The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR SAINS TAHAP 1_EDISI 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-08318684, 2024-03-23 23:08:52

1DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR SAINS TAHAP 1_EDISI 3

1DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR SAINS TAHAP 1_EDISI 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN Dokumen Penjajaran Kurikulum SAINS TAHAP I EDISI 3


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I PENDAHULUAN Penyediaan Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Penjajaran kurikulum ini melibatkan pengemaskinian dan penyusunan semula kandungan mata pelajaran Sains Tahap I sedia ada. Dokumen ini disediakan sebagai pilihan kepada guru dalam pelaksanaan kurikulum sekolah rendah. Guru Sains boleh menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSR (Semakan 2017) atau Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3. Dokumen penjajaran ini boleh digunakan bersama-sama bahan Modul Bimbingan (MOBIM) atau bahan sokongan yang pelbagai mengikut keupayaan murid. ORGANISASI KANDUNGAN Pengemaskinian ini merangkumi beberapa aspek seperti berikut: i) Perubahan pelaksanaan kandungan bagi Kemahiran Saintifik dan Peraturan Bilik Sains; ii) Penggunaan kata kerja yang lebih mudah bagi penulisan Standard Pembelajaran; dan iii) Gabungan beberapa Standard Pembelajaran. Kandungan Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I disusun dalam tiga lajur utama iaitu Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran dan Catatan. SK dalam Dokumen Penjajaran Kurikulum bermula dengan SK 3.1 dan SP 3.1.1 bagi memudahkan guru membuat rujukan pada DSKP sedia ada. Lajur Catatan mengandungi huraian dan hasrat bagi kandungan tertentu dalam kurikulum. Lajur Catatan juga mengandungi panduan kepada guru bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kepada penguasaan kandungan dan menggalakkan kemahiran berfikir. Kaedah pembelajaran berasaskan projek juga dicadangkan dalam ruang catatan untuk membantu murid mempelajari topik-topik tertentu. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana, direkod dan dilaporkan oleh guru. Penentuan Tahap Penguasaan murid hendaklah merujuk kepada Standard Prestasi yang terdapat dalam DSKP. 1


SAINS TAHUN 1


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 1) 5 TEMA: SAINS HAYAT TAJUK: BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 5 – 8 22/4-17/5 3.1 Benda hidup dan benda bukan hidup 3.1.1 Membanding dan membezakan bendahidup dan benda bukan hidup berdasarkan ciri-ciri berikut: i) bernafas; ii) memerlukan air dan makanan; iii) bergerak; iv) membesar; dan v) membiak Penekanan kepada kemahiran memerhati danberkomunikasi. Membanding beza dilakukan melalui pemerhatian terhadap objek, haiwan dan tumbuhan yang sebenar dan disampaikanmelalui penulisan atau lisan. 3.2 Keperluan asas benda hidup 3.2.1 Menyatakan keperluan asas bendahidup iaitu makanan, air dan udara. 3.2.2 Menyatakan manusia dan haiwan, jugamemerlukan tempat perlindungan. 3.2.3 Menerangkan manusia, haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan, air dan udara dalam cara yang berlainan. 3.2.4 Menaakul kepentingan makanan, air, udara dan tempat perlindungan kepadamanusia dan haiwan. Penekanan kepada kemahiran memerhati danberkomunikasi. Menggunakan teknik penyoalan yang sesuai bagi membantu murid menaakul kepentingan makanan, air, udara dan tempat perlindungankepada manusia dan haiwan. Contoh: Makanan memberi tenaga untuk manusiamenjalankan aktiviti seharian. CUTI HARI PEKERJA 1/5/2024


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 1) 6 TEMA: SAINS HAYAT TAJUK: MANUSIA MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 9-12 20/5 -21/6 4.1 Deria manusia 4.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusiayang berkaitan dengan deria yang berkenaan. 4.1.2 Menggunakan deria untuk mengenal pastiobjek melalui penyiasatan. 4.1.3 Menjelas dengan contoh, penggunaanderia lain sebagai ganti sekiranya satuderia tidak dapat berfungsi. Penekanan kepada kemahiran memerhati danberkomunikasi. Cadangan aktiviti: Meneka objek yang terdapat dalam kotak hitam menggunakan deria pendengaran, bau, rasa dansentuhan. CUTI WESAK 22/5/2024 HARI KEPUYERAAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG 3/6/2024


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 1) 7 TAJUK: HAIWAN MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 13-16 24/6 – 19/7 5.1 Bahagian tubuh haiwan 5.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh haiwan seperti paruh, sisik, sirip, berbulu halus, berbulu pelepah, tanduk, sumbu, sesungut, kulit keras, cangkerang, sayap, kepak, kepala, badan, ekor dan kaki selaput renang. Penekanan kepada kemahiran memerhati danberkomunikasi. Menggunakan bahan sokongan yang sesuai seperti model haiwan mainan, gambar haiwan yang jelas menunjukkan bahagian tubuh haiwan, atau haiwan sebenar. 5.1.2 Menjelaskan melalui contoh bahagianyang terdapat pada tubuh haiwan. Menggalakkan pemikiran murid ke arah: ● Kepentingan bahagian tubuh haiwan kepadahaiwan. Contoh: Tanduk membantu haiwan mempertahankandiri. ● Membuat pernyataan umum bahawa terdapat haiwan yang berbeza tetapi mempunyai bahagian tubuh yang serupa. Contoh: Lembu, kuda dan kambing haiwan yang berbeza tetapi semuanya mempunyai ekor. CUTI HARI HARI RAYA AIDIL ADHA 17/6/2024 CUTI GANTIAN MAAL HIJRAH 8/7/2024


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 1) 8 TAJUK: TUMBUHAN MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 17-20 22/7 – 16/8 6.1 Bahagian tumbuhan 6.1.1 Membanding dan membezakan bahagianpada tumbuhan iaitu: (i) daun: jenis urat daun; (ii) bunga: berbunga, tidak berbunga; (iii) batang: berkayu, tidak berkayu; dan (iv) akar: akar tunjang, akar serabut. Penekanan kepada kemahiran memerhati danberkomunikasi. Membanding beza dilakukan melalui pemerhatian terhadap tumbuhan yang sebenar. Mengenal pasti bahagian pada tumbuhan danmemahami: ● Kepentingan bahagian tumbuhan kepadatumbuhan. Contoh: Akar menyerap air. ● Terdapat tumbuhan yang berbeza tetapi mempunyai bahagian tumbuhan yang serupa.Contoh: Pokok bunga raya, pokok bunga ros dan pokok bunga kekwa adalah tumbuhan yang berbeza tetapi semuanya mempunyai bunga.


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 1) 9 TEMA: SAINS FIZIKAL TAJUK: MAGNET MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 21 – 24 19/8 – 13/9 7.1 Magnet 7.1.1 Memberi contoh kegunaan magnet dalamkehidupan. 7.1.2 Mengenal pasti tindakan magnet ke atas pelbagai objek dengan menjalankan aktiviti. 7.1.3 Membuat kesimpulan tentang daya tarikandan tolakan antara kutubkutub magnet dengan menjalankan penyiasatan. Penekanan kepada kemahiran memerhati,berkomunikasi dan kemahiran manipulatif. Peraturan dan langkah keselamatan perludipatuhi. Menggalakkan pemikiran murid ke arah membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Contoh: Terdapat objek yang dapat ditarik oleh magnetdan tidak dapat ditarik oleh magnet. CUTI PENGGAL 1 14/9/2024 – 22/9/2024


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 1) 10 TEMA: SAINS BAHAN TAJUK: PENYERAPAN MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 25 -29 23/9 – 1/11 8.1 Keupayaan bahan menyerap air 8.1.1 Mengenal pasti objek yang boleh menyerapair dan tidak boleh menyerap air dengan menjalankan penyiasatan. 8.1.2 Menerangkan keupayaan objek menyerapair berdasarkan jenis bahan dengan menjalankan penyiasatan. 8.1.3 Menyatakan kepentingan objek yang bolehmenyerap air dan tidak boleh menyerap airdalam kehidupan. 8.1.4 Mereka cipta objek berdasarkan kebolehanmenyerap air. Penekanan kepada kemahiran memerhati,berkomunikasi dan kemahiran manipulatif. Peraturan dan langkah keselamatan perludipatuhi. Menggalakkan murid ke arah aktiviti mengelas objek yang boleh menyerap air dan tidak boleh menyerap air. Cadangan aktiviti: Tugasan projek mudah seperti menghasilkanmop mini berdasarkan pengetahuan tentang keupayaan bahan penyerap air. CUTI DEEPAVALI 30/10/2024 – 1/11/2024


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 1) 11 TEMA: BUMI DAN ANGKASA TAJUK: BUMI MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 30 -33 4/11 – 29/11 9.1 Bentuk muka Bumi 9.1.1 Menyatakan bentuk muka Bumi sepertigunung, pantai, bukit, lembah, sungai, kolam, tasik dan laut. Penekanan kepada kemahiran memerhati danberkomunikasi. Peraturan dan langkah keselamatan perludipatuhi. Cadangan aktiviti: Menonton video atau membina model bentukmuka bumi menggunakan tanah liat. 9.2 Tanah 9.2.1 Menyatakan jenis tanah seperti tanahkebun, tanah liat dan pasir. 9.2.2 Membanding beza kandungan tanah bagijenis tanah yang berbeza dengan menjalankan penyiasatan. Penekanan kepada kemahiran memerhati,berkomunikasi dan kemahiran manipulatif. Peraturan dan langkah keselamatan perludipatuhi. Membanding beza dilakukan melalui pemerhatian jenis tanah yang terdapat di persekitaran.


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 1) 12 TEMA: TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI TAJUK: ASAS BINAAN MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 34-36 25/11 – 13/12 10.1 Binaan daripada bongkah bentuk asas 10.1.1 Mengenal pasti bentuk asas iaitu segitiga,segi empat sama, segi empat tepat dan bulatan. Penekanan kepada kemahiran memerhati,berkomunikasi dan kemahiran manipulatif. 10.1.2 Mengenal pasti bongkah bentuk asas iaitukubus, kuboid, piramid, prisma, kon, silinder dan sfera. Mengenal pasti bentuk asas dan bongkah bentukasas melalui pemerhatian bahan maujud, video atau gambar. 10.1.3 Mereka bentuk objek atau struktur menggunakan bongkah bentuk asas. Cadangan aktiviti: Tugasan projek mudah seperti menghasilkan model rumah menggunakan bongkah bentuk asas. 37 – 39 16/12 -10/1 PBD CUTI PENGGAL 3 21/12/2024 – 29/12/2024 40 13/1 – 17/1 MINGGU AKHIR SESI 2024/2025


SAINS TAHUN 2


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 2) 15 TEMA: SAINS HAYAT TAJUK: MANUSIA MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 2 – 5 25/3-26/4 3.1 Pembiakan dan tumbesaran manusia 3.1.1 Menyatakan cara manusia membiak. 3.1.2 Menerangkan perubahan yang berlaku pada diri sejak dilahirkan dari aspek saiz, tinggi dan berat. 3.1.3 Menyatakan bahawa anak mewarisi ciri daripadaibu, bapa atau keturunan. Penekanan kepada kemahiran memerhati, mengukur dan menggunakan nombor serta berkomunikasi. Menggalakkan pemikiran murid ke arah membuat rumusan bahawa tumbesaranadalah berbeza antara individu. Contoh: Kami berusia 8 tahun, tetapi tinggi kamiberbeza-beza. Ciri yang diwarisi terhad kepada warna kulit,warna mata dan jenis rambut sahaja. CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI 8/4 – 12/4


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 2) 16 TEMA: SAINS HAYAT TAJUK: HAIWAN MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATA TAN 6 – 9 29/4 – 24/5 4.1 Pembiakan dan tumbesaran haiwan 4.1.1 Menyatakan cara haiwan membiak. 4.1.2 Menyatakan perubahan tumbesaran haiwan dengan memerhati kitar hidup haiwan. 4.1.3 Menjelas dengan contoh anak haiwan yang menyerupai induknya dan yang tidak menyerupai induknya. Penekanan kepada kemahiran memerhati,mengelas dan berkomunikasi. Menggalakkan murid ke arah aktiviti mengelaskan haiwan berdasarkan carapembiakan. Memberi penegasan bahawa terdapat haiwan yang bertelur banyak dan bertelur sedikit serta haiwan yang melahirkan anakyang banyak dan anak yang sedikit. CUTI HARI PEKERJA 1/5/2024 CUTI HARI WESAK 22/5/2024 CUTI PENGGAL PERTAMA 25/05/2024 – 02/06/2024 MINGGU 10 (3/6 – 7/6) LATIHAN ULANGKAJI 1


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 2) 17 TAJUK: TUMBUHAN MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 11- 14 10/6 – 5/7 5.1 Tumbesaran tumbuhan 5.1.1 Menyatakan keperluan asas untuk biji benihbercambah. 5.1.2 Merekod perubahan tumbesaran tumbuhanbermula daripada percambahan biji benih dengan memerhati biji benih sebenar. 5.1.3 Membuat kesimpulan keperluan asas untuk tumbesaran tumbuhan dengan menjalankanpenyiasatan. Penekanan kepada kemahiran memerhati, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi serta kemahiran manipulatif. Menggalakkan pemikiran murid ke arah menyusun mengikut urutan peringkat tumbesaran tumbuhan. Peraturan dan langkah keselamatan perlu dipatuhi. HARI KEPUTERAAN KDYMM AGONG 3/06/2024 HAARI RAYA AIDIL ADHA 17/06/2024


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 2) 18 TEMA: SAINS FIZIKAL TAJUK: TERANG DAN GELAP MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 15- 18 8/7 – 2/8 6.1 Terang dan gelap 6.1.1 Menyatakan sumber cahaya. 6.1.2 Menunjuk cara pembentukan bayang-bayangmelalui aktiviti. 6.1.3 Mencipta permainan bayang-bayang. Penekanan kepada kemahiran memerhatidan berkomunikasi. Menggalakkan pemikiran murid ke arah kepentingan cahaya dalam menjalankanaktiviti seharian. Contoh: Aktiviti dapat dilakukan dengan mudah dalamkeadaan terang. Menggalakkan penerokaan murid tentang kejelasan bayang-bayang apabila cahaya dihalang oleh objek yang berlainan. CUTI GANTIAN MAAL HIJRAH 8 JULAI 2024


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 2) 19 TEMA: SAINS FIZIKAL TAJUK: ELEKTRIK MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 19 – 22 5/8 – 30/8 7.1 Litar elektrik 7.1.1 Mengenal pasti komponen dalam litar elektrikiaitu sel kering, mentol dan suis. 7.1.2 Menyatakan fungsi komponen dalam litarelektrik lengkap. 7.1.3 Membina litar elektrik lengkap dengan menggunakan sel kering, mentol, suis danwayar penyambung. 7.1.4 Meramal sebab mentol tidak menyala dalam litaryang dibina. Penekanan kepada kemahiran memerhati,mengelas dan berkomunikasi. Peraturan dan langkah keselamatan perludipatuhi. Menggalakkan penerokaan murid tentangnyalaan mentol apabila suis digantikan dengan objek lain. Menggalakkan pemikiran murid ke arah membuat rumusan berdasarkan aktiviti yangdijalankan: Contoh: Objek yang boleh menyalakan mentol dalamlitar adalah konduktor dan yang tidak menyalakan mentol adalah penebat. Cadangan aktiviti: Tugasan projek mudah seperti menghasilkanlampu mini berdasarkan pengetahuan tentang litar elektrik. CUTI HARI KEMERDEKAAN 31 0G0S 2024


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 2) 20 TEMA: SAINS BAHAN TAJUK: CAMPURAN MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATAT AN 23-26 2/9 – 4/10 8.1 Campuran 8.1.1 Menerangkan kaedah untuk mengasingkancampuran pelbagai bahan atau objek. 8.1.2 Mengenal pasti bahan yang boleh larut dantidak boleh larut di dalam air dengan menjalankan penyiasatan. 8.1.3 Merumuskan cara bahan boleh dilarutkandengan lebih cepat dengan menjalankan penyiasatan. Penekanan kepada kemahiran memerhati,mengelas dan berkomunikasi. Peraturan dan langkah keselamatan perludipatuhi. Menggalakkan pemikiran murid ke arah menyatakan sebab bagi kaedah yang digunakan untuk mengasingkan campuranpelbagai bahan atau objek. Contoh: Campuran pasir dan klip kertas diasingkan dengan menggunakan magnet kerana klipkertas dapat ditarik oleh magnet. MINGGU 24 (9/09/2024 -13/09/2024) LATIHAN ULANGKAJI 2 CUTI PENGGAL KEDUA 14/09/2024 – 22/09/2024


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 2) 21 TEMA: BUMI DAN ANGKASA TAJUK: BUMI MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 27-29 14/10–1/11 9.1 Air 9.1.1 Menyatakan sumber air semula jadi sepertihujan, sungai, tasik, laut dan mata air. 9.1.2 Menyatakan arah aliran air secara semula jadiseperti aliran air sungai, air terjun melalui pemerhatian menerusi pelbagai media. 9.1.3 Membuat urutan kitar air semula jadi. Penekanan kepada kemahiran memerhatidan berkomunikasi. 30-33 28/10 – 22/11 9.2 Udara 9.2.1 Menyatakan udara berada di sekeliling kita. 9.2.2 Menyatakan udara yang bergerak adalah angin. 9.2.3 Menjana idea kesan udara yang bergerak dalamkehidupan manusia. 9.2.4 Mencipta alat atau model dengan mengaplikasikan pengetahuan yang menunjukkan kegunaan udara yang bergerak. Penekanan kepada kemahiran memerhatidan berkomunikasi. Menggalakkan penerokaan murid tentang udara yang terdiri daripada beberapa jenisgas seperti oksigen dan karbon dioksida. CUTI DEEPAVALI 28/10 /2024– 1/11/2024


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 2) 22 TEMA: TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI TAJUK: TEKNOLOGI MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 34-36 25/11 – 13/12 10.1 Set binaan 10.1.1 Memilih binaan yang hendak dibina daripada setbinaan. 10.1.2 Mengenal pasti komponen binaan berpandukanmanual bergambar. 10.1.3 Memasang komponen binaan berpandukanmanual bergambar. 10.1.4 Mencipta satu binaan baru yang tidak terdapatdalam manual bergambar. 10.1.5 Membuka hasil binaan mengikut urutan dan menyimpan komponen yang telah dibuka ke dalam bekas penyimpanan. Penekanan kepada kemahiran memerhati dan berkomunikasi. CUTI PENGGAL KETIGA 21/12/2024 – 29/12/2024 37 16/12 – 20/12 MINGGU ULANGKAJI 38-40 30/12 – 17/1 PBD


SAINS TAHUN 3


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 3) 25 TEMA: SAINS HAYAT TAJUK: MANUSIA MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 2-4 25/3 19/4 3.1 Gigi 3.1.1 Menyatakan jenis gigi dan fungsinya. 3.1.2 Melabelkan struktur gigi. 3.1.3 Membanding dan membezakan set gigi susu danset gigi kekal. Penekanan kepada kemahiran berkomunikasi. Menggalakkan pemikiran murid ke arah kepentingan penjagaan kesihatan gigi yang berhubung kait dengan struktur gigi. Contoh: Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari supaya sisa makanan dikeluarkan dari celah gigi yang boleh menyebabkan enamel rosak. 5-7 22/4 – 10/5 3.2 Kelas makanan 3.2.1 Memberi contoh makanan bagi setiap kelasmakanan. 3.2.2 Menyatakan kepentingan makanan mengikutkelasnya kepada tubuh manusia. 3.2.3 Menjelas dengan contoh makanan seimbang berdasarkan piramid makanan. 3.2.4 Menaakul kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Penekanan kepada kemahiran memerhati, berkomunikasi dan mengelas. Menggalakkan pemikiran murid ke arah merumuskan kepentingan makanan mengikut kelasnya kepada tubuh manusia. Contoh: Nasi ialah sumber karbohidrat yang penting untuk memberi tenaga kepada manusia. Menggunakan teknik penyoalan yang sesuai bagi membantu murid menaakul kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang. CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI (8/4/2024 – 12/4/2024) CUTI HARI PEKERJA ( 1/5/2024)


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 3) 26 MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN Contoh: Pengambilan makanan yang tidak seimbang seperti tidak makan sayur boleh menyebabkan sembelit. 8-10 13/5 – 7/6 3.3 Pencernaan 3.3.1 Menerangkan proses pencernaan. 3.3.2 Merumus tentang makanan tercerna yang tidakdiperlukan oleh badan. Penekanan kepada kemahiran memerhati dan berkomunikasi. Menggalakkan pemikiran murid ke arah membuat urutan aliran makanan dalam proses pencernaan. CUTI HARI KEPUTERAAN DYMM AGONG 3/6/2024 CUTI PENGGAL 1 25/5/2024 - 2/6/2024


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 3) 27 TAJUK: HAIWAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 11-14 10/6 – 5/7 4.1 Tabiat pemakanan 4.1.1 Mengelas haiwan mengikut tabiat pemakanan. 4.1.2 Menjelaskan dengan contoh tabiat pemakananhaiwan herbivor, karnivor dan omnivor. 4.1.3 Membuat inferens tentang kumpulan haiwan berdasarkan tabiat pemakanan 4.1.4 Membanding dan membezakan kegigian haiwanherbivor, karnivor, dan omnivor. Penekanan kepada kemahiran memerhati, berkomunikasi, mengelas dan membuat inferens. Menggunakan teknik penyoalan yang sesuai untuk membantu murid memberi sebab tentang kumpulan haiwan berdasarkan tabiat pemakanannya. Contoh: Harimau ialah karnivor kerana makan haiwan lain sahaja. CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA 17/6/2024


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 3) 28 TEMA: SAINS HAYAT TAJUK: TUMBUHAN MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 15 – 18 8/7- 2/8 5.1 Pembiakan tumbuhan 5.1.1 Memberi contoh tumbuhan bagi setiap carapembiakan. 5.1.2 Menyatakan satu tumbuhan boleh membiak melalui pelbagai cara dengan menjalankan projek. 5.1.3 Menaakul kepentingan pembiakan tumbuhan kepada hidupan. Penekanan kepada kemahiran memerhati, berkomunikasi dan mengelas. Menggalakkan pemikiran murid ke arah membuat rumusan bahawa satu tumbuhan boleh membiak melalui pelbagai cara. Menggunakan teknik penyoalan untuk menggalakkan murid menaakul kepentingan pembiakan tumbuhan kepadahidupan. Contoh: Pembiakan tumbuhan penting untuk memastikan tumbuhan sentiasa ada serta dapat membekalkan oksigen kepada manusia dan haiwan.


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 3) 29 TEMA: SAINS FIZIKAL TAJUK: PENGUKURAN MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 19– 21 5/8 – 23/8 6.1 Pengukuran luasdan isi padu 6.1.1 Menyatakan unit yang digunakan untuk mengukurluas dan isi padu. 6.1.2 Mengukur luas permukaan sekata menggunakanpetak yang berukuran 1cm x 1 cm. 6.1.3 Mengukur isi padu kotak lohong dengan menggunakan kubus yang berukuran 1cm x 1cm x 1cm. 6.1.4 Mengukur isi padu cecair menggunakan alat danteknik yang betul. Penekanan kepada kemahiran memerhati, berkomunikasi dan mengukur menggunakan nombor. Peraturan dan langkah keselamatan perlu dipatuhi. Menggalakkan penerokaan murid tentang: ● menganggar luas permukaan yang tidak sekata. ● mengukur isi padu pepejal tidak sekata melalui kaedah sesaran air.


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 3) 30 TEMA: SAINS FIZIKAL TAJUK: KETUMPATAN MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 22-24 26/8 – 13/9 7.1 Objek atau bahan yang lebihtumpat atau kurang tumpat daripada air. 7.1.1 Membuat inferens tentang objek atau bahan yangtimbul atau objek yang tenggelam dengan menjalankan aktiviti. Penekanan kepada kemahiran memerhati, berkomunikasi, mengelas, membuat inferens dan kemahiran manipulatif. Peraturan dan langkah keselamatan perlu dipatuhi. Menggunakan teknik penyoalan yang sesuai untuk membantu murid memberi sebab: ● Objek yang timbul kerana kurang tumpat daripada air ● Objek yang tenggelam lebih tumpat daripada air. 7.1.2 Menyelesaikan masalah bagi mengenal pasti kaedah untuk menjadikan air lebih tumpat. Cadangan aktiviti: Melarutkan gula atau garam bagi menjadikan air lebih tumpat supaya objek atau bahan yang asalnya tenggelam boleh timbul. HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31/8/2024 CUTI PENGGAL 2 14/9/2024 – 22/9/2024


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 3) 31 TEMA: SAINS BAHAN TAJUK: ASID DAN ALKALI STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 25-28 23/9 – 18/10 8.1 Asid dan alkali 8.1.1 Menguji bahan yang berasid, beralkali dan neutraldari segi perubahan warna kertas litmus dengan menjalankan penyiasatan. 8.1.2 Menerangkan bahan yang berasid, beralkali dan neutral dari aspek rasa dan sentuhan dengan menguji beberapa contoh bahan. Penekanan kepada kemahiran memerhati, berkomunikasi, mengelas dan kemahiran manipulatif. Peraturan dan langkah keselamatan perlu dipatuhi. Menggalakkan pemikiran murid ke arah membuat rumusan bahan yang berasid, beralkali dan neutral dari aspek rasa dan sentuhan berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Contoh: Kebanyakan bahan yang beralkali berasa pahit dan licin apabila disentuh. Menggalakkan penerokaan murid tentang bahan lain yang boleh menguji bahan berasid, beralkali dan neutral.


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 3) 32 TEMA: BUMI DAN ANGKASA TAJUK: SISTEM SURIA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 29 – 33 28/10 – 22/11 9.1 Sistem suria 9.1.1 Menyenaraikan ahli dalam Sistem Suria melalui pemerhatian menerusi pelbagai media. 9.1.2 Menerangkan planet beredar mengelilingi Matahari mengikut orbit. 9.1.3 Menghubung kait kedudukan planet dari Mataharidengan masa planet beredar mengelilingi Matahari. Penekanan kepada kemahiran memerhati dan berkomunikasi. Menggalakkan penerokaan murid tentang suhu planet berdasarkan urutan dalam Sistem Suria. Menggalakkan pemikiran murid ke arah membuat rumusan bahawa setiap planet mengelilingi Matahari mengikut orbit masing- masing. CUTI DEEPAVALI 30/8/2024 – 1 /11/2024


Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Sains Tahap I (Tahun 3) 33 TEMA: TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI TAJUK: MESIN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 34-36 25/11 – 13/12 10.1 Takal 10.1.1 Menyatakan maksud dan kegunaan takal. 10.1.2 Memerihalkan cara takal tetap berfungsi dengan menggunakan model. 10.1.3 Memberi contoh aplikasi takal dalam kehidupan. Penekanan kepada kemahiran memerhati, berkomunikasi dan meramal. Cadangan aktiviti: Tugasan projek mudah seperti menghasilkan model tiang bendera atau kren. 37 16/12-20/12 MINGGU ULANGKAJI CUTI PENGGAL 3 21/12/2024 – 29/12/2024 38-40 30/12 – 17/01 PBD & MINGGU AKHIR SESI 2024/25


http://bpk.moe.gov.my


Click to View FlipBook Version