Dititipkan oleh Cikgu Min khas untuk anak didik tersayang. Aminah binti Mohd Noor. 017-9208459
Bugar Bahasa Melayu
Bersama Dengan Cikgu Min
Teknik Menjawab Ulasan, Ringkasan , Rumusan dan Karangan Pendek
Karangan Bahasa Melayu : menyampaikan info tentang Covid-19 kepada orang ramai
Ada empat konsep yang perlu difahami. pada setiap masa. Kementerian Pendidikan juga telah
1) Formula BaSuH mengadakan langkah keselamatan kepada murid-murid
Menentukan soalan terbuka atau tertutup. dengan menutup sekolah dan mengadakan pembelajaran
secara dalam talian. (DiKeMaSeN)
Guna untuk :
i. Menjawab soalan kefahaman(KBAT) Contoh 3
ii. Menjawab soalan karangan. Masyarakat terus melakukan pencemaran alam sekitar
iii. Isi tersurat / tersirat ulasan /walaupun pelbagai kempen kesedaran /telah dilaksanakan.
iv. Isi ringkasan Pada pendapat anda mengapakah berlakunya kegagalan
kempen tersebut.
a) Baca arahan soalan. Masyarakat terus melakukan pencemaran alam sekitar
Analisis soalan dengan teliti. Cari kata kunci arahan (Jelaskan pihak yang dinyatakan sahaja)
soalan. Tertutup/ satu pihak – masyarakat
Subjek- Tentukan soalan berbentuk terbuka atau Contoh jawapan:
tertutup (siapa – pelaku) dalam jawapan yang Pada pendapat saya, sebab berlakunya kegagalan kempen-
diperlukan. kempen tersebut ialah masyarakat kurang prihatin tentang
Huraian pencemaran alam sekitar. Tambahan pula, masyarakat
sudah terbiasa dengan sikap sambil lewa terhadap alam
- Ulasan/ Ringkasan/ Rumusan - tiada huraian. sekitar serta sudah terbiasa dengn keadaan tersebut.
- Karangan/ Kefahaman, novel - mesti dihuraikan
Contoh 4
b) Terbuka- DiKeMaSeN – EPS banyak pihak Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai langkah bagi
c) Tertutup – Satu Pihak sahaja mengatasi masalah bekalan air di negara kita.
Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk
Contoh 1 mengatasi masalah bekalan air. (Soalan tertutup)
Kerajaan Malaysia/ telah mengambil pelbagai langkah
/untuk mengatasi masalah wabak COVID-19/ di negara Jawapan mestilah merujuk kepada kerajaan sahaja sebab
kita. / –pernyataan/ stimulus stimulusnya kerajaan.
Huraikan langkah-langkah yang patut dilakukan untuk Kerajaan mesti mengatasi masalah bekalan air dengan cara
mengatasi masalah COVID di negara kita. menyediakan kawasan hutan simpan yang luas agar air
hujan yang turun dapat diserap ke dalam perut bumi dan
Bagi mengatasi masalah COVID-19, kerajaan telah seterusnya menghasilkan air mata air. Kerjaan juga boleh
mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan. Kerajaan juga melakukan pembenihan awan agar hujan turun dengan
telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan sebanyak lebatnya. Kerajaan juga mestilah mengadakan empangan
beberapa kali bagi menjamin kesihatan rakyat. Kerajaan bagi menakung bekalan air yang banyak untuk bekalan
juga telah menutup sekolah dan menyarankan murid penduduk.
belajar di rumah secara dalam talian. Kerajaan juga
mengehadkan orang ramai daripada merentas negeri Terbuka- pelbagai pihak/ DiKeMaSeN/
supaya Covid-19 tidak disebarkan ke negeri lain. Kerajaan Jika berkaitan dengan negara sila gunakan EPS
juga mewajibkan orang ramai memakai pelitup separuh 2) Konsep BSKL
muka dan memastikan diri berada pada jarak satu meter
apabila berada dalam khalayak ramai. B – Bebas (bincangkan)
S – Sebab /punca/faktor
Tertutup/ satu pihak – Jawapan mestilah merujuk kepada K – Kesan
kerajaan sahaja. L – Langkah
Contoh 2
Masalah COVID-19 semakin berleluasa di negara kita. Formula untuk mencari isi:
Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk 3) DiKeMaSeN
mengatasi masalah wabak COVID-19. DiKeMaSeN Guna Untuk:
Bagi mengatasi masalah COVID-19, kerajaan telah i. Esei – pendapat
mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan. Orang ramai ii. Soalan kefahaman (KBAT)
juga mestilah tinggal di rumah, sentiasa mencuci tangan iii. rumusan, kefahaman komsas
dan menjaga kebersihan diri. Semasa berada dalam iv. Isi tersirat dan tersurat
khalayak, orang ramai mestilah sentiasa memastikan diri
berada pada jarak yang selamat. Ibu bapa mestilah Di - Diri Individu/ diri sendiri (remaja/ pelajar
mendidik anak-anak mereka supaya sentiasa mencuci /murid/ belia)
tangan dan memakai pelitup separuh muka apabila keluar
dari rumah. Pihak media media massa mestilah Punca
Sikap ingin mencuba
Kelemahan jati diri/ pegangan hidup
1
Dititipkan oleh Cikgu Min khas untuk anak didik tersayang. Aminah binti Mohd Noor. 017-9208459
Suka kepada perkara negatif berbanding positif Kesan
Sukar mengakui kesalahan diri sendiri Semangat kejiranan semakin terhakis. Bagai
Cetek ilmu agama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
Kesedaran masing
Motivasi
Taat kepada perintah Tuhan Saling berbalah antara satu sama lain
Kegigihan
Masyarakat tidak bersatu padu dalam banyak
perkara
Rakan sebaya Pengaruh rakan sebaya
Kesan Punca
Masa depan gelap • Mengamalkan budaya hidup bebas dari segi
Mendapat malu pemikiran dan tindakan.
Taraf hidup rendah
Kerjaya tidak tetap • Nasihat rakan lebih diutamakan berbanding ibu
Gelandangan bapa atau guru
Cara atasi
Jati diri yang unggul • Mudah meniru dan mengikut aktiviti yang
Mempunyai matlamat hidup dilakukan oleh rakan tanpa menilai baik buruk
Suka perkara yang positif
Menjaga agama/ patuh suruhan agama • Dipaksa dan terpaksa melakukan apa-apa saja
yang dikehendaki rakan kerana bimbang akan
Motivasi diri yang tinggi disisihkan daripada kumpulan.
Kesan
• Terlibat dengan gejala negatif yang merosakkan
Gigih berusaha akhlak dan masa depan remaja
Pandai memilih rakan yang sama-sama Se - Sekolah , Pentadbir, Guru, Warden, Kaunselor,
bermatlamat untuk berjaya
ketua pengawas
Bijak menggunakan masa yang terluang dengan • Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang
perkara yang berfaedah
menarik
Ke - Keluarga • Kokurikulum
Punca • Aktiviti (Ceramah & Pertandingan) spesifik
Sibuk dengan kerjaya/ kerja tiada masa bersama • Kelab dan persatuan
dengan anak-anak.
N - Negara
Kurang perhatian dan kasih sayang Pihak berkuasa / berwajib gagal melaksanakan
Tidak mementingkan pendidikan agama amanah secara konsisten.
Suka memberi kemewahan kepada anak-anak/ Penguatkuasaan adalah bermusim iaitu
sogokan kebendaan ketika hangat diperkatakan sahaja.
Menyerahkan penjagaan anak-anak kepada • Penguat kuasa undang-undang mudah
pengasuh dan pihak sekolah. disogokkan dengan rasuah
Sukar menerima teguran orang lain terhadap Langkah
anak-anak. • Kempen mesti (bertajuk/ nama khas)
Keruntuhan institusi kekeluargaan. Peranan Pemimpin
Langkah Media Massa
Pendidikan agama Punca
Suri teladan Segala yang disiarkan dan disebarkan melalui media
Kemantapan ekonomi cetak atau media elektronik seperti surat khabar,
Ilmu keibubapaan majalah, buku-buku, televisyen, radio, Internet dan
Makan bersama-sama Facebook.
Solat berjemaah
Melancong bersama-sama Penilaian terhadap baik dan buruk menjadi kabur
Beriadah bersama-sama 4) EPS (negara)
Peruntukan waktu berkualiti bersama-sama E - Ekonomi
P - Politik
keluarga S - Sosial
Ma - Masyarakat / Di - Diri Individu/diri sendiri(remaja/ pelajar /
Punca belia)
Aktiviti kemasyarakatan -Hari Keluarga /
Gotong-royong Punca
Prihatin / Saling menegur Sikap ingin mencuba
Ceramah mesti spesifik (bertajuk/ nama khas ) Kelemahan jati diri/ pegangan hidup
Lahir masyarakat yang mementingkan diri Suka kepada perkara negatif
sendiri/ individualistik Sukar mengakui kesalahan diri sendiri
Masyarakat tidak suka menjaga tepi kain orang Cetek ilmu agama
Takut untuk membetulkan kesilapan para remaja Kesedaran
yang sedang berlaku di depan mata mereka.
2
Dititipkan oleh Cikgu Min khas untuk anak didik tersayang. Aminah binti Mohd Noor. 017-9208459
Motivasi dilakukan oleh rakan tanpa menilai baik
buruk
Taat kepada perintah Tuhan • Dipaksa dan terpaksa melakukan apa-apa saja
yang dikehendaki rakan kerana bimbang
Kegigihan akan disisihkan daripada kumpulan.
Kesan
Rakan sebaya • Terlibat dengan gejala negatif yang
Ke- Keluarga merosakkan akhlak dan masa depan remaja
Punca • Terlibat dengan gejala negatif yang
merosakkan akhlak dan masa depan
Sibuk dengan kerjaya/ kerja tiada masa seseorang remaja itu.
bersama dengan anak-anak.
Se - Sekolah , Pentadbir, Guru, Warden,
Kurang perhatian dan kasih sayang Kaunselor/ Ketua Pengawas
Tidak mementingkan pendidikan agama • Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
yang menarik
Suka memberi kemewahan kepada anak-
anak/ sogokan kebendaan • Kokurikulum
• Aktiviti (Ceramah & Pertandingan) spesifik
Menyerahkan penjagaan anak-anak kepada • Kelab dan persatuan
pengasuh dan pihak sekolah.
N - Negara
Sukar menerima teguran orang lain terhadap Pihak berkuasa / berwajib gagal
anak-anak. melaksanakan amanah secara konsisten.
Penguatkuasaan adalah bermusim iaitu
Keruntuhan institusi kekeluargaan. ketika hangat diperkatakan sahaja.
Langkah • Penguat kuasa undang-undang mudah
disogokkan dengan rasuah
Pendidikan agama
Langkah
Suri teladan/ contoh • Kempen mesti (bertajuk/ nama khas)
Kemantapan ekonomi
Ilmu keibubapaan
Makan bersama-sama
Solat berjemaah
Melancong bersama-sama
Beriadah bersama-sama
Waktu berkualiti bersama-sama keluarga
Ma - Masyarakat / Peranan Pemimpin
Punca Media Massa
Punca
Aktiviti kemasyarakatan -Aktiviti Hari Segala yang disiarkan dan disebarkan melalui
Keluarga / Gotong-royong
media cetak atau media elektronik seperti surat
Prihatin / Saling menegur/ menggunakan khabar, majalah, buku-buku, televisyen, radio,
mata untuk melihat dan menggunakan Internet dan Facebook.
telinga untuk mendengar. Penilaian terhadap baik dan buruk menjadi kabur
Penonton seolah-olah diajar untuk melakukan
Ceramah mesti spesifik(bertajuk/nama khas sesuatu yang tidak pernah terlintas difikiran kita.
Contohnya , penayangan Filem Jangan
Lahir masyarakat yang mementingkan diri Pandang Belakang telah
sendiri/ individualistik –enau dalam belukar, mempengaruhi kepercayaan orang ramai
melepaskan pucuk masing-masing terhadap kuasa hantu/ tahyul
Masyarakat tidak suka menjaga tepi kain 4) Formula EPS (Negara)
orang E - Ekonomi -
P - Politik -
Takut untuk membetulkan kesilapan para S - Sosial -
remaja yang sedang berlaku di depan mata
mereka. Jika berkaitan dengan negara sila gunakan EPS
Panduan mengira perkataan untuk ulasan,
Kesan rumusan dan karangan
Semangat kejiranan semakin terhakis. Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
i. Nama khas
Saling berbalah antara satu sama lain
Contoh :
Masyarakat tidak bersatu padu dalam Sekolah Sultan Alam Shah, - 1 patah kata
banyak perkara Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya
Presint 11(2) -1 patah kata
Pengaruh rakan sebaya Kementerian Pelajaran Malaysia – 1 patah kata
Punca
• Mengamalkan budaya hidup bebas dari segi
pemikiran dan tindakan.
• Nasihat rakan lebih diutamakan berbanding
ibu bapa atau guru
• Mudah meniru dan mengikut aktiviti yang
3
Dititipkan oleh Cikgu Min khas untuk anak didik tersayang. Aminah binti Mohd Noor. 017-9208459
Perintah Kawalan Pergerakan - 1 patah kata i. Menggunakan ayat yang gramatis
COVID-19 – 1 patah kata ii. Kosa kata luas dan tepat
Malaysia Barat – 1 patah kata iii. Ejaan dan tanda baca betul
ii. Perkataan berulang/ kata ganda iv Penanda wacana yang betul
rama-rama, rumah-rumah, jalan-jalan v. Kesalahan bahasa yang minimum
iii. Penggunaan kata sendi di dan ke (tidak dikira) PANDUAN MENULIS RINGKASAN
di sekolah - 1 patah kata 1. Baca arahan dengan teliti. Cari kata kunci dan
ke sekolah - 1 patah kata gariskan kata kunci tersebut.
di Malaysia 2. Isi biasanya menggunakan imbuhan me-N, ber , ter
iv. Tarikh
v Angka yang ditulis dengan nombor dan di atau selepas penanda wacana.
vi. Perkataan gelaran -1 patah kata 3. Murid mesti mengemukakan sekurang-kurangnya
Tan Sri Datuk Dr Zainuddin Wazir –
lima isi tetapi calon digalakkan mengemukakan enam
Tan Sri Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah atau tujuh isi asalkan panjang ringkasan tidak
Raja Permaisuri Agong ke-16 dan Tengku melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan. Jangan
Ampuan Pahang yang ke-5 mulakan ringkasan dengan pengenalan.
4. Terdapat dua kaedah untuk mulakan ayat ringkasan:
i. Antara langkah/antara faktor/ antara punca/antara
Tweeter : cheminahsayang sebab/ mengikut kata kunci yang diberikan oleh
vii. Penanda wacana dikira satu persatu soalan.
ii. Salin kata kunci letak ialah atau adalah –
Contoh :
Selain itu - 2 patah kata bergantung kepada perkataan selepasnya. Kata
Walau bagaimanapun - 2 patah kata nama –ialah/ selain kata nama – adalah / kata kerja
Dengan kata lain - 3 patah kata
Kereta api , tengah hari -2 adalah dengan/ adalah untuk
Si Oren – 1 kata juga
Di samping itu -2 6. Isi yang ditulis mestilah menggunakan ayat yang
lengkap ringkas, tepat dan padat.
7. Cuba tuliskan 1 isi untuk 1 ayat.
KARANGAN PENDEK : 10 MARKAH
ULASAN : [15 markah] Cara menjawab soalan karangan pendek:
Panduan Menjawab Soalan ulasan: 1) Baca arahan dengan teliti.
1. Tidak terikat dengan bentuk karangan 2) Cari kata kunci
2. Tiada perenggan / boleh berperenggan 3) Peruntukkan masa selama 10 minit sahaja
3. Tiada pengenalan dan penutup/ Boleh buat 4) Tulis antara 50 hingga 80 patah perkataan (sila tulis
pengenalan dan penutup 80 patah kata)
4. Mesti ada isi tersurat dan isi tersirat - 5) Jika melebihi 80 patah kata – tidak ada pemotongan
5. Isi tersurat -isi yang terdapat dalam teks BSKL markah.
6. Isi tersirat - isi yang tiada dalam teks tetapi berkaitan
7. Tidak melebihi 100 patah kata. 6) Buat satu ayat pengenalan.
8. Karangan yang melebihi 100 patah perkataan - 13 7) Masukkan semua isi yang diberi.
8) Bina satu ayat penutup.
markah
9. Jika kurang daripada 80 patah perkataan markah KAEDAH MENJAWAB RUMUSAN
1) Baca arahan dengan teliti. Cari kata kunci dan
maksimum 8-12 markah
10. Jika ada tersurat atau tersirat sahaja – 8 markah ke gariskan kata kunci tersebut. – arahan tidak jelas
bawah 2. Isi biasanya menggunakan imbuhan me-N, ber , ter
11. Sekiranya data diberikan dalam bentuk nombor dan di atau selepas penanda wacana.
dan boleh dibandingkan- sila buat satu atau dua
perbandingan pada jawapan anda (manakala) 3. Murid mesti mengemukakan sekurang-kurangnya
12. Cara untuk membina isi tersirat - cuba guna formula lima isi tetapi calon digalakkan mengemukakan
BSKL , DiKeMaSeN atau EPS (ekonomi, politik dan
sosial) enam.
4. Tulis antara 80 hingga 100 patah perkataan (sila tulis
13. Isi tersurat boleh menjadi :
i) punca/ kesan/ langkah 100 patah kata)
ii) kepentingan/ kebaikan/ manfaat/
iii) kelemahan/ masalah/ kekangan 5. Pengenalan.
iv) tujuan/ objektif/ matlamat
Rumusan membincangkan
Rujuk kata kunci teks
6. Antara langkah/antara faktor/ antara punca/antara
sebab/ mengikut kata kunci yang diberikan oleh
soalan.
Ciri-ciri ulasan yang cemerlang 7. Penutup.
i) Idea Kesimpulannya,
i. Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan Semua pihak perlu / semua pihak patut
ii. Ulasan idea yang jelas dan matang Agar/supaya
ii) Bahasa Alasan psitif kepada cadangan
4
Dititipkan oleh Cikgu Min khas untuk anak didik tersayang. Aminah binti Mohd Noor. 017-9208459
Ringkasan
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian tulis ringkasan tentang kepentingan mempelajari subjek
Sejarah. Panjangnya ringkasan hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. (100 patah kata)
Dalam negara yang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal
yang menjadi ukuran, malah pembangunan modal insan dilihat sebagai elemen paling penting dalam
menentukan jatuh bangun tamadun sesuatu bangsa. Remaja hari ini perlu memikul tanggungjawab yang
besar untuk mengekalkan kesejahteraan bangsa dan kemakmuran negara yang telah diasaskan oleh
generasi terdahulu.
Dalam konteks ini, subjek Sejarah disandarkan harapan agar dapat menyemai semangat patriotisme
yang jitu dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, subjek ini mampu memangkinkan perasaan dan
tindakan semua warga untuk mempertahankan negara. Malahan, subjek Sejarah merupakan pendekatan
terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda. Peristiwa dan fakta yang
dipelajari dalam subjek Sejarah seperti perjuangan menuntut kemerdekaan sekiranya dihayati boleh
menjana pemikiran yang rasional dan matang antara kaum di negara kita. Era globalisasi yang melanda
seluruh dunia pula telah menjadikan masyarakat kita terutamanya anak muda mudah terdedah dengan
pembaharuan budaya berteraskan Barat. Perkara ini secara tidak langsung akan melunturkan semangat
kenegaraan.
Pembelajaran melalui subjek Sejarah mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan ahli
keluarga. Selain itu, subjek ini mencetuskan semangat untuk mengetahui sejarah bangsa, masyarakat dan
negara. Dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, menjadi tanggungjawab setiap
warga negaranya untuk memahami kebudayaan setiap kaum. Jelaslah bahawa subjek Sejarah melahirkan
sikap toleransi dalam diri rakyat negara ini. Subjek Sejarah sebenarnya merangsang semangat ingin tahu
dalam diri pelajar. Kaedah inkuiri ini menjadikan mereka memiliki nilai intelek iaitu nilai yang membina
pemikiran kritis dan objektif pelajar. Subjek ini juga berperanan mendidik aspek kemasyarakatan
seseorang seperti rasa keinsafan dan mengajak pengkajinya mengambil iktibar demi masa depan.
Namun begitu, subjek Sejarah sering dikesampingkan oleh pemahaman sempit pelajar tentang
kepentingannya. Pelajar memberi anggapan bahawa kerjaya yang berkait dengan sejarah tidak menjamin
masa depan mereka. Pelajar juga merasakan bahawa mereka dipaksa membaca dan mengingati banyak
fakta yang berulang-ulang sejak tingkatan satu hinggalah ke tingkatan lima. Kaedah pengajaran yang tidak
berkesan dan membosankan juga merupakan salah satu punca subjek ini tidak diminati. Perkara-perkara
sebegini perlu diberi perhatian serius. Maka, wajarlah subjek Sejarah terus dimartabatkan bagi membina
negara bangsa Malaysia yang kuat dan berdaya saing di peringkat global.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‛Sejarah Perlu Dipelajari?’
oleh Abdul Ghani Abu,
Contoh jawapan
Kepentingan mempelajari subjek Sejarah adalah dapat menyemai semangat patriotisme yang jitu
dalam kalangan generasi muda. (Isi1-2m) Subjek ini juga mampu memangkinkan perasaan dan tindakan
semua warga untuk mempertahankan negara. (Isi2-2m) Malahan, subjek Sejarah merupakan pendekatan
terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda. (Isi3-2m) Peristiwa dan
fakta yang dipelajari dalam subjek Sejarah boleh menjana pemikiran yang rasional dan matang antara
kaum di negara kita. (Isi4-2m) Subjek Sejarah mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan ahli
keluarga. (Isi5-2m) Subjek ini mencetuskan semangat untuk mengetahui sejarah bangsa, masyarakat dan
negara. (Isi6-2m) Subjek Sejarah melahirkan sikap toleransi dalam diri rakyat negara ini. (Isi7-2m)
Subjek Sejarah sebenarnya merangsang semangat ingin tahu dalam diri pelajar. (Isi8-2m)
(101 patah kata)
Isi- 10 markah
Bahasa -5 markah
Jumlah = 15 markah
5
Dititipkan oleh Cikgu Min khas untuk anak didik tersayang. Aminah binti Mohd Noor. 017-9208459
Latihan 2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
faedah permainan tradisional kepada remaja. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100
patah perkataan.
Warisan negara merupakan harta dan kekayaan bangsa yang tidak dapat dijual beli serta memiliki
nilai pengajaran yang dapat kita timba sewaktu menekuninya. Namun begitu, permainan tradisional
semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian
kerana permainan tradisional dianggap kolot dan membosankan oleh sesetengah pihak. Oleh sebab itu,
kita mestilah mengetahui faedah permainan tradisional kepada remaja.
Antara faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat mengisi masa lapang remaja
secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di pusat beli belah dan membuang masa mereka
dengan sia-sia. Namun begitu, permainan tradisional dapat mengelakkan situasi tersebut daripada
berlaku. Remaja dapat mempelajari ilmu permainan tradisional dan mengetahui kepentingan nilai
kesabaran dalam diri. Selain itu, remaja akan belajar untuk menghargai masa.
Permainan tradisional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama
lain. Hubungan kekeluargaan dan persahabatan dapat dieratkan sewaktu bermain permainan tradisional.
Sebagai contohnya, remaja boleh bermain sepak raga bersama-sama rakan dan dapat berkenalan dengan
kawan-kawan baharu. Dengan cara ini, remaja dapat menjalin hubungan persahabatan yang lebih luas.
Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan persefahaman semasa
bermain, remaja dapat memahami kelebihan dan kelemahan kawan, serta lawan mereka. Permainan wau
misalnya, dapat membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain untuk menaikkan wau tersebut. Hal
ini dapat membentuk prinsip kehidupan yang saling memerlukan bagai aur dengan tebing. Remaja juga
dapat memelihara warisan budaya bangsa daripada pupus. Remaja dapat mengenali dan mempelajari
seni yang terkandung dalam permainan tradisional. Oleh hal yang demikian, seni warisan bangsa ini tidak
akan pupus ditelan zaman kerana tidak 1apuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah permainan tradisional kepada remaja. Permainan
tradisional perlu dihidupkan semula sebelum terkubur. Dalam hal ini semua pihak perlu bekerjasama agar
generasi muda zaman ini menjadikan permainan tradisional sebagai aktiviti yang membanggakan bangsa.
Permainan tradisional masih relevan dalam zaman globalisasi ini.
Diubahsuaikan daripada rencana
Faedah Permainan Tradisional Kepada Remaja,
Dewan Siswa, DBP September 2018
Faedah permainan tradisional kepada remaja adalah dapat mengisi masa lapang remaja secara
berfaedah. (I-2m) Permainan tradisional dapat mengelakkan remaja daripada melepak di pusat beli belah
dan membuang masa mereka dengan sia-sia. (I-2m) Remaja dapat mempelajari ilmu permainan
tradisional dan mengetahui kepentingan nilai kesabaran dalam diri. (I-2m) Selain itu, remaja akan belajar
untuk menghargai masa. (I-2m) Permainan tradisional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan
silaturahim antara satu sama lain. (I-2m) Permainan ini juga membolehkan remaja dapat menjalin
hubungan persahabatan yang lebih luas. (I-2m) Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk
semangat kerjasama dan persefahaman semasa bermain, remaja dapat memahami kelebihan dan
kelemahan kawan, serta lawan mereka. (I-2m) (96 patah kata)
6
Dititipkan oleh Cikgu Min khas untuk anak didik tersayang. Aminah binti Mohd Noor. 017-9208459
Ulasan
Lihat maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.
Isi tersurat wajib ada 3
Isi tersirat wajib ada 2 termasuk penutup
Contoh jawapan
Dalam meniti era Revolusi Industri 4.0 (sekarang),
Pada era globalisasi ini pendekatan pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr) telah
dijalankan di negara kita.
Pdpr berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti untuk murid belajar
secara realiti.(S-2m) Pdpr boleh dilaksanakan menggunakan pelantar pembelajaran DELIMa,
Cikguutube, EduWebTV dan aplikasi media sosial. (S-2m) Kaedah pembelajaran ini boleh
menggunakan aplikasi Google Meet, Zoom, Microsoft Team secara live-streaming. .(S-2m)
Pengajaran secara pdpr juga boleh menggunakan ePermainan seperti Gamification, video klip
audio, eBuku, rakaman atau tugasan dalam talian. (S-2m) Kaedah ini juga membolehkan pelajar
menjalani pembelajaran walaupun tidak bersemuka dengan guru (T-2m) dan sangat menjimatkan
masa (T-2m) kerana guru dan murid hanya perlu berada di rumah masing-masing.
Tuntasnya, pdpr merupakan pendekatan pembelajaran yang sangat menarik. (T-2m)
(100 patah kata)
Jawapan Karangan pendek
Berdasarkan maklumat yang disediakan tulis sebuah karangan pendek antara 50 hingga 80 patah kata.
Contoh jawapan
Dalam meniti era Revolusi Industri 4.0 (sekarang), pendekatan pengajaran dan pembelajaran di
rumah (pdpr) telah dijalankan di negara kita.
Pdpr berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti untuk murid belajar secara reality.
Pdpr boleh dilaksanakan menggunakan pelantar pembelajaran DELIMa, Cikguutube, EduWebTV dan
aplikasi media sosial. Kaedah pembelajaran ini boleh menggunakan aplikasi Google Meet, Zoom,
Microsoft Team secara live-streaming. Pengajaran secara pdpr juga boleh menggunakan ePermainan
seperti Gamification, video klip audio, eBuku, rakaman atau tugasan dalam talian.
Tuntasnya, pdpr merupakan pendekatan pembelajaran yang sangat menarik.
(80 patah kata)
7
Dititipkan oleh Cikgu Min khas untuk anak didik tersayang. Aminah binti Mohd Noor. 017-9208459
Latihan 2
Lihat carta di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Wabak Covid- 19 mula dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.
Status terkini Covid-19 secara keseluruhan di Malaysia ialah terdapat 357,607 kes. (S-2m)
Sebanyak 1,854 kes baharu telah dicatatkan pada 9 April 2021(S-2m). Kes sembuh baharu telah dicatatkan
pada hari tersebut adalah sebanyak 1,247 (S-2m) manakala 341, 498 rakyat di negara ini telah sembuh
daripada wabak ini. (S-2m) Sehingga kini sebanyak 1,313 kes kematian telah dicatatkan di negara kita.
(S-2m) Bagi mengelakkan diri kita daripada masalah ini kita sepatutnya sentiasa memakai pelitup separuh
muka. (T-2m) Kita juga mestilah sentiasa mencuci tangan (T-2m) dan memastikan berada pada jarak satu
meter daripada orang ramai. (T-2m)Tuntasnya, masalah Covid-19 perlu diatasi hingga ke akar umbi. (T-
2m) (101 patah kata)
Karangan pendek : 10 markah
Berdasarkan maklumat yang disediakan tulis sebuah karangan pendek antara 50 hingga 80 patah kata.
Penularan wabak covid menjadi mimpi ngeri bagi masyarakat seluruh dunia.
Status terkini Covid-19 secara keseluruhan di Malaysia ialah terdapat 357, 607 kes. Sebanyak 1,854
kes baharu telah dicatatkan pada 9 April 2021. Kes sembuh baharu telah dicatatkan pada hari tersebut
adalah sebanyak 1,247 manakala 341, 498 rakyat di negara ini telah sembuh daripada wabak ini. Sehingga
kini sebanyak 1,313 telah dicatatkan di negara kita. Bagi mengatasi masalah ini kita mestilah
mengamalkan norma baharu dan mematuhi Presedur Standard Operasi yang ditetapkan oleh pihak
kerajaan.
Tuntasnya wabak Covid mesti dikekang hingga ke akar umbi.
8
Dititipkan oleh Cikgu Min khas untuk anak didik tersayang. Aminah binti Mohd Noor. 017-9208459
Rumusan
Baca petikan dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud petikan asal.
Perenggan 1 ada tentang maklumat perkara yang hendak dibincangkan
Cara untuk mencari isi rumusan
i) Formula BSKL , DiKeMaSeN atau EPS (ekonomi, politik dan sosial/ BaSuH
ii) punca/ kesan /impak/ langkah
iii) kepentingan/ kebaikan/ manfaat/
iv) kelemahan/ masalah/ kekangan
v) tujuan/ objektif/ matlamat
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu rumusan yang panjangnya
antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
BSKL DiKeMaSeN
Kempen Derma Darah sering diadakan bagi menggalakkan orang ramai menderma darah. Banyak
kebaikan yang dapat diperoleh dengan menderma darah. Setiap kali menderma darah, anda dapat
menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Keperluan menderma darah sangat penting kepada
pesakit yang memerlukan pemindahan darah. Dengan menderma darah, anda dapat membantu pesakit-
pesakit kronik untuk meneruskan kehidupan. Contohnya pesakit Talasemia yang memerlukan pemindahan
darah secara konsisten.
Apabila anda menderma darah, darah anda akan diuji di makmal. Hal ini membolehkan anda
mengetahui kumpulan darah dan masalah kesihatan anda. Langkah pencegahan awal dapat diambil bagi
mengelakkan sebarang masalah. Menderma darah dapat juga membantu dalam melancarkan aliran darah
penderma dan membantu badan mengawal tahap kolesterol serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
Setiap darah yang didermakan hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu
penderma darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai
bekalan darah yang mencukupi.Tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti. Semua tugas pendermaan
dilakukan secara profesional. Anda tidak akan berasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan
yang lain hanya digunakan sekali sahaja. Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48
hingga 72 jam. Proses itu menjadikan badan anda lebih sihat, kuat dan segar.
Contoh Jawapan
Kebaikan menderma darah kepada seseorang adalah dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya
satu nyawa. Dengan menderma darah, anda dapat membantu pesakit-pesakit kronik untuk meneruskan
kehidupan. Pendermaan darah juga membolehkan anda mengetahui kumpulan darah dan masalah
kesihatan anda. Menderma darah dapat juga membantu dalam melancarkan aliran darah penderma dan
membantu badan mengawal tahap kolesterol serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Pendermaan
darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah
yang mencukupi.
Kesimpulannya, semua pihak patut menderma darah agar agar kesihatan mereka lebih terjamin.
P- 2markah
I – 6 markah
K – 2markah
Isi - 10 markah
Bahasa = 2markah
Jumlah keseluruhan = 15/15
9
Dititipkan oleh Cikgu Min khas untuk anak didik tersayang. Aminah binti Mohd Noor. 017-9208459
Latihan 2
Baca petikan dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu ke arah memperkasakan sektor pertanian dan industri asas tani
negara jelas memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap usaha meningkatkan taraf hidup petani,
penternak dan nelayan di negara ini. Perkara ini seiring kepentingan peranan golongan itu dalam
memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan.
Pihak kerajaan memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan keupayaan negara menghasilkan
bekalan sendiri melalui peningkatan kapasiti pengeluaran pelbagai produk pertanian dan hasil
penternakan, seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pengenalan
dasar itu penting kerana terlalu banyak implikasi negatif kepada negara sekiranya terlalu bergantung
kepada bekalan makanan import. Hai ini turut turut menjadikan negara kita kurang berdaya maju dari segi
penghasilan bekalan makanan sendiri.
Justeru, kerajaan memberi sepenuhnya keutamaan terhadap pelaksanaan teknologi yang berinovasi
sebagai langkah strategik membantu mengurangkan kebergantungan bekalan makanan import. Di
samping itu, program tersebut dianggap seperti serampang dua mata apabila pada masa yang sama dapat
memperkasakan sosioekonomi petani.
Seterusnya, Kampen Pertanian Suatu Perniagaan yang dilaksanakan secara konsisten memberikan
pendedahan kepada rakyat, khususnya pada peringkat akar umbi menceburi kegiatan pertanian. Hal ini,
turut diyakini mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan negara, sekali gus memastikan
bekalan sentiasa mencukupi bagi mendepani apa juga situasi.
Selain itu, penyaluran bantuan berkaitan seperti subsidi baja dan padi juga perlu diteruskan bertujuan
memastikan kos penghasilan makanan dapat dikawal selia agar tidak terlalu tinggi dan boleh menghasilkan
keuntungan.
Kesimpulannya, peningkatan penghasilan makanan memerlukan kerjasama pelbagai pihak,
termasuk peladang. Oleh itu,komitmen berterusan kerajaan dalam membantu golongan ini bukan sahaja
dapat meningkatkan hasil makanan, malah meningkatkan taraf sosioekonomi golongan berkenaan.
Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada www.bharian.com.my.
Oleh Nurul Hidayah bt Bahaudin
Contoh jawapan
Rumusan membincangkan kepentingan meningkatkan sektor pertanian dan industri asas tani di
negara kita.
Kepentingan meningkatkan sektor pertanian dan industri asas tani adalah dapat meningkatkan taraf
hidup petani, penternak dan nelayan. Perkara ini juga penting untuk memastikan bekalan makanan negara
sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan dan mengurangkan kebergantungan terhadap import
makanan. Kaedah ini juga dapat memperkasakan sosioekonomi petani, meningkatkan kapasiti
pengeluaran makanan negara, sekali gus memastikan bekalan sentiasa mencukupi bagi mendepani apa-
apa juga situasi. Hal ini juga dapat meningkatkan hasil makanan, malah meningkatkan taraf sosioekonomi
golongan berkenaan.
Kesimpulannya, usaha meningkatkan sektor pertanian dan industri asas tadi perlu dilakukan agar
ekonomi negara kita lebih stabil. (103 patah kata)
10
Dititipkan oleh Cikgu Min khas untuk anak didik tersayang. Aminah binti Mohd Noor. 017-9208459
Latihan 3
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu rumusan yang panjangnya
antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Industri inap desa sememangnya mempunyai potensi yang tidak kurang pentingnya kepada
pembangunan negara. Sebenarnya, terdapat beberapa potensi industri inap desa dan cabaran-cabaran yang
dihadapinya.
Antara kepentingan industri inap desa adalah mampu membantu meningkatkan ekonomi negara.
Apabila inap desa ditubuhkan dengan giat, maka keuntungan yang diperoleh daripada sektor iní akan
menyumbang kepada pendapatan negara. Hal ini akan membantu negara memperoleh keuntungan yang
berlipat kali ganda serta dapat memajukan negara.
Di samping itu, industri inap desa dapat memperkenalkan sektor pelancongan Malaysia di mata
dunia. Pelancong yang menginap di inap desa dapat melakukan pelbagai aktivit terancang yang disediakan
oleh pihak inap desa.Hal ini dapat memperkenalkan pelbagai budaya Malaysia yang terdapat di kawasan
inap desa tersebut. Selain tu, industri inap desa juga mempunyai potensi dalam memajukan sektor
pelancongan negara. Penubuhan industri inap desa di kawasan luar bandar mampu menarik minat ramai
pelancong ke kawasan tersebut. Hal ini akan menyebabkan penduduk setempat memperoleh pendapatan
yang lumayan berikutan kehendak pelancong untuk menyewa inap desa. Oleh itu, para pelancong yang
ingin melawat ke kawasan pedalaman tidak perlu bimbang tentang tempat penginapan kerana terdapat
inap desa.
Seterusnya, potensi inap desa juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan. Apabila industri inap
desa dibina di kawasan luar bandar maka terdapat banyak peluang pekerjaan yang tersedia. Hal ini akan
membantu penduduk setempat untuk bekerja di inap desa. Contohnya, bekerja sebagai tukang cuci, tukang
kebun, pengawal keselamatan dan sebagainya. Industri inap desa ini walaupun tidak membuka peluang
pekerjaan yang banyak namun mampu membantu golongan penganggur bagi mencari sumber rezeki.
Antara cabaran yang dihadapi oleh industri inap desa ialah masalah kekurangan modal. Pengusaha
inap desa sering berhadapan dengan masalah mendapatkan modal untuk kos pengurusan dan membayar
gaji pekerja. Hal ini dikatakan demikian kerana pengusaha industri inap desa sukar mendapatkan pinjaman
daripada bank berikutan faktor ekonomi mereka yang kurang kukuh. Situasi ini akan menyebabkan
perkembangan inap desa agak perlahan dan terbatas. Selain itu, kedudukan inap desa yang jauh dan bandar
menyukarkan para pelancong untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan yang lain. Contohnya
perkhidmatan bank, liputan talian dan pasar raya. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu berganding
bahu dalam memajukan industri inap desa agar terus berkembang dan menjadi salah satu sektor yang
menyumbang kepada pendapatan negara kita.
Jawapan
Rumusan membincangkan kepentingan industri inap desa kepada negara.
Kepentingan industri inap desa ialah indusrti ini mampu membantu meningkatkan ekonomi negara.
Industri ini juga membolehkan negara memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda serta dapat
memajukan negara. Industri inap desa dapat memperkenalkan sektor pelancongan Malaysia di mata
dunia. Hal ini dapat memperkenalkan pelbagai budaya Malaysia yang terdapat di kawasan inap desa
tersebut. Selain itu, industri inap desa juga mempunyai potensi dalam memajukan sektor pelancongan
negara. Penubuhan industri inap desa di kawasan luar bandar mampu menarik minat ramai pelancong ke
kawasan tersebut.
Kesimpulannya, industri inap desa patut dimajukan agar ekonomi negara kita lebih mantap.
Semoga Mendapat Manafaatnya
Manjadda Wajada: Siapa yang berusaha pasti dia akan berjaya
Masa itu ibarat mata pedang, jika kamu gagal memotongnya,
maka mata pedang itu akam memotong kamu
Daripada Cikgu Min - 017- 9208459
11