The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by natasha10-833, 2022-10-26 08:38:00

NURUL NATASHA IZLIN BINTI MOHD SHAM_2019212350067_TUGASAN 4

Tugasan 4 LASS3013

LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT:
PEMBERSIHAN KAWASAN PANTAI SETEMPAT

RINGKASAN PROJEK

JENIS PROJEK : Pembersihan kawasan pantai

JANGKA WAKTU/MASA : 8.00 - 11.30 pagi (3 jam 30 minit)

LOKASI : Pantai Rambah, Pontian Johor

PESERTA : Komuniti setempat

JUMLAH PESERTA : 20 orang

AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN : Membersihkan kawasan pantai di Pantai Rambah,

Pontian Johor

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 FASA PERANCANGAN

2.1 SEBELUM PELAKSANAAN PROGRAM
2.2 KERTAS KERJA

3.0 FASA PELAKSANAAN PROGRAM

4.0 FASA SELEPAS PELAKSANAAN

5.0 ANALISIS SWOT
5.1 KEKUATAN
5.2 KELEMAHAN
5.3 PELUANG
5.4 ANCAMAN

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

7.0 KESIMPULAN

LAPORAN PROJEK ALAM SEKITAR
KHIDMAT MASYARAKAT: AKTIVITI PEMBERSIHAN KAWASAN PANTAI DI PANTAI

RAMBAH PONTIAN, JOHOR

1.0 PENGENALAN

Alam sekitar merangkumi setiap satu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa yang
wujud secara semula jadi di permukaan bumi atau sebahagian daripadanya. Justeru itu, alam
sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Namun begitu, dalam
kerancakan manusia mengejar kemajuan alaf milenium kini, nilai-nilai material semakin
memberkas dalam masyarakat madani sehingga menyongsong kewarasan akal dan kemurnian
nilai-nilai integriti. Kemajuan yang berorientasikan keuntungan semata-mata seakan-akan
mengikis sehingga tandusnya pertimbangan manusia terhadap alam sekitar yang menjadi
warisan yang tidak ternilai harganya kepada anak watan penggerak masa hadapan (Ahmad &
Mustafa, 2011). Sedar tidak sedar, alam sekitar yang dahulunya merimbun memayungi lapisan
bumi semakin lenyap dek kerakusan manusia yang bersultan di mata beraja di hati.

Sehubungan dengan itu, salah satu isu alam sekitar yang jelas dikenalpasti ialah isu
kebersihan kawasan pantai yang sering dipandang remeh oleh masyarakat. Isu berkaitan
kebersihan di kawasan pantai ini sebenarnya kerap menjadi bahan perbincangan dalam kalangan
masyarakat. Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempunyai
kesedaran tentang perkara ini lalu menyebabkan mereka membuang sampah merata-rata. Pada
pendapat saya, hal ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menyebabkan laut dan kualiti air kita
tercemar dan seterusnya memudaratkan hidupan-hidupan laut. Justeru itu, isu ini turut
menyumbang kepada penjejasan keindahan kawasan pantai di kawasan setempat.

Oleh itu, pada pendapat saya, salah satu langkah yang efektif bagi mengatasi
permasalahan ini ialah dengan menganjurkan program pembersihan kawasan sekitar pantai.
Program ini telah berfokuskan di kawasan pantai berdekatan rumah saya iaitu Pantai Rambah,
Pontian yang menyasarkan komuniti setempat yang terdiri daripada golongan muda, belia, jiran-
jiran setempat serta pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Bagi memastikan alam
sekitar kita terpelihara, ia perlulah bermula dari diri kita sendiri. Oleh itu, dengan menganjurkan
dan mengajak masyarakat supaya bersikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dengan
membersihkan kawasan pantai, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan permasalahan isu alam

sekitar ini. Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pantai ini dapat menyumbang kepada
keadaan persekitaran pantai yang bersih dan cantik.

2.0 FASA PERANCANGAN
Fasa perancangan melibatkan perancangan kertas kerja cadangan. Pada fasa ini, beberapa

aspek dalam merangka kertas kerja cadangan turut dipertimbangkan seperti matlamat dan
objektif program, cadangan aktiviti pelaksanaan, anggaran perbelanjaan serta peruntukan

2.1 SEBELUM PELAKSAAN
Berdasarkan pemerhatian saya semasa beriadah di kawasan Pantai Rambah, Pontan,
saya mendapati bahawa kebersihan di sekitar kawasan pantai itu agak kurang memuaskan
kerana terdapat sampah-sarap seperti plastik, straw, botol kaca, beg kertas makanan dan
sebagainya yang dibuang merata-rata oleh masyarakat yang berkunjung ke kawasan pantai ini.
Oleh itu, saya bercadang untuk menganjurkan program khidmat masyarakat membersihkan
kawasan pantai di Pantai Rambah dengan menyasarkan komuniti setempat bagi memupuk sikap
rasa cinta dan hargai pantai di kawasan setempat.

2.2 KERTAS KERJA
Saya telah menyediakan satu kertas kerja bagi melaksanakan program khidmat
masyarakat pembersihan kawasan pantai di pantai Rambah, Pontian dapat dilaksanakan dengan
teratur dan memberi peluang kepada saya untuk membuat refleksi tentang projek ini.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
BAHASA ANTARABANGSA

KERTAS KERJA
PROJEK ALAM SEKITAR ALAM SEKITAR 2022

AKTIVITI:
PEMBERSIHAN KAWASAN PANTAI RAMBAH, PONTIAN JOHOR

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL NATASHA IZLIN BINTI MOHD SHAM

PELAJAR ELEKTIF LASS 3013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

BAHASA ANTABANGSA

1.0 PENDAHULUAN

Belakangan ini, isu penjagaan kebersihan pantai semakin dipandang remeh oleh
sesetengah masyarakat. Disebabkan perkara ini, banyak sampah sarap bertempiaran di
kawasan-kawasan pantai di Malaysia seperti plastik, botol kaca, tin minuman dan sebagainya.
Bagi mengatasi isu tersebut, program ini telah diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran
dalam kalangan masyarakat terutamanya anak muda terhadap kepentingan memelihara
kebersihan pantai dan memupuk rasa cinta dan sayang terhadap pantai di kawasan setempat. Di
samping itu, program ini juga diharapkan dapat membawa kepada gaya hidup lestari dalam diri
masyarakat agar mengelakkan daripada membuang sampah seperti plastik di dalam laut yang
boleh menjejaskan kehidupan di dalam laut dan merosakkan pantai.

2.0 RASIONAL

Program ini diadakan untuk;

a) Memupuk kesedaran masyarakat setempat terhadap kepentingan memelihara
kebersihan pantai setempat

b) Memupuk rasa cinta dan sayang dalam diri masyarakat terutamanya anak muda
terhadap pantai di kawasan setempat

c) Memupuk gaya hidup lestari dalam kalangan masyarakat
d) Melahirkan semangat bersatu padu dan tolong-menolong dalam kalangan

masyarakat

3.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

3.1 Matlamat

Matlamat program khidmat masyarakat ini adalah bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kesan dari pembuangan sisa buangan
plastik dan sampah di kawasan pantai. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memupuk
semangat cinta akan alam sekitar.

3.2 Objektif

3.2.1 Mengindahkan dan membersihkan kawasan pantai sekaligus memajukan
kawasan pantai bagi menarik pelancong

3.2.2 Memupuk sikap menghargai kawasan pantai dan ekosistem hidupan laut
bagi mencapai sasaran SDG 15- Life Below Water

4.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

Kumpulan sasaran untuk aktiviti ini ialah komuniti setempat di kawasan saya yang terdiri
daripada;

a) Belia
b) Jiran-jiran setempat
c) Golongan muda dan remaja
d) Pelajar sekolah rendah dan menengah

5.0 BUTIRAN PROGRAM

TARIKH : 22 OKTOBER 2022
HARI : SABTU
MASA : 8 PAGI – 11.30 PAGI
TEMPAT : PANTAI RAMBAH, PONTIAN JOHOR
SASARAN : KOMUNITI SETEMPAT

6.0 JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA UNTUK PROGRAM PEMEBERSIHAN PANTAI

PENASIHAT EN. NORAZALI BIN ZAINUDIN
KETUA NURUL NATASHA IZLIN BINTI MOHD SHAM
PENOLONG KETUA NUR ALIA SYAZWANI BINTI SHAZLEN
AJK PELAKSANA:
1. NUR HAZWANI NADHEERA BINTI ASMAWI
2. FARHADIANA MOHD YASIN
3. AMIRUL SYAZWAN BIN MOHD SHAM

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH
1 Peralatan
1. Plastik hitam RM 22.50
(RM0.75 X 30) RM 60.00

2. Sarung tangan
(RM2.00 X 30)

JUMLAH BESAR RM 82.50

8.0 SUMBER KEWANGAN
1) Persendirian

9.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
8.00 PAGI ● Berkumpul di Pantai Rambah, Pontian
8.30 PAGI
● Bacaan doa
9.00 PAGI ● Taklimat ringkas oleh ketua program
● Pembahagian kumpulan dan kawasan
11.00 PAGI
● Semua kumpulan menuju ke kawasan yang diagihkan
11.30 PAGI masing-masing

● Gotong-royong membersihkan kawasan pantai

● Sesi refleksi berkenaan apa yang diperoleh masyarakat
melalui pelaksanaan program

● Sesi bergambar

● Bersurai

10.0 PENUTUP
Diharapkan melalui program yang dianjurkan ini dalam memberi impak yang positif

kepada komuniti setempat terhadap kepentingan memelihara kawasan pantai di kawasan
setempat serta menyemai perasaan cinta dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Oleh itu,
kerjasama dari semua pihak amat kami hargai dan kami akhiri dengan jutaan ucapan terima
kasih.

Disediakan oleh : 10/10/2022

..........................................
(NURUL NATASHA IZLIN BINTI MOHD SHAM)
Pelajar Elektif LASS 3013,
IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA.

3.0 FASA PELAKSANAAN PROGRAM
Program pembersihan kawasan pantai ini telah diadakan di kawasan Pantai Rambah di

Pontian Johor pada 22 Oktober 2022 (Sabtu) dan berlangsung pada jam 8 pagi sehingga 11.30
pagi. Program ini telah dimulai dengan aktiviti bacaan doa oleh salah seorang ahli jawatankuasa
pelaksana dan dituruti dengan taklimat yang diberi oleh ketua program iaitu Nurul Natasha Izlin
binti Mohd Sham. Taklimat yang diberikan adalah sedikit penerangan tentang cara
membahagikan jenis sampah yang dikutip mengikut jenis seperti plastik, kertas, kaca dan bahan
sampah supaya memudahkan proses untuk dikitar semula.

Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan pembahagian kumpulan dan kawasan masing-
masing. Jumlah peserta yang menyertai program ini ialah 20 orang, jadi setiap kumpulan
dibahagiakan kepada 5 orang yang bertanggungjawab membersihkan kawasan yang ditetapkan.
Antara kawasan yang ada ialah kawasan gigi air pantai, kawasan atas jambatan, kawasan tempat
makan dan kawasan bereakriasi.

Rajah 1 menunjukkan kumpulan yang bertanggungjawab membersihkan kawasan
tempat makan

Rajah 2 menunjukkan sekumpulan pelajar yang memebersihkan kawasan jambatan di Pantai
Rambah, Pontian

Rajah 3 menunjukkan sampah yang dikutip dimasukkan mengikut kategori masing-masing bagi
dikitar semula

Seterusnya, selepas selesai membersihkan kawasan pantai selama 2 jam, semua peserta
berkumpul bagi berkongsi serba sedikit ilmu yang mereka perolehi semasa program dijalankan.
Terdapat beberapa peserta yang memberikan perkongsian mereka dan mereka bersependapat
bahawa program ini telah menyedarkan mereka bahawa pentingnya untuk menjaga kebersihan
kawasan pantai bagi mengelakkan penjejasan terhadap laut dan hidupan di laut. Selain itu,
mereka juga sedar akan kepentingan mengasingkan sampah mengikut jenis yang boleh dikitar
semula seperti plastik, kaca dan kertas. Tambahan lagi, mereka juga berkongsi bahawa mereka
dapat mengenali jenis dan nama flaura-flaura di sekitar kawasan pantai seperti pokok ru, pokok
api-api dan pokok tapak kuda serta memahami kepentingan kulit kerang di sekitar pasir pantai.

Setelah tamat program, pihak penganjur serta ahli jawatankuasa bertindak membawa
sampah-sampah yang dikutip ke pusat kitar semula untuk mengitar semula plastik, kaca dan
kertas yang dikutip serta membawa sampah-sampah lain ke pusat pengumpalan sampah yang
betul.

Rajah 4 menunjukkan pusat kitar semula di Majlis Perbandaran Johor Bahru

4.0 FASA SELEPAS PELAKSANAAN AKTIVITI

Akhir sekali, fasa selepas pelaksanaan merangkumi perbincangan tentang keberkesanan
program khidmat masyarakat ini yang dianalisis dengan kaedah analisis SWOT. Objektif utama
analisis SWOT adalah untuk membantu mengembangkan kesedaran penuh terhadap semua
faktor yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti membersihkan kawasan pantai (Rindam, 2020).
Perbincangan ini melibatkan proses mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
yang diperolehi melalui program yang dijalankan. Penulisan laporan mengenai pelaksanaan
program turut dilaksanakan pada fasa selepas pelaksanaan ini.

5.0 ANALISIS SWOT

3.1 KEKUATAN
Setelah melakukan refleksi terhadap program ini, saya telah mengenalpasti beberapa
kekuatan dalam pelaksanaan program pembersihan kawasan pantai ini. Kekuatan pertama
adalah kerjasama antara masyarakat setempat. Amalan kerjasama antara masyarakat ini telah

dizahirkan melalui penglibatan yang ditunjukkan oleh masyarakat dalam menurut serta dalam
program ini untuk membersihkan pantai tanpa mengira masa dan tenaga yang dikorbank. Amalan
kerjasama sesama masyarakat ini telah dapat mewujudkan semangat positif antara masyarakat
setempat terutama dalam memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan
berkesan. Semangat ini telah memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa, walaupun
suatu tugasan itu berat ,namun, ianya akan mampu diselesaikan dengan baik sekali jika setiap
seorang yang terlibat ringan tulang dan berganding bahu dalam misi yang ingin dicapai. Pendek
kata, amalan bekerjasama amat penting dalam menjayakan sesuatu program supaya dapat
menjayakan program dengan sempurna.

Kekuatan yang kedua ialah, program ini telah dapat memupuk semangat cinta dan sayang
akan pantai dan alam sekitar. Berdasarkan sesi refleksi yang diadakan bersama masyarakat
selepas aktiviti gotong royong dijalankan, mereka bersependapat bahawa mereka telah
menyedari bahawa pentingnya untuk menjaga kebersihan dan keceriaan pantai bagi
kesejahteraan masyarakat dan menarik tarikan pelancong untuk datang. Kesannya, ini dapat
dilihat bahawa semangat cinta akan alam sekitar telah menebal dalam diri masyarakat
terutamanya anak muda.

3.2 KELEMAHAN

Setiap program yang dijalankan pasti tidak dapat lari daripada kepincangan dan
kekurangannya. Ini termasuklah program pembersihan pantai yang telah dianjurkan oleh pihak
penganjur. Berdasarkan penelitian dan refleksi, salah satu kelemahan yang dapat dikenalpasti
ialah kekurangan sumber kewangan lalu mengakibatkan pihak penganjur tidak berupaya untuk
menyediakan sarapan kepada peserta yang menyertai program. Hal ini kerana penganjur
merupakan hanyalah seorang pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan. Oleh itu, ia
mengakibatkan sebahagian peserta perlu berkerja dalam keadaan yang kurang bertenaga
kerana tidak sempat untuk bersarapan dan juga perlu mencari makanan sendiri. Oleh yang
demikian, pihak penganjur menyedari bahawa sekiranya penganjur dapat merancang program
dengan lebih teratur dan mendapatkan peruntukan dari mana-mana pihak, sudah tentu pihak
penganjur akan berusaha menyediakan makanan dan minuman kepada peserta yang terlibat.

3.3 PELUANG

Seterusnya, dari segi analisis peluang, program ini telah didapati dapat memberi peluang
kepada masayarakat setempat terutamanya golongan muda, belia, dan pelajar sekolah untuk
meneroka dan mengenali ekosistem pantai dengan lebih jelas. Hal ini kerana, di sekitar kawasan
Pantai Rambah, Pontian, terdapat pelbagai jenis flora seperti pokok ru, pokok api-api dan pokok
tapak kuda. Di samping itu, masyarakat juga dapat menyedari bahawa kehadiran kulit kerang dan
lumut-lumut hijau di kawasan tepi pantai menunjukkan ekosistem pantai yang stabil dan
menjadikan masyarakat lebih peka terhadap hidupan yang wujud di sekitar pantai tersebut. Hal
ini telah membuka peluang kepada masyarakat untuk lebih mengenali dan menghargai pantai di
kawasan mereka.

3.4 ANCAMAN

Akhir sekali, melalui penilitian, terdapat juga ancaman yang telah dihadapi melalui
program ini. Ancaman yang telah dikenalpasti melalui program ini ialah penggunaan beg plastik
hitam yang tidak mesra alam sekitar yang tidak dapat dielakkan oleh pihak penganjur. Hal ini
kerana, kekangan masa untuk melaksanakan program ini telah mengakibatkan pihak penganjur
tidak mempunyai masa untuk mendapatkan beg guni untuk mengisi sampah-sampah yang
dikumpul. Hal ini kerana, beg guni yang telah dibeli melalui perkhidmatan dalam talian Shopee
tidak berjaya sampai dalam masa yang dijangkakan. Disebabkan kekangan ini, pihak penganjur
tidak mempunyai sebarang pilihan dan menggunakan plastik hitam bagi mengumpul sampah-
sampah yang dikutip di kawasan pantai.

Namun yang demikian, sampah-sampah yang telah dikutip telah dikumpulkan mengikut
jenis masing-masing dan dihantar ke pusat kitar semula bagi mengitar semula bahan yang boleh
dikitar semula. Sampah lain pula telah dilupuskan di pusat pengumpulan sampah yang
disediakan oleh pihak kerajaan dengan cara yang betul.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI

Sebagai cadangan penambahbaikan bagi program yang dijalankan, adalah sebaiknya
pihak penganjur menetapkan para peserta untuk membawa sendiri bekas guni atau plastik yang
telah digunakan dari rumah bagi mengutip dan mengumpul sampah-sampah di kawasan pantai
tersebut. Hal ini kerana, pelaksanaan ini dapat memupuk masyarakat bagi menggunakan semula
plastik-plastik yang mereka ada di rumah bagi mengurangkan penggunaan plastik yang boleh
mendatangkan ancaman kepada alam sekitar. Selain itu, pihak penganjur perlulah merancang
program dengan lebih teliti dan teratur bagi mengusahakan mengumpul peruntukan dari mana-
mana pihak supaya penganjur dapat menyediakan makanan dan minuman kepada peserta yang
terlibat sebagai tanda penghargaan atas tenaga dan masa yang dicurahkan mereka.

7.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kepentingan penerapan nilai-nilai etika alam sekitar
sememangnya perlu diambil kira dalam konteks masyarakat Malaysia pada hari ini. Banyak
kerosakan telah berlaku terhadap alam sekitar, terutamanya habitat di dalam laut yang
disebabkan pencemaran yang berlaku di kawasan pantai. Kerosakkan ini akan menyebabkan
bukan sahaja hidupan laut, malah manusia untuk menanggung kerosakkan tersebut tidak kira
sama ada masyarakat tersebut terlibat atau tidak. Oleh sebab itu, penerapan gaya hidup lestari
ini dilihat mampu untuk menjadi penyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan memberi
kesedaran kepada masyarakat supaya menghargai alam sekitar. Pelbagai inisiatif perlu diambil
bagi memastikan kawasan pantai di Malaysia bersih dan cantik. Setiap lapisan masyarakat,
kerajaan, badan NGO, media massa dan sebagainya perlulah memainkan peranan masing-
masing dalam memelihara dan menghargai pantai kita. Hal ini disokong Ahmad dan Mustafa
(2011) dengan menyatakan masalah alam sekitar makin berleluasa dan keperluan untuk
melahirkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab turut mendesak. Diharapkan pada masa
akan datang, masyarakat akan lebih peka terhadap masalah-masalah yang berkaitan kebersihan
alam sekitar dan terus mencuba untuk mencari jalan penyelesaian agar alam sekitar akan terus
terjamin.

RUJUKAN

Ahmad, J. H., Mustafa, H. (2011). Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia
terhadap Isu Alam Sekitar (Knowledge, Attitude and Practices of Malaysian Society
regarding Environmental Issues). Akademika, 81(3).

Ithnin, H. (2020). Lestari Hijau Kediaman. Mymetro. Retrieved from
https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2020/06/589149/lestari-hijau-kediaman

Rindam, M. (2020). Analisis SWOT: Definisi Dan Contoh. Retrieved 16 March 2021, from
https://ms.businessdailytoday.com/1552396-swot-analysis-definition-and-examples

LAMPIRAN

POSTER PROGRAM

GAMBAR – GAMBAR PELAKSANAAN PROGRAM PEMBERSIHAN KAWASAN PANTAI
RAMBAH, PONTIAN JOHOR




Click to View FlipBook Version