SAJAK:
SENJA DI
PALANG BESI
Oleh: Pena Alam
Maksud
RANGKAP 1
Suatu senja menyaksikan tebaran cahayanya yang
makin suram dan hanya dapat dilihat oleh
penyajak melalui celah-celah lubang sel penjara
yang memisahkannya dengan dunia luar yang
terpaksa diisi dengan suasana yang sepi dan
penuh kekesalan di hati.
Maksud
RANGKAP 2
Waktu senja yang dahulunya membawa bahagia
kepada penyajak kini bertukar sayu tatkala
menjelang malam kerana penyajak terpaksa hidup
di dalam sel penjara yang menyakitkan, terbuang,
dan terasing dari dunia luar.
Maksud
RANGKAP 3
Dalam sel penjara yang bersambung antara
palang besi, penyajak resah berteleku dalam
suasana hening akibat dipenjarakan tanpa
ditemani suasana bising. Pada waktu senja yang
semakin menghampiri malam, penyajak
merasakan jiwanya semakin sunyi dan merasakan
itulah hukuman kemanusiaan terhebat yang perlu
ditempuhinya.
TEMA
Kesengsaraan dan kesepian seorang
banduan yang hidup di dalam sel penjara.
Tema & PERSOALAN
Persoalan 1. Penyesalan hidup yang tiada
berpenghujung.
2. Kehidupan di dalam sel
penjara yang amat
memilukan.
3. Penderitaan hidup yang
terpaksa ditempuhi sendirian.
4. Harga kebebasan bagi
sebuah kehidupan.
Bentuk & Nada
BENTUK
1. Terdiri daripada tiga rangkap.
2. Rangkap pertama dan kedua
mempunyai enam baris, dan
3. rangkap ketiga mempunyai lapan baris.
4. Bilangan katanya tiga hingga sembilan
patah kata.
5. Terdiri daripada tujuh hingga lapan
belas suku kata.
6. Berbentuk bebas.
NADA
Melankolik (rintihan)
Gaya Bahasa
1. Anafora (pengulangan kata di depan baris). Contohnya:
dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
2. Responsi (pengulangan kata di tengah baris). Contohnya:
dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
3. Metafora (penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain
daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan). Contohnya:
jemari malam, samudera jiwa.
4. Personifikasi (perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan
kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak). Contohnya:
Senja mula menangis.
5. Kata ganda. Contohnya: kuntum-kuntum, dedawai.
Gaya Bahasa
6. Inversi (pembalikan susunan kata-kata dalam ayat).
Contohnya:
Pilu wajahmu sang senja. (sepatutnya sang senja wajahmu
pilu)
7. Asonansi (perulangan vokal a). Contohnya:
hukuman terhebat hikayat kemanusiaan
8. Aliterasi (perulangan konsonan p). Contohnya:
Tanpa pasir pantai atau silir angin
9. Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abcdef, rima akhir
bagi rangkap kedua ialah aabcbb, dan rima akhir bagi rangkap
ketiga ialah abcddedd.
Nilai & Pengajaran
NILAI
Ketabahan.
Kebebasan.
Keredaan.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala
negatif yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam penjara.
2. Kita hendaklah menghargai nikmat kebebasan hidup yang
dikurniakan oleh Tuhan.
3. Kita mestilah menjadi orang yang mematuhi undang-undang
negara.
4. Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam membuat sebarang
tindakan agar tidak tersilap langkah melakukan perkara yang negatif.
Jawab soalan di bawah:
1. Apakah tema yang terdapat dalam
sajak Senja di Palang Besi?
2. Berikan 3 persoalan yang terdapat
dalam sajak Senja di Palang Besi.
3. Nyatakan dua nilai yang terdapat
dalam sajak ini.
4. Sebagai seorang murid, apakah
usaha-usaha yang boleh dilakukan
untuk mengelakkan diri daripada
terjerumus dalam kes pelanggaran
disiplin di sekolah?