Bukti-bukti
Keagungan dan
Kemuliaan Allah
ANJURAN:
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD AMMAR FAKHRI BIN RAZELLAH – SK TANAH ROM, JERANTUT
Asmaul Husna
Maksud Nama Allah
Zul Jala Li Wal Ikram
Allah Memiliki Keagungan dan Kemuliaan Yang
Maha Luas dan memiliki sekelian makhlukNya.
Keagungan dan kemuliaan Allah itu tiada bandingan.
Dalil Naqli Nama Allah:
Zul Jala Li Wal Iqram
٦٢ ُك ُّل َم ۡن َع َلۡي َها َفان
٧٢ َو َي ْب َق ٰى َو ْج ُه َر ِّب َك ُذو ٱ ْل َجٰ َل ِل َوٱ ْْلِ ْك َرا ِم
Maksudnya:
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa,
dan akan kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan
kemuliaan.
Surah Ar-Rahman Ayat 26-27
TANDA-TANDA
KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN ALLAH
1-Semua 2-Ciptaan 3-Kekuasaan
kehendak ALLAH sangat ALLAH adalah
ALLAH pasti
berlaku. sempurna. mutlak.
4-ALLAH 5-Semua di
pemberi rezeki langit dan di
kepada semua
bumi
makhluk bertasbih.
Penciptaan Cap Jari Tanda
Ciptaan Allah Sangat Sempurna
• Bermula dari zaman Nabi Adam as, kita tidak dapat bayangkan
betapa banyaknya cap jari khas yang telah dicipta dan disusun
oleh Allah swt.
• Dengan kekuasaan Allah swt, penciptaan cap jari yang berlainan
rupa ini akan terus bertambah, iaitu manusia akan terus
dilahirkan dengan cap jari berbeza hingga ke hari kiamat.
• Jelaslah, ini salah satu keunikan yang memperlihatkan kekuasaan
Allah swt yang tidak mempunyai sebarang batasan.
• Cap jari dicipta dalam bentuk mudah dilihat dan jelas pada
pandangan manusia. Oleh itu, manusia dapat memahami
penciptaan ini dengan lebih baik.
BUKTI
KEKUASAAN ALLAH
Allah swt telah lama memberi petunjuk tentang penciptaan
cap jari dalam Al-Quran. Antaranya ditekankan-Nya dalam
Surah Al-Qiyamah:
"Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan
(kembali) tulang-temulangnya? Bahkan, sebenarnya Kami berkuasa untuk
menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna." (ayat 3-4)
Pada saat Allah swt menurunkan wahyu yang menerangkan tentang
kebangkitan manusia setelah kiamat, ramai pengikut kafir pada waktu itu
meragui dan mempersoal kekuasaan Allah swt.
Pada pendapat mereka, tidak mungkin orang yang telah mati dapat
dihidupkan kembali setelah hancur segala jasadnya.
Maka, Allah swt menghadirkan jawapan melalui ayat itu untuk menepis
persoalan dan keraguan orang kafir.
Berdasarkan ayat di atas, ternyata Allah Maha Berkuasa ke atas segala
sesuatu dan mampu menghidupkan kembali manusia lengkap dengan dengan
jarinya sekali.
BUKTI KEBESARAN ALLAH PADA
TULANG EKOR
• Pernah tak dengar hadith berkaitan ‘Ajbuz Zanab? Hadith di mana Rasulullah SAW telah
mengungkapkan satu hakikat yang luar biasa.
• Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
• َو ِف ْي ِه ُي َر اك ُب، ِم ْن ُه ُخلِ َق، ُك ُّل ا ْب ِن آ َد َم َيأْ ُكلُ ُه ال ُّت َرا ُب إَِاّل َع ْج َب ال اذ َن ِب
• Terjemahan: Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang ekor,
yang daripadanya ia diciptakan dan padanya dia akan disusun semula ( menjadi tubuh
manusia).
-HR Muslim-
• Dalam hadith ini Baginda SAW telah menyebut tentang tulang ekor atau nama
saintifiknya COCCYX. Tahu tak apa itu coccyx?
Menurut istilah anatomi, tulang ekor dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan
tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang
belakang) yang terletak di bahagian pinggul.
Dalam hadith tadi Nabi SAW menjelaskan tiga keajaiban tulang ekor:
PERTAMA: KEJADIAN MANUSIA DARIPADA TULANG EKOR
KEDUA: TULANG EKOR TIDAK HANCUR DALAM TANAH
KETIGA: MANUSIA DISUSUN SEMULA JASADNYA DARIPADA TULANG EKOR
Kesan Meyakini Nama Allah
CARA MENSYUKURI NIKMAT ALLAH
• 1. Mensyukuri nikmat Allah dengan melalui hati.
Cara bersyukur kepada Allah dengan hati ini maksudnya
adalah dengan mengakui, mengimani dan meyakini
bahwa segala bentuk kenikmatan ini datangnya hanya
dari Allah SWT semata.
• 2. Mensyukuri nikmat Allah dengan melalui lisan kita.
Caranya adalah dengan kita memperbanyak
ucapan alhamdulillah (segala puji milik Allah)
wasysyukru lillah (dan segala
bentuk syukur juga milik Allah).
• 3. Mensyukuri nikmat Allah
dengan perbuatan kita. Iaitu
perbuatan dalam bentuk ketaatan kita menjalankan segala apa yang
diperintah dan menjauhi segala apa yang dilarangNya. PerintahNya
termasuk segala hal yang yang berhubungan dalam rangka menunaikan
perintah-perintah Allah, baik perintah itu yang bersifat wajib, sunnah
maupun harus.
KESIMPULANNYA…
KitaWAJIB beriman dengan nama Allah
ZUL JALA LI WAL IKRAM. Allah memiliki
segala kesempurnaan dan kemuliaan yang
tiada bandinganNya.
Sekian terima kasih.