The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by loving_adz86, 2022-03-26 20:24:57

e-MAJALAH TITIAN SMKD 2021

TITIAN 24 MAC 2022

2

Kandungan

&

&

-

()

&

& &
& &)

&
-

(

3

Seuntai Kata

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Penerbitan majalah sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah dalam merancang dan

melaksanakan kepelbagaian agenda yang dimanifestasikan sebagai dokumentasi maklumat dan

sumber rujukan semua warganya dan juga pihak lain yang berkepentingan. Majalah sekolah

merupakan wadah yang amat penting dalam memupuk semangat kecintaan yang tinggi

terhadap sekolah serta penerapan watak dan budaya sekolah dalam kalangan warganya.

Majalah sekolah yang diterbitkan ini akan menjadi salah satu medium bagi semua warga

sekolah mencapai aspirasi sistem dan aspirasi murid Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Sepanjang tahun 2020 dan hingga hampir pertengahan tahun 2021 kita semua
menempuh krisis penularan COVID-19 dengan pelbagai cabaran, namun saya yakin cabaran
ini tidak akan menjadi penghalang kepada semua warga sekolah untuk menggapai kejayaan
dan kecemerlangan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu mengimbangi segala hasrat ini
dengan memastikan sekolah kekal menjadi institusi yang selamat untuk semua warganya.
Cabaran perubahan dan krisis disebabkan COVID-19 seharusnya dijadikan titik permulaan
untuk kita semua mengubah cara berfikir serta tindakan kepada pemikiran serta tindakan yang
lebih kreatif dan inovatif dalam segala perancangan dan pelaksanaan.

Terima kasih kepada semua warga sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk
menyampaikan kata alu-aluan di dalam penerbitan majalah sekolah kali ini. Tahniah dan
syabas juga saya ucapkan kepada kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi kerana
telah berjaya menerbitkan majalah ini. Semoga majalah ini menjadi kebanggaan semua
warganya.

4

Seuntai Kata

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamulaikurn WBT dan Salam Sejahtera
Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata
dalam majalah sekolah pada kali ini.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL kerana berjaya menerbitkan
majalah bagi tahun 2021. Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha murni yang harus
dicontohi kerana dapat merakamkan segala peristiwa dan pencapaian sekolah sepanjang tahun.
Majalah sekolah ini juga akan rnenjadi sumber rujukan dan kenangan sepanjang hayat buat
semua warga seko!ah.

Tahun 2021 merupakan tahun persekolahan yang paling mencabar buat kita semua.
Ancaman pendamik COVlD-19 menyebabkan sesi perseko!ahan tidak dapat dilaksanakan
dengan sempurna. Ketika menghadapi cabaran dan masalah ini, kita sebagai warga pendidik
janganlah mudah berputus asa, sebaliknya kita perlu memiliki kesabaran, kekuatan akidah dan
iltizam yang tinggi bagi memastikan tanggungjawab kita dapat dilaksanakan. Inilah benteng
utama yang per!u dibudayakan dan ditanam dalam jiwa dan sanubari seorang pendidik.
Semoga usaha bakti yang kita sumbangkan selama ini diberkati oleh Allah S.W.T.

Harapan saya agar kita semua sama-sama bergerak seiring dalam menangani apa jua
cabaran dan halangan dalam usaha membentuk kemenjadian anak murid yang mampu
mendepani segala cabaran pada masa hadapan. Akhir kata, saya mewakili Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor mendoakan agar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL
terus menggapai kegemilangan dan merealisasikan slogan JPN Selangor Terbilang.
Selamat Maju Jaya.

5

Seuntai Kata

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi e-Majalah SMK Dengkil atas kejayaan
menerbitkan buletin sekolah yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk
saya mencoretkan sepatah dua kata dalam buletin ini.

Daerah Sepang sudah lama terkenal dengan pencapaian akademik, kokurikulum, sukan dan

pengurusan organisasi sekolah yang tinggi bukan sahaja di negeri Selangor, bahkan di seluruh
negara. Banyak sekali sekolah bertaraf premier, kluster kecemerlangan dan berprestasi tinggi
terletak di sini. Namun, kita juga sedar bahawa masih terdapat golongan murid kurang

beruntung dan bermasalah pembelajaran yang perlu kepada perhatian secara khusus. Maka,
konsep pendidikan inklusif tidak menyebabkan kita lupa terhadap pendidikan khas.

Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan sarana sekolah yang

menjadi inti pati pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta mengaplikasikan strategi lautan biru
supaya terus berdaya saing dan dihormati. Saya mengucapkan tahniah kerana warga sekolah dan

ibu bapa telah berjaya memanfaatkan pelbagai aplikasi atas talian bagi melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran dari rumah semasa perintah kawalan pergerakan covid-19 dan

pengurusan sekolah serta maklumat pencapaian murid dengan lebih berkesan dan cekap. Mudah-
mudahan usaha ikhlas tuan puan bakal memacu pendidikan di SMK Dengkil ke persada
kecemerlangan yang dihajati.

E-Majalah sekolah Edisi ke-19 adalah secara anyflip yang memaparkan kegiatan

pendidikan dan pencapaian pembelajaran yang terkini. Bagi warga sekolah, butiran dan

gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan. Seiring dengan

perkembangan teknologi semasa, media sosial maya merupakan alat dokumentasi yang bersifat

rasmi dan mengikut peredaran zaman yang serba canggih ini.

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa buletin dan sidang redaksi e-Majalah
SMK Dengkil. Kepada pembaca e-Majalah ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.

6

Seuntai Kata

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-
Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata di dalam e-majalah
SMK Dengkil kali ke-19.

Tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya menyempurnakan e-majalah Rasmi SMK
Dengkil Edisi 20 ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu
e-majalah ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang. Oleh itu, saya selaku Pengetua SMK
Dengkil ingin memanjatkan setinggi - tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa dan ucapan terima
kasih kepada ahli yang terlibat kerana telah mempamerkan kesungguhan dalam merealisasikan
hasrat yang terkandung dalam Visi dan Misi SMK Dengkil.

Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai cita-cita besar untuk menempa nama di persada
negara dan dunia pendidikan, penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga sekolah amat
diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti demi
meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengurusan sekolah yang cekap dan efisien.

Dalam mencapai matlamat ini maka usaha yang gigih dan pengorbanan yang tinggi
merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu dimiliki oleh setiap warga sekolah. Ianya
menuntut iltizam yang tinggi bagi membentuk budaya kerja yang cemerlang dan jelas. Semua
tugasan yang terkandung dalam e-majalah diharap dapat berfungsi serta dijana mengikut garis
panduan yang dinyatakan di dalamnya. Saya amat berharap semua warga SMK Dengkil dapat
memastikan kerja yang dilakukan tidak tersasar dari landasan.

Akhir kalam, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
Ahli Jawatankuasa dan semua warga SMK Dengkil yang telah berusaha gigih sehingga berjaya
menyempurnakan e-majalah Rasmi SMK Dengkil Edisi 19 ini dengan jayanya. Sama-samalah kita
menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-
mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada
kemudian hari. Insya-Allah .

7

Seuntai Kata

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan e-majalah sekolah pada kali ini.
Terima kasih juga kerana memberikan kesempatan untuk saya melakarkan kata alu-aluan.
Tahniah diucapkan kepada AJK Sidang Redaksi SMK Dengkil 2020/21.

Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung selama ini dan
memberikan pengertian yang besar kerana menerusi e-majalah ini , kita dapat merakamkan
peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman kita. Saya pasti semangat
juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek
akademik mahupun sahsiah.

Permuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting melahirkan
kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing akan menyediakan landasan
yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka melakar kejayaan.
Kejayaan dan komitmen yang jitu ini akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam
pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Jelaslah
di sini , komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan negara yang berfalsafah rakyat
didahulukan pencapaian diutamakan terutamanya dalam musim yang mencabar ini, iaitu
COVID-19 dan juga pembelajaran secara maya.

Justeru itu , saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaik pencapaian
diri dan berpegang teguh pada akujanji yang dilafazkan, Kegigihan serta ketabahan pelajar
mampu membentuk modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

Akhirulkalam, saya mendoakan SMK Dengkil sentiasa beroleh kejayaan dan segala
usaha akan diberkati Allah SWT. Semoga terus berjaya dalam segala bidang.

8

Seuntai Kata

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Saya rasa bersyukur dengan izin-Nya dapat juga e-majalah SMK Dengkil diterbitkan sekali lagi.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah
memberikan kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai Ketua Editor.

Ucapan terima kasih ini juga turut diucapkan kepada guru-guru jawatankuasa sidang redaksi yang
telah banyak membantu dan membimbing ahli sidang redaksi dalam menjalankan tugas yang telah
diberikan kepada kami. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan sidang redaksi yang telah
memberikan kerjasama yang baik dalam menghasilkan e-majalah SMK Dengkil 2020/21 ini. Berkat
kerjasama dan kegigihan semua pihak yang terlibat, akhirnya e-majalah SMK Dengkil 2020/21
telah dapat diterbitkan.

Peluang untuk menjadi sebahagian daripada ahli sidang redaksi sekolah ini membolehkan saya
mempelajari pelbagai perkara terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan penerbitan e- majalah.
Pengalaman yang diperoleh ini akan dijadikan sebagai kenangan dan inspirasi untuk masa hadapan.
Segala detik indah serta suka duka yang diharungi oleh warga SMK Dengkil telah dilakarkan dalam
e-majalah SMK Dengkil 2020/21. Saya mengharapkan agar pembaca SMK Dengkil 2020/21 ini
berpuas hati dengan hasil yang terdapat di dalam e-majalah ini dan menjadikan e-majalah ini sebagai
kenangan semasa berada di alam persekolahan.

Akhir kata, saya bagi pihak sidang redaksi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha
menerbitkan e-majalah ini. Penghargaan juga ditujukan kepada penyumbang dan penaja yang telah
bermurah hati memberikan sumbangan bagi menghasilkan e-majalah SMK Dengkil 2020/21.
Tidak dilupakan juga, penghargaan kepada jawatankuasa sidang redaksi serta rakan pelajar yang
banyak memberikan idea yang kreatif untuk menghasilkan e-majalah yang berkualiti. Saya juga
ingin memohon maaf atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang penerbitan e-majalah ini.

9

Seuntai Kata

/

Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi buletin sekolah yang
telah berusaha menjayakan penerbitan e-majalah Jilid 19. Majalah ini yang dipenuhi pelbagai
kenangan, baik yang manis mahupun yang pahit merupakan hasil daripada dedikasi dan
kesungguhan ahli-ahli Sidang Redaksi. Peluang ini, bagi saya, merupakan satu penghormatan
besar dan keistimewaan kepada saya dalam berkhidmat sebagai Ketua Pengawas bagi sesi
2020/21. Sudah tentu saya berasa bangga dilantik sebagai Ketua Pengawas dan menghargai
kepercayaan dan keyakinan sekolah pada saya.

Namun begitu, memikul tanggungjawab ini merupakan pengalaman yang tidak dapat
dilupakan dan telah mengubah persepsi saya sebagai seorang remaja. Saya telah dapat banyak
pengalaman dan merasai sesuatu dengan lebih mendalam sejak memikul tanggungjawab yang
mencabar ini. Seorang pengawas bertanggungjawab untuk menjaga disiplin pelajar dan
membantu guru dalam hal-ehwal sekolah serta memastikan pencapaian akademik peribadi tidak
terjejas. Seorang pengawas bukanlah polis sekolah. Sebaliknya, seorang pengawas merupakan
suri teladan dan pendorong kepada pelajar-pelajar lain ke arah kebaikan.

Saya juga bersyukur kerana mereka memahami tugas saya sebagai seorang Ketua Pengawas
terutama di dalam musim COVID-19 ini. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
Tuan Pengetua, barisan pentadbir dan guru-guru disiplin atas sokongan dan bimbingan mereka
terhadap Lembaga Pengawas sepanjang tahun. Saya juga ingin mengambil kesempatan
menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf kepada guru-guru dan para pelajar jikalau saya
telah melakukan apa-apa kesilapan sepanjang saya berada di sekolah ini.Pengalaman ini akan
tersemat di jiwa saya buat selama-lamanya. Tidak ada sesiapa yang dilahirkan berdisiplin.
Teruskan usaha untuk kita sama-sama meningkatkan prestasi SMK Dengkil,

10

Anugerah Khas

GURU CEMERLANG KOKURIKULUM

KATEGORI BADAN BERUNIFORM (PEREMPUAN)

Penapaian:

1. Guru Pengiring VIRTUAL INTERACTIVE INTERNATIONAL
LANGKAWI GEOPARK ECO SCHOOL CHALLENGE 2020.

2. Menyertai MALAYSIAN SCOUT VIRTUAL RUN & HIKE (2021)
Peringkat Kebangsaan.

3. Sekretariat Pengakap Udara Negeri Selangor - Jurulatih
(2020-2021).

4. Penaraf Pengakap Raja PPM Selangor (2018-2021).
5. Ujian Lencana Meteorologi Pengakap Remaja Udara Negeri

Selangor Secara Dalam Talian 2021.
6. Jurulatih Kursus Lencana Ahli Udara Kelas I (2021).
7. Jurulatih Kursus Lencana Ahli Udara II (2021).
8. Penolong Pesuruhjaya Daerah Tugas-tugas Khas Muda

(2018-2021).
9. Pasukan Latihan Daerah Persekutuan Pengakap Malaysia

Daerah Sepang (2018-2021).

Anugerah:

1. Pingat Perkhidmatan Baik Peringkat Kebangsaan.

2. Pingat Rajawali Perak Peringkat Kebangsaan.

Anugerah Khas GAMBAR

GURU CEMERLANG KOKURIKULUM
KATEGORI BADAN BERUNIFORM (LELAKI)

Pencapaian:

1. Penceramah Lencana Ahli Udara Kelas 1 Peringkat
Kebangsaan- 2021
2. Penceramah Ahli Udara Kelas 2 Peringkat Negeri Sembilan-
2021
3. AJK Program PPM Selangor 2018 - kini
4. AJK Sekretariat Pengakap Udara Selangor (SPUN)
5. Penaraf Pengakap Raja - 2019
6. Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah 1993 - kini -
Melahirkan Pengakap Raja / Rambu Pengakap Remaja/ Muda
7. Penyelaras Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat
Sekolah
8. Jurulatih Olahraga Sekolah
Anugerah:
1. Pingat Rajawali Perak Peringkat Kebangsaan-PPM 2020
2. Pingat Perkhidmatan Baik Peringkat Kebangsaan- PPM 2019
3. Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara Peringkat Kebangsaan-2018

11

12

Jasamu Dikenang

ENCIK GUNASEKARAN A/L VADIVELOO

Anak jati kelahiran Selangor ini dilahirkan pada tanggal 15 Mac 1960 di Jinjang Selangor.
Mendapat pendidikan awal di SJK(T) Ampar Tenang dan Banting sebelum meneruskan
pengajian ke Universiti Malaya. Antara pentadbir paling lama berkhidmat di SMK Dengkil
bermula dari 1 Disember 1993 sehingga Mac 2020.
Berpegang kepada kata-kata “genggam bara api, biar sampai jadi arang”, beliau
merupakan seorang pendidik yang sangat komited, mudah bertolak ansur dan berdedikasi.

13

Jasamu Dikenang

DATIN MUGIAH BINTI AHMAD

Datin Mugiah binti Ahmad dilahirkan pada 30 Julai 1960 di Batu
Pahat, Johor. Mendapat pendidikan awal di sekitar Johor sebelum menjejakkan
kaki ke Menara gading Universiti Putra Malaysia. Menabur bakti perkhidmatan
selama 10 tahun di bumi SMK Dengkil sebelum bersara pada 29 Julai 2020.
Jasa serta komitmen beliau yang tinggi dalam bidang pendidikan bak buih di
lautan, tidak mampu dibalas.

14

Jasamu Dikenang

PUAN ROHANA BINTI GOON

Dilahirkan pada tanggal 03 September 1961 di Tasik Junjong, Seberang Perai
Selatan, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan awal di sekitar Pulau Pinang
sebelum ke menara gading menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains dengan
kepujian dari Universiti Malaya pada tahun 1986. Memulakan kerjaya sebagai
seorang pendidik pada 18 Ogos 1993 Di SMK Telok Gadong, Klang, Selangor.
SMK Dengkil merupakan destinasi terakhir sebagai Penolong Kanan Petang
sebelum menamatkan perkhidmatan Selama 28 Tahun Pada 03 September 2021.
Terlalu banyak jasa dan budi warga SMKD. Sebaik sahaja melabuhkan dua kaki
di bumi Dengkil ini , kekok pada mulanya bagai cepat berlalu. Daripada seorang
asing tetiba diri terasa bagaikan keluarga. Segala masalah yang membebankan
terasa ringan. Ukhwah yang terjalin menguatkan semangat untuk terus berbakti
sehingga ke garis penamat.

15

LAMBAIAN BUDI

Nama saya Halil bin Badli @ Jaafar. Saya dilahirkan 58 tahun yang lalu iaitu pada “Ikatan ukhwah tali
27 Oktober 1963 di Kuala Selangor. Saya telah berkahwin dan mempunyai 4 orang persahabatan,
anak, serta 5 orang cucu. Awal persekolahan saya ialah di SK Jalan Raja Musa, Kuala
Selangor, dan bersekolah di peringkat menengah di SMK Seri Tanjung, Kuala Teguh terjalin kekal
Selangor. kemesraan.”

Saya memulakan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada 1 Januari 1985 - HBJ-
sebagai Guru Penolong di SK Ulu Bernam, Perak. Setelah 7 tahun berkhidmat di
sekolah tersebut, pada 1 Disember 1991, saya telah bertukar ke SK Sungai Terap,
Selangor sebagai Guru Pendidikan Khas. Setelah itu saya ditempatkan semula ke
SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor pada 1 Jun 1999. Pada 1 Januari 2000 saya
diarahkan bertukar ke SMK Pengkalan Permatang sebagai Penolong Kanan
Pendidikan Khas hinggalah pada 1 Januari 2005 saya diarahkan untuk bertugas di
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor sebagai Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah Pengurusan Sekolah.

Pada 16 November 2011 saya sekali lagi diarahkan untuk bertukar ke Pejabat
Pendidikan Daerah Klang sebagai Ketua Unit Bahasa Melayu. Setelah tamat
menghadiri Kursus NPQEL Ambilan 1 Tahun 2016, saya ditempatkan sebagai
Pengetua di SMK Dengkil pada 12 Februari 2018 hinggalah 16 Jun 2020 iaitu selama
2 tahun 4 bulan dan 3 hari. “Kusangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan di
Tengah hari”. Di hujung perkhidmatan saya, saya diarahkan untuk bertukar sekali lagi
ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk menjawat jawatan Ketua Penolong
Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas.

Sepanjang tempoh bertugas di SMK Dengkil saya telah menimba pelbagai
pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan dan pentadbiran organisasi yang
banyak membantu saya meneruskan karier sebagai pentadbir pendidikan. Di sini juga
saya telah bertemu dan berkerjasama dengan satu pasukan yang
mempunyai kejelekitan yang erat yang akan saya ingati sampai bila-bila.

16

LAMBAIAN BUDI

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga SMK Dengkil

Puasku cuba menyanyi puisi sendiri Di setiap pertemuan ada ceritanya

Keheningan malam sepi sunyi menyelubungi dan di setiap perpisahan ada kenangannya...
Inginku menuruti jejak jiwa yang berlalu kenangilah daku
Tapi tak bisa kerana belum tiba waktu
Sabar….. janganlah kau kuburkan memori kita
cuba tenangkan diri sendiri di kamar yang bisu.. percayalah,memori tika bersama sukar dicipta
Diam seribu Bahasa
biarkan pena berbicara.. pemergianku ini tidak lain
Waktu berlalu tidak terasa, hanyalah untuk mencari keredhaan Ilahi
dibuai mimpi cinta yang fana
di saat kaki ini melangkah maafkan diriku
meninggalkan bangunan yang bersejarah andai diriku menyakitimu
dan membawa bersama segenggam tabah
berbekalkan semangat dan azam yang tinggi andai buruk perilaku ku
kaki ini melangkah pergi andai hodoh tabiatku
membawa bersama memori
yang tersimpan kemas di dalam hati andai terkasar pertuturanku
ketahuilah diriku ini hanyalah insan biasa

yang tidak pernah lepas dari dosa
harapan hatiku hanya satu

doakan kebaikan untuk diriku

Rindu Dengkil nasihatkan aku selalu
Sayang Dengkil kerana aku masih memerlukan kamu
dalam mengharungi liku-liku kehidupan
Walau ranjau perjalanan ini tidak kekal selamanya
Walau kita tahu kesudahan di mana arah tuju kita

Tapi kesabaran dan keikhlasan
jadi penguat semangat dalam diri…

Sekalung penghargaan juga ingin saya berikan kepada guru-guru dan rakan-rakan pentadbir

yang sama-sama mengurus dan mentadbir segala urusan di sekolah. Jasa baik, kerjasama

dan kasih sayang yang telah diberikan oleh semua guru di SMK Dengkil. Banyak yang telah

dipelajari di sini. Saya doakan semua berjaya dalam apa jua yang dirancang atau dilakukan .
Inginkan mutiara selamilah lautan, inginkan bahagia tempuhilah penderitaan, inginkan
kejayaan relailah pengorbanan. Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya

terkandung seribu kemanisan..

"Kadang-kala Allah jarakkan hubungan kita, kemudian dia datangkan pula dengan dugaan.
Puas kita mencari di mana teman kesayangan kita, rupa-rupanya Allah hendak hadiahkan

kita sebuah kerinduan yang berpanjangan."

NORLIZA HAJI MOHD NOAH
Pengetua

SMK Pandan Mewah, Ampang
Mantan PK HEM

(16 Julai 2016-29 September 2020)

17

LAMBAIAN BUDI

Saya berkhidmat hampir selama 8 bulan 4 hari (2 November
hingga 13 September 2021) sebagai PK HEM di SMKD.Saya
cuba membuat yang terbaik terutama dari segi perubahan dari

aspek keceriaan dan keselamatan SMKD .
Sekalung peghargaan kepada rakan pentadbir dan guru-guru yang

memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus Unit
HEM dan sememangnya tuan/puan yang terbaik begitu juga

dengan warga SMKD.
Saya ingin memohon maaf atas segala kekhilafan samada secara

sengaja ataupun tidak sengaja dari segi pertuturan mahupun
perbuatan jika ada kerana yang sempurna adalah milik Allah SWT

dan segala kekhilafan serta kelemahan datangnya dari diri saya
sendiri.

Saya doakan seluruh warga SMKD sentiasa berada dalam
rahmat dan kasih Allah SWT, dimurahkan rezeki dan diberikan

kesihatan yang baik, dijauhkan wabak Covid 19.

18

LAMBAIAN BUDI

Merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang berasal dari
Kuala Lumpur. Memulakan perkhidmatan di SMK Benta, Pahang pada
1998 sebelum berkhidmat di SMK Dengkil selama 20 tahun. Kini
meneruskan perkhidmatan sebagai PK Petang di SMK Dato’ Abu Bakar
Baginda.

Detik awal berkhidmat di SMK Dengkil, dilantik sebagai Guru
Ketua Rumah Sukan (Kuning). Banyak pengalaman indah yang tidak
dapat dilupakan sepanjang hari-hari sebelum menjelang Hari Sukan
Sekolah. Banyak ilmu yang dipelajari dari para pentadbir yang silih
berganti dan akan sentiasa dijadikan panduan. Ramai rakan-rakan yang
susah senang bersama, sentiasa berada di sisi, menjadi pendengar
s etia, rakan gelak ketawa dan sebagainya. Kalian akan tetap menjadi
memori terindah sepanjang hidup ini. Anak-anak murid yang terdiri dari
pelbagai latarbelakang dan kaum, pelbagai cabaran perlu dihadapi
dalam mendidik, namun keletah mereka sentiasa di hati. InshaAllah
semua menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Akhir kata, SMKD akan sentiasa tersemat di hati kecil ini.
Sayang SMKD. Sayang semua..

19

20

SAPLUAINN A

KAMSARI

TUNJANG SMK DENGKIL
SELAMAT DATANG PENGETUA KE-16

“Seorang yang pantang dicabar dan sentiasa melaksanakan sesuatu tugas dengan sehabis
baik, menjadi pemacu utama untuk beliau sentiasa bergerak ke hadapan dalam

menghadapi segala cabaran sepanjang 30 tahun perkhidmatan sebagai seorang guru”

DILAHIRKAN di Sungai Balang Besar, Muar pada 26 KERJAYA pertama sebagai seorang guru bermula di SMK
Februari 1965 dan kini menetap di Bandar Baru Salak Tinggi Wangsa Maju, Seksyen 2, Kuala Lumpur(1992). Seterusnya
bersama pasangan hidup En. Malek bin Musa(58). berpindah ke SMK Jugra di Banting Selangor(1994), SMK
Dikurniakan 6 orang cahaya mata; Amirah binti Malek(30), Cheras Perdana(1997) dan SMK Putra Perdana pada tahun
Amirul Hakimi bin Malek(28), Lukman Hakim bin Malek(24), 2009. Menjawat jawatan GKMP(2010) dan Penolong Kanan
Muhammad ‘Izzat bin Malek(22), Nur Adlina binti Malek(20), Kokurikulum(2013) di sekolah yang sama sebelum dinaikkan
dan Harith Adam bin Malek(13). Gemar melakukan aktiviti pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(2017)
mengemas dan mereka hiasan dalaman sebagai hobi yang dan Penolong Kanan Pentadbiran(2018) di SMK BBST,
Sepang Selangor. Beliau seterusnya menjadi Pengetua SMK
sangat diminati.
Dengkil mulai tahun 2020 sewaktu pandemik Covid19 hebat

melanda negara.

MENERIMA Pendidikan awal di SK Angkatan Tentera dan

menamatkan tingkatan 5 di SMK Sultanah Engku Tun

Aminah, Johor Bahru. Beliau seterusnya melanjutkan TUGASAN berdepan dengan mayat sebenar yang tidak

pengajian Asasi Sains di Universiti Malaya selama 2 tahun selari dengan naluri diri memaksa saya menukar jurusan
dan berjaya menggengam segulung Ijazah Sarjana Muda Perubatan yang diminati kepada jurusan Botani semasa di
Pengkhususan Botani di Fakulti Sains UM pada tahun 1989. Universiti Malaya. Percaya ianya adalah kehendak Ilahi, jalan
Mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab untuk menceburi bidang perguruan terbentang luas, apabila
Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru(1992) dan mendapat tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang
berjaya menamatkan Program National Professional merupakan titik tolak sebelum bergelar seorang Cikgu.
Qualification for Educational Leaders (NPQEL) di Institut

Aminuddin Baki, Bandar Enstek pada tahun 2018.

21

SERONOK berkerja dengan ramai pengetua ICT. Berbanding 30 tahun yang lepas, kebanyakan maklumat
perlu diisi secara manual di atas kertas, memakan ruang
mendorong saya untuk mencuba sendiri membawa suatu penyimpanan yang banyak, dan maklumat agak terbatas
perubahan yang bermakna kepada sesebuah sekolah, untuk diakses. Guru sekarang juga lebih berperanan sebagai
berbekalkan pengalaman sebagai seorang guru, pentadbir pemudah cara berbanding guru dulu yang merupakan sumber
dan ilmu yang diajar oleh Yayasan Amir dan NPQEL. ilmu kepada anak murid.

TERSOROK itu persepsi pertama saya sewaktu KEMAHIRAN ICT dan ilmu kaunseling, antara kemahiran
menjejakkan kaki ke SMK Dengkil. Banyak perkara baharu penting yang semua guru perlu ada, di samping itu, guru perlu

diketahui, ada di SMK Dengkil. Pada asasnya SMK Dengkil senantiasa berfikiran positif dan proaktif berdepan dengan
merupakan sekolah yang besar, lengkap dengan dewan yang suasana yang semakin mencabar dalam bidang pendidikan
besar dan padang untuk aktiviti sukan. Mungkin disebabkan zaman sekarang.
lokasi sekolah di hadapan laluan yang sibuk menyebabkan

kemudahan tersebut tidak disedari tanpa memasuki ke dalam

kawasan sekolah. SEMANGAT

Saya sentiasa menganggap kerja itu sebagai suatu ibadah dan

SUKA dengan pelbagai bakat guru yang ada di SMK Dengkil, akan cuba menjadikan apa jua tugas yang diterima, seronok

ianya merupakan aset yang sangat berharga kepada pihak untuk dilakukan. Sentiasa menganggap masalah itu sebagai

sekolah dan mungkin dapat digilap dan di ketengahkan suatu cabaran dan kita perlu sentiasa teruja apabila

supaya dapat mengharumkan nama sekolah pada masa akan menerima cabaran barulah kita dapat mengekalkan semangat

datang. dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru.

PERANCANGAN yang sedang diusahakan setakat ini adalah Tiga perkataan menggambarkan SMK Dengkil: BERPOTENSI,

projek untuk melengkapkan sekolah dengan kelengkapan UNIK DAN MENCABAR

CCTV sekitar kawasan sekolah dan PA sistem di blok

akademik. Saya percaya, kemudahan tersebut akan dapat Tiga perkataan mencerminkan diri pengetua:
membantu menyelesaikan beberapa masalah dan menjadi
pemangkin dalam kemenjadian murid dan sekolah. BERSEMANGAT, KENTAL DAN BERUSAHA .

PENDAPAT saya untuk sesebuah sekolah menjadi sekolah

yang terbaik, ianya tidak hanya diukur dari segi
kecemerlangan akademik semata-mata. Kemenjadian murid
dan pembentukan sahsiah yang baik juga perlu diutamakan.
Setiap murid juga perlu diberikan peluang untuk
mengembangkan bakat dan potensi diri selaras dengan kema-
juan negara.

PENAMBAHBAIKAN yang mungkin KPM boleh

pertimbangkan adalah mengadakan peruntukan yang khusus
untuk meningkatkan kemudahan sekolah setiap tahun.
Peruntukan ini juga penting untuk menukar ganti segala
kemudahan yang usang seperti peralatan ICT dan lain-lain.

CABARAN getir yang pernah saya hadapi adalah semasa ‘‘Guru perlu ada rasa untuk belajar dan

mentadbir SMK BBST yang sedang dalam fasa pelaksanaan sentiasa berfikir bahawa cabaran dan masalah
Sekolah Amanah. Saya perlu cepat belajar banyak perkara itu mampu menjadikan kita lebih matang.
baharu dan berkerja sehingga lewat malam dan sentiasa Pengalaman menempuh segala cabaran itu
berusaha supaya guru dapat menerima konsep Sekolah
Amanah. Meskipun begitu, ianya banyak mengajar saya untuk ’’akan menjadikan diri kita lebih berharga.
berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah
bersesuaian dengan sekolah dan pengalaman itu juga
memberi dorongan untuk saya berkhidmat di SMK Dengkil.

PERBEZAAN peranan dan beban guru berbanding dulu dan

sekarang tidak jauh beza, cuma sekarang guru dimudahkan
dengan pelbagai laman sesawang, aplikasi dan kecanggihan

22

23

24

Aktiviti Perantis Servis Automotif

Aktiviti Perantis Jahitan

Aktiviti Perantis Bakeri

25

26

&

27

Panorama Bilik Khas

-

28

Panorama Bilik Khas

29

30

PENGETUA
PUAN SALINA

PK PENTADBIRAN PK HEM PK KOKURIKULUM
PUAN ZURAIDAH PUAN SITI KHAIRANI ENCIK ABDULLAH

PK PETANG PENYELARAS PPKI GKMP TEKNIK &VOKASIONAL
USTAZ ZOL AMRI PUAN RANITAH PUAN ZURITA

GKMP BAHASA GKMP SAINS & MATEMATIK GKMP KEMANUSIAAN
PUAN ARKIAH PUAN PREMMALAH PUAN NURUL FADZNIDA

31

PN. SITI KALASOM PN. NAZARIAH PN. ZAKIRAH PN. NURHAFIZAH

EN. AZROY PN. HARISNA PN. SUHAIDA EN. ROSLI

PN. NURHASMIRA PN. NATRAH EN. MUIZ PN. NUR AMALINA

EN. ANAS PN. NOR HAFIZAH

32

PN. AIDA PN. ANIZA PN. ASLINDA PN. AZIAN

PN. CLARA PN. DAYANG EN. FAZUDDIN EN. FIEZWAN

EN. HAFIZ PN. HAFIZA PN. HALIFAH PN. HALIMAH

PN. INTAN PN. KALYANI PN. KARTINI PN. KHALIJAH

PN. LAW YOKE LIN PN. MARIANI CIK MARDZIANA PN. MAZIAH

33

PN. MAZNIAH PN. NANI MARLINA PN. NG LAY KEIN PN. NOR AFIDA

PN. NOR AINI PN. NOOR LIDAH PN. NORLALY PN. NORPISHAH

PN. NORSUHANIEZ PN. NOR AZILAH PN. NORFAZLIANA PN. NURHANIM

PN. NURKAMARIAH PN. SARIANI EN. RAHIM PN. RASHIDAH

PN. ROHANI EN. ROSSALIM PN. ROZIAH PN. RUSLINA

34

PN. SAFIA PN. SHAHARIZAN PN. SHAMSIAH PN. SITI AISYAH

PN. SITI FAZILAH PN. SITI MERIAM PN. SITI SALWA PN. SUHANA

PN. SUKARNI PN. SURIA PN. TA’AYAH PN. VIJAYA

PN. VILOGINY PN. WAN NAZDALIFAH PN. WIRDAYATY PN. YAMUNA

PN. YUHANIS PN. ZURAINI

35

EN. AFIQ PN. SYAKIRA ALIA EN. AZAMUDDIN PN. AZILAH

PN. NOR AZIMA PN. BUNGA TIGA EN. CHANDRAN PN. CHE HASMAH

PN. ERADILLA PN. EZRIN PN. FAIDZAN PN. FATIN KHAIRANI

PN. FATIN AYUNNI PN. HANIMAH EN. KHAIRUL LIZAM EN. MAJDI

PN. MARDHIAH PN. MARIATI PN. MARIYAM HJ. MOIHAN

36

PN. ADILA ILANI PN. NIK ZARIHAN PN. NIK NORFADZLIDA PN. NOR HARLINA

PN. NORZAILINDA PN. NURHANI PN. PARTINA PN. ROSHILA

PN. ROSLINA PN. NORSHALINDA PN. SITI NOOR PN. SITI SURIANI

EN. THAMBIRAJAH PN. WAN KHUZAIMAH PN. WONG SOOK CHIN CIK ZAIDATUL

PN. ZAINAB EN. ZAKIAMANI PN. ZURINA

37

38

39

 Pendaftaran Tingkatan 1 (Welcome Drink)  Ceramah Manisnya Menjadi Gadis
 Lawatan Penandaarasan Pengawas
 Orientasi Tingkatan 1 & Peralihan  Sambutan Hari Guru Dan Muhibbah Raya
 Persiapan Bantuan Awal Persekolahan &  Program Jom Kira Kalori Anda
 Ceramah Motivasi
Penyediaan Tabung Kebajikan  Program Pembugaran PRS

 Pengurusan Stress

 Pendaftaran Online Kokurikulum

 Pelancaran Jom Ke Sekolah:  Rawatan Gigi (6 Minggu)
Permuafakatan KPM & PDRM  Minggu Kerjaya
 Pelancaran Program Pembugaran  Merentas Desa Peringkat Sekolah
Sahsiah Diri Murid  Lawatan Kerjaya
 Pelancaran Program Pembangunan  Suntikan HPV Tingkatan 1 (P)
Insan  Ceramah ATHAM
 Pelancaran Budaya Penyayang &  Latihan Kebakaran
Mentor Mentee  Pentaksiran Psikometrik
 Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)

 Pengemaskinian Blog ATHAM
 Kursus Kepimpinan Pengawas

 Suntikan ATT Tingkatan 3
 Sukantara

 Watikah Pelantikan Pengawas
 Kursus Asas Pengurusan PSS
Pertandingan Keceriaan Dan Kelas  Saringan Thalasemia Tingkatan 4
 PA21
 Program DWEN
 Pelancaran Program Integarsi Bahasa
(PIB  Kejohanan Olahraga
 Kempen Tandas Bersih
 Kursus Kepimpinan Ketua Kelas  Perkhemahan Perdana Badan Beruniform
2021
 Pelancaran Sukses SPM
 Karnival Permainan / Pertandingan
Permainan Atas Talian

 Hari Bertemu Pelanggan

 Pelancaran Program Kesihatan
 Pelancaran Minggu Anti DARVIH
 Ceramah Bebas Denggi  Kejohanan Mini Olimpik
 Aktiviti Fogging  Pertandingan Kawad Kaki
 Ceramah Remaja & Undang-Undang  Sambutan Hari Orang Asal SMKD
 Pelancaran Ambang Ramadhan  Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)
 Program Jati Diri 2 Pengawas  Percubaan SPM

 Penetapan Target
Mesyuarat Agung Kelab Persatuan /
 Badan Beruniform / Sukan & Per-  Pemulangan Buku Teks T1/T2/T4
 Peperiksaan Bertulis DELF Scolaire
mainan / Rumah Sukan  Majlis Apresiasi Kokurikulum
 Program Gaya Hidup Sihat
 Taklimat Meritokrasi Tingkatan 5

 Majlis Apresiasi Badan Pengawas
 Pemulangan Buku Teks T3
 Taklimat Kemasukan Ke KV

40

41

BIL MATA PELAJARAN 2019 2020 BEZA

1 Bahasa Melayu Peratus GP Peratus GP Peratus GP
2 Bahasa Inggeris 84.87 5.08 76.21 5.84 -8.66 -0.76
73.23 6.58 70.79 6.96
-2.44 -0.38

3 Pendidikan Agama Islam 85.04 4.68 75.54 5.52 -9.5 -0.84

4 Pendidikan Moral 59.26 5.95 62.88 6.28 3.62 -0.33
5 Sejarah 67.92 6.57 70.45 6.49 2.53 0.08
6 Matematik 63.18 6.19 59.86 6.42 -3.32 -0.23
7 Sains 80.44 5.85 76.26 6.24 -4.18 -0.39
8 Pendidikan Seni Visual 100 4.42 100 4.77 -0.35
9 Matematik Tambahan 60.71 6.82 54.93 7.00 0 -0.18
10 Prinsip Akaun 83.54 6.39 82.08 6.08 -5.78 0.31
11 Perniagaan 88.43 4.88 98.81 6.45 -1.46 -1.57
12 Ekonomi 81.08 6.92 10.38
13 Sains Rumah Tangga 100 6.45 90.91 6.36
14 Sains Komputer 100 2.29 100 6.24 -9.09 0.09
15 Fizik 100 4.52 96.97 4.64 0 -3.95
16 Kimia 96.55 4.86 93.94 6.00 -0.12
17 Biologi 93.1 5.38 100 6.09 -3.03 -1.14
18 Bahasa Cina 100 4.79 100 4.55 -2.61 -0.71
19 Bahasa Tamil 100 3.78 100 3.74 6.9 0.24
20 Produksi Multimedia 100 4.85 100 4.21 0.04
21 Kesusasteraan Tamil 100 2.69 100 2.82 0 0.64
22 Bahasa Arab 100 3.73 100 4.22 0 -0.13
23 PQS 100 2.62 100 2.33 0 -0.49
24 PSI 100 3.33 100 3.50 0 0.29
0 -0.17
KESELURUHAN 65.69 5.63 68.49 6.06 0
0 0.43

2.8

42

Nama Pelajar Cemerlang SPM 2020

ALIRAN SAINS 11A
1 LOH CHUAN BIN 9A
2 TEO YI YUN 8A
3 SEE ZHI XIANG 8A
4 ELAKEYA A/P JAHENDRAN 7A
5 ABIRAMI A/P GUNASEGERAN 7A
6 HESHALINI A/P A MURUGAN 6A
7 HEW KAH KEAT

ALIRAN TEKNOLOGI 5A
1 TNEO HUI SHI 5A
2 LIM JIA XIN 5A
3 DHANALETCHUMY A/P SUBRAMANIAM 5A
4 KASTURI A/P P.RAVI

ALIRAN AGAMA 11A
1 UMI KALTHUM BINTI NORMAN 7A
2 WAN NOOR AINA SYAMIMI BINTI WAN MD YUKI
6A
3 NORZAHIRAH BINTI SHAFIE 5A
4 MAWADDAH IRDINA BINTI MAHADI

ALIRAN MPV 3A
1 ESHA BINTI PENTAL 1A
2 MUHAMMAD FAHARUL IZAN

ALIRAN KEMANUSIAAN 2A
1 ELLYSA RIYANTO 2A
2 LIM JIA SIEW

43

Inspirasi SMKD
Puan Kalyani A/P Murugiah

44

45

46

47

48

49

50


Click to View FlipBook Version