NAMA: NURHAJAR MAISARA BINTI KHAIROLLAH ANGKA GILIRAN: 2024252310045 NO. KAD PENGENALAN:060712-16-0104 KUMPULAN/UNIT: F2B KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PENSYARAH: PUAN JALILAH BINTI JAMIL TARIKH HANTAR: 12 MAC 2025 PENGAKUAN PELAJAR SAYA MENGESAHKAN BAHAWA MAKLUM BALAS YANG DIBERIKAN OLEH PENSYARAH TELAH SAYA RUJUK DAN FAHAM TANDATANGAN PELAJAR: TARIKH: 5 MAC 2025 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
Kesusasteraan Melayu merangkumi segala bentuk hasil seni bahasa yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu untuk menyampaikan pemikiran, perasaan, nilai budaya, dan pengalaman hidup mereka. Perkataan susastera membawa pengertian terhadap seni sastera atau sebarang unsur kesenian yang tercipta dengan penggunaan sesuatu bahasa, tulisan atau lisan oleh mereka yang mahir sastera atau mempunyai pengetahuan yang baik berkenaan dengan seni persuratan. 1. KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Dalam tradisi sastera Melayu, makna kesusasteraan itu sendiri mencerminkan sifat indah yang ada pada karyanya. Kata ‘sastera’ yang berasal daripada Sanskrit bermaksud sarana atau alat yang membawa pengajaran. Awalan ‘su’ membawa makna indah. Maka, kata ‘susastera’ dengan sendiri mendokong suatu makna bahawa susastera yang difahami dalam bahasa Jawa dan Melayu ialah sarana yang membawa pengajaran dengan cara yang indah. a) Definisi
b) Jenis kesusasteraan Melayu Cerita penglipur lara Cerita asal usul Cerita jenaka Cerita epik Cerpen Novel Drama Pantun Syair Gurindam Seloka Sajak
Prosa Prosa tradisional - Cerita penglipur lara Kisah dongeng atau mitos yang bertujuan menghiburkan dan memberi pengajaran. - Cerita asal usul Menceritakan kejadian sesuatu tempat, benda, atau keturunan. - Cerita jenaka Mengandungi sindiran terhadap masyarakat atau golongan tertentu. - Cerita epik Mengisahkan kepahlawanan dan keperwiraan tokoh dalam masyarakat. Prosa dalam Sastera Melayu adalah karya sastera berbentuk tulisan bebas yang tidak terikat oleh aturan rima atau irama. Prosa digunakan untuk menyampaikan cerita, gagasan, atau maklumat secara jelas. Bentuknya boleh berupa hikayat, cerita rakyat, novel, cerpen, atau esei. Prosa dalam sastera Melayu berfungsi sebagai cerminan budaya dan pemikiran masyarakat.
Prosa moden Cerpen merupakan gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek. Cerpen bukan sahaja menjadi alat yang menggambarkan sikap, perasaan dan pandangan pengarang malahan juga memberi gambaran tentang sesuatu zaman tidak kira dari segi masalah sosial, ekonomi mahupun politik. Dari segi perwatakan, cerpen hanya menumpukan kepada beberapa orang tertentu sahaja. Istilah novel diambil daripada bahasa Itali iaitu ‘novella’ yang bermaksud satu benda kecil yang baharu. Menurut Shahnon Ahmad (1972:4), novel merupakan satu bentuk tafsiran rencam hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka. Perkara yang selalu dikaitkan dengan novel ialah pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi. Drama termasuk dalam prosa moden yang menyampaikan mesej atau pemikiran melalui lakonan dan dialog. Menurut Erwan Juhara (2014), drama merupakan jenis karya sastera yang dibangunkan oleh unsur intrinsik iaitu kesatuan yang membentuk karya secara keseluruhan. Antara unsur penting yang terkandung dalam sesebuah drama ialah skrip, pengarah, pelakon dan pementasan drama. Cerpen Novel Drama
Puisi Puisi tradisional 1.Pantun Puisi Melayu adalah bentuk kesusasteraan Melayu yang disampaikan secara berirama dan berstruktur, dengan penggunaan bahasa yang indah dan bermakna. Puisi Melayu sering mengandungi unsur nasihat, sindiran, kiasan, dan pengajaran moral. Pantun merupakan satu daripada warisan puisi Melayu tradisional yang amat popular sepanjang zaman. Pantun mempunyai ciri-ciri yang khusus yang tidak terdapat pada bentuk-bentuk puisi Melayu tradisional yang lain. Pantun juga berkait rapat dengan struktur, makna dan budi bangsa Melayu yang sungguh canggih. Pantun merupakan warisan sastera rakyat yang digunakan secara meluas dalam masyarakat Melayu, tanpa mengira tujuan. Ia dicipta dengan keindahan bahasa untuk menyampaikan maksud yang tertentu. Pantun yang paling popular ialah berbentuk empat kerat dan dua kerat. 2. Syair Menurut Mohd. Yusof Md. Nor (1985), syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu ‘ syi’ir ’ namun bentuk syair Melayu mempunyai perbezaan yang ketara dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab. Syair diwujudkan bertujuan untuk manusia berfikir dan mempunyai tingkah laku yang baik. Syair juga meliputi bahasa yang indah bagi menyampaikan maksud tersirat kepada masyarakat. Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima akhir ‘ a ’ , ‘ a ’ , ‘ a ’ , ‘ a ’. Setiap baris mempunyai empat hingga lima patah perkataan dan terdapat lapan hingga 12 suku kata.
Puisi tradisional Gurindam Gurindam adalah penyerahan cita-cita moral dan agama pada sebuah pernyataan majmuk juga tunggal yang bermakna, pendek, dan menggabungkan nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan (Suhita, 2017). Antara gurindam yang dikenali ialah ‘Gurindam Dua Belas’ yang dikarang oleh Raja Ali Haji pada tahun 1846. Bentuk gurindam adalah terikat iaitu terdiri daripada dua baris serangkap yang mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan rima akhir‘a’ , ‘a’. Tambahan pula, gurindam mempunyai kira-kira lapan hingga 12 suku kata pada setiap baris. Seloka Seloka ditakrifkan sebagai satu bentuk prosa yang memiliki unsurjenaka dalam setiap penyampaiannya (Muhammad Zaid Daud, Mary Fatimah Subet & Awang Azman Awang Pawi, 2021). Seloka dipercayai mula tersebar atau dikenali di Alam Melayu sewaktu perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Selain itu, seloka didendangkan dengan lantunan suara yang merdu dan diikuti dengan unsurlucu supaya dapat menyampaikan mesej atau menegur kesilapan kepada pendengartanpa mengaibkan komuniti yang terlibat. Binaan seloka lebih mirip kepada bentuk pantun atau syair.
1 Puisi moden (Sajak) Sajak merupakan satu-satunya puisi moden yang mempunyai bentuk yang lebih bebas yang terikat pada sesuatu pola khusus walaupun ada ketikanya memerikan ciri matra, rima dan rentak Karya sajak bukan sahaja dapat memberi hiburan dan keindahan bahasa, namun dapat membantu mendidik masyarakat untuk mengamalkan unsur-unsur nilai dalam kehidupan. Sajak mengutamakan keberkesanan pengucapan perasaan melalui penggunaan kata-katanya yang saling terjalin menurut erti serta irama. Sajak tidak terikat pada mana-mana norma tertentu seperti yang terdapat dalam puisi tradisional. 2 3 4
2. FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Kesusasteraan Melayu merupakan khazanah berharga yang bukan sahaja mencerminkan budaya dan cara hidup masyarakat Melayu, tetapi juga berperanan dalam mendidik, menghibur, dan menyampaikan nilai-nilai murni. ✅ Medium Pembelajaran yang Berkesan Kesusasteraan Melayu, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi, bukan sekadar hiburan tetapi juga medium pembelajaran yang berkesan. Melalui karya sastera, masyarakat dapat mengembangkan kreativiti, menguasai kemahiran berbahasa, serta menghayati keindahan seni dalam bahasa Melayu. ✅ Menyemai Nilai-Nilai Murni Kesusasteraan Melayu berperanan dalam membentuk insan yang berjiwa luhur dengan menyemai nilai-nilai murni seperti keharmonian sosial, kehalusan budi, semangat kemanusiaan, dan cinta kepada tanah air. Nilai-nilai ini sejajar dengan wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan, yang menekankan aspek kebudayaan, kerohanian, dan kemasyarakatan. ✅ Pendidikan Formal Dalam sistem pendidikan formal, karya seperti novel, puisi, dan drama digunakan sebagai bahan bacaan untuk memperkaya ilmu bahasa dan pemikiran pelajar. Meningkatkan pemahaman bahasa melalui pembacaan dan analisis teks sastera. Melatih kemahiran analisis, pemikiran kritis, dan kepekaan terhadap isu sosial yang dipaparkan dalam sastera. ✅ Pendidikan Tidak Formal Dalam konteks pendidikan tidak formal, cerita rakyat, pantun, dan hikayat sering digunakan sebagai alat penyampaian nilai dan warisan budaya. Menyampaikan nilai moral dan adat resam kepada generasi muda secara santai tetapi berkesan. Mendidik sejarah dan budaya bangsa, agar warisan nenek moyang terus dihargai dan tidak luput ditelan zaman. ✅ Kesusasteraan sebagai Cabang Ilmu yang Berkembang Kesusasteraan Melayu bukan sekadar warisan budaya, tetapi juga merupakan satu cabang ilmu yang terus berkembang dalam pelbagai bidang. Membantu masyarakat menghargai keindahan seni sastera, serta memahami nilai yang terkandung dalam setiap karya. Dengan kepelbagaian bentuk dan tema, kesusasteraan Melayu tetap relevan dalam kehidupan masyarakat moden dan berperanan dalam membentuk jati diri bangsa. a) Sebagai medium pendidikan
b) Memelihara identiti dan budaya c) Menyampaikan Kritikan Sosial Mengekalkan serta memperkenalkan budaya dan identiti masyarakat Melayu kepada generasi seterusnya. Melalui sastera, adat resam, bahasa, kepercayaan, dan norma masyarakat Melayu dapat terus dikenali dan dihargai. Karya klasik seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) menggambarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, adat istiadat raja-raja Melayu, dan amalan masyarakat pada zaman tersebut. Puisi tradisional seperti pantun, syair, dan gurindam menonjolkan keindahan bahasa serta pemikiran masyarakat Melayu. Semangat perpaduan yang terkandung dalam karya sastera perlu dipupuk dengan meningkatkan minat membaca karya sasterawan bermutu oleh semua pihak. Medium untuk menyuarakan pendapat, teguran, dan kritikan terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Banyak karya sastera moden menggunakan pendekatan kritikan sosial untuk membuka mata masyarakat terhadap realiti kehidupan, ketidakadilan, dan cabaran rakyat. Sebagai contoh, Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad menggambarkan penderitaan petani miskin, manakala Salina oleh A. Samad Said menampilkan realiti kehidupan pasca Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu. Kritikan dalam sastera membantu membentuk kesedaran sosial dan mendorong perubahan dalam masyarakat. Selain itu, kritikan sosial dapat disebarkan melalui pembacaan, penghayatan, dan penambahbaikan.
Selain berfungsi sebagai bahan pendidikan dan kritikan, kesusasteraan Melayu juga berperanan sebagai hiburan kepada masyarakat. Sejak zaman dahulu, cerita rakyat, hikayat, dan pantun menjadi hiburan bagi masyarakat, terutama dalam majlismajlis kenduri atau perhimpunan keluarga. Teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit, dan Bangsawan menjadi sumber hiburan yang menggabungkan seni persembahan dengan cerita yang menarik. Sastera moden seperti novel dan cerpen pula memberikan hiburan melalui pelbagai genre seperti cinta dan fantasi yang sesuai dengan minat pembaca masa kini. d) Hiburan
3.MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM SETIAP SATU PUISI TRADISIONAL IAITU PANTUN, SYAIR, GURINDAM DAN SELOKA 3.MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM SETIAP SATU PUISI TRADISIONAL IAITU PANTUN, SYAIR, GURINDAM DAN SELOKA Akal budi Melayu adalah satu konsep yang sentiasa subur dalam ruang lingkup sosiobudaya Melayu. Takrif ‘akal’ dan ‘budi’ dalam konteks Melayu merupakan konsep yang terjelma daripada kearifan cara bangsa Melayu berfikir. Puisi tradisional merupakan elemen yang penting bagi mengungkapkan akal budi orang Melayu semasa berkomunikasi. Oleh itu, puisi tradisional dikatakan sebagai cerminan kehalusan budi serta pemikiran masyarakat Melayu terdahulu ketika berbahasa. Manifestasi akal budi boleh dilihat dalam empat aspek utama iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.
MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM PANTUN MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM PANTUN Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal. Pantun Adat 1) Pemikiran Pantun ini menggambarkan semangat keberanian dan kecekalan dalam menghadapi cabaran hidup. Pemikiran masyarakat Melayu menekankan prinsip “pantang menyerah sebelum berusaha” , seperti yang dinyatakan dalam baris "Berpantang mati sebelum ajal. " Hal ini menunjukkan bahawa orang Melayu menghargai keberanian dan ketabahan dalam setiap perjuangan, sama ada dalam kehidupan seharian atau ketika menghadapi musuh di medan tempur.
MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM PANTUN MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM PANTUN Pantun ini disusun dengan bahasa yang indah, berirama, dan berlapis makna, mencerminkan kebijaksanaan orang Melayu dalam menyampaikan mesej secara halus tetapi mendalam. Ungkapan "Berpantang mati sebelum ajal" adalah pepatah yang sering digunakan untuk memberikan motivasi dan menanamkan semangat juang dalam diri seseorang. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu lebih suka menggunakan bahasa berbentuk kiasan dalam menyampaikan nasihat dan dorongan, tanpa perlu menggunakan kata-kata kasar atau terus terang. Pantun Adat Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal. 2) Pertuturan 3) Perlakuan Pantun ini disusun dengan bahasa yang indah, berirama, dan berlapis makna, mencerminkan kebijaksanaan orang Melayu dalam menyampaikan mesej secara halus tetapi mendalam. Ungkapan "Berpantang mati sebelum ajal" adalah pepatah yang sering digunakan untuk memberikan motivasi dan menanamkan semangat juang dalam diri seseorang. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu lebih suka menggunakan bahasa berbentuk kiasan dalam menyampaikan nasihat dan dorongan, tanpa perlu menggunakan kata-kata kasar atau terus terang.
MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM PANTUN MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM PANTUN Gaya hidup masyarakat Melayu menekankan semangat juang dan kecekalan dalam mengharungi kehidupan. Pantun Adat Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal. 4) Gaya hidup Masyarakat Melayu pada zaman dahulu sering berpegang teguh kepada prinsip berusaha tanpa mengenal putus asa, sebagaimana seorang pahlawan yang tidak akan meninggalkan medan perang sebelum berjuang habis-habisan. Nilai ini diterapkan dalam kehidupan moden, seperti dalam bidang pendidikan, pekerjaan, dan perniagaan, di mana kegigihan dan semangat pantang menyerah menjadi kunci kejayaan.
MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM SYAIR Dengarlah anak ibu berpesan, Lengkapkan diri dengan pelajaran, Hanya itulah jadi bekalan, Untuk hidup di masa depan. Ilmu itu pelindung diri, Seperti kebun berpagar duri, Seperti sinar intan baiduri, Itulah tanda orang jauhari. Hidupmu kini di masa remaja, Bagaikan permata amat berharga, Jangan jatuh ke lembah hina, Nanti menyesal tidak berguna. Kalau hidup terasa susah, Sering berhadapan dengan masalah, Hadapi dengan hati yang tabah, Jangan cepat resah gelisah. Syaitan menggoda bertambah gundah, Jangan mengambil jalan mudah, Jangan sekali mencuba dadah, Kalau terjerat sesal tak sudah. Jika masa sudah terbuang, Perginya tidak akan berulang, Di hari tua sesal mendatang, Mengingatkan waktu yang telah hilang. Dunia bagai lautan dalam, Gelombang besar karangnya tajam, Di situ banyak kapal tenggelam, Ramailah insan yang telah karam. Ingatlah wahai anakku sayang, Tanah indah pusaka moyang, Jangan terlepas ke tangan orang, Sedangkan kita miskin terbuang. Syair Pesan Ibu 1) Pemikiran Syair ini memperlihatkan pemikiran masyarakat Melayu yang mementingkan ilmu sebagai bekalan hidup. Baris "Lengkapkan diri dengan pelajaran, hanya itulah jadi bekalan" menunjukkan bahawa pendidikan dianggap sebagai kunci kejayaan. Pemikiran orang Melayu juga menekankan ketabahan dalam menghadapi cabaran, seperti dalam baris "Hadapi dengan hati yang tabah, jangan cepat resah gelisah". 2) Pertuturan Syair ini menggunakan bahasa yang sopan, berirama, dan penuh kiasan, mencerminkan kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam menyampaikan nasihat. Ungkapan seperti "Ilmu itu pelindung diri, seperti kebun berpagar duri" menunjukkan kehalusan bahasa yang digunakan untuk menggambarkan kepentingan ilmu dengan cara yang indah dan mendalam. Gaya bahasa yang digunakan juga berbentuk nasihat dan teguran secara halus, yang merupakan cara pertuturan yang biasa digunakan dalam budaya Melayu.
MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM SYAIR Dengarlah anak ibu berpesan, Lengkapkan diri dengan pelajaran, Hanya itulah jadi bekalan, Untuk hidup di masa depan. Ilmu itu pelindung diri, Seperti kebun berpagar duri, Seperti sinar intan baiduri, Itulah tanda orang jauhari. Hidupmu kini di masa remaja, Bagaikan permata amat berharga, Jangan jatuh ke lembah hina, Nanti menyesal tidak berguna. Kalau hidup terasa susah, Sering berhadapan dengan masalah, Hadapi dengan hati yang tabah, Jangan cepat resah gelisah. Syaitan menggoda bertambah gundah, Jangan mengambil jalan mudah, Jangan sekali mencuba dadah, Kalau terjerat sesal tak sudah. Jika masa sudah terbuang, Perginya tidak akan berulang, Di hari tua sesal mendatang, Mengingatkan waktu yang telah hilang. Dunia bagai lautan dalam, Gelombang besar karangnya tajam, Di situ banyak kapal tenggelam, Ramailah insan yang telah karam. Ingatlah wahai anakku sayang, Tanah indah pusaka moyang, Jangan terlepas ke tangan orang, Sedangkan kita miskin terbuang. Syair Pesan Ibu 3) Perlakuan Syair ini mengajar perlakuan positif, seperti berusaha menimba ilmu, bersabar menghadapi ujian, dan menjauhi perkara negatif seperti penyalahgunaan dadah. ·Syair ini menasihati agar menjauhi godaan buruk, seperti dalam baris "Syaitan menggoda bertambah gundah, jangan mengambil jalan mudah" , yang menunjukkan bahawa seseorang perlu berpegang kepada prinsip moral yang tinggi. 4) Gaya Hidup Syair ini menggambarkan gaya hidup berpaksikan ilmu, ketabahan, dan keinsafan terhadap masa depan. Baris "Tanah indah pusaka moyang, jangan terlepas ke tangan orang" menggambarkan semangat nasionalisme dan kecintaan terhadap tanah air, yang merupakan sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Melayu yang menitikberatkan warisan dan identiti bangsa.
MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM GURINDAM MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM GURINDAM Melayu bangsaku penegak budaya berseri hidup diterangi cahaya. Melayu bangsaku penjunjung warisan kukuh walau hujan atau kepanasan. Melayu bangsaku pendaulat agama kebahagiaan kekal tujuan bersama. Melayu bangsaku penyubur sikap kerja beretika bertambah cekap. Melayu bangsaku penerus agenda gapai wawasan usaha diganda. Melayu bangsaku pemelihara bahasa suara dipadu mantap perkasa. Melayu bangsaku pembina jati diri generasi mendatang ampuh berdiri. Melayu bangsaku pelindung watan melawan petualang tak gentar ugutan. Melayu bangsaku pencinta damai berkat perpaduan muafakat disemai. Melayu bangsaku pembela bangsa tidak rela ketuanan binasa. Gurindam (Melayu Bangsaku) 1) Pemikiran Pemikiran masyarakat Melayu dalam gurindam ini menekankan keutamaan budaya, agama, dan perpaduan sebagai asas kekuatan bangsa. Baris "Melayu bangsaku penjunjung warisan, kukuh walau hujan atau kepanasan " menggambarkan pemikiran bahawa orang Melayu sangat menghargai warisan dan adat resam yang menjadi tunjang kehidupan mereka. 2) Pertuturan Gaya bahasa dalam gurindam ini menggunakan kata-kata yang berirama, puitis, dan penuh makna, mencerminkan kehalusan budi masyarakat Melayu. Baris "Melayu bangsaku pemelihara bahasa, suara dipadu mantap perkasa " menunjukkan bahawa orang Melayu menjaga bahasa mereka dengan penuh semangat dan keprihatinan. Masyarakat Melayu terkenal dengan seni bahasa yang berbunga tetapi bermakna mendalam, seperti penggunaan perumpamaan dan simbolisme dalam menyampaikan nasihat.
MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM GURINDAM MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM GURINDAM Melayu bangsaku penegak budaya berseri hidup diterangi cahaya. Melayu bangsaku penjunjung warisan kukuh walau hujan atau kepanasan. Melayu bangsaku pendaulat agama kebahagiaan kekal tujuan bersama. Melayu bangsaku penyubur sikap kerja beretika bertambah cekap. Melayu bangsaku penerus agenda gapai wawasan usaha diganda. Melayu bangsaku pemelihara bahasa suara dipadu mantap perkasa. Melayu bangsaku pembina jati diri generasi mendatang ampuh berdiri. Melayu bangsaku pelindung watan melawan petualang tak gentar ugutan. Melayu bangsaku pencinta damai berkat perpaduan muafakat disemai. Melayu bangsaku pembela bangsa tidak rela ketuanan binasa. Gurindam (Melayu Bangsaku) 3) Perlakuan Gurindam ini menekankan perlakuan positif seperti beretika dalam bekerja, menjaga maruah bangsa, dan mempertahankan tanah air. Baris "Melayu bangsaku penyubur sikap, kerja beretika bertambah cekap " menunjukkan bahawa masyarakat Melayu menitikberatkan disiplin dan etika dalam bekerja, menjadikan mereka lebih cekap dan produktif. Perlakuan ini mencerminkan sikap gigih, bertanggungjawab, dan tidak mudah menyerah dalam menghadapi cabaran hidup. 4) Gaya Hidup Gurindam ini mencerminkan gaya hidup masyarakat Melayu yang berteraskan agama, budaya, dan semangat kebangsaan. Baris "Melayu bangsaku pembina jati diri, generasi mendatang ampuh berdiri" menunjukkan pentingnya membentuk jati diri yang kuat dalam kalangan generasi muda agar mereka mampu berdikari dan berjaya.
MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM SELOKA MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM SELOKA Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat seluruh badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh tauladan. Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Seloka (Nasihat) 1) Pemikiran Pemikiran dalam seloka ini menekankan kepentingan iman, akhlak, dan perubahan diri ke arah kebaikan. Baris "Kalau nak ikut nasihat ini, jangan bertangguh ubahlah diri" menggalakkan seseorang supaya segera berubah ke arah yang lebih baik dan tidak bertangguh dalam melakukan kebaikan. Pemikiran ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu percaya kepada pentingnya keimanan, akhlak yang baik, dan teladan yang positif dalam kehidupan.
MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM SELOKA MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM SELOKA Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat seluruh badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh tauladan. Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Seloka (Nasihat) 2) Pertuturan Pertuturan dalam seloka ini bersifat nasihat dan dorongan, menggunakan bahasa yang indah, berirama, dan mudah difahami. Baris "Ke sana sini dilindungi Tuhan, keluarga menjadi contoh tauladan" menggunakan bahasa puitis untuk menyampaikan maksud bahawa orang yang beriman dan berakhlak baik akan mendapat perlindungan Tuhan dan menjadi teladan kepada orang lain. Bahasa yang digunakan dalam seloka ini mencerminkan kelembutan, keindahan, dan kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam memberi nasihat tanpa menyakiti hati orang lain. 2) Pertuturan Pertuturan dalam seloka ini bersifat nasihat dan dorongan, menggunakan bahasa yang indah, berirama, dan mudah difahami. Baris "Ke sana sini dilindungi Tuhan, keluarga menjadi contoh tauladan" menggunakan bahasa puitis untuk menyampaikan maksud bahawa orang yang beriman dan berakhlak baik akan mendapat perlindungan Tuhan dan menjadi teladan kepada orang lain. Bahasa yang digunakan dalam seloka ini mencerminkan kelembutan, keindahan, dan kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam memberi nasihat tanpa menyakiti hati orang lain. 3) Perlakuan Seloka ini menggalakkan perlakuan positif seperti segera berubah ke arah kebaikan, menutup aurat, dan menjadi contoh teladan dalam keluarga. Baris "Menutup aurat seluruh badan" menunjukkan bahawa menjaga kesopanan dalam berpakaian adalah satu perlakuan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Perlakuan yang diterapkan dalam seloka ini mencerminkan nilai disiplin, tanggungjawab, dan kepatuhan kepada ajaran agama dalam masyarakat Melayu. 3) Perlakuan Seloka ini menggalakkan perlakuan positif seperti segera berubah ke arah kebaikan, menutup aurat, dan menjadi contoh teladan dalam keluarga. Baris "Menutup aurat seluruh badan" menunjukkan bahawa menjaga kesopanan dalam berpakaian adalah satu perlakuan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Perlakuan yang diterapkan dalam seloka ini mencerminkan nilai disiplin, tanggungjawab, dan kepatuhan kepada ajaran agama dalam masyarakat Melayu.
MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM SELOKA MANIFESTASI AKAL BUDI YANG TERKANDUNG DALAM SELOKA Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat seluruh badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh tauladan. Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Seloka (Nasihat) 4) Gaya Hidup Seloka ini menggambarkan gaya hidup masyarakat Melayu yang mementingkan keimanan, menutup aurat, berakhlak baik, dan menjadikan keluarga sebagai asas dalam membentuk peribadi yang mulia. Baris "Ke sana sini dilindungi Tuhan" menggambarkan gaya hidup yang berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan dan keyakinan bahawa kehidupan yang baik akan mendapat perlindungan Ilahi. Gaya hidup yang diterapkan menggambarkan masyarakat Melayu yang berdisiplin, bertanggungjawab, dan berpegang kepada nilai moral serta keagamaan dalam kehidupan seharian. 4) Gaya Hidup Seloka ini menggambarkan gaya hidup masyarakat Melayu yang mementingkan keimanan, menutup aurat, berakhlak baik, dan menjadikan keluarga sebagai asas dalam membentuk peribadi yang mulia. Baris "Ke sana sini dilindungi Tuhan" menggambarkan gaya hidup yang berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan dan keyakinan bahawa kehidupan yang baik akan mendapat perlindungan Ilahi. Gaya hidup yang diterapkan menggambarkan masyarakat Melayu yang berdisiplin, bertanggungjawab, dan berpegang kepada nilai moral serta keagamaan dalam kehidupan seharian.
RUJUKAN
RUJUKAN