangan pembangunan kendiri yang boleh dibuat pada peringkat ini ialah
menggabungkan pengalaman serta ilmu pengetahuan yang diperoleh. Saya akan merancang
beberapa strategi untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian dalam bilik darjah agar murid
mudah untuk memahami isi pelajaran dan tertarik terhadap sesi PdP yang dijalankan.
Pengalaman dan ilmu pengetahuan ini juga boleh didapati melalui pembacaan hasil kajian yang
telah dibuat oleh pengkaji terdahulu mengenai masalah yang lazim berlaku dalam bilik darjah,
cara menarik perhatian murid dan cara menguruskan bilik darjah secara efisyen. Dapatan hasil
kajian tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk mengaplikasikannya dalam proses PdP
sebenar.

Selain itu, saya juga akan cuba untuk mencari punca atau perkara yang mengganggu
kelancaran proses PdP. Sebagai contoh, saya akan meneroka dan mengesan minat murid yang
tinggal di kawasan pedalaman untuk menghasilkan satu pengajaran yang menarik dan
bersesuaian dengan tahap kognitif mereka. Oleh yang demikian, murid-murid akan lebih tertarik
untuk memberi perhatian dan turut serta dalam aktiviti yang dirancang kerana tidak terbeban. Jika
masalah seperti ini dapat diatasi, secara tidak lansung proses PdP yang dijalankan guru di
sekolah ini akan berlangsung dengan lebih efisyen dan membuahkan hasil yang
memberangsangkan. Jadi, penghasilan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang kreatif dan
berkesan oleh guru sangat penting agar dapat menggunakan kemudahan dan bahan yang sedia
ada di sekolah pedalaman secara optimum (Azizan, 2014). Akhir sekali, saya perlu menyiapkan
diri dan bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran pedagogi abad ke 21 oleh kerana jurang
pemodenan yang berlaku dalam bidang pendidikan yang berlaku dari hari ke hari. Saya perlu
memastikan bahawa sekolah pedalaman juga mempunyai peluang untuk mendapatkan kualiti
pembalajaran yang sama walaupun berada di luar kawasan bandar dan kurang kemudahan.

2.2 PERINGKAT PENGGERAK (GRED DG 44)

Peranan Gred Tanggungjawab PPP
Penggerak DG 44
Sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum

serta mampu menyelesaikan masalah

MOHAMAD RAIMI SYAZWAN BIN MOHD SAAD | 2017192340139 4

5 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (EDUP3083)

Pada peringkat ini saya akan menyandang gred DG 44 dan bertindak sebagai seorang penggerak
untuk menghasilkan PdP yang berkualiti. Seorang guru penggerak boleh melaksanakan tugas
dengan penyeliaan serta bimbingan yang minimum berbanding seorang guru novis. Afzan Ali
Hussin (2019), juga menyatakan bahawa guru yang berada pada peringkat ini sudah mampu
menyelesaikan masalah atau isu pengajaran dengan sendiri dan mampu membuat keputusan
yang profesional.

Pada peringkat ini, saya telah merancang untuk melaksanakan kajian atau penyelidikan
pada peringkat sarjana bagi membuat penambahbaikan dalam proses PdP. Oleh itu, saya akan
memilih satu masalah yang sering berlaku dalam proses PdP sepanjang pengalaman saya
mengajar untuk dikaji dan menyelesaikan masalah tersebut. Hasil kajian yang dibuat ini secara
tidak langsung boleh dijadikan panduan kepada guru-guru lain untuk meningkatkan keberhasilan
proses PdP pada masa akan datang justeru meningkatkan prestasi murid dalam bidang
kurikulum. Seterusnya, saya juga bercadang untuk melaksanakan inovasi agar dapat membantu
memudahkan murid-murid memahami isi pelajaran dengan lebih baik. Menurut Siti Rosni
Mohamad Yusoff (2019), penggunaan inovasi dapat membantu murid belajar dengan lebih
berkesan. Kemudian, dengan ijazah sarjana dan pengalaman selama lebih lima tahun mengajar
di sekolah, saya akan membuat permohonan untuk menjadi guru cemerlang dalam subjek
bahasa Melayu. Berdasarkan carta laluan kerjaya guru, permohonan menjadi guru cemerlang
boleh dibuat sekiranya berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun termasuk tiga tahun terakhir
perlu mengajar subjek yang pakar (KPM, 2017). Bagi bidang kokurikulum pula, saya akan menilai
semula keberkesanan dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Hal ini kerana,
setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan mesti mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.
Oleh itu, penilaian terhadap keberkesanan ini sangat penting untuk memastikan aktiviti yang akan
dijalankan pada masa hadapan lebih teratur dan efektif.

2.3 PERINGKAT PEMBIMBING DAN MENTOR (GRED 48)

Peranan Gred Tanggungjawab PPP

Pembimbing DG 48 Berpengalaman luas, mampu menyelia dan
dan Mentor membimbing serta berkebolehan melakukan educated

guess masalah organisasi yang
Mungkin timbul dan melaksanakan langkah pencegahan

MOHAMAD RAIMI SYAZWAN BIN MOHD SAAD | 2017192340139 5

6 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (EDUP3083)

Pada peringkat pembimbing dan mentor ini, saya telah berjaya menyandang gred DG 48. Saya
akan digelar sebagai guru yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan.
Setelah berjaya bergelar panitia Bahasa Melayu di sekolah, tanggungjawab saya bukan sahaja
tertumpu kepada pelajar tetapi juga menyelia dan membimbing guru-guru Bahasa Melayu yang
lain dalam memantapkan proses pelaksanaan PdP mereka dengan melakukan educated guess
bagi menjangka masalah organisasi yang mungkin timbul dan langkah pencegahan yang terbaik
yang boleh diambil. Hal ini memerlukan kepakaran dalam pengurusan kepimpinan yang berkualiti
(Sathiyabama Suprammaniam & Chua Yan Piaw, 2017). Melalui seliaan yang dibuat secara
terancang, guru novis yang berada di bawah seliaan saya akan menjadi lebih kreatif dan sentiasa
menghasilkan cara atau alternatif yang baharu dari segi penyampaian ilmu di dalam bilik darjah
dari semasa ke semasa.

Sebagai panitia Bahasa Melayu juga, saya akan meneruskan tanggungjawab dengan
mengikuti Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML). Kursus ini dianjurkan khusus buat
semua ketua panitia di sekolah rendah dan guru kanan mata pelajaran di sekolah menengah.
Melalui kursus ini, saya akan dibimbing untuk membangun dan memimpin pasukan guru di bawah
seliaan saya dalam memastikan pelaksanaan strategi bilik darjah berkesan setiap hari (Redzuan,
2019). Selain itu, kursus tersebut turut menekankan empat kriteria utama pemimpin pertengahan,
iaitu memudahcara penyesuaian, menjuarai alternatif, melaksana strategi dan mensintesis
maklumat daripada pihak atasan kepada guru di bawah seliaannya.

Rajah di atas menujukkan Model Pengurusan dan Kepimpinan Pemimpin Pertengahan

MOHAMAD RAIMI SYAZWAN BIN MOHD SAAD | 2017192340139 6

7 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (EDUP3083)

Seterusnya, saya juga akan dibimbing oleh pensyarah luar secara berterusan untuk
melihat pencapaian skop kerja sebagai ketua panitia dalam membangunkan pasukan panitia
Bahasa Melayu untuk mencapai prestasi tinggi di sekolah tersebut. Selain itu, saya juga akan
menyertai kursus Bimbingan Berkelompok MLT (Middle Leader Team). Kursus ini juga akan
membimbing saya menerusi perkongsian para guru untuk mendedahkan peserta tentang
pengurusan panitia yang merangkumi aspek peranan tugas, tujuan penubuhan panitia, rujukan
panitia, pengurusan fail dan mesyuarat panitia. Kursus ini biasa dikendalikan oleh Pegawai
SISC+ (School Improvement Specialist Coaches) Pejabat Pendidikan Daerah. Pada peringkat
ini, saya sudah mula mencapai tahap profesionalisme keguruan itu. Saya akan bertindak sebagai
seorang fasilitator bagi kursus dan bengkel kepada guru-guru agar bersamasama peka dengan
perubahan dalam sistem pendidikan walaupun berada di sekolah pedalaman

2.4 PERINGKAT PENERAJU PERUBAHAN (GRED DG 52)

Peranan Gred Tanggungjawab PPP

Peneraju DG 52 Menjadi pakar rujuk, mentor dan pembimbing serta
Perubahan berkebolehan merancang dan melaksanakan

penambahbaikan berterusan dalam bidang-bidang
tertentu

Pada peringkat ini, saya merupakan peneraju dan penggerak perubahan bagi segala yang
berkaitan dengan PdP. Pengalaman serta kompetensi yang dimiliki akan saya gunakan dalam
mencetus kreativiti dan inovasi dalam bidang pendidikan (Wong Kiet Wah et. al., 2018). Saya
juga akan menjadi pakar rujuk, mentor dan pembimbing bagi penambahbaikan berterusan dalam
bidang Bahasa Melayu. Khidmat kepakaran saya kini diperluas ke peringkat daerah bagi
membantu guru-guru Bahasa Melayu yang lain agar dapat membantu sekolah yang lain sama
ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.

Justeru itu, saya akan menghasilkan satu penulisan ilmiah dan meneroka amalan inovasi
untuk dijadikan bahan rujukan kepada guru-guru. Melalui kajian yang akan saya laksanakan, saya
dapat mengkaji kekurangan dalam pengurusan pendidikan yang perlu ditambahbaik lebih-lebih
lagi di sekolah yang kurang kemudahan dan kawasan luar bandar lantas memikirkan solusi
berkesan melalui amalan inovasi. Dapatan kajian yang saya peroleh akan direkodkan di dalam
penulisan ilmiah (Ramlee Ismail et. al., 2016). Oleh yang demikian, saya perlu mendalami ilmu-

MOHAMAD RAIMI SYAZWAN BIN MOHD SAAD | 2017192340139 7

8 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (EDUP3083)

ilmu kajian dengan mengikuti bengkel penyelidikan yang dianjurkan oleh pihak Institut Pendidikan
Guru (IPG) mahupun organisasi lain.

Dan jika berkemampuan, saya bercadang untuk berubah angin dalam bidang pengurusan
tertinggi sekolah seperti guru penolong kanan atau guru besar. Oleh yang demikian, saya akan
mengikuti Kursus Pengurusan Pentadbiran Program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) serta merujuk kepada syarat-syarat kelayakan bagi kursus
tersebut. Syarat- syarat yang dimaksudkan merangkumi syarat- syarat umum dan syarat- syarat
khusus. NPQEL ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia jika seseorang guru itu berminat untuk memohon jawatan dalam bidang
pengurusan tertinggi sekolah.

2.5 PERINGKAT PEMIKIR STRATEGIK (DG 54)

Peranan Gred Tanggungjawab PPP
DG 54
Pemikir Memiliki kepakaran khusus dan berkebolehan
Strategik mengurus perubahan secara cekap dan berkesan

Saya merancang untuk menjadi guru pakar yang berfungsi sebagai sebagai pemikir strategik
dengan menggalas gred DG 54. Pada peringkat ini, saya sudah mempunyai kepakaran khusus
serta berkebolehan mengurus perubahan secara cekap dan berkesan. Oleh itu, saya akan
berkongsi khidmat kepakaran pada peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat institusi
kebangsaan. Selain itu, pengalaman serta kepakaran yang dimiliki juga menuntut saya untuk
menilai semula dasar-dasar sedia ada seperti program profesionalisme keguruan sama ada
masih relevan digunakan atau perlu diubahsuai mengikut situasi semasa. Sekiranya perlu
diubahsuai, maka saya akan memberikan kerjasama untuk mentaksir semula reka bentuk
program-program pembangunan profesionalisme agar dapat membantu meningkatkan kualiti
keguruan.

Justeru, saya perlu mengikuti kursus pengurusan perubahan. Kursus ini membantu saya
untuk mengambil pelbagai pendekatan bagi mengenalpasti dan merancang perubahan-
perubahan di pelbagai peringkat pasukan dan juga organisasi (Wong Kiet Wah et. al., 2018).

MOHAMAD RAIMI SYAZWAN BIN MOHD SAAD | 2017192340139 8

9 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (EDUP3083)

Kesannya, saya bersama rakan pakar yang lain mampu menambahbaik program-program
profesionalisme keguruan sedia ada dalam demi meningkatkan kualiti dan merapatkan jurang
antara guru yang berkhidmat di bandar dan juga guru berkhidmat di pedalaman pada masa akan
datang agar semua sekolah dapat mencapai hasil pencapaian yang memberangsangkan
bersama-sama.

2.6 PERINGKAT PEMIKIR HOLISTIK (GRED KHAS)

Peranan Gred Tanggungjawab PPP

Pemikir Gred Khas Memiliki pelbagai kepakaran dan berkebolehan
Holistik menjadi pakar rujuk dalam merangka strategi yang

komprehensif dan melaksanakan latihan yang
tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah

organisasi

Peringkat ini merupakan fasa akhir dalam peringkat perkembangan guru. Peringkat ini dikenali
sebagai peringkat berwawasan. Pada peringkat ini saya akan bertindak sebagai seorang pemikir
holistik. Saya akan menyandang Gred Khas apabila memasuki ke peringkat ini. Saya juga akan
bertindak sebagai seorang perunding berhubung model pembelajaran berkaitan dengan
penggunaan strategi pengajaran yang dibuat. Sebagai contoh, jika terdapat seseorang guru yang
ingin mengaplikasikan sesebuah teori atau model pembelajaran kepada satu kumpulan murid,
maka saya akan bertindak sebagai seorang penasihat dan perunding dalam menentukan
kesesuaian model dengan strategi yang akan dibuat dalam pembelajaran tersebut.

Selain itu, peringkat ini akan mendorong saya untuk menjalinkan urusan dalam konteks
yang lebih besar. Hal ini bermaksud golongan sasaran saya bukan sahaja murid- murid malah
turut juga melibatkan guru- guru, pegawai pendidikan daerah dan penggubal kurikulum mata
pelajaran. Saya mempunyai kepakaran luas dan memiliki autoriti yang besar apabila saya dapat
memasuki ke peringkat ini. Seorang guru pakar merupakan orang yang berautoriti dalam
profesionnya.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan saya akan mempunyai kepelbagaian ilmu serta
kepakaran pada peringkat ini. Saya berkebolehan menjadi pakar rujuk dalam merangka strategi

MOHAMAD RAIMI SYAZWAN BIN MOHD SAAD | 2017192340139 9

10 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (EDUP3083)
yang komprehensif dan melaksanakan melaksanakan latihan tepat. Berdasarkan model yang
terdapat dalam PPB, bagi memantapkan lagi peranan saya sebagai seorang pemikir holistik di
peringkat berwawasan ini ialah saya boleh menglibatkan diri dalam Kursus Pemikir Kementerian
Pendidikan Malaysia.

MOHAMAD RAIMI SYAZWAN BIN MOHD SAAD | 2017192340139 10

11 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (EDUP3083)
3.0 KESIMPULAN
Natijahnya, seseorang guru perlulah bersedia dengan melengkapkan diri secara holistik bagi
menghadapi pelbagai situasi dalam realiti bidang pekerjaan nanti. Menurut Syed Ismail Syed
Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013) pengetahuan dan kemahiran sahaja tidak mencukupi
untuk seorang guru menangani realiti pekerjaan di luar sana nanti. Oleh itu, sebagai guru pelatih
yang bakal menjawat jawatan sebagai seorang guru, saya akan cuba merancang dengan teliti
untuk meningkatkan kualiti profesionalisme keguruan dengan mengikuti kursus-kursus dan
penglibatan luar yang mampu memberi impak positif dalam meningkatkan akademik dan
kokurikulum sekolah dan berjaya menjadi seorang guru yang holistik dalam mendepani segala
cabaran mendatang.

MOHAMAD RAIMI SYAZWAN BIN MOHD SAAD | 2017192340139 11

12 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (EDUP3083)

4.0 RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 18(1), 1- 60.
Ramlee Ismail, Jamal@Nordin Yunus & Marinah Awang. (2016). Analisis Data dan Pelaporan

Dengan Menggunakan SPSS. Penerbit Universtiti Pendidikan Sultan Idris.
Redzuan. (2019, Julai 29). Kursus Kepimpinan Untuk Pemimpin Pertengahan.

https://padlet.com/RedzuanIAB/36zruoygnfwu
Salleh Abd. Rashid. (2015). Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum dan

Pengajaran. Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial: Universiti Malaysia Sabah.
Salmah Kassim. (2004). Kualiti Perkhidmatan Guru di Sekolah-sekolah Menengah Pulau Pinang.

Jurnal Pendidikan, 1(1), 24- 46.
Sathiyabama Suprammaniam & Chua Yan Piaw. (2017). Model Bakat Kepimpinan Pemimpin

Sekolah Di Malaysia. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 31(1), 18-43.
Siti Rosni Mohamad Yusoff. (2019). Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford

Fajar Sdn. Bhd.
Syed Ismail Syed Mustapa, & Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran Semasa (Edisi

Kedua). Penerbitan Multimedia.
Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid, & Boon Pong Yin. (2018). Asas Kepemimpinan dan

Pembangunan Profesionalisme Guru (Edisi Kedua). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

MOHAMAD RAIMI SYAZWAN BIN MOHD SAAD | 2017192340139 12


Click to View FlipBook Version