Unit Beruniform
Unit Beruniform
Unit Beruniform
Kelab & Persatuan
Kelab & Persatuan
Kelab & Persatuan
Kelab & Persatuan
Kelab & Persatuan
Kelab & Persatuan
Kelab & Persatuan
Kelab & Persatuan
Kelab & Persatuan
Kelab & Persatuan
Sukan & Permainan
Sukan & Permainan
Sukan & Permainan
Sukan & Permainan
Sukan & Permainan
Sukan & Permainan
/ MALAM MENJADI PENEMAN SETIA AKU
TANPA JEMU AKU MENGKHATAM TATABAHASA
26 TAHUN DEWAN
HAJATKU TERSIMPUL RAPI DALAM SANUBARI BUKAN SETAKAT MENDALAMI MALAH MENGHAYATI
PAGI ITU AKU MENCARI BAHAN UNTUK MURID DAN MEMPERINCI
TIKA ITU AKU TERPANDANG IKLAN DEMI CITA-CITAKU YANG SATU
LAYAKKAH AKU?
AKU MULA MENATAP IKLAN ITU BERKALI-KALI
FIKIRANKU RUNSING LALU KUCAPAI SEGERA TELEFON BERKAT USAHA DAN MOTIVASI
HUBUNGI INSAN BERJIWA MULIA AKU BERJAYA MELEPASI UJIAN 1
‘’CIKGU ALEX, LAYAKKAH SAYA MEMOHON? ‘’ AKU LAYAK KE PUSINGAN 2 YANG PENUH DENGAN
KATA-KATA CIKGU ALEX MENJADI PEMBAKAR CABARAN
SEMANGAT AKU RASA GENTAR MELIHAT CALON-CALON
AKU BERTEKAD UNTUK MEREALISASIKAN HAJATKU DARIPADA KPM, NAZIR, GURU CEMERLANG,
PENSYARAH
TIGA PURNAMA BERLALU DENGAN SEPI YANG BUKAN CALANG-CALANG DARI SELURUH
TANPA SEBARANG BERITA NEGARA
MUNGKIN AKU TIDAK LAYAK…SUNGGUH KECEWA KECIL TERASA DIRIKU TIKA ITU
SUATU PETANG AKU MENERIMA WHATASAP NAMUN BERSEMANGATKU TETAP MEMBARA
ALANGKAH GIRANGNYA HATIKU UJIAN BERTULIS DAN LISAN KULALUI DENGAN TEKUN
AKU MEMBUAT PERSIAPAN RAPI TANGGAL 4 NOVEMBER 2022
PAGI, PETANG, SIANG, MALAM AKU MENDAPAT PESANAN RINGKAS DARIPADA DBP
AKU MENDALAMI ILMU “ANDA BERJAYA DITAULIAHKAN SEBAGAI MUNSYI
TATABAHASA DEWAN JADI SANTAPANKU DEWAN “
AKU TERKAPAR-KAPAR TANPA BANTUAN AKU MELOMPAT, BERLARI DAN BERSORAK
NAMUN AKU TAK PERSIAKAN KERJA UTAMAKU ABANGKU TERKEBIL-KEBIL MEMANDANGKANKU
SELAKU GURU TIKA ITU AKU DI RUMAH ABANG DI IPOH
MURID TETAP MENJADI TUGAS UTAMA BAGI MERAIKAN DEEPAVALI BERSAMA KELUARGA
TUGAS DARIPADA JABATAN, PPD, SEKOLAH AKU BERSYUKUR DAN TERUJA
KUGALAS DENGAN TENANG BERKAT KEGIGIHANKU TANPA JEMU
IMPIANKU MENJADI KENYATAAN
SEMOGA GELARAN MUNSYI DEWAN
MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT
DEMI MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.
/
Persoalan semalam itu masih berlegar di benakku. Aku tidak dapat melelapkan mata
memikirkannya. Salahkah aku menjadi ibu mereka?Rasanya begitu payah untuk
memujuk. Entahlah,makin difikirkan makin aku buntu. Aku segera mengatur langkah menuju ke jalan
sepi. Benarlah kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Aku sabar menanti van dan jam di tangan
menunjukkan 6.10. Aku makin resah kerana tepat jam 6.35 loceng akan berbunyi. Pak Supir tua
yang bergigi jarang itu tersenyum melihat aku. Aku hanya mampu tersenyum kelat sambil menarik
pintu van hampir dua dekad itu.
Encik Azmir sudah berada di bilik guru dengan muka yang masam mencuka. Beliau mendekati diriku
dan membuka bicara dengan nada yang agak tegas.
“Cikgu sudah bertanyakan kawan-kawan budak itu? Lama sudah dia tak muncul?”
Aku tidak berani membungkamkan diri lalu mengangguk lemah sambil mengatur kata-kata di kepala.
‘’Naz tinggal jauh di pedalaman kata mereka, Cikgu Azmir. Saya akan berusaha untuk
menghubungi Naz.” Bicaraku dengan lemah.
Sebaik sahaja loceng berbunyi, aku terus meninggalkan bilik guru dan melangkah ke kelas
6 Atas Ekonomi 1. Melihat kelibatku,anak murid segera bangun memberikan salam dengan penuh
semangat. Aku segera menyembunyikan perasaan resahku. Tanpa melengahkan masa,aku
meneruskan perbincangan Hikayat Hang Tuah. Aku terbayang Naz yang berkulit putih,tegap dan
agak rendah itu. Wajah Naz yang serius dan pendiam itu terus menerpa di mataku. Aku mula
mengalihkan pandangan pada Ayunis yang berlesung pipit itu. Begitu semangat kumpulan enam
membentang konflik dalam Hikayat Hang Tuah. Pembentangan menjadi semakin hangat apabila
Nusineh menceritakan kisah Hang Jebat yang mengamuk di istana. Begitu khusyuk pelajar lain
mendengar penjelasan gadis keturunan Dusun-Kadazan yang petah itu. Aku menghangatkan situasi
dengan melontarkan persoalan aras tinggi kepada ahli kumpulan. Liza menyambut persoalan dan
merungkaikan dengan penuh keyakinan.Selepas kelas tamat, aku meninggalkan kelas. Tanpa
disedari Liza mengekori aku bersama Azizah.
“Cikgu Kal, kenapa cikgu kelihatan sedih hari ini? Cikgu marah dengan kami?” Tanya Liza.
‘’Betul kata Liza.Cikgu tidak ceria seperti selalu.Fikiran cikgu terganggu?”Azizah sampuk.
Aku cuba menafikannya tetapi aku tidak mampu lagi memendam perasaan resah itu lagi lalu aku
terus meluahkannya kepada mereka dengan perlahan tanpa perasaan segan.
“Naz menyebabkan saya susah hati .Sudah tiga minggu dia tidak muncul tanpa sebarang alasan.
Cikgu gagal mendapatkan maklumat malah tidak dapat menghubunginya.”
“Jauh rumahnya itu.Cikgu,apa kata kita sama-sama mencarinya di kampung .Saya boleh tanyakan
pak cik saya .’’ Azizah buka bicaranya dengan spontan.
Aku terus bersemangat. Mujurlah ada murid yang sudi menghulurkan bantuan. Kami berpakat untuk
berkunjung ke rumah Naz pada pagi Sabtu. Pada malam itu,aku membuntang menantikan sang
mentari memancarkan sinar harapan. Aku tidak sabar untuk berjumpa anak murid yang pendiam
tetapi tekun itu. Apakah yang menjadikan dirinya payah untuk menimba ilmu sedangkan peperiksaan
hanya tinggal tiga purnama? Tidakkah dia ingin menjejakkan kaki ke menara gading? Pelbagai
persoalan menerawang di fikiranku. Adakah aku salah sangka atau dia tidak ada hati untuk belajar?
Begitu kompleks dirimu sehingga aku tidak dapat memahamimu.
Dalam aku melayan perasaan tanpaku sedar, hari sudah terang. Aku segera bersiap dan menuju ke
pekan Kota Belud. Aku sabar menantikan kehadiran Liza dan Azizah di hadapan pasar pagi. Tidak
sampai 10 minit, kedua-dua anak dara yang ayu dan tinggi lampai itu pun tiba.
Kami terpaksa menaiki tut tut kerana van tidak sanggup merempuh jalan yang berliku-liku.Mujurlah
bapa saudara Azizah bersetuju untuk membawa kami. I nilah pengalaman pertama aku menaiki tut
tut. Perjalanan kami memakan masa 30 minit. Tulang-temulangku berlaga disebabkan gegaran
mengharungi jalan berliku dan tidak berturap itu. Liza dan Azizah hanya tersengeh melihat gelagat
aku. Aku memegang erat batang besi. Aku takut tercampak keluar dari tut tut itu. Baru dapat aku
rasai kesusahan yang dihadapi oleh Naz. Pak Cik tut-tut berhenti agak jauh dari rumah Naz kerana
jalan agak sempit. Kami berjalan bersama sambil menikmati keindahan alam yang menghijau dan
dingin itu. Dari kejauhan kami melihat sebuah rumah usang yang sunyi sepi seperti tidak ada
penghuni.
Azizah segera memberikan salam dan disambut oleh seorang wanita separuh umur dengan tangan
yang berlumpur. Aku segera memperkenalkan diri dan kami dijemput masuk ke dalam. Aku menaiki
tangga rumah kayu itu dengan berhati-hati. Mataku meliar mencari kelibat Naz. Tanpa membuang
masa, aku menceritakan tujuan kehadiran dan bertanyakan khabar Naz. Ibu Naz hanya mendiamkan
diri tanpa menjawab pertanyaanku. Aku menjadi serba salah. Azizah dan Liza yang menyedari ada
sesuatu tidak kena itu segera meminta diri untuk menunggu di halaman rumah bertemankan anak-
anak kucing. Ibu Naz hanya mampu mengalirkan air mata dan menceritakan keadaan ayah Naz
yang mengalami kanser usus tahap kedua dan sedang menjalani rawatan .Oleh itu, sebagai anak
tunggal, Naz terpaksa menggalas tanggungjawab ayahnya untuk menyiapkan tempahan keris
pelanggan di pasar tamu. Ibu Naz pula mengusahakan tanah sekangkang kera untuk tanaman sara
diri. Ibu Naz sedar bahawa pelajaran Naz terganggu namun keadaan tidak mengizinkan Naz ke
sekolah .Aku menjadi sayu mendengar penjelasan ibu Naz. Aku segera meminta keizinan wanita itu
untuk berjumpa Naz. Aku terus menuju ke bengkel di belakang rumah yang agak kelam. Kelihatan
Naz tekun menempa besi. Peluh deras mengalir membasahi dahi Naz dan urat berselirat timbul di
tangannya. Dalam ketekunan Naz menempa besi, dia tidak sedar akan kehadiranku di sisinya. Aku
terus menyapa Naz dengan lembut. Naz memandang aku dengan mata yang tajam.“Adakah dia
marah atau terkejut. Sikap tidak berubah seperti di dalam kelas.”Bisikku dalam hati.
Aku mula membuka bicara sambil duduk di sebelah Naz. Terasa bahang api lebur besi menampar-
nampar pipiku yang gebu. Naz mendengar kata-kataku dengan menundukkan kepala. Aku terus
memujuk Naz untuk hadir ke sekolah dan pihak sekolah sanggup memberikan bantuan kepada Naz.
Naz memberitahu bahawa dia terpaksa menggalas tugas ayahnya buat sementara waktu sehingga
ayahnya pulih. Aku terus memujuk Naz untuk menghabiskan tiga bulan yang tersisa itu untuk
menamatkan peperiksaan STPM yang boleh merubah kehidupan keluarganya. Naz hanya membisu
dan ibu yang baru menerpa itu turut menyatakan harapan ayahnya untuk melihat Naz menjejakkan
kaki ke universiti. Naz hanya mampu memandang kami dengan pandangan yang kosong. Air
mata nya kelihatan bergenang dan Naz hanya menahannya. Aku terharu melihat keadaan Naz itu
dan berjanji kepada ibu Naz untuk mengatur tempat di asrama sehingga tamat peperiksaan. Ayah
Naz yang selama ini setia menghantar Naz ke sekolah itu pula masih terlantar di Hospital Kota
Kinabalu. Aku tidak berani berbicara panjang lebar lalu aku meninggalkan Naz dengan harapan dia
akan muncul di sekolah pada hari Isnin pagi.
Debaran dalam diriku kencang dan mataku melilau mencari kelibat Naz dalam perhimpunan pagi.
Alangkah kecewanya apabila Naz tidak ada di perhimpunan. Dengan hampa aku melangkah ke
kelas selepas perhimpunan. Liza dan Azizah seperti biasa melemparkan senyuman padauk. Aku
membalasnya dengan ikhlas kerana itulah sifat seorang guru yang profesional. Duka lara dalam diri
diperam ketika berdepan dengan anak murid. Sedang aku membicarakan soalan Kesusasteraan
Melayu, Naz muncul di muka pintu. Alangkah gembiranya aku melihat Naz. Naz terus memberikan
salam dan menumpukan perhatian pada pelajaran. Pengetua sekolah berjumpa Naz pada waktu
rehat dan Naz dibenarkan tinggal di asrama sehingga peperiksaan STPM tamat. Naz buat kali
pertama tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepadaku.
Alangkah bahagia hati seorang guru dapat membantu pelajar yang dirundung nasib malang. Sejak
itu, Naz begitu tekun belajar bersama rakan-rakan sewaktu kelas tambahan pada waktu malam. Naz
mempamerkan minat yang mendalam dan mula bergaul dengan rakan-rakannya. Naz
memberitahuku bahawa ayahnya semakin pulih setelah menjalani pembedahan usus. Keputusan
STPM diumumkan dan Naz berjaya mendapat 3A 2B. Naz mendapat tawaran ke UKM. Begitulah
dengan rakan-rakan Naz yang lain turut berjaya memasuki universiti. Pada suatu petang, ketika aku
sedang mengajar kelas tambahan, Naz muncul di muka pintu dan mengucapkan terima kasih
kepadaku. Naz menghulurkan sebungkus plastik hitam. Kusangkakan jajan rupa-rupanya sebilah
keris yang dibungkus rapi dalam kain batik. Pada keris itu tertera perkataan “TERIMA KASIH
GURUKU”. Sebenarnya,ucapan tulus ikhlas daripada anak murid itulah yang menjadi pemangkin
kepada insan bergelar guru untuk terus bersemangat mencurahkan bakti demi kemenjadian anak
watan. Percayalah guru dan murid terpisah tiada kejelekitannnya.