The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Akhir LM Nor Shuhada Bt Mohd Arifin (DB180142)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norshuhadaarifin97, 2022-07-20 03:45:30

Laporan Akhir LM Nor Shuhada Bt Mohd Arifin (DB180142)

Laporan Akhir LM Nor Shuhada Bt Mohd Arifin (DB180142)

4

Rajah 1.2: Situasi pelajar ketika sesi kelas amali

3.0 Menganalisis dan Menilai
Penggunaan sesuatu kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh

mempengaruhi tahap keberkesanan sesebuah pengajaran (Zamri, 2015). Oleh itu, pembelajaran
pasif yang berpusatkan guru didadapti mengurangkan penglibatan pelajar dalam aktiviti
pembelajaran di dalam kelas. Bagi menghadapi masalah-masalah pelajar, guru perlu membuat
refleksi selepas sesi pengajaran dengan mengambilkira perubahan tingkahlaku pelajar (Ibrahim
2006). Berdasarkan saranan ini, pelatih mengenal pasti beberapa masalah dari pelajar-pelajar yang
hadir mengenai situasi ini. Antara persoalan pelatih kepada pelajar adalah “Adakah cara saya
mengajar membosankan kamu?” “Apakah punca yang membuatkan kamu rasa mengantuk?” dan
lain-lain persoalan.

Antara masalah yang telah dikenalpasti adalah aktiviti yang dipilih perlu lebih menjurus
kepada berbentuk santai dan melibatkan pergerakan pelajar di dalam kelas yang boleh
mengelakkan pelajar hanya duduk dan bersoal jawab dengan guru atau membaca slide power point
yang ditayangkan pada LCD projector. Hal ini kerana, sekiranya pelajar hanya dibiarkan duduk
saja tanpa melakukan sebarang aktiviti, keadaan ini telah mengundang kepada pelajar rasa
mengantuk sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran teori dilaksanakan. Aktiviti selingan
sebelum pelatih meneruskan kepada isi pelajaran yang lain perlu dilakukan bagi mengembalikan
kecergasan pelajar untuk belajar. Misalnya, meminta pelajar berdiri dan melakukan senaman
ringan atau permainan ringkas untuk mengembalikan fokus pelajar bagi meneruskan pembelajaran
yang seterusnya. Selain itu, aktiviti yang dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran perlu

5

lebih kepada berpusatkan kepada pelajar supaya pelajar lebih aktif dan mampu membina idea dan
pengetahuan sendiri hasil aktiviti yang mereka lakukan.

4.0 Kesedaran Baru

Hasil dari analisis yang telah pelatih lakukan pelatih merasakan bahawa kecenderungan
pelajar adalah penting untuk dikenal pasti terlebih dahulu bagi memudahkan pelatih merancang
aktiviti yang sesuai. Penilaian awal perlu dilaksanakam terlebih dahulu terhadap kaedah
pembelajaran bagi memastikan pelatih dapat merancang pelan pembelajaran lebih awal dan
tersusun ketika menyampaikan maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran teori di
dalam kelas. Perkara ini amat penting supaya pelatih dapat merangsang keaktifan setiap pelajar
untuk melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seperti mana sesi kelas amali.
Menurut Mohsin & Hassan (2011) kepelbagaian dalam menggunakan bahan bantu mengajar bagi
mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar. Oleh itu, strategi pembelajaran yang
berkesan sangat penting bagi mewujudkan suasana kelas yang kondusif dan pengajaran yang
menarik kepada pelajar. Secara tidak langsung, keadaan ini perlu dilakukan supaya keaktifan
pelajar dapat dikekalkan dari awal hingga ke akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Pembelajaran dan pengajaran berpusatkan pelajar hendaklah digunakan kerana menurut
Tandiseru (2015) kemahiran pemikiran kritikal dan kreatif boleh dibangunkan di dalam
persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar yang menyediakan ruang untuk pemikir intelek dan
bebas yang berkembang. Setelah menyedari masalah tersebut, pelatih telah mengambil langkah
untuk mengadaptasikan teknologi dalam aktiviti pembelajaran dengan menggunakan aplikasi
seperti penggunaan Kahoot. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin
berkembang membolehkan kaedah pengajaran dan pembelajaran direka dan dilaksanakan
mengikut kehendak dan keperluan pelajar (Manaf et al., 2015). Selain kahoot, pelatih turut
melakukan permainan seperti “Touch and Go Game” yang mana dengan permainan ini telah
membolehkan pelajar untuk bergerak untuk menjawab soalan yang diberikan oleh pelatih dan tidak
hanya duduk ditempat masing-masing yang mana keadaan inilah yang menyebabkan pelajar
merasa cepat bosan dan mengantuk. Strategi pengajaran yang digunakan oleh pelatih ini juga
merupakan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini diaplikasikan oleh pelatih kerana pelatih
menyedari bahawa pelajar-pelajar ini tidak gemar untuk duduk sahaja tanpa sebarang aktiviti dan
hanya mendengar pelatih mengajar di hadapan.

Bagi mengatasi masalah ini juga pelatih telah melakukan permainan atau senaman ringkas
sebagai rehat pelajar untuk ke sesi pembelajaran yang lain. Sebelum pelatih masuk ke isi pelajaran
yang baru, pelatih akan meminta pelajar untuk berdiri dan melakukan senaman ringkas atau
bermain permainan yang boleh merangsang daya fokus pelajar supaya dapat memberikan tumpuan
sehingga ke penghujung sesi kelas teori. Hal ini kerana, sekiranya pelajar hanya dibiarkan belajar
sahaja mereka akan cepat merasa bosan dan mengantuk. Apa yang mampu pelatih simpulkan
adalah pelajar kelihatan lebih bersemangat untuk belajar kerana pelatih tidak hanya mengajar dan

6

memberi penerangan di hadapan kelas sahaja tetapi pelatih turut mengaplikasikan beberapa
strategi pengajaran yang menarik untuk menarik minat dan tumpuan pelajar ketika di dalam kelas
sesi teori.

5.0 Cadangan dan Tindakan

Untuk menggalakan pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas teori pelatih telah mencadangkan tindakan berikut:

a) Menayangkan video yang menarik bagi memberikan gambaran awal kepada pelajar
mengenai kerja-kerja dalam subjek yang diajarkan.

b) Mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran ketika menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran secara teori di dalam kelas bersama pelajar.

c) Menggalakkan lebih banyak pergerakan pelajar di dalam kelas dengan meminta pelajar
melakukan aktiviti atau permainan untuk mengekalkan daya fokus pelajar.

d) Memperbanyakkan aktiviti menggunakan platform permainan seperti kahoot, Touch and
Go Game, kotak beracun dan sebagainya.

e) Memberi kata-kata yang positif bagi membina dan menyemarakkan semangat belajar
dalam diri pelajar.

Justeru itu, penggunaan pendekatan berpusatkan pelajar adalah penting untuk menerapkan
kemahiran abad ke-21 dalam diri pelajar khususnya dalam bidang teknikal kerana mereka lebih
suka kepada aktiviti-aktiviti hand on atau kelas amali di bengkel dan bukannya hanya mendengar
penerangan guru semata-mata. Walaubagaimanapun, cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan
lebih teliti melalui tinjauan literatur supaya tindakan tindakan yang diambil lebih mantap dan
bermanfaat.

6.0 Kesimpulan

Secara tuntasnya, cabaran dalam dunia pendidikan adalah pelbagai untuk mengetahui setakat mana
kredibiliti seseorang pengajar dalam mendepani cabaran-cabaran yang wujud. Tidak dinafikan,
pengajaran dan pembelajaran zaman abad ke-21 ini cabarannya adalah dua kali ganda hebatnya
khususnya apabila ditugaskan untuk menjadi pengajar bagi pelajar-pelajar jurusan bidang teknikal
yang hanya menggemari kerja-kerja amali di dalam bengkel yang dilakukan secara hand on.
Namun begitu, cabaran ini membantu kita untuk meneroka sesuatu yang baharu dengan mengenal
pasti kesesuian bagi kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk diaplikasikan bagi
membolehkan pelajar dapat memberi tumpuan dan minat yang tinggi ketika sesi pembelajaran
teori di dalam kelas. Ini kerana meskipun mereka ini merupakan pelajar-pelajar dari bidang
teknikal mereka tetap perlu mengikuti kelas teori yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas.
Jelaslah bahawa, seseorang guru perlu lebih kreatif dan bijak membina strategi untuk

7

mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dalam mendepani pelajar-pelajar di abad ke-21
ini. Ini kerana guru memainkan peranan yang penting dalam memilih kaedah dan teknik
pengajaran yang hendak digunakan di dalam kelas agar pelajar dapat mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran yang dilaksanakan dengan aktif dari awal hingga akhir sesi pembelajaran
berlangsung.

7.0 Rujukan

Ibrahim, M. H., (2006). Kajian Pemikiran Dan Amalan Refleksi Di Kalangan Guru Pelatih Sains
Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

Manaf, S. A., Din, R., Hamdan, A., Salleh, N. S., Kamsin, I. F., Aziz, J. A., (2015). Penggunaan
Komputer dan Internet Web 2.0 Dalam Kalangan Generasi Y pelajar Universiti. Journal
of Advanced Research Design.

Mohd Ali, M. dan Sahal, M. (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam Pembelajaran
Murid Bermasalah Pembelajaran. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pendidikan
Malaysia.

Mohsin, S. F. A. B. M., & Hassan, R., (2022). Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan
‘Streaming Video’ Bagi Meningkatkan Tahap Kefahaman Pelajar Abad Ke-21.
Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi.

Saad, F., Jaapar, N. H., Ali, K., Athdzar, N. H., Rasyid, W. N., (2018). Faktor, Kesan Dan Strategi
Menangani Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah Di Dalam
KelasFakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tandiseru, S. R., (2015). The Effectiveness of Local Culture Based Mathematical Heuristi-KR
Learning Towards Enhancing Student’s Creative Thinking Skill. Journal of Education and
Practise.

Zamri Mahamod (2015). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berpusatkan Pelajar di
Institusi Pengajian TInggi. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

LAPORAN INSTITUSI /
KOKURIKULUM / PENGURUSAN

DAN SAHSIAH







LAMPIRAN

PROGRAM GOTONG-ROYONG BENGKEL TEKNOLOGI PEMBINAAN KOLEJ
VOKASIONAL AMPANGAN

Program : Program Gotong-Royong Bengkel Teknologi Pembinaan
Anjuran : Jabatan Teknologi Pembinaan
Tarikh : 25 April 2022
Tempat : Bengkel Teknologi Pembinaan
Tugas/ Jawatan : Guru Pemantau



PROGRAM AUTOCAD WORKSHOP

Program : Program Autocad Workshop
Anjuran : Guru Pelatih Kolej Vokasional Ampangan
Tarikh : 21 Jun 2022
Tempat : Makmal Autocad KVAS
Tugas/ Jawatan : Pengarah



PROGRAM PERTANDINGAN AUTOCAD 2D

Program : Program Pertandingan Autocad 2D
Anjuran : Guru Pelatih Kolej Vokasional Ampangan
Tarikh : 22 Jun 2022
Tempat : Makmal Autocad KVAS
Tugas/Jawatan : Juri



KERTAS CADANGAN
PEMBANGUNAN MURAL DI KOLEJ

VOKASIONAL AMPANGAN

KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN
70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

No.Rujukan :

KERTAS CADANGAN

PEMBANGUNAN MURAL DI KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

Sarimen bin Sapiei,
Pengarah
Kolej Vokasional Ampangan

TAJUK KERTAS CADANGAN :

PEMBANGUNAN MURAL DI KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Institusi merupakan institusi Pendidikan yang dapat membangunkan insan
kearah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran institusi yang
kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah
sepanjang menjalankan aktiviti di institusi tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum dan
kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau diluar bilik darjah juga
dapat berjalan dengan lancer dan semupurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan
adalah dengan mewujudkan kawasan institusi yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru
pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran institusi dan
mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru. Keselesaan
dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang
mendidikan melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung
tetamu yang melalui kawasan mural akan membaca moto institusi. Mural yang dibina
juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya institusi.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan
institusi dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai
guru sebenar pada masa akan datang.

3.2 Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan dan sumbangan apabila selesai
menjalani latihan mengajar di institusi ini.

3.3 Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap institusi.

3.4 Merancang dan melaksanakan aktiviti ataupun projek yang dipersetujui oleh pihak
institusi.

4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 20 Jun 2022 sehingga 8 Julai 2022
Tempat : Laluan Berhadapan Parking Motosikal Pelajar

6. JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : Tn. Sarimen bin Sapiei
Pengerusi : En. Zulkifli bin Ahmad
Setiausaha : Nur Alia Shahira Binti Ahmad Shaufi

AJK Pelaksana

Reka Grafik : 1. Mohamad Nur Zahir Bin Abdul Rahman
2. Muhammad Khairul Ashraf Bin Abdul Kahar
3. Nur Ain Nadhirah Bt Kamaruddin
4. Nor Farah Nadhirah Bt Shamsul Anuar
5. Hannie Nabilah Bt Hanafiah
6. Nor Shuhada Bt Mohd Arifin
7. Nur Alia Shahira Binti Ahmad Shaufi

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan
Elektif 1 – Institusi Kolej Vokasional Ampangan

7.2 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Unit Harga/Kos
1. Berus 7 unit RM 21.00
2. Cat (5 liter) 3 unit RM 450.00
3. Kapur (hijau) 1 unit RM 4.00
4. Masking Tape 10 unit RM 20.00
RM 495.00
Jumlah

7.3 Lampirkan kelulusan pindah peruntukan

Tiada

8. ULASAN JPN/PPD (sekiranya perlu)

9. PENUTUP

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang
akan dikendalikan oleh guru pelatih dari UTM dan UTHM. Kami berharap projek
melukis mural dan moto institusi ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.
Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada

17 Jun 2022

17 Jun 2022





PROJEK KECERIAAN SEKOLAH (PEMBANGUNAN MURAL)

Program : Projek Pembangunan Mural
Anjuran
Tarikh : Guru Pelatih Kolej Vokasional Ampangan
Tempat : 25 Jun 2022 – 3 Julai 2022
Tugas/Jawatan
: Kolej Vokasional Ampangan
: Reka Grafik





MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
PERINGKAT ZON MELAKA

Program : Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Zon Melaka
Anjuran : Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV)
Tarikh : 21 Jun 2022
Tempat : Sky Ballroom, Level 17, Palm Seremban Hotel
Tugas/Jawatan : AJK Pendaftaran



MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN, HARI KUALITI DAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 42

Program : Anugerah Kecemerlangan, Hari Kualiti dan Mesyuarat Agung PIBG
Anjuran : Kolej Vokasional Ampangan
Tarikh : 23 Jun 2022
Tempat : Dewan Bestari Budiman
Tugas/ Jawatan : AJK Persediaan Pentas dan AJK Sijil dan Cenderamata



PROGRAM PERTANDINGAN INOVASI 2022 PERINGKAT
KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

Program : Pertandingan Inovasi 2022 Peringkat Kolej Vokasional Ampangan
Anjuran : Guru Pelatih UTHM dan Pengurusan Inovasi Kolej
Tarikh : 6 Julai 2022
Tempat : Dewan Bestari Budiman
Tugas/Jawatan : Setiausaha dan Persiapan Dewan





Program EKSA BENGKEL BATA TEKNOLOGI PEMBINAAN
Anjuran
Tarikh : Eksa Bengkel Bata Teknologi Pembinaan
Tempat : Jabatan Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Ampangan
: 8 Julai 2022
: Bengkel Bata Teknologi Pembinaan



PROGRAM KEJOHANAN MERENTAS DESA
KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

Program : Kejohanan Merentas Desa
Anjuran : Unit Kokurikulum Kolej Vokasional Ampangan
Tarikh : 15 Julai 2022
Tempat : Padang Kolej Vokasional Ampangan
Tugas/Jawatan : Guru Pemantau



MAJLIS TAMAT LATIHAN MENGAJAR GURU PELATIH
KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

Program : Majlis Tamat Latihan Mengajar Guru Pelatih
Anjuran : Pengurusan Kolej Vokasional Ampangan
Tempat : Bilik Bunga Raya




Click to View FlipBook Version