The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL Tokoh Pemimpin Johor Dato Onn Jaafar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK Seri Machap, 2021-04-26 23:17:13

BUKU SKRAP DIGITAL Tokoh Pemimpin Johor Dato Onn Jaafar

BUKU SKRAP DIGITAL Tokoh Pemimpin Johor Dato Onn Jaafar

PENCETUS NADI KEMERDEKAAN

DISEDIAKAN OLEH:
HANZ AARON ISKANDAR BIN MOHD AB RAHMAN

(SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MACHAP)
6JUJUR

MAKLUMAT PESERTA

Nama Peserta:
HANZ AARON ISKANDAR BIN MOHD AB RAHMAN

Kelas: 6 JUJUR

Alamat Email Nama Sekolah Alamat Sekolah
. . .JBA2009

m-10436278@moe- Sekolah Kebangsaan Kg Seri Machap
dl.edu.my Seri Machap 86200

Simpang Renggam Simpang Renggam
Kluang, Johor
07-7541005

Sksmkj_jba2009@
yahoo.com

2

(i)

Penghargaan

Selamat sejahtera dan saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnianya dapat juga saya menyiapkan buku skrap digital ini dengan jayanya. Pertama sekali,
ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Seri Machap
yang memberi peluang keemasan kepada saya untuk menyertai pertandingan buku skrap
digital ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Sahidatulseha binti
Sama’on sebagai guru pembimbing, merangkap guru kelas 6 Jujur yang membantu saya
sepanjang saya menyiapkan buku skrap digital ini. Ucapan terima kasih juga buat guru
Sejarah saya, Puan Zalila binti Hujan@Tik dan Encik Tuan Rozaimi bin Tuan Rani yang
membantu memberikan tunjuk ajar dan rujukan untuk saya menyiapkan buku skrap digital ini
mengikut syarat yang ditetapkan.

Sekalung penghargaan juga buat ibu dan bapa saya yang banyak memberikan semangat
dan dorongan kepada saya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan buku skrap digital
ini.

Sekian, terima kasih.

(ii)

3

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1. Pendahuluan 1

2. Biodata Dato’ Onn Jaafar 2

(i) Koleksi Gambar Dato’ Onn Jaafar 3-4

(ii) Keperibadian Dato’ Onn Jaafar 5

(iii) Kehidupan Berumah Tangga Dato’Onn Jaafar 6

3. Pendidikan Dato’ Onn Jaafar 7

(i) Koleksi Gambar Dato’ Onn Jaafar 8

4. Kerjaya Dato’ Onn Jaafar 9-10

5. Sumbangan Dato’ Onn Jaafar 11-12

(i) Koleksi Gambar Dato’ Onn Jaafar 13-14

(ii) Kata-kata Hikmat Dato’ Onn Jaafar 15

6. Nilai-nilai kepimpinan Dato’ Onn Jaafar 16

7. Penutup 17

Rujukan 18

1. PENDAHULUAN

Saya Hanz Aaron Iskandar bin Mohd Ab Rahman, murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seri
Machap amat meminati sejarah dan juga politik. Saya gemar membaca buku-buku biografi dan sejarah
kehidupan pemimpin-pemimpin negara kita.

Saya amat bangga dan menyanjung jasa-jasa dan pengorbanan mereka kepada negara kita.
Johor merupakan satu negeri yang melahirkan banyak pemimpin yang telah menempa nama di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Di sini, saya memilih Almarhum Dato’ Onn Bin Dato Jaafar sebagai tajuk Tokoh Pemimpin Johor.
Almarhum Dato’ Onn Bin Dato Jaafar sangat berjasa kepada negara kita dan merupakan pengasas dan
presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Dalam buku skrap digital ini, saya ingin mengajak anak bangsa Johor khususnya pelajar sekolah
rendah seperti saya untuk mengenang kembali dan mengenali tokoh-tokoh yang telah banyak berbakti
dan berjasa kepada negara khususnya Negeri Johor.

(1)

2. BIODATA

PENGASAS DAN PRESIDEN
PERTUBUHAN KEBANGSAAN
MELAYU BERSATU (UMNO)

YANG PERTAMA

Dato’ Onn bin Dato Jaafar merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan

Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama. Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor

pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian untuk

menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Latar Belakang Dato' Onn Jaafar

Dato’ Onn Jaafar dilahirkan pada 12 Februari 1895 di Bukit Gambir, Muar Johor

dan meninggal dunia pada 19 Januari 1962. Beliau dimakamkan di Makam Diraja

Bukit Mahmoodiah. Bapanya, Dato Jaafar Haji Muhammad merupakan Menteri Besar

Johor yang pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor. Ibu beliau,

Roquaiya Hanim berasal dari Turki. Dato’ Onn Jaafar mempunyai 15 orang adik beradik.

Dato’ Onn Jaafar berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara

Kerajaan Melaka. Oleh itu, beliau mendapat keistimewaan sebagai kerabat diraja.

Tambahan pula, beliau telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim bin Sultan Abu Bakar

sebagai anak angkatnya. Beliau juga telah diasuh oleh wanita Inggeris sebelum

melanjutkan pelajarannya ke England.

(2)
(2)

(i) KOLEKSI GAMBAR
DATO’ ONN JAAFAR

Bonda Dato’ Onn Jaafar yang
berketurunan Turki
(Roquaiya Hanim)

Ayahanda Dato’ Onn Jaafar
Menteri Besar Johor Yang Pertama

(Dato Jaafar Bin Muhammad)

(3)

(i) KOLEKSI GAMBAR
DATO’ ONN JAAFAR

Dato’ Onn Jaafar bersama ibu
bapanya dan putera Sultan Ibrahim

Dato’ Onn Jaafar pernah berkahwin 3 kali.
Perkahwinannya yang keempat bersama Datin Halimah

kekal hingga ke akhir hayatnya

(2)
(4)

(ii) KEPERIBADIAN
DATO' ONN JAAFAR

Dato’ Onn Jaafar seorang yang berjiwa nasionalisme. Beliau seorang yang bersikap tenang tetapi
tegas dalam membuat keputusan. Beliau telah membangkitkan kesedaran orang Melayu ke arah
kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada bangsa Melayu. Beliau telah mengharungi jerih perih
hidup di hutan pada zaman pemerintahan Jepun bersama-sama orang-orang kampung. Pengalaman itu
telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dalam
peperangan. Apabila tamatnya perang, beliau membakar semangat orang Melayu untuk bergerak dalam
satu barisan bagi mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan mematikan hasrat penubuhan
‘Malayan Union’. Dato’ Onn juga dikenali sebagai tokoh politik yang berkarisma dan berpandangan jauh.
Hasrat beliau mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam
satu ideologi yang sama.

Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin, dan merupakan seorang yang rajin dan tekun. Beliau
sangat degil dan tidak akan mengubah haluan sesudah menetapkan matlamatnya. Beliau melakukan
segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang
bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan pangkat.

Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakan seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam
mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahir getir hidup yang
belum pernah dirasainya ketika berada di Singlap. Peristiwa ini jelas memperlihatkan keperibadiannya
yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun beliau dilihat
sentiasa mementingkan Sultan. Sikapnya yang tidak pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil
sesuatu tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada
terkorban. Dalam hal ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua kepadanya.

(5)

(iii) KEHIDUPAN RUMAH TANGGA
DATO’ ONN JAAFAR

Dato’ Onn Jaafar mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah binti Hussein pada 3 Mei 1921.
Perkahwinan ini ialah kali yang keempat bagi Dato’ Onn dan kali kedua bagi Datin Halimah. Dato’ Onn
berkahwin bagi kali pertamanya dengan Rafi'ah, salah seorang anak angkat kepada Dato Jaafar. Hasil
perkongsian hidup ini maka lahirlah tiga orang anak beliau yang kesemuanya perempuan. Mereka ialah
Hawa, Rokiah dan Salehah. Rafi'ah meninggal dunia semasa melahirkan anak bongsu mereka Salehah
yang berumur 10 hari ketika itu. Daripada isteri yang kedua, Dato’ Onn mendapat seorang anak
perempuan, tetapi anaknya itu meninggal dunia semasa bayi lagi. Beliau bercerai hidup dengan isteri
kedua ini.

Setelah isteri pertamanya Rafi'ah meninggal dunia dengan meninggalkan tiga orang anak yang
masih kecil, Datin Halimah yang menolong memelihara anak-anak Dato’ Onn yang telah kehilangan
ibu itu. Beliau menolong Dato’ Onn memelihara Hawa, Rokiah, Salehah tanpa membezakan dengan
anak-anak kandungnya sendiri, Abid dan Abidin. Anak Dato’ Onn bersama Datin Halimah ialah
Hussein (Kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-3), Ja'afar, Gharieb, Nel, Nurziah dan Tahir.

Dato’ Onn sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada isterinya terutama sekali dalam urusan
rumah tangga. Beliau sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak dan isteri. Dato’ Onn menganggap
isteri bukan sahaja sebagai teman hidup tetapi sebagai kawan dan sahabat yang sentiasa menjadi
pendamping dalam hidup seseorang manusia. Dato’ Onn sebagai seorang bapa juga telah berjaya
menanam semangat kekeluargaan, persahabatan dan kemasyarakatan dalam jiwa anak-anaknya. Beliau
sentiasa kelihatan riang gembira apabila berada di sisi anak-anak dan isterinya, seolah-olah tiada tempat
lain lagi dapat menghiburkan hatinya seperti di dalam rumah tangganya sendiri.

(6)

3. PENDIDIKAN
DATO’ ONN JAAFAR

Dato’ Onn Jaafar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu
di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang
menjaga beliau bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim
bernama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku
Ahmad. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya di
Aldeburgh Lodge School, Suttolk, England. Beliau ke sana sebagai
pengiring putera-putera Sultan Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim telah
membiayai pengajian beliau di England dan beliau merupakan
pelajar terbaik dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Dato’ Onn
Jaafar meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air di
Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk pengajian bahasa Melayu.

(7)

(i) KOLEKSI GAMBAR LAMA
DATO’ ONN JAAFAR

Maktab Melayu Kuala Kangsar tempat Dato’
Onn Jaafar melanjutkan pengajian setelah
pulang ke tanah air pada 1910-1911

Aldeburgh Lodge School

(8)

4. KERJAYA
DATO’ ONN JAAFAR

Bertugas Sebagai Wartawan
Dato’ Onn Jaafar bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun. Pada tahun

1934, beliau menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga Rencana. Tulisan beliau sering
mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan. Dato’ Onn Jaafar mendapati
orang-orang Cina tidak segan berkebun sayur, membuka kedai jahit dan lain-lain pekerjaan yang
dianggap rendah oleh orang Melayu. Beliau dilantik menjadi pengarang Warta Malaya mulai 1 Januari
1930 hingga penghujung 1933.
Bertugas Sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat

Dato’ Onn Jaafar bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat era pentadbiran penjajah British,
tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar penjajahan. Dato’ Onn Jaafar menggantikan
tempat Encik Ismail bin Datuk Abdullah, pegawai daerah yang telah dibunuh secara kejam oleh gerila-
gerila Bintang Tiga di Benut pada 10 Jun 1945. Selepas Jepun menyerah kalah, ramai orang Melayu yang
bekerja sebagai polis dan ketua kampung telah ditangkap, hilang dan dibunuh oleh MPAJA antara Mac
hingga April 1945.
Dilantik Sebagai Presiden UMNO Pertama

Dato’ Onn Jaafar telah dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama setelah pertubuhan itu
ditubuhkan secara rasminya pada 11 Mei 1946. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa
British untuk membubarkan ‘Malayan Union’ dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkam kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan
syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa orang-orang Melayu.

(9)

4. KERJAYA
DATO’ ONN JAAFAR

Pengasas UMNO
Pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan

Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang akan diadakan untuk
menentang ‘Malayan Union’ yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang
Melayu dan kedudukan Sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang
mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei
1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik
beliau sebagai presiden pertama. Di bawah pimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British
untuk membubarkan ‘Malayan Union’ dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan
syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu. Beliau kemudian berasa kecewa
dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa
keahlian parti dibuka tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi “Pertubuhan
Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu”. Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau
meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Ke-6
yang diadakan pada 25 hinga 26 Ogos 1951.

(10)

5. SUMBANGAN
DATO’ONN JAAFAR

Sumbangan Dato’ Onn Jaafar Terhadap Negara
Sumbangan Dato’ Onn Jaafar terhadap negara terlalu besar kerana tanpa beliau, kita

tidak akan merdeka lagi. Tanpa beliau kita masih terikat lagi dengan konsep ‘Malayan
Union’. Beliaulah yang telah mencetuskan semangat dan kesedaran terhadap Tanah Melayu
untuk bersatu padu dalam apa jua keadaan demi memerdekakan tanah sendiri. Walaupun
hasil kemerdekaan tidak tertumpu pada Dato’ Onn Jaafar, tetapi usaha beliau yang telah
menjadi tunjang kepada kemerdekaan. Dato’ Onn Jaafar juga pernah dilantik menjadi
Menteri Besar Johor yang ke-7 pada 1 Jun 1947. Akan tetapi beliau telah diberi kata dua
oleh Sultan Johor ketika itu (Sultan Ibrahim Al-Mashur ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar)
dan diberi pilihan antara ingin menumpukan perhatian kepada UMNO ataupun
menjadi Menteri Besar Johor. Beliau sanggup meletakkan jawatannya (Menteri Besar
Johor) dan terus kekal berjuang di dalam UMNO demi rakyat yang pada ketika itu amat
memerlukan pemimpin. Seterusnya, nasib tidak menyebelahinya apabila pada 25 hingga 26
Ogos 1995, beliau telah meletakkan jawatannya selaku presiden UMNO apabila
cadangannya membuka keahlian parti kepada semua tanpa mengira kaum telah ditentang.

(11)

5. SUMBANGAN
DATO’ONN JAAFAR

Detik bersejarah 1948 : Dato’ Onn Persidangan membubarkan Malayan
memperjuangkan hak orang Melayu Union pada Nov 1946 di King's House,
Kuala Lumpur. (Dato' Onn berdiri pada
dalam Perjanjian Persekutuan
barisan pertama)

Sumbangan Dari Aspek Ekonomi dan Sosial
Dari segi ekonomi pula, pertubuhan UMNO yang diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar telah

meningkatkan pembangunan masyarakat Melayu. RIDA- Lembaga Kemajuan Kampung dan
Perusahaan (Rural & Industrial Development Authority) telah menjadi asas kepada jalan
membangunkan bumiputera. Masyarakat Melayu kini banyak terlibat dari aspek aktiviti
ekonomi.

Dari segi sosial pula,kita tahu bahawa semangat nasionalisme Dato’ Onn Jaafar dalam
menyatupadukan penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum telah ditentang oleh
pertubuhannya sendiri iaitu UMNO. Beliau tidak berputus asa kerana beliau tahu bahawa
dengan menyatupadukan kaum Melayu, Cina dan India kemerdekaan dapat diperoleh bersama.

Beliaulah satu satunya individu yang telah menaikkan semangat orang Melayu untuk
menentang ‘Malayan Union’. Semangat Dato’ Onn Jaafar dalam mengekalkan keharmonian
sangat dibanggakan. Semangat itulah yang perlu dicontohi dan dipupuk oleh setiap pemimpin
untuk menjadi pemimpin yang berwibawa.

(12)

(i) KOLEKSI GAMBAR
DATO’ ONN JAAFAR

Perarakan ahli-ahli UMNO berjaya Ucapan terakhir Dato’ Onn Jaafar
memujuk Dato’ Onn Jaafar kembali sebagai YDP UMNO (1951)

memimpin UMNO(1950)

“Tanah Melayu hak Melayu, Malayan
Union tidak dikehendaki” antara

slogan dalam penentangan ‘Malayan
Union’

(13)

(i) KOLEKSI GAMBAR
DATO’ ONN JAAFAR

Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian,
beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah

kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan
‘Malayan Union’ dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah

Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan
syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Dato’ Onn Jaafar letak jawatan sebagai
Menteri Besar - Surat Khabar Pada 1 Jun 1947

(14)

(ii) KATA-KATA HIKMAT
DATO’ ONN JAAFAR

Makam Mahmoodiah Johor Bahru-
Tempat Almarhum Dato’ Onn Jaafar dikebumikan

Antara kata-kata hikmat Dato’ Onn Jaafar yang membangkitkan semangat Melayu:
”Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita

juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang
teguh kepada sesuatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu
sendiri” - Almarhum Dato’ Onn Jaafar

“Kita hendaklah menggesek biola dengan kuat akan lagu gesekan kita, jangan sampai

orang lain menggesek dan kita hanya menari sahaja menurut lagu gesekannya” – Almarhum

Dato’ Onn Jaafar

(15)

6. NILAI-NILAI KEPIMPINAN
DATO’ ONN JAAFAR

Dato’ Onn Jaafar diibaratkan sebagai seorang penglima yang telah
ditakdirkan untuk memimpin orang Melayu yang menghadapi saat-saat yang
amat mencemaskan. Beliau merupakan peneraju bangsa tulen yang telah
menyalakan api semangat rakyat memperjuangkan hak mereka sendiri.
Beliau adalah pemangkin kepada gerakan perpaduan Melayu dan penyuntik
pemangkin nilai kesedaran bahawa kita perlu membentuk sebuah negara
merdeka yang bersatu padu dan harmoni. Nilai kepimpinan ini perlu
diterapkan bagi menjaga perpaduan rakyat dan menjadi pemimpin yang
baik, berkaliber dan cemerlang.

Selanjutnya, nilai tanggungjawab dan keikhlasan merupakan nilai yang
paling utama yang perlu ada pada pemimpin dan generasi sekarang. Tanpa
nilai tanggungjawab, seorang pemimpin tidak akan dapat melaksanakan
tugas yang diberikan dengan amanah dan betul.

Dengan nilai-nilai kepimpinan ini, generasi akan datang perlu
mencontohi sifat baik dan tanggungjawab seperti Almarhum Dato’ Onn
Jaafar agar dapat memperjuangkan keharmonian hidup rakyat dan berbilang
kaum serta negara terpelihara dengan baik.

(16)

7. PENUTUP
Jasa Dato’ Onn Jaafar yang paling besar kepada bangsa dan nusa ialah kejayaannya yang
menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh mala petaka politik
yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu. Beliau membina landasan untuk mereka
meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat
dan konsep perjuangan kebangsaan daripada “Hidup Melayu” kepada “Merdeka”.
Dato’ Onn Jaafar menaja RIDA(yang kini dikenali senagai MARA) untuk membuka
peluang perdagangan dan perusahaan orang Melayu yang tertutup sepanjang masa yang
Tanah Melayu dikuasai oleh penjajah. Beliau menyedari kelemahan orang Melayu dalam
lapangan ekonomi tetapi beliau yakin sepenuhnya kedudukan politik tidak boleh kekal
dengan lebih kuat jika keadaan ekonomi lemah atau pincang dalam sebuah negara merdeka
yang moden. Nasib ekonomi orang Melayu pada masa hadapan bergantung kepada jaya atau
tidaknya MARA melaksanakan rancangannya dengan meninggikan taraf hidup bangsa
Melayu.
Dato’ Onn Jaafar berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk
mewujudkan satu dasar negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
Bahasa Kebangsaan. Ini adalah satu sumbangan yang paling besar Dato’ Onn Jaafar kepada
negara.
Sesebuah bangsa berhak menentukan nasib bangsa mereka sendiri namun perlu
pengisian rohani, ilmu yang tinggi dan jiwa yang kental dengan semangat bangsa masing-
masing. Kita sebagai pewaris bangsa Melayu haruslah menjadikan gaya pemikiran dan hala
tuju beliau untuk membentuk generasi akan datang agar tidak hilang Melayu di dunia dengan
“kemelayuan” yang penuh dengan kesopanan, adat resam dan tradisi yang sentiasa terpelihara
dengan jenama Melayu.

(17)

RUJUKAN
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
• http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.com
• http://tributetodatoonnjaafar.blogspot.com
• https://sejarahmgem.files.wordpress.com/
• http://penatokoh.blogspot.com
• http://lib.perdana.org.my
• https://www.scribd.com
• https://umno-online.my
• https://historycomiteesmkcs.blogspot.com/2012/03/

anak-anak-johor-tersohor.html?m=1

(18)


Click to View FlipBook Version