The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiafatin110992, 2022-03-25 01:29:14

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN 1 LATEST

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN 1 LATEST

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 1/2022 1

SK KAMPONG TENGAH, SEGAMAT

Tarikh : 13 MAC 2022

Tempat : Makmal Komputer
SK Kampong Tengah

Masa : 8.30 pagi

Kehadiran : Semua guru dan

AKP

Pengerusi :

En Amran bin Ab Shukor

Guru Besar SK Kampong Tengah

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 1/2022 2

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BILANGAN 1
2022/2023

TARIKH : 13 MAC 2022

HARI : AHAD

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SK KAMPONG TENGAH

PENGERUSI : EN AMRAN BIN AB SHUKOR

Kehadiran Guru Besar
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
1. Amran bin Ab Shukor Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
2. Jaliah binti Mohamad @ Ramly Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Mohamad Razali bin Talib
4. Nilam binti Mohamed
5. Lim Geok Ling
6. Fatin Nadia binti Ahmad Kamil
7. Maslinah binti Amat Ramli
8. Monaliza binti Nekmat
9. Irma Nazihan binti Zulkifli
10. Halimah binti Mohd Hambali
11. Rohani binti Ramly
12. Noor Ashikin binti Ariffin
13. Rafidah binti Ab Majid
14. Rosdiana binti Radzi
15. Hartini binti Amari
16. Siti Hartini binti Zulkafli
17. Lim Siao Kee
18. Eadzral Hafidz bin Abdullah
19. Romzi bin Zainal
20. Mohd Abdul Ghani bin Mohd Noor
21. Ranto Hidayat bin Shafii
22. Ruzaimah binti Mohd Saman
23. Mohd Syafiq bin Hasnan

Tidak Hadir :

1. Suzila binti Abu Bakar
2. Aliza binti Abd Shukor

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 1/2022 3

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al Fatihah
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan AKP yang sudi hadir
mesyuarat pada pagi ini.
1.3 Visi dan Misi sekolah adalah selaras dengan Visi dan Misi KPM. Hanya hala tujunya sahaja
yang berbeza dan hasilnya adalah berfokus kepada kemenjadian murid.
1.4 Pengerusi menyatakan bahawa Mercu Tanda SKKT 2022 telah dipasang di pagar utama
sekolah.
1.5 Cenderahati oleh pihak sekolah kepada guru-guru untuk tahun 2022/2023 diberikan sebagai
tanda komitmen dan penghargaan serta usaha yang telah diberikan dalam memajukan SK
Kampong Tengah.

2. PERKARA YANG DIBINCANGKAN
2.1 Kerja Sebagai Ibadah
2.1.1 Kita seharusnya meniatkan bahawa pekerjaan itu sebagai ibadah, dan seterusnya
kita akan memperoleh ganjaran dan pahala oleh Allah Taala
2.1.2 Untuk mendidik, kita perlu dididik dengan akhlak yang baik dan positif.
2.1.3 Kerja yang dijadikan sebagai ibadah akan mendapat kepuasan dalam kerja dan
hidup menjadi berkat.
2.2 Prinsip Kerja Penjawat Awam
2.2.1 Terdapat 10 prinsip kerja penjawat awam yang perlu diamalkan dalam membentuk
diri menjadi seorang guru yang mempunyai tingkah laku mulia
2.2.2 Guru hendaklah bekerja secara ikhlas dan menerima segala tanggungjawab dan
amanah yang telah diberikan serta bersedia untuk menerima teguran dan nasihat
2.2.3 Guru hendaklah sedaya upaya mengelakkan diri dari bersifat pura-pura dan buruk
sangka serta tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam menjalankan tugas
sebagai penjawat awam.
2.2.4 Guru diingatkan untuk hadir ke sekolah tepat pada masanya iaitu sebelum jam 7.20
pagi
2.2.5 Waktu balik bagi guru-guru adalah setengah jam selepas murid bersurai dan para
guru diingatkan untuk masuk ke kelas untuk melaksanakan PDPC.
2.2.6 Sekolah kita telah dipantau oleh KBK dan PKK pada 08 Mac 2022 dan pihak mereka
memberikan maklum balas yang positif berdasarkan hasil pemantauan mereka.
2.3 Pembukaan Sekolah Sesi 2022/2023
2.3.1 SK Kampong Tengah tidak terlibat dengan penggiliran kerana mempunyai enrolmen
murid kurang daripada 600 orang murid.
2.3.2 Guru Besar memaklumkan bahawa terdapat dua orang guru SKKT yang berjaya
pindah melalui permohonan EG Tukar iaitu Cik Nor Syazwani dan Puan Azila serta
seorang guru yang berpindah ke SKKT iaitu Ustaz Mohd Syafiq.
2.3.3 Enrolmen murid bagi tahun 2022 ialah seramai 277 orang murid termasuk murid Pra
Sekolah.
2.4 Peraturan Sekolah SK Kampong Tengah
2.4.1 Guru hendaklah hadir selewat-lewatnya pada jam 7.20 pagi
2.4.2 Guru –guru dibenarkan pulang setelah 30 minit murid-murid bersurai
2.4.3 Guru –guru wajib “punch in” dan “punch out” sendiri tanpa kebenaran wakil

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 1/2022 4

2.4.4 Kebenaran keluar sama ada secara rasmi atau tidak rasmi hendaklah mendapat
kebenaran daripada Ketua Pentadbir iaitu Guru Besar.

2.4.5 Waktu persekolahan bermula pada 7.20 pagi pada setiap hari dan pulang pada jam
1.00 tengah hari kecuali pada hari Selasa iaitu pada jam 2.00 petang kerana
program 1M1S telah dilaksanakan di sekolah.

2.4.6 Guru –guru diingatkan untuk mematuhi peraturan waktu bertugas iaitu sentiasa
menepati waktu sama ada ketika menghadiri program-program anjuran sekolah
mahupun semasa PdpC.

2.4.7 Dari segi peraturan pemakaian pula, guru-guru diingatkan untuk mematuhi
Pekeliling Iktisas Bil 6/1985 iaitu sentiasa berpakaian kemas dan sopan serta
berkasut dan bertali leher bagi guru lelaki.

2.4.8 Guru juga hendaklah menjaga etika serta tata laku dan tidak membuat perkara-
perkara yang boleh menjatuhkan maruah sebagai seorang guru

2.4.9 Jadual waktu dan jadual gantian – jadual tidak dibenarkan diubah tanpa kebenaran
Guru Besar atau pihak pentadbir

2.4.10 Guru wajib masuk dan bertanggungjawab di atas kelas yang diganti.
2.4.11 Pengurusan Keselamatan – Semua guru yang mengajar di dalam bilik darjah,

makmal, bengkel, bilik seminar, dewan di padang adalah bertanggungjawab
terhadap keselamatan murid.
2.4.12 Peraturan Cuti - CUTI SEKOLAH : Boleh dipanggil bertugas jika perlu, Cuti Rehat
Khas adalah sebanyak 10 hari setahun dan tidak boleh dibawa ke hadapan. Hanya
boleh dikumpul untuk GCR sebanyak 150 hari maksimum.
2.4.13 GPK Pentadbiran mengingatkan guru-guru bahawa CRK hanya boleh diambil
sekurang-kurangnya purata 1 hari pada setiap 2 bulan, namun ia adalah bergantung
kepada budi bicara Ketua Jabatan.
2.5 Persediaan Sesi Persekolahan Sesi 2022
2.5.1 Hari Pertama Persekolahan – kipas dan lampu hendaklah berfungsi dengan baik
dan cermin tingkap, pintu serta papan putih hendaklah lengkap
2.5.2 Jadual kelas wajib dipaparkan di semua kelas dan diberikan kepada semua murid.
2.5.3 Guru kelas dan guru HEM hendaklah membantu murid-murid Tahun 1 untuk
menyesuaikan diri
2.5.4 Guru –guru dan warga sekolah hendaklah bersedia untuk menerima lawatan dari
PPD/JPN atau Nazir sekolah.
2.5.5 Tiada aktviti pembelian atau pembayaran yuran persekolahan pada hari pertama
sekolah
2.5.6 Guru diingatkan untuk memastikan agar semua murid menerima buku teks dan
berjumpa dengan guru SPBT sekiranya murid itu adalah murid baharu
2.5.7 Guru hendaklah mengingatkan ibu bapa untuk memastikan agar anak-anak
mempunyai keperluan alatan persekolahan yang cukup sebelum sekolah bermula
2.6 PCG Mata Pelajaran
2.6.1 Jumlah PCG adalah bergantung kepada enrolmen murid pada bulan Oktober 2021
iaitu seramai 263 orang murid.
2.6.2 Bagi subjek Teras 1, jumlah yang diterima adalah sebanyak RM 2 662.80
2.6.3 Bagi Teras 2, jumlah PCG yang diterima adalah sebanyak RM 4 540.20
2.6.4 PCG bukan mata pelajaran yang diterima adalah seperti di bawah :
2.6.4.1 Pusat Sumber – RM 3 049.20
2.6.4.2 Bimbingan dan Kaunseling – RM 1 287.30

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 1/2022 5

2.6.4.3 LPBT – RM 6 911.10
2.6.4.4 Yuran Khas Sekolah (SPK 1/2021) – RM 828.45
2.6.5 PCG Pra Sekolah adalah seperti berikut :
2.6.5.1 Bantuan Makanan Pra Sekolah – RM 7 000
2.6.5.2 PCG Pra Sekolah – RM 1750.00
2.6.5.3 Bantuan Kokurikulum Pra Sekolah – RM 437.50
2.6.6 Bantuan Persekolahan lain (Bantuan Sukan ) :
2.6.6.1 Sukan Tahunan Sekolah - RM 1096.20
2.6.6.2 Bantuan Sukan Sekolah – RM 736.40
2.6.7 Bantuan Persekolahan Lain ( Bantuan Kokurikulum )
2.6.7.1 Bantuan Kokurikulum Sekolah – RM 1472.80
2.6.7.2 Kokurikulum Tambahan – RM 548.10
2.5 Cabaran Pengurusan Pendidikan 2022
2.5.1 Takwim/ Pelan Strategik/ Pelan Tindakan hendaklah disediakan dengan betul.
2.5.2 Digunakan sebagai panduan dan keberhasilan hendaklah dimaksimumkan.
2.5.3 Laporan PBD hendaklah dicetak dan diserahkan kepada ibu bapa
2.5.4 Guru –guru hendaklah mempunyai “critical thinking” iaitu tidak dengan begitu sahaja

menerima pendapat tetapi hendaklah mengamalkan amalan suka bertanya
2.5.5 Mempunyai kecekapan untuk menilai dan sanggup mendengar pendapat orang lain.
2.5.6 Mempunyai “Creative Thinking” iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan

idea yang baharu.
2.5.7 Bersikap inovatif iaitu kebolehan untuk membuat pembaharuan dan ubah suai untuk

menjadikan lebih baik dan berkualiti
2.5.8 Pelan Pembangunan Pendidikan 2020-2025 hendaklah dilaksanakan berdasarkan

kepada 11 anjakan utama mengikut kesesuaian guru
2.5.9 Aspirasi Murid yang merangkumi 6 aspek penting sangat diperlukan di dalam Sistem

Pendidikan Global
2.5.10 PPPM 2013-2025 dilaksanakan dalam 3 gelombang yang berbeza iaitu :

2.5.10.1– 2013 – 2015 = Perubahan sistem sokongan kepada guru
2.5.10.2 - 2016 – 2020 = Pemecutan dan Penambahbaikan
2.5.10.3 - 2021 – 2025 = Gerakan Kecemerlangan dan Peningkatan Kepada Tadbir

Urus Kendiri
2.5.11 Harapan kepada semua guru agar kualiti pendidikan dapat ditingkatkan dan Tugas

–tugas profesional dapat dimantapkan
2.5.12 Isu –isu di sekolah seharusnya diatasi dengan baik dan profesional iaitu seperti

Kemudahan –kemudahan fizikal sekolah, kehadiran guru semasa cuti, dan
sokongan yang padu dari komuniti serta guru sangat diperlukan dalam
membangunkan persekitaran sekolah yang positif.
2.5.13 Pelantikan & Serahan Tugas adalah berdasarkan kepada Buku Manual Pengurusan
Sekolah
2.5.14 Setiausaha bagi setiap unit memainkan peranan yang sangat penting
2.5.15 Penghantaran EBRM adalah pada 17 Mac 2022 dan mestilah dilengkapkan
sebelum 04 APRIL 2022.
2.5.16 1 Panitia I Inovasi 2022 – Setiap Panitia hendaklah berbincang untuk menghasilkan
inovasi dan setiap inovasi itu hendaklah didokumentasikan.
2.5.17 Prosedur Guru Bertugas – hendaklah bertugas mengikut jadual tugas dan
seharusnya fokus kepada kebersihan, keselesaan, kesihatan dan keselamatan.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 1/2022 6

Tindakan : Makluman

3. HAL – HAL LAIN

3.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas kerjasama yang
diberikan sepanjang tahun 2021/2022.

3.2 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru dan warga sekolah agar sentiasa
menggunakan Trademark SKKT DI HATI itu sebagai satu simbolik untuk warga sekolah
termasuk murid-murid. Tugas guru adalah untuk menghebahkan penggunaan trademark
tersebut.

3.3 Pengerusi berharap agar amanah Allah ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berfikiran
selari dengan transformasi kerajaan.

3.4 Perkhidmatan kita adalah tanggungjawab kita
3.5 Pengerusi mengingatkan bahawa “Sekiranya kita ambil sikap tidak peduli terhadap

kepentingan melaksanakan perubahan atau transformasi, perkhidmatan awam akan
terjejas dan kita sebenarnya telah culas dalam melaksanakan amanah

Tindakan : Makluman

4. PENUTUP
Sebagai penutup mesyuarat, Guru Besar menasihatkan kepada semua guru dan warga sekolah
agar mengikuti semua perkara yang dibentangkan supaya maklumat tidak tercicir dan tidak
ketinggalan maklumat. Diharapkan agar semua warga sekolah menjaga SOP, jaga kesihatan
dan jaga diri.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Pencatat dan Penyedia Minit Mesyuarat

………………………………………
(FATIN NADIA BINTI AHMAD KAMIL)

15 Mac 2022


Click to View FlipBook Version