The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penyu Teriak menceritakan kisah seekor penyu yang derita akibat hidungnya ditusuk oleh straw. Seorang budak lelaki telah menyelamatkan penyu tersebut di dalam mimpinya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by a diaz, 2022-08-02 03:55:07

Penyu Teriak

Penyu Teriak menceritakan kisah seekor penyu yang derita akibat hidungnya ditusuk oleh straw. Seorang budak lelaki telah menyelamatkan penyu tersebut di dalam mimpinya.

Keywords: Penyu

1

Penulis : Nur Zaida binti Abdul Rashid

Pada suatu hari, Malik dan
keluarganya mahu pergi
berkelah di tepi pantai.

Mereka pergi dengan menaiki
kereta yang baharu dibeli
oleh bapanya.

2

Malik sangat teruja. Ketika dalam perjalanan, Malik menyanyikan lagu yang
dituju istimewa untuk bapanya. Malik menyanyikannya dengan girang sekali.

“Bapaku pulang dari kota, bapaku
belikan kereta, kereta kecil warna
merah, bapaku bawa pergi berkelah,

pon…pon…pon ….”

3

“Eh, sudah sampai? Wah, cantiknya pemandangan di sini!
Airnya biru, pasirnya halus dan putih.
Tak sabarnya mahu mandi,” kata Malik.

4

Ayah Malik mencari tempat untuk berteduh lalu ibunya
menghamparkan tikar untuk menghidang lauk pauk
serta minuman yang dibawa dari rumah. Malik terus
salin pakaian dan terjun ke dalam laut.

5

“Masinnya air laut ini. Kenapa air laut masin?” tanya Malik
kepada bapanya.

“Air laut masin kerana kandungan
garam larut yang tinggi,” jawab
ayahnya.

Setelah penat bermain air,
Malik berasa dahaga lalu dia pergi
mendapatkan air minuman kotak
daripada ibunya.

6

Lantas Malik terus sambung bermain air. Tanpa dia sedari,
kotak minuman bersama straw yang dipegangnya tadi terlepas
dari genggamannya lalu hanyut ke dasar lautan.

Cuaca semakin panas. Malik berehat sebentar sambil
menjamah makanan yang dihidangkan oleh ibunya. Kemudian, dia
baring untuk berehat sebentar.

7

Tiba-tiba, Malik terdengar suara tangisan. Dia pergi
menuju ke arah tangisan itu. Dia terkejut apabila melihat
seekor penyu sedang menangis. Air mata membasahi pipi penyu
itu. Hidungnya berdarah kerana ditusuk oleh straw minuman.

Malik teringat akan air
kotak yang diminumnya sebentar
tadi. Malik berasa bersalah kerana
straw daripada kotak minuman
tersebut telah mendatangkan
kecederaan kepada penyu itu.
Malik meminta maaf kepada penyu itu lalu
segera menarik keluar straw minuman tersebut.

8

Penyu itu menjerit kesakitan ketika straw ditarik keluar.
Air mata penyu itu membasahi pipi. Malik berasa kasihan. Dia
menyesal akan perbuatannya kerana telah membuang kotak
minuman dan straw ke dalam laut.

Penyu itu mengucapkan terima kasih setelah straw itu
dapat dikeluarkan dari hidungnya. Kemudian, penyu itu mengajak
Malik menjelajah ke dasar lautan.

9

Penyu itu membawa Malik melihat
terumbu karang yang telah bertukar warna
hitam.

“Ini ialah terumbu karang yang telah mati.
Terumbu karang merupakan sumber makanan
dan habitat kepada ikan. Ia mati kerana
pembuangan sisa toksik, amalan melabuhkan
sauh dan aktiviti pelancongan,” terang penyu
itu.

10

Kemudian, penyu membawa Malik meneroka lagi. Kali ini
mereka pergi ke sisi pantai. Malik melihat plastik makanan yang
terkumpul, kotak-kotak, pakaian malah kasut pun ada. Malik
terkejut melihat timbunan sampah yang banyak itu.

“Malik, Malik…!”

Tiba-tiba, Malik
terdengar suara
seakan-akan ibunya.

11

Malik tersedar dari mimpinya. Hari sudah mendung,
mereka lantas mengemas barang untuk pulang. Mereka tidak
lupa untuk mengutip sampah-sarap di pantai tersebut.

Mulai hari itu, Malik berjanji tidak akan
membuang sampah merata-rata dan dia juga
akan mengajak rakan-rakannya
untuk turut sama mencintai alam
sekitar.

12

Pengajaran :
1. Kita hendaklah memastikan habitat hidupan laut
terpelihara.
2. Kita janganlah membuang sampah di merata-rata.

Soalan :
1. Mengapakah penyu itu menangis?
2. Apakah yang menyebabkan hidung penyu itu berdarah?
3. Apakah yang dapat di perhatikan oleh Malik ketika
meneroka ke sisi pantai?
4. Siapakah yang bertanggungjawab menjaga kebersihan
pantai?

13


Click to View FlipBook Version