Kesum
Nama Saintifik : Polygonum minus
Nama Lain : Cenohom, Rau Ram
Pengenalan :
Sejenis tumbuhan herba dari keluarga Polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan
negara yang beriklim tropika. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara seperti
Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Ia digunakan sebagai ulaman dan bahan untuk
masakan seperti Asam Pedas dan juga Laksa Penang.
Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembab dan berair seperti di tepi kolam,
tepi parit dan juga di kawasan kebun keliling rumah kampung (selalunya di tepi bilik air). Daun
kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan terutamanya dalam masakan. Ia
akan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan setelah
dicampurkan dalam masakan. Nama lain bagi kesum adalah seperti Chinese Knotweed
(English), Duo mao lio (China), Surudo kudami (Jepun). Walaubagaimana pun ianya adalah
spesis yang lain dari Kesum di Malaysia.
Kelebihan :
1. Menguatkan daya penglihatan.
2. Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman.
3. MEngharumkan tubuh.
4. Mengatasi masalah keputihan.
5. Baik untuk wanita selepas bersalin.
6. Menghilangkan panau.
7. Mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan dan awet muda.
8. Tonik hati, buah pinggang dan darah.
9. Merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan air besar.
10. Membunuh dan menyingkirkan cacing dalam perut dan usus.
11. Ubat gout.
12. Merawat radang sendi.
13. Melegakan batu karang.
14. Masalah kelemumur.
15. Ubat pupuk di tempat yang berkudis.