The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD HASNORIZWANDY HASHIM, 2019-08-24 13:06:26

Pegaga

Pegaga

Pegaga

Nama Saintifik : Centella asiatica

Pengenalan :
Sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah

memberi impak besar kepada kecantikan. Herba berdaun hijau berbentuk kipas ini biasa
terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia.

Namun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari
kebaikannya. Pegaga juga dikenali dengan nama Gotu Kola di India dan sering ditemui di
kawasan berair. Pegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar
menjadi minuman.

Pegaga mengandungi pelbagai nutrien seperti asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus,
beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin, riboflavin, protein, gentian, zat besi, dan vitamin A.
Sementara bahan aktif yang ada dalam pegaga ialah triterpenoid glikosida (terutama
asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan
quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol,
stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid
centellik, asid isobrahmik dan asid betulik.

Kelebihan :

1. Menaikkan seri muka.
2. Menghilangkan parut.
3. Merawat selulit.
4. Menyembuhkan luka dengan cepat dan mengelakkan parut.
5. Menghilangkan stretch mark
6. Awet muda
7. Menegangkan kulit
8. Menghilangkan masalah urat bersimpul
9. Melawan jangkitan bakteria dan virus.
10. Mencantik dan melebatkan rambut.
11. Menambah selera makan.
12. Menyejuk dan menyegarkan badan.
13. Mencerdaskan minda.
14. Mengecutkan peranakan.
15. Menghilangkan bitnik-bintik hitam di muka.


Click to View FlipBook Version