The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by flipout43, 2023-11-01 13:04:02

Cabaran Dan Halangan Perpaduan Kaum Di Malaysia

efolio-merged

MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO CABARAN DAN HALANGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA Pensyarah: Pn Jariah Binti Abdullah Sesi 1: 2023/2024 NAMA NO MATRIKS MUHAMAD AFIF HAIQAL BIN MUHAMAD ABDUL KARIM 06DEM21F1066 MEGAT AIMRAN BIN MEGAT MUSTAFFA ALBAKRI 06DEM21F1053 FARIS NURKHAN BIN NASIR 06DEM21F1072 MUHAMMAD HAFIZAM BIN MASRIL 06DEM21F1059


ISI KANDUNGAN Bil. Kandungan Halaman 1. Penghargaan 3 2. Sidang redaksi 4 3. Pengenalan 5 4. Cabaran & halangan perpaduan kaum di malaysia 6 - 9 5. Langkah-langkah mengatasi masalah perpaduan kaum 10 - 13 6. Kesimpulan 14 7. Sumber rujukan 15


PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan & ribuan terima kasih kepada Pensyarah Kursus MPU21032 Penghayatan Etika & Peradaban, Puan Jariah Binti Abdullah kerana telah memberikan bimbingan & dorongan untuk menyempurnakan kajian mengenai Cabaran& Halangan Perpaduan Kaum Di Malaysia. Kumpulan kami telah menyempurnakan satu kajian yang berunsurkan perpaduan kaum di Malaysia. Kami berharap agar kajian ini mampu menyentuh masyarakat terutamanya golongan belia untuk bersama-sama berusaha mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Akhir kata, semoga kajian ini berterusan untuk menjadi rujukan golongan belia pada masa hadapan.


SIDANG REDAKSI KETUA EDITOR MUHAMAD AFIF HAIQAL BIN MUHAMAD ABDUL KARIM PEN. KETUA EDITOR MEGAT AIMRAN BIN MEGAT MUSTAFFA ALBAKRI PEN. KETUA EDITOR FARIS NURKHAN BIN NASIR PHOTOGRAPHER MUHAMMAD HAFIZAM BIN MASRIL


PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius dalam membina nagara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yg mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Rakyat Malaysiayang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.


CABARAN & HALANGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA Salah satu cabaran hubungan etnik dalam aspek ekonomi ialah pemisahan fizikal. Pemisahan fizikal ini wujud kesan daripada dasar pecah dan perintah' yang diamalkan oleh penjajan British pada masa dahulu. Pemisahan fizikal ini menyebabkan menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap kerana tinggal di wilayah yang berbeza. Hal ini merenggangkan perhubungan perhubungan dan interaksi serta memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota setiap etnik. Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan etrik terhadap golongan etnik yang lain. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan mash menggunakan sukatan pelajaran yang diamalkan di negara asal mereka. Pelajar Melayu belajar di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula bersekolah di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar Cina, mereka bersekolah di sekolah Cina dan menggunakan Bahasa Mandarin. Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama. Selain itu, kontrak sosial juga juga kerap dibangkitkan oleh sesetengah pihak. Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan. Antara isu yang sering ditimbulkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, dan sebagainya. Sebarang isu atau kontrak sosial yang dibangkitkan boleh membawa kepada kerenggangan hubungn etnik di Malaysia.


CABARAN DARI ASPEK EKONOMI Dalam sektor ekonomi, terdapat jurang yang luas dari segipenguasaan ekonomi. Kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang agak mundur. Orang Cina umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan. Manakala orang India pula menguasai sektor ekonomi yang berasaskan ladang.Kesannya, wujud jurang pendapatan yang berbeza antara etnik. Dasar Britishwang meletakan kaumberdasarkan kepada pekerjaanmenyebabkan etnik tertentumendominasi dalam satu-satu bidangpekerjaan. Orang Melayukebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Kebanyakan orang Cina pula terlibat dalam sektor perniagan dan perlombongan.Manakala sebahagian besar orangIndia pula merupakan buruh di estet.Perbezaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik tertentu. Segara tidak langsung.perkara ini memperkukuhkan Igisemangat perkauman. " MANUSIA YANG LEMAH SEKALIPUN JIKA BERSATU PADU AKAN DAPAT MENGGONCANG DUNIA, DEMIKIANLAH KESANNYA PERPADUAN ".


CABARAN DARI ASPEK POLITIK Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Politok perkauman ini bolen menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuattanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang kea rah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnikakan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.


CABARAN DARI ASPEK SOSIAL Kurangnya sosial sesama kaum merupakan faktor kepada perhubungan yang lemah dalam kalangan mereka.Aspek sosial sepatutnya dipupuk agardapat menyatukan rakyat sebagai satu bangsa demokrasi yang bukan hanya bersandarkan kaum masing-masing.Seperkara yang menarik dalam memahami sosio-politik masyarakat di Malaysia ialah keupayaan mereka untuk terus-menerus hidup dalam keadaan "ketegangan yang stabil" atau stable tension (Amri Baharuddin, 2009). Sekiranya kurang percampuran dalam aktiviti sosial masyarakat, maka akan timbul rasa ketidakpercayaan dan kurang semangat kekitaan dalam diri mereka. Sekali lagi tanggungjawab kerajaan merupakan saluran yang penting dalam merapatkan jurang antara kaum melalui aspek sosial. Sosial dalam pengertian lain merupakan komunikasi baik dari segi komunikasi dua hala mahupun secara berkumpulan. Sekiranya masyarakat majmuk sentiasa berkomunikasi dan melibatkan diri bersama-sama dalam kegiatan sosial, maka lahirlah kesefahaman serta rasa toleransi dalam diri mereka. Hal ini juga membantu membuka minda mereka agarmenghormati adat dan budaya kaum lain kerana mereka kerap berjumpa dan melihat sendiri kepercayaan kaum lain.Namun ada juga faktor sosial lain yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membendungnya iaitu dari segi pendidikan. Asas perpaduan adalah bermula dari golongan belia terutamanya pelajar-pelajar. Tetapi kesan daripada penjajahan yang mana British memulakan sistem sekolah vernakular menjadikan pendidikan kita tertumpu kepada satu kaum sahaja. Sehingga kini mash lagi, wujud sistem sekolah yang berteraskan satu-satu kaum sahaja seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Sekolan sepertiini membataskan komunikasi antara masyarakat majmuk kerana para pelajar hanya akan menggunakan bahasa kaum sendiri sahaja.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PERPADUAN KAUM “KEJAYAAN BUKANLAH AKHIR, KEGAGALAN BUKANLAH KIAMAT. ITULAH YANG MEMBERI SEMANGAT UNTUK TERUS MENCUBA”


DASAR PENDIDIKAN Pandangan kerajaan lebih terarah. kepada usaha mengukuhkan pendidikannegara demi membentuk perpaduan kaum (Mior Khairul Azrin, 2001). Salah satu cara bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat ialah melalui pendidikan. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang digubal turut memberikan kepentingan ke atas pemupukan perpaduan melalui bahasa dan sistem pendidikan kebangsaan (Wan Norhasniah, 2011). Pendidikan merupakan faktor penting bagi membentuk keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kajian lepas oleh Ku Hasnitah (2007) melaporkan bahawa pendidikan antara faktor penting dalam konsep perpaduan. Pendidikan juga adalah satu insentif yang telah lama diberi penekanan sejak sebelum kemerdekaan lagi. Proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah mampu menjadi alat bagi memupuk dan memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sekolah.Melalui pelaksanaan tersebut, semua sekolah umum dan sekolah jenis umum menggunakan sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam contohnya seperti pelaksanaan peperiksaan umum bagi semua pelajar tingkatan lima untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam peringkat sekolah menengah. Di samping itu juga, dalam usaha untuk memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional, kerajaan telah melaksanakan Falsafa Pendidikan Kebangsaan yang melengkapi Dasar Pendidikan Kebangsaan. “AKAN ADA HALANGAN DAN CABARAN. AKAN ADA YANG MERAGUIMU. AKAN ADA KESILAPAN. TETAPI DENGAN KERJA YANG KERAS, TIADA HAD UNTUK KAMU BERJAYA”


DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) merupakan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. DKK menjadipanduan dalam pengekalan identiti rakyat di Malaysia yang digubal pada bulan Ogos 1971 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein. Terdapat beberapa prinsip utama dalamDKK laitu, berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal serantau, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima serta agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukkan kebudayaan kebangsaan. Dikenal pasti bahawa demokrasi permuafakatan (consocionalism) bertanggungjawab membentuk corak hubungan antara kaum di Malaysia. Sebagai contoh, mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral dan Sejarah diperkenalkan di sekolah supaya pelajar dapat mempelajari nilai-nilai moral dan sejarah negara. Hal ini bertujuan supaya pelajar memahami latar belakang sejarah Malaysia tanpa mempertikaikan perlembagaan yang telah dimaktubkan. Antara inisiatif yang ditubuhkan oleh kerajaan ialahpelaksanaan Tahun Melawat Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian PeneranganKomunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bagimenyemarakkan lagi keharmonian dan perpaduan di Malaysia. “BANGKIT DAN TERUS USAHA KERANA KEJAYAAN HANYA SELANGKAH DI HADAPAN ANDA”


DASAR SUKAN Sukan adalah cara yang sesuai bagi menyatupadukan rakyatyang berbilang kaum. Dasar ini dilaksanakan untuk menyemarakkan lagisemangat patriotik dalam kalangan masyarakatMalaysia.Semangat cintakan bangsa dan negara merupakan tunjang kepada pertahanan dan kekuatan sesuatu bangsadan negara. Bagi menjayakan dasar ini, kerajaan telah menubuhkan Majlis SukanSukan Malaysia (MSSM) iaitu badan kerajaan yang bertanggungjawabmenganjurkan pertandingan sukan pada peringkat sekolah.Selain itu, kerajaan juga menubuhkan Sukan Malaysia (SUKMA) yang dianjurkan dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia. Melalui penubuhan badan-badan kerajaan seperti ini, perpaduan kaum dan hubungan antara negeri dapat dieratkan. Kejayaan Dato' Lee Chong Wei, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tan Wee Kiong, Gog V Shem, Mohd Azizulhasni Awang, Pandalela Rinong danCheong Jun Hoong meraih pingat perak dan pingat gangsa adalah hasil daripada sokongan semua rakyatMalaysia yang bersamasama menyokong mereka pada Sukan Olimpik 2016 diRio. Oleh yang sedemikian,Menteri Belia dan Sukan telah menekankan penglibatansemua pihak secara aktifdalam bersukan kerana hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi sukan negara, tetapi juga mampu mengeratkan perpaduan kaum yang menjamin masa depan negara.


KESIMPULAN Kerajaan memainkan peranan yang besar dalam memastikan rakyat berbilang kaum di Malaysia bergaul mesra. Mereka perlu bekerja keras untuk menyatukan semua orang. Ini penting kerana apabila rakyat bersatu padu, negara boleh membangun dan menjadi lebih baik. Terdapat cabaran seperti politik, ekonomi dan isu sosial yang menyukarkan orang ramai untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Kerajaan mempunyai rancangan dan dasar yang berbeza untuk mengatasi cabaran ini dan memastikan semua orang hidup bersama dalam harmoni. Apabila rakyat bersatu, ia memberi kesan positif kepada masyarakat, pelancongan, ekonomi, dan bagaimana negara itu dilihat oleh orang lain. Adalah penting untuk mengekalkan kesan positif ini dan memastikan semua orang berasa seperti mereka berada di Malaysia.


SUMBER RUJUKAN • https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkanperpaduan-kaum.html • https://notakuliahpismp.blogspot.com/2018/06/bentukhalangan-dalam-membentuk.html • https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berlainanbangsa-budaya-serta-agama-bukan-halangan-penyatuandan-perpaduan-436778


Click to View FlipBook Version