4. TATACARA
HUKUMAN MURID
SMK SULTAN ABDUL SAMAD
UNIT DISIPLIN
MELAKUKAN TATACARA
HUKUMAN MURID MENGIKUT
SOP & PEKELILING SERTA
DIDOKUMENKAN.
SMK SULTAN ABDUL SAMAD
UNIT DISIPLIN
JENIS DAN PROSEDUR HUKUMAN
PENGERTIAN HUKUMAN
Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu
salah laku.Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman :
1.1 Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku
yang sebenar atau diandaikan berlaku.Ini merupakan hukuman yang
bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah
dilakukan.
1.2 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas
yang dihukum.
1.3 Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke
atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang
menyakitkan atau menafikan sesuatu yang disukainya.
1.4 Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar
dan Guru ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah,
Hukuman Dera (Corporal Punishment), Penahanan(detention) dan
Amaran.
JENIS-JENIS HUKUMAN
Pembuangan Sekolah
1.1 Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana murid yang
didapati bersalah bersabit dengan mana-mana kategori salah laku berat
selaras dengan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1959).
1.2 Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku
yang mengganggu berulangkali dan didapati tidak berubah selepas
tindakan memulihnya diambil oleh Pengetua/Guru Besar atau
tingkahlakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-
murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang
sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah.
1
Penggantungan Sekolah
1.1 Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang
murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah. Penggantungan
adalah bersifat sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan
sehingga tidak lebih 14 hari persekolahan.
1.2 Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan
mengganggu sehingga perlu diasingkan dari sekolah manakala
menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk
menghadapinya, Pengetua/Guru Besar berkuasa mengarahkan
penggantungan persekolahan murid itu sehingga tidak lebih 14 hari.
1.3 Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan
hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh
Pengetua/Guru Besar seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8,
Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)1959.
1.4 Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum peluang
yang cukup untuk murid membuat penjelasan (to show case) hendaklah
diberi.
PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH
MENGIKUT PERATURAN 4 DAN 8 PERATURAN-PERATURAN
PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959.
1. Tujuan
1.1 Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan buang
sekolah mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran Disiplin
Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/59, bertarikh 20.2.1959,
Ordinan Pelajaran 1957.
2. Latar belakang
2.1 Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai perlaksanaan
tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman berat terhadap murid
mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang.
3. Peruntukan Undang-Undang
3.1 Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes perlanggaran
disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin
Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai LN 61/59 bertarikh
20.2.1959. Mengikut peraturan tersebut, Kerajaan telah memperuntukkan
melalui Peraturan 4, bahawa pihak berkuasa disiplin di sekolah ialah Guru
Besar / Pengetua. Peraturan 4 yang berbunyi seperti di bawah ini
menegaskan kuasa disiplin tersebut adalah di tangan Guru Besar / Pengetua.
2
“4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah
bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan
bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa
ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah
itu.”
3.2 Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang murid dari
sekolah kepada Guru Besar / Pengetua. Peraturan 8, Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 seperti di bawah ini menjelaskan
peruntukan tersebut.
“8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan
memuaskan hati Guru Besar sesebuah
sekolah :
a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud
menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-
mana sekolah yang seseorang murid patut
digantung persekolahannya ataupun dibuang
sekolah;
4. Implikasi Peruntukan Undang-Undang Mengikut
Peraturan 4 dan Peraturan 8.
4.1 Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu Peraturan 4 dan 8 Peraturan-
Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak berkuasa
disiplin ke atas murid ialah Guru Besar / Pengetua. Tegasnya hanya Guru
Besar / Pengetua sahaja di bawah peraturan tersebut yang diberi kuasa
menggantung atau membuang murid dari sekolah apabila beliau berpuas
hati bahawa demi untuk mengekalkan disiplin dan ketenteraman di sekolah
seseorang murid itu patut menerima hukuman sedemikian. Ini bermakna
tidak ada kuasa lain selain Guru Besar / Pengetua di sesebuah sekolah
dari segi menjatuhkan hukuman menggantung dan membuang murid
dari sekolah.
4.2 Adalah di luar kuasa undang-undang jika penggantungan atau pembuangan
pelajar dari sekolah diputuskan oleh Lembaga Disiplin ataupun
Jawatankuasa Tatatertib Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak
memperuntukkan mengenai kewujudan Lembaga Disiplin Sekolah. Maka
itu Guru Besar / Pengetua hendaklah tidak terikat dengan pandangan atau
nasihat Lembaga Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain keputusan
menggantung atau membuang pelajar dari sekolah hendaklah
keputusan Guru Besar / Pengetua sendiri.
3
4.3 Jika keputusan menggantung atau membuang murid adalah merupakan
keputusan hasil nasihat dari Lembaga Disiplin Sekolah maka keputusan
yang dibuat itu `void and of no legal effect.’ Sebarang keputusan
penggantungan atau pembuangan pelajar tersebut jika dicabar di mahkamah
maka ianya tidak boleh dipertahankan.
4.4 Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8 berkehendakkan surat-surat tindakan
tatatertib gantung atau buang sekolah ditandatangani sendiri oleh Pengetua
/ Guru Besar.
4.5 Keperluan-keperluan “teknikal” yang lahir dari peruntukan undang-undang
berdasarkan Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian sewajarnya dan begitu
juga bagi setiap prosedur dan surat-surat tatatertib yang dikeluarkan kepada
tertuduh. Jika prosedur dan tatacara yang sepatutnya tidak dipatuhi,
keputusan hukuman jika dicabar di mahkamah , ianya sukar dipertahankan.
5. Perkara-Perkara “Teknikal” yang perlu diberi perhatian
dalam melaksanakan Peraturan 4 dan 8.
5.1 Setiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya semasa
melaksanakan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah.
5.1.1 Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa maksud
sebagai hukuman disiplin ataupun sebagai membolehkan
siasatan lanjut sesuatu kes dibuat sebelum keputusan hukuman
disiplin dijatuhkan.
5.1.2 Bagi kedua-dua keadaan ini prosedur yang berlainan hendaklah
dipatuhi.
5.1.3 Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah terakhir
setelah kegagalan langkah-langkah tatatertib terdahulu,
termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya sepatutnya
mempunyai dokumentasi lengkap dan teratur.
5.2 Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah mengandungi nama tertuduh
yang rasmi mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan ( atau jika
tiada kad pengenalan, memadai nombor surat beranak ) dan kelas beliau
belajar, agar surat itu tidak dipertikaikan kesahihannya. Maklumat-
maklumat ini seharusnya sama seperti dalam jadual kedatangan sekolah.
5.3 Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari segi waktu kejadian,
tarikh kejadian tempat berlaku dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi
yang boleh dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini Pengetua / Guru
4
Besar sewajarnya mendapatkan laporan bertulis yang lengkap
mengenai kejadian tersebut sebelum keputusan diambil ).
5.4 Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar hendaklah dinyatakan
dengan jelas mengikut bab atau seksyen yang berkenaan. ( Ini
bermakna semua Pengetuan / Guru Besar harus melaksanakan saranan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang bertarikh 4.11.1975 mengenai
perkara ini ).
5.5 Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan 4 dan 8 Peraturan-
Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap
kes.
5.6 Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja yang boleh
menggantung atau membuang murid dari sekolah maka surat-surat tatatertib
berkaitan hendaklah ditandantangani oleh Guru Besar / Pengetua.
5.7 Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada Pendaftar Sekolah-
Sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga
tertuduh.
5.8 Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga untuk membuat rayuan
di atas hukuman tatatertib yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah
dimaklumkan dengan jelas.
5.9 Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh tertuduh dengan dua
orang saksi. Salinan surat kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah
mengikut prosedur yang sama.
5.10 Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar dan
membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh dilaksanakan
tanpa murid itu diberi peluang memberi pembelaan dirinya. Tempoh beliau
menjawab pertuduhan hendaklah tidak kurang daripada 14 hari.
5.11 Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu tidak
boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. Contohnya seorang
murid telah dihukum rotan oleh guru disiplin atas kesalahan mencuri.
Pengetua / Guru Besar tidak boleh pula menggantung atau membuang murid
tersebut atas kesalahan yang sama.
6. Keperluan menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran
Dalam Setiap Kes Gantung dan Buang Sekolah.
6.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4 Tahun 1991 bertarikh
19.5.1991, menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau Penolong
Kanan dikehendaki dengan serta-merta melapor segala kejadian yang tidak
diingini seperti perlanggaran disiplin pelajar yang berat. Kes gantung dan
buang sekolah sering menjadi berita dalam surat khabar. Oleh itu selepas
pihak-pihak berkenaan dihubungi dengan telefon, laporan bertulis hendaklah
menyusul kemudian dengan segera.
5
7. Beberapa contoh surat tindakan tatatertib dan
carta aliran prosedur tatatertib dengan hukuman berat :
Untuk dijadikan panduan yang lebih jelas, dan supaya tidak berlaku kesilapan-
kesilapan teknikal semasa mengambil tindakan disiplin gantung dan buang
sekolah disertakan bersama-sama ini yang berikut :
7.1 Lampiran A : Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
7.2 Lampiran B : Contoh surat pertuduhan gantung sekolah sebagai
hukuman tatatertib.
7.3 Lampiran C : Contoh surat keputusan gantung sekolah sebagai
hukuman tatatertib.
7.4 Lampiran D : Contoh surat gantung sekolah untuk tujuan penyiasatan
sehingga tindakan disiplin selesai.
7.5 Lampiran E : Contoh surat pertuduhan dengan tujuan buang sekolah
sebagai hukuman.
7.6 Lampiran F : Contoh surat keputusan tindakan tatatertib buang
sekolah mengikut peraturan 8
7.7 Lampiran G : Carta aliran prosedur tindakan gantung sekolah sebagai
hukuman.
7.8 Lampiran H : Carta aliran prosedur tindakan disiplin menggantung
pelajar untuk tujuan buang sekolah.
7.9 Lampiran I : Carta aliran prosedur tindakan disiplin buang sekolah.
7.10 Lampiran J : Contoh Surat Akuan Terima.
6
Carta Aliran Prosedur Tatatertib Gantung Sekolah
Sebagai Hukuman Mengikut Peraturan 8 (a)
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959
Mula
Pengetua / Guru Besar terima
laporan bertulis salah laku
berat murid.
Tidak Pengetua / Guru Besar
benar. menjalankan siasatan teliti
dan kenalpasti peraturan sekolah
Kes
tutup. yang dilanggar.
Benar.
Lapor kepada
PPD / JPN / KPM.
Pengetua / Guru Besar draf surat
pertuduhan &
akuan terima yang teratur.
Buat Taip surat.
pembetulan.
Pengetua
Tidak / Guru Besar
teratur. semak butiran
surat.
A
7
A
Pengetua/ Guru Besar tandatangan
sendiri surat
pertuduhan.
Pengetua/Guru Besar serah surat pertuduhan kepada
murid & salinan kepada ibubapa / penjaga di depan 2
orang saksi menggunakan surat akuan terima.
Tiada Pengetua
jawapan /Guru Besar
Pengetua / Guru tunggu
Besar buat jawapan dalam
tempoh 14 hari
keputusan sendiri
mengikut maklumat Murid diberi peluang
bela diri secukupnya
sedia ada
Pengetua Tak perlu
B1 /Guru Besar gantung
teliti jawapan
tertuduh
Perlu gantung B3
B2
8
B1 B2 B3
Pengetua buat Pengetua / Guru Besar draf Hukuman
pembetulan. surat keputusan dan hukuman Mengikut
Peraturan
Tidak tatatertib gantung sekolah
teratur serta surat akuan terima yang 5 & 6.
teratur. Rujuk kes kepada
Kaunselor.
Taip.
Selesai.
/ Guru Besar
semak butiran
surat.
Salinan Pengetua tandatangan sendiri surat Pengetua
keputusan keputusan dan hukuman tatatertib gantung maklumkan
dihantar kepada sekolah. keputusan
PPD dan
Pendaftar Tertuduh dan ibu bapa / penjaga terima surat gantung
Sekolah. salinan dengan akuan terima di depan 2 sekolah kepada
pihak tertentu di
orang saksi.Mereka dijelaskan Peraturan 10
mengenai rayuan kepada Pendaftar Sekolah sekolah.
dan Peraturan 14 mengenai penalti ordinan
yang sama.
c
9
c
Tiada Pengetua / Guru Ada
rayuan. Besar tunggu ada
rayuan atau tidak. rayuan.
Murid menjalani
hukuman berjalan Pengetua / Guru
Besar patuh
selama 14 hari. arahan
Pendaftar
Sekolah.
Murid belajar semula Sama
selepas tempoh ada
hukuman selesai.
Uruskan
Aku janji pertukaran
persetiaan /
jaminan sekolah.
Penjaga
Rujuk kepada Kaunselor.
Selesai. Murid bertukar.
10 Selesai.
CARTA ALIRAN PROSEDUR TATATERTIB BUANG SEKOLAH MENGIKUT
PERATURAN 8 (a), PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN
( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959.
A
Pengetua / Guru Besar dapati wujud kes
Prima Facie buang sekolah.
Pengetua / Guru Besar maklumkan
kes dengan bersurat
kepada PPD, JPN dan KPM.
Pengetua / Guru Besar draf surat pertuduhan
dengan tujuan buang sekolah dan
surat akuan terima secara teratur.
Buat pembetulan. Taip Surat.
Tidak Pengetua / Guru Besar
teratur. semak surat pertuduhan
dengan tujuan buang sekolah
dan akuan terima
dengan teliti.
Teratur.
B
11
Pengetua / Guru B
Besar edar
salinan surat Pengetua / Guru Besar
pertuduhan Tandatangan Surat Pertuduhan
dengan tujuan buang sekolah
kepada PPD dan
Pendaftar dan salinannya.
Sekolah.
Serah surat pertuduhan dengan
tujuan buang sekolah kepada
murid dan salinan kepada ibu bapa
di depan 2 orang saksi dan
dapatkan Akuan Terima.
Pengetua / Guru Besar
tunggu jawapan
bertulis dari tertuduh dalam
tempoh 14 hari.
Tiada Ada jawapan.
jawapan.
Pengetua / Guru Besar buat
keputusan berdasarkan
maklumat sedia ada sahaja.
Pengetua / Hukuman
Guru Besar biasa
timbang kes berdasarkan
jawapan tertuduh.
Hukuman Hukuman mengikut
buang peraturan 5 @ 6.
sekolah.
C1 C2 C3
12
C1 C2 C3
Pengetua / Guru Besar draf surat keputusan Rujuk murid
Tatatertib Buang Sekolah Dan kepada
Akuan Terima secara teratur.
Kaunselor.
Selesai.
Pengetua / Guru Surat keputusan buang sekolah Pengetua maklum
Besar edar salinan diserahkan kepada murid dan keputusan buang
keputusan buang salinan kepada ibubapa / penjaga sekolah kepada pihak-
dengan akuan terima di depan 2 pihak tertentu di
sekolah kepada
PPD dan orang saksi. sekolah.
Pendaftar.
Pengetua tunggu rayuan
ibubapa / penjaga murid dalam
tempoh 30 hari dan
keputusan Pendaftar
Sekolah.
D2
D1
13
D1 D2
Pendaftar Rayuan diterima.
Sekolah buat
keputusan.
Rayuan Pengetua / Guru Besar
ditolak. urus kes mengikut
keputusan Pendaftar
Sekolah.
Pengetua / Guru Besar
keluarkan surat
berhenti sekolah.
Selesai.
14
CONTOH SURAT PERTUDUHAN UNTUK TUJUAN GANTUNG SEKOLAH
SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL SAMAD
JALAN LANDASAN, BUKIT KUDA, 41300 KLANG, SELANGOR
No. Tel : 03-33414198
No. Fax : 03-33446984
______________________________________________________________________
Rujukan : SMKSAS.KLG.700-10/2/2 (1)
Tarikh : 17 Feb 2020
WINNIE TAN WEI NI
26, LORONG NONA, KAW 17, OFF JLN MERU, KLANG
Tindakan Disiplin : GANTUNG SEKOLAH
Nama : WINNIE TAN WEI NI
No. KP : 061116100994
Kelas : T2 DEDIKASI
Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959,
tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada Guru Besar /
Pengetua sekolah.
2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini dipertuduhkan dengan
tuduhan melanggar disiplin seperti berikut :
“ Bahawa kamu, WINNIE TAN WEI NI No Kad Pengenalan 061116100994, pada tarikh 10
Feb 2020, lebihkurang jam 1.51 pm telah didapati PELAJAR INI TELAH BELASAH DAN
MENYEPAK TERAJANG SEORANG MURID LELAKI BERNAMA IVANES. Dengan itu,
kamu telah melakukan perbuatan yang dianggap sebagai tingkah laku
MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID satu perbuatan salah laku”
3. Sila ambil ingatan bahawa saya sebagai Pengetua bertanggungjawab terhadap
disiplin murid-murid pernah memberi amaran secara bertulis kepada kamu kerana
didapati berpegangan-pegangan tangan dengan Encik Sabtu B. Ahad kakitangan
makmal yang sama melalui surat bil (17) dalam siri yang sama bertarikh 1 Jun, 1991.
Kamu juga telah melalui sesi kaunseling dengan Guru Bimbingan & Kaunseling sekolah
mengenai perkara yang sama, tetapi kelakuan kamu tetap tidak berubah seperti yang
diharap-harapkan.
4. Di bawah peraturan 8 (a), sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai
untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah Menengah
Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, kamu boleh digantung dari sekolah
sekiranya kamu didapati bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas.
15
5. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap
pertuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut digantung dari sekolah atau
tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap
pertuduhan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima
surat ini.
6. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat
belas (14) hari seperti para 5 diatas, saya akan membuat keputusan berdasarkan apa-
apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang
akan saya buat itu adalah gantung sekolah.
7. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad,
Jalan Landasan, Bukit Kuda, 41300 Klang.
8. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini dengan menggunakan borang
akuan terima yang disertakan bersama-sama ini.
Sekian.
”SEHATI SEJIWA”
’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(SITI RAHIMAH BT TORMODI)
Pengetua
SMK Sultan Abdul Samad
s.k.
1. Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
2. Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Klang,
3. TAN CHIN CHON
26, LORONG NONA, KAW 17, OFF JLN MERU, KLANG
16
17
CONTOH SURAT KEPUTUSAN GANTUNG SEKOLAH
SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL SAMAD
JALAN LANDASAN, BUKIT KUDA, 41300 KLANG, SELANGOR
No. Tel : 03-33414198
No. Fax : 03-33446984
______________________________________________________________________
Rujukan : SMKSAS.KLG.700-10/2/2 ( )
Tarikh : 05 March 2020
WINNIE TAN WEI NI
26, LORONG NONA, KAW 17, OFF JLN MERU, KLANG
Tindakan Disiplin : GANTUNG SEKOLAH
Nama : WINNIE TAN WEI NI
No. KP : 061116100994
Kelas : T2 DEDIKASI
Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui
surat saya No. Rujukan : SMKSAS.KLG.700-10/2/2 (1) Bertarikh 17 Feb. 2020. Saya
telah menimbang jawapan bertulis kamu dan berpuas hati bahawa kamu telah
melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan bersalah terhadap pertuduhan
melanggaar disiplin tersebut.
2. Oleh itu, kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan,
saya berpuas hati bahawa anda perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin
sekolah ini, kmau dengan ini DIGANTUNG PERSEKOLAHAN selama 14 HARI
PERSEKOLAHAN Mulai 10/3/2020 hingga 3/4/2020.
3. Kamu dengan ini tidak dibenarkan berada di sekolah ini selama tempoh
penggantungan tersebut. Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini atau
melanggar perintah ini kamu boleh dikenakan penalti Peraturan 14, Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Dispilin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan dengan tidak lebih daripada
RM1,000.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja ), atau penjara tidak lebih daripada enam
bulan atau kedua-duanya.
4. Ambil ingatan bahawa kamu bersama-sama dengan ibu/bapa/penjaga kamu
dikehendaki berjumpa dengan saya sehari selepas tamat tempoh gantung persekolahan
kamu untuk menendatangani Surat akur janji.
5. Sila tandatangani akuan terima surat keputusan gantung sekolah ini dengan
menggunakan surat akuan terima yang dinyatakan bersama-sama ini.
18
Sekian.
”SEHATI SEJIWA”
’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(SITI RAHIMAH BT TORMODI)
Pengetua
SMK Sultan Abdul Samad
s.k.
1. Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
2. Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Klang,
3. TAN CHIN CHON
26, LORONG NONA, KAW 17, OFF JLN MERU, KLANG
19
AKUAN TERIMA
Saya _______________________________________________________
pemegang Kad Pengenalan Nombor _______________ mengaku telah
menerima surat bil _________________________ bertarikh _________
pada hari ini ______ ___________20____
___________________
( Tandatangan )
Saksi : Tandatangan : _______________________________
1. Nama : ____________________________________
Jawatan : ___________________________________
2. No. Kad Pengenalan : __________________________
Alamat : ____________________________________
_______________________________________________
Tandatangan : _______________________________
Nama : ____________________________________
Jawatan : ___________________________________
No. Kad Pengenalan : __________________________
Alamat : ____________________________________
_______________________________________________
20
CONTOH SURAT PERTUDUHAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG
SEKOLAH.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL SAMAD
JALAN LANDASAN, BUKIT KUDA, 41300 KLANG, SELANGOR
No. Tel : 03-33414198
No. Fax : 03-33446984
______________________________________________________________________
Rujukan : SMKSAS.KLG.700-10/2/2 (7)
Tarikh : 17 Feb 202011 JUL 2018
KAVIYARASU A/L SIVAKUMAR
NO. 52, JALAN KIYAI SUJAK 23/KU13
Pertuduhan tatatertib dengan tujuan buang sekolah
Nama : KAVIYARASU A/L SIVAKUMAR
No. KP : 010815101443
Kelas : T4 EFISIEN
Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959,
tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada Guru Besar /
Pengetua sekolah.
2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini dipertuduhkan dengan
tuduhan melanggar disiplin seperti berikut :
“ Bahawa kamu, KAVIYARASU A/L SIVAKUMAR No Kad Pengenalan 010815101443, pada
tarikh 10 JULAI 2018, lebih kurang jam 11.15 AM telah didapati PELAJAR INI TELAH
MEMUKUL DAN MENCEDERAKAN SEORANG MURID LELAKI BERNAMA TEH KEE
HONG di SMK Sultan Abdul samad, Klang. Dengan itu, kamu telah melakukan
perbuatan yang dianggap sebagai tingkah
MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID satu perbuatan salah laku”
3. Sila ambil ingatan bahawa saya sebagai Pengetua bertanggungjawab terhadap
disiplin murid-murid pernah memberi amaran secara bertulis kepada kamu kerana
didapati berpegangan-pegangan tangan dengan Encik Sabtu B. Ahad kakitangan
makmal yang sama melalui surat bil (17) dalam siri yang sama bertarikh 1 Jun, 1991.
Kamu juga telah melalui sesi kaunseling dengan Guru Bimbingan & Kaunseling sekolah
mengenai perkara yang sama, tetapi kelakuan kamu tetap tidak berubah seperti yang
diharap-harapkan.
4. Di bawah peraturan 8 (a), sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai
untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Abdul samad, Klang, kamu boleh digantung dari sekolah sekiranya
kamu didapati bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas.
5. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap
pertuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut digantung dari sekolah atau
21
tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap
pertuduhan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima
surat ini.
6. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat
belas (14) hari seperti para 5 diatas, saya akan membuat keputusan berdasarkan apa-
apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang
akan saya buat itu adalah gantung sekolah.
7. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad,
Jalan Landasan, Bukit Kuda, 41300 Klang.
8. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini dengan menggunakan borang
akuan terima yang disertakan bersama-sama ini.
Sekian.
”SEHATI SEJIWA”
’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(SITI RAHIMAH BT TORMODI)
Pengetua
SMK Sultan Abdul Samad
s.k.
1. Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
2. Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Klang,
3. KAMALA A/P SELLAH
NO. 52, JALAN KIYAI SUJAK 23/KU13
22
AKUAN TERIMA
Saya _______________________________________________________
pemegang Kad Pengenalan Nombor _______________ mengaku telah
menerima surat bil _________________________ bertarikh _________
pada hari ini ______ ___________20___
___________________
( Tandatangan )
Saksi : Tandatangan : _______________________________
1. Nama : ____________________________________
Jawatan : ___________________________________
2. No. Kad Pengenalan : __________________________
Alamat : ____________________________________
_______________________________________________
Tandatangan : _______________________________
Nama : ____________________________________
Jawatan : ___________________________________
No. Kad Pengenalan : __________________________
Alamat : ____________________________________
_______________________________________________
23
CONTOH SURAT KEPUTUSAN TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL SAMAD
JALAN LANDASAN, BUKIT KUDA, 41300 KLANG, SELANGOR
No. Tel : 03-33414198
No. Fax : 03-33446984
______________________________________________________________________
Rujukan : SMKSAS.KLG.700-10/2/2 ( 8 )
Tarikh : 25 JUL 2018
KAVIYARASU A/L SIVAKUMAR
NO. 52, JALAN KIYAI SUJAK 23/KU13
Pertuduhan tatatertib dengan tujuan buang sekolah
Nama : KAVIYARASU A/L SIVAKUMAR
No. KP : 010815101443
Kelas : T4 EFISIEN
Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui
surat saya No. Rujukan : SMKSAS.KLG.700-10/2/2 (7) Bertarikh 11 JUL. 2020. Saya
telah menimbang jawapan bertulis kamu dan berpuas hati bahawa kamu telah
melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan bersalah terhadap pertuduhan
melanggaar disiplin tersebut.
2. Oleh itu, kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan,
saya berpuas hati bahawa anda perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin
sekolah ini, kamu dengan ini DIBUANG dari sekolah ini dan keputusan ini berkuatkuasa
serta-merta.
3. Kamu dengan ini adalah DIBUANG dari sekolah ini mulai 26 Julai 2018.
4. Mengikut peraturan 10(1) peraturan-peraturan Pelajaran 9Disiplin
Sekolah) 1959, kamu bersama-sama dengan ibu/bapa/penjaga kamu boleh merayu
terhadap keputusan membuang sekolah terhadap kamu kepada pendaftar sekolah di
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dalam tempoh 30 hari daripada tarikh kamu
menerima surat ini.
5. Sila tandatangani akuan terima surat keputusan buang sekolah ini dengan
menggunakan surat akuan terima yang dinyatakan bersama-sama ini.
24
Sekian.
”SEHATI SEJIWA”
’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(SITI RAHIMAH BT TORMODI)
Pengetua
SMK Sultan Abdul Samad
s.k.
1. Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
2. Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Klang,
3. KAMALA A/P SELLAH
NO. 52, JALAN KIYAI SUJAK 23/KU13
25
26
HUKUMAN DERA / ROTAN
(CORPORAL PUNISHMENT)
1. Hukuman dirotan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.
2. Tertakluk kepada peraturan 5, hukuman dirotan hendaklah dilaksanakan
seperti berikut:
(a) dirotan ditapak tangan; atau
(b) dirotan dipunggung dengan berlapikkan pakaian.
3. Hukuman rotan adalah dilarang dilaksanakan di khalayak ramai atau
perhimpunan sekolah.
4. Hukuman rotan hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang guru sebagai
saksi.
5. Rotan yang digunakan hendaklah rotan yang ringan berukur lilit tidak
melebihi 3 sentimeter manakala panjangnya tidak melebihi 1 meter.
6. Bilangan rotan tidak melebihi tiga kali.
7. Hayunan rotan hendaklah dengan kekuatan yang sederhana tanpa
mengangkat tangan melebihi paras bahu orang yang melaksanakan
hukuman supaya tidak melukakan kulit murid itu.
8. Selepas mengenakan satu rotan, orang yang melaksanakan hukuman
hendaklah mengangkat rotan dan tidak menariknya.
27
CONTOH SURAT HUKUMAN ROTAN
NAMA SEKOLAH
_________________ Rujukan Kami :
Tarikh :
Kepada
-------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------
PEMBERITAHUAN HUKUMAN ROTAN SEBAGAI TINDAKAN TATATERTIB DISIPLIN SEKOLAH
Dengan segala hormatnya bahawa anak jagaan tuan / puan yang bernama _____________________________ dari *Tahun/Tingkatan*
: ______ Kelas : ______ telah dihukum rotan.
2. Anak jagaan tuan / puan dirotan kerana telah melanggar peraturan yang dinyatakan dalam ORDINAN PELAJARAN 1957,
PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN) 1959. Kesalahan anak jagaan tuan / puan adalah seperti berikut:
"Bahawa kamu,___________________________________.
Nombor kad pengenalan __________________pada ___________, jam
lebih kurang ________ am/pm di ______________________________
_____________________________________________________________
____________________________________________________________ yang dianggap sebagai perbuatan salah laku
______________________________
di bawah Undang-Undang dan Peraturan Sekolah."
3. Oleh itu, anak jagaan tuan / puan dirotan ________________________ rotan.
4. Hukuman rotan telah dilaksanakan pada _________________________________ oleh
________________________________________. Sebagai makluman tuan / puan, merotan hanya sebagai sebahagian daripada proses
mendidik terutamanya kepada mereka yang melanggar tatatertib disiplin sekolah.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah
.............................................................. )
(
Pengetua/Guru Besar,
SEKOLAH
s.k : Guru Disiplin
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Fail Sekolah
28
HUKUMAN PENAHANAN ( DETENTION )
Hukuman diletakkan dalam kelas tahanan hendaklah dilaksanakan seperti berikut:
(a) di bilik darjah atau mana-mana bilik yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
disiplin;
(b) untuk suatu tempoh yang tidak melebihi 45 minit bagi satu kesalahan
disiplin;
(c) dalam waktu persekolahan dan seboleh-bolehnya di luar waktu
pembelajaran;
(d) membuat apa-apa kerja sekolah atau pembelajaran yang ditetapkan oleh
pihak berkuasa disiplin; dan
(e) di dalam pengawasan guru yang ditetapkan.
DENDA
Hukuman menjalankan aktiviti yang bersifat pendidikan dan pembentukan disiplin
murid hendaklah dilaksanakan seperti berikut:
(a) dilaksanakan dalam kawasan sekolah sahaja;
(b) dalam waktu persekolahan dan seboleh-bolehnya di luar waktu
pembelajaran;
(c) untuk suatu tempoh yang tidak melebihi 1 jam bagi satu kesalahan disiplin;
(d) tidak membebankan murid secara fizikal;
(e) terhad kepada harta benda sekolah sahaja;
(f) terhad kepada aktiviti-aktiviti di dalam kawasan sekolah; dan
(g) di dalam pengawasan dan penyeliaan guru yang ditetapkan.
2. Senarai aktiviti bersifat pendidikan sahsiah, sosial dan kemasyarakatan dan tidak
bersifat punitif yang boleh dikenakan sebagai hukuman:
(a) membersihkan bilik darjah;
(b) membersihkan bilik guru;
(c) membersihkan bilik-bilik khas;
(d) membersihkan dewan;
(e) membersihkan padang;
(f) membersihkan kawasan sekolah (termasuk mengutip sampah);
29
(g) menyusun perabot sekolah;
(h) menyusun kerusi meja untuk sesuatu majlis sekolah;
(i) menyusun kerusi meja di musim peperiksaan;
(j) mengemas papan kenyataan;
(k) membantu sekolah melaksanakan projek sekolah yang tidak melibatkan
orang luar;
(l) membantu sekolah menganjurkan hari penyampaian sijil dan penghargaan;
(m) membantu sekolah menganjur hari sukan;
(n) membantu guru menyediakan peralatan pendidikan jasmani;
(o) membersih dan mengemas setor sukan;
(p) membaca buku dan membuat sinopsis; dan
(q) membantu sekolah melaksanakan projek sekolah bagi menceria dan
mengindahkan kawasan dan bangunan sekolah, seperti melukis mural,
mengadakan taman atau kebun, menjaga kolam ikan.
3. Walau apa pun peruntukan perenggan 1 dan 2, hukuman yang dikenakan di bawah
Bahagian ini tidak boleh termasuk apa-apa kerja yang lazimnya, atau boleh,
dijalankan oleh pekerja sekolah.
4. Sekiranya denda yang melibatkan wang, Pengetua/Guru Besar hendaklah
mempertimbangkan secara teliti hubungan antara denda dengan kemampuan
seseorang murid untuk membayar denda itu.Untuk sesuatu denda itu
mendatangkan kesan praktikal adalah penting denda itu sejajar dengan wang
sakunya.
30
Hukuman Amaran
1.1 Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua/Guru Besar atau
guru yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis
salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu.
1.2 Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kurang wajar dikenakan
hukuman yang lebih berat lagi selepas itu.
1.3 Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2 dan 3 bagi
kategori salah laku ringan, Amaran dan Amaran Keras bagi kategori
salah laku sederhana dan Amaran Keras bagi kategori salah laku
berat.
31
CONTOH SURAT AMARAN KES DISIPLIN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL SAMAD
JALAN LANDASAN, BUKIT KUDA, 41300 KLANG, SELANGOR
No. Tel : 03-33414198
No. Fax : 03-33446984
____________________________________________________________________________
Kepada:
Ibu Bapa/ Penjaga Murid,
..............................................................
..............................................................
Tuan / Puan,
AMARAN DISIPLIN PERTAMA / KEDUA / KETIGA/ AMARAN KERAS
Nama Murid :
No. KP :
Tingkatan :
Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk.
2. Anak / anak jagaan tuan / puan seperti di atas telah melakukan salah laku berikut :
3. Sehubungan dengan itu, anak/ anak jagaan tuan / puan telah diambil tindakan dengan
diberi Amaran 1/ Amaran 2/ Amaran 3/ Amaran Keras. Anak / anak jagaan tuan / puan juga telah
dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk khidmat nasihat agar dapat
mengubah kelakuannya, namun kelakuannya tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan.
4. Tindakan disiplin yang lebih berat akan dikenakan sekiranya anak/ anak jagaan tuan/ puan
masih berterusan melakukan salah laku disiplin sekolah.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
.....................................................
()
Pengetua
SMK SULTAN ABDUL SAMAD, KLANG
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
32
33
TATACARA TINDAKAN DISIPLIN BAGI KESALAHAN PONTENG SEKOLAH
1. Guru hendaklah mengenal pasti sebab-sebab murid tidak hadir ke sekolah
dengan menghubungi ibu bapa, sama ada secara bertulis atau melalui
telefon (dengan catatan panggilan telefon dalam Buku Kedatangan).
2. Jika murid tidak hadir ke sekolah, guru hendaklah mengambil langkah-
langkah berikut:
(a) memastikan murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau
surat ibu bapa dengan tandatangan yang sah bagi menjelaskan
ketidakhadiran murid;
(b) murid yang tidak hadir selama dua hari atau lebih tanpa surat doktor
dikehendaki membawa ibu bapa berjumpa dengan Guru Besar atau
Pengetua, melainkan jika terdapat bukti yang nyata bahawa
ketidakhadiran murid adalah atas sebab-sebab yang munasabah;
(c) pemberian surat amaran kepada ibu bapa mengenai ketidakhadiran
murid seperti berikut:
Surat Bilangan hari tidak Bilangan hari tidak
hadir berturut-turut hadir tidak berturut-
turut
Amaran pada hari ke-3 pada hari ke-10
Pertama
Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran 10 hari selepas
Pertama Amaran Pertama
Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran 20 hari selepas
Kedua Amaran Kedua
Buang Sekolah 14 hari selepas 20 hari selepas
Amaran Terakhir Amaran Terakhir
Jumlah hari 31 hari berturut-turut 60 hari bukan
tidak hadir berturut-turut
(d) Pengiraan hari bagi ketidakhadiran berturut-turut termasuklah hari
cuti hujung minggu dan umum yang jatuh sepanjang tempoh
ketidakhadiran itu.
34
(e) Ketidakhadiran murid dikira sepanjang tempoh murid berdaftar di
sekolah tersebut dan bilangan hari ponteng sekolah dalam suatu
tahun persekolahan hendaklah dibawa ke tahun persekolahan yang
berikutnya.
3. Dalam Jadual ini “ibu bapa” termasuklah ketua warden bagi murid yang
menghuni asrama harian.
35
CONTOH SURAT AMARAN PERTAMA / KEDUA / TERAKHIR
SEKOLAH
………………………….
…………………………
…………………………
Tuan/Puan
Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN PERTAMA / KEDUA
Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan /
puan…………………….. dari tingkatan / kelas ………………..telah tidak hadir ke
sekolah dari …………………. Hingga …………….. ( ………… hari)
2. Sila maklumi pihak sekolah dengan mengunakan lampiran yang disertakan atau
berhubungan terus dengan Pengetua/Guru Besar dengan seberapa segera.
3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan boleh dikenakan
tindakan buang sekolah jika tidak hadir tanpa apa-apa kenyataan daripada ibu
bapa atau penjaga dan atas sebab- sebab yang munasabah
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”
Saya yang menurut perintah
……………………………….
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
36
SEKOLAH
………………………….
…………………………
…………………………
Tuan/Puan
Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN TERAKHIR
Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan /
puan…………………….. dari tingkatan / kelas ………………..telah tidak hadir ke
sekolah dari …………………. Hingga …………….. ( ………… hari)
2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan/ puan melalui
surat bil………………………………. Pada……………….
dan
surat bil………………………………. Pada……………….
Dukacita dimaklumankan bahawa pihak sekolah tidak dapat menerima jawapan
daripada tuan /puan. Diharap tuan / puan dapat menghubungi pihak sekolah.
3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan akan dibuang sekolah
sekiranya tuan/puan tidak berjumpa dengan pihak sekolah dalam tempoh 14 hari
dari tarikh penerimaan surat ini
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”
Saya yang menurut perintah
……………………………….
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
37
SEKOLAH
………………………….
…………………………
…………………………
Tuan/Puan
PEMBERITAHUAN BUANG SEKOLAH
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak / jagaan tuan / puan
……………………………………dari tingkatan / kelas ………………………. Telah
tidak hadir ke sekolah selama …………………..hari.
2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan /puan melalui surat-surat amaran seperti
berikut :
i. Bil…………….. bertarikh…………………….
ii. Bil…………….. bertarikh…………………….
iii. Bil…………….. bertarikh…………………….
3. oleh itu anak jagaan tuan / puan dibuang sekolah mulai………………………
4. Walau bagaimanapun tuan/puan boleh membuat rayuan untuk bersekolah
semula kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri dalam
tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan surat ini, seperti yang diperuntukkan
pada para 10.2 Ordinan Pelajaran 1957,Peraturan-peraturan pelajaran ( DISIPLIN
SEKOLAH ) 1959
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”
Saya yang menurut perintah
……………………………….
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
38
CARTA ALIRAN
TINDAKAN TERHADAP MURID PONTENG
SEKOLAH BERTERUSAN
Kenal pasti murid ponteng
Tiga (3) hari berterusan
Surat Amaran Pertama
kepada ibu bapa/penjaga
Hadir Tidak Hadir Surat Amaran Kedua
kepada ibu bapa/penjaga
Khidmat selepas tujuh (7) hari
kaunseling berikutnya
tidak hadir.
Hadir
Tidak Hadir
Khidmat
kaunseling Surat Amaran Terakhir
kepada ibu bapa/penjaga
Hadir selepas tujuh (7) hari
berikutnya
Khidmat tidak hadir.
kaunseling
Tidak Hadir
Surat Buang Sekolah
kepada ibu bapa/penjaga
selepas 14 hari berikutnya
tidak hadir.
Ibu bapa/penjaga
membuat rayuan.
TAMAT
39
CARTA ALIRAN
TINDAKAN TERHADAP MURID PONTENG
SEKOLAH BERKALA
Kenal pasti murid ponteng
Sepuluh (10) hari berKALA
Surat Amaran Pertama
kepada ibu bapa/penjaga
Hadir Tidak Hadir Surat Amaran Kedua
kepada ibu bapa/penjaga
Khidmat selepas Sepuluh (10) hari
kaunseling berikutnya
tidak hadir.
Hadir
Tidak Hadir
Khidmat
kaunseling Surat Amaran Terakhir
kepada ibu bapa/penjaga
Hadir selepas Dua Puluh (20) hari
berikutnya
Khidmat tidak hadir.
kaunseling
Tidak Hadir
Surat Buang Sekolah
kepada ibu bapa/penjaga
selepas 20 hari berikutnya
tidak hadir.
Ibu bapa/penjaga
membuat rayuan.
TAMAT
40
41