The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD HASNORIZWANDY HASHIM, 2019-08-24 12:53:56

Pudina

Pudina

Pudina

Nama Saintifik : Mentha pipenta

Pengenalan :

Daun pudina atau mint merupakan salah satu daun yang dikonsumsi di berbagai
makanan. Pudina banyak digunakan sebagai ulam dalam laksa, pewangi untuk nasi briyani, juga
sebagai ulam dengan sambal. Daun pudina juga boleh dimasukkan sekali dalam air sirap kerana
aromanya yang cukup harum. Rasanya yang unik dan aneh memiliki banyak manfaat dan juga
keuntungannya. Daun mint umumnya diolah sebagai tambahan pasta, atau bahkan ekstraknya
ditambah pada minuman sehingga rasanya segar. Tak jarang dicampurkan pada smoothies. Lalu
apa saja manfaat yang bisa didapatkan ?

Pudina dikatakan berkhasiat untuk penawar lelah dan batuk. (Caranya, bersihkan 14
helai daun pudina dan ramas sedikit. Masukkan dalam cawan kaca tahan panas dan bubuh air
3/4 penuh. Masukkan dalam cawan kaca tahan panas dan bubuh air 3/4 penuh. Masukkan gula
batu. Masukkan cawan tersebut ke dalam periuk nasi letrik (nasi sedang mendidih dan bila
cawan dimasukkan ia tidak tenggelam. Bila nasi sudah masak (air dah kering) keluarkan cawan
dan biarkan sejuk. Keluarkan daun pudina dan minumlah air tersebut 3 hari berturut turut.

Kelebihan :

1. Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
2. Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.
3. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
4. Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit

kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
5. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta

kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
6. Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas

anda.
7. Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais

krim.
8. Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama

sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.
9. Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut

(cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan
makanan dalam saluran sistem usus.
10. Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian
terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
11. Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat
menghalang pembentukan fungsi tumor.
12. Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan
anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.
13. Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita
pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya.
14. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk
melegakan symptoms penyakit penafasan.
15. Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu
kitaran haid.
16. Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan
kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
17. Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal,
athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.
18. Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).


Click to View FlipBook Version