The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENYU TERIAK merupakan sebuah cerita tentang penderitaan seekor penyu yang ditusuk oleh straw minuman.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by a diaz, 2022-07-26 03:33:08

PENYU TERIAK 1.1

PENYU TERIAK merupakan sebuah cerita tentang penderitaan seekor penyu yang ditusuk oleh straw minuman.

Penulis : Zeda

Pada suatu hari, Malik dan
keluarganya mahu pergi
berkelah di tepi pantai dengan
menaiki kereta yang baharu
dibeli oleh bapanya.

Malik sangat teruja. Ketika dalam perjalanan,
Malik menyanyikan lagu yang dituju istimewa untuk
bapanya.

“Bapaku pulang dari kota, bapaku belikan
kereta, kereta kecil warna merah, bapaku bawa
pergi berkelah, pon…pon…pon ….”

Malik menyanyikan dengan gembira sekali.

“Eh, sudah sampai? Wah, cantiknya
pemandangan di sini!

Airnya biru, pasirnya halus
dan putih.

Tak sabarnya mahu
mandi,” kata Malik.

Ayah Malik mencari tempat untuk
berteduh lalu ibunya menghamparkan tikar untuk
menghidang lauk pauk serta minuman yang dibawa
dari rumah.

Malik terus salin pakaian dan terjun ke
dalam laut.

“Masinnya air laut ini. Kenapa air laut
masin?” tanya Malik kepada bapanya.

“Air laut masin kerana kandungan garam
larut yang tinggi,” jawab ayahnya.

Setelah penat bermain air, Malik berasa
dahaga lalu dia pergi mendapatkan air minuman
kotak daripada ibunya.
Glup…glup…glup…. Teguknya.

Lantas Malik terus sambung bermain air.
Tanpa dia sedari, kotak minuman yang

dipegangnya terlepas dari genggaman lalu hanyut
ke dasar lautan.

Matahari semakin meninggi. Malik
berehat sebentar sambil menjamah makanan yang
dihidangkan oleh ibunya. Kemudian, dia baring di
sisi ibunya.

Tiba-tiba, Malik terdengar suara tangisan.
Dia pergi menuju ke arah tangisan itu. Dia
terkejut apabila melihat seekor penyu sedang
menangis. Air mata membasahi pipi penyu itu.
Hidungnya berdarah kerana ditusuk oleh straw
minuman.

Malik teringat akan air kotak yang
diminumnya sebentar tadi. Malik berasa bersalah
kerana straw daripada kotak minuman tersebut
telah mendatangkan kecederaan kepada penyu itu.
Malik minta maaf kepada penyu itu lalu segera
menarik keluar straw minuman tersebut.

Penyu itu menjerit kesakitan ketika straw
ditarik keluar. Air mata penyu itu berjujuran laju.
Malik berasa kasihan. Dia menyesal akan
perbuatannya yang telah membuang air kotak ke
dalam lautan.

Penyu itu mengucapkan terima kasih
setelah straw itu dapat dikeluarkan dari
hidungnya. Kemudian, penyu itu mengajak Malik
menjelajah ke dasar lautan.

Penyu itu membawa Malik melihat
terumbu karang yang telah bertukar warna hitam.

“Ini ialah terumbu karang yang telah mati.
Terumbu karang ini mati kerana sisa minyak dari
bot dan perbuatan manusia yang memberi makan
roti kepada ikan,” terang penyu itu.

Kemudian, penyu membawa Malik meneroka
lagi. Kali ini mereka pergi ke sisi pantai. Malik
melihat plastik makanan yang terkumpul, kotak-
kotak, pakaian malah kasut pun ada. Malik
terkejut melihat timbunan sampah yang banyak
itu.

“Malik, Malik…!”
Tiba-tiba, Malik terdengar suara seakan-

akan ibunya memanggil.

Malik tersedar dari mimpinya.

Hari sudah mendung, mereka lantas
mengemas barang untuk pulang. Mereka tidak lupa
untuk mengutip sampah di pantai tersebut.

Mulai hari itu, Malik berjanji tidak akan
membuang sampah merata-rata dan dia juga akan
mengajak rakan-rakannya untuk turut sama
mencintai alam sekitar.


Click to View FlipBook Version