Program gotong-royong MADANI bertujuan memupuk perpaduan dalam
kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membangunkan kemenjadian murid.
Jawatankuasa Induk Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) telah diwujudkan sejak tahun 2008 bagi memantau dan menambah baik aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan institusi pendidikan KPM & JPNJ. Peranan ini direalisasikan di sekolah melalui Jawatankuasa Pengurusan 3K peringkat sekolah. Program gotong-royong merupakan satu
aktiviti bawah program 3K.
Program gotong-royong juga merupakan aktiviti luar bilik darjah selaras dengan kurikulum Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik.