&
&
-
- &
()
&
&
&
&
Seuntai Kata
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Penerbitan majalah sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah dalam merancang dan
melaksanakan kepelbagaian agenda yang dimanifestasikan sebagai dokumentasi maklumat dan
sumber rujukan semua warganya dan juga pihak lain yang berkepentingan. Majalah sekolah
merupakan wadah yang amat penting dalam memupuk semangat kecintaan yang tinggi
terhadap sekolah serta penerapan watak dan budaya sekolah dalam kalangan warganya.
Majalah sekolah yang diterbitkan ini akan menjadi salah satu medium bagi semua warga
sekolah mencapai aspirasi sistem dan aspirasi murid Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Sepanjang tahun 2020 dan hingga hampir pertengahan tahun 2021 kita semua
menempuh krisis penularan COVID-19 dengan pelbagai cabaran, namun saya yakin cabaran
ini tidak akan menjadi penghalang kepada semua warga sekolah untuk menggapai kejayaan
dan kecemerlangan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu mengimbangi segala hasrat ini
dengan memastikan sekolah kekal menjadi institusi yang selamat untuk semua warganya.
Cabaran perubahan dan krisis disebabkan COVID-19 seharusnya dijadikan titik permulaan
untuk kita semua mengubah cara berfikir serta tindakan kepada pemikiran serta tindakan yang
lebih kreatif dan inovatif dalam segala perancangan dan pelaksanaan.
Terima kasih kepada semua warga sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk
menyampaikan kata alu-aluan di dalam penerbitan majalah sekolah kali ini. Tahniah dan
syabas juga saya ucapkan kepada kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi kerana
telah berjaya menerbitkan majalah ini. Semoga majalah ini menjadi kebanggaan semua
warganya.
Seuntai Kata
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamulaikurn WBT dan Salam Sejahtera
Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata
dalam majalah sekolah pada kali ini.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL kerana berjaya menerbitkan
majalah bagi tahun 2021. Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha murni yang harus
dicontohi kerana dapat merakamkan segala peristiwa dan pencapaian sekolah sepanjang tahun.
Majalah sekolah ini juga akan rnenjadi sumber rujukan dan kenangan sepanjang hayat buat
semua warga seko!ah.
Tahun 2021 merupakan tahun persekolahan yang paling mencabar buat kita semua.
Ancaman pendamik COVlD-19 menyebabkan sesi perseko!ahan tidak dapat dilaksanakan
dengan sempurna. Ketika menghadapi cabaran dan masalah ini, kita sebagai warga pendidik
janganlah mudah berputus asa, sebaliknya kita perlu memiliki kesabaran, kekuatan akidah dan
iltizam yang tinggi bagi memastikan tanggungjawab kita dapat dilaksanakan. Inilah benteng
utama yang per!u dibudayakan dan ditanam dalam jiwa dan sanubari seorang pendidik.
Semoga usaha bakti yang kita sumbangkan selama ini diberkati oleh Allah S.W.T.
Harapan saya agar kita semua sama-sama bergerak seiring dalam menangani apa jua
cabaran dan halangan dalam usaha membentuk kemenjadian anak murid yang mampu
mendepani segala cabaran pada masa hadapan. Akhir kata, saya mewakili Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor mendoakan agar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL
terus menggapai kegemilangan dan merealisasikan slogan JPN Selangor Terbilang.
Selamat Maju Jaya.
Seuntai Kata
Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi e-Majalah SMK Dengkil atas kejayaan
menerbitkan buletin sekolah yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk
saya mencoretkan sepatah dua kata dalam buletin ini.
Daerah Sepang sudah lama terkenal dengan pencapaian akademik, kokurikulum, sukan dan pen-
gurusan organisasi sekolah yang tinggi bukan sahaja di negeri Selangor, bahkan di seluruh negara.
Banyak sekali sekolah bertaraf premier, kluster kecemerlangan dan berprestasi tinggi terletak di
sini. Namun, kita juga sedar bahawa masih terdapat golongan murid kurang beruntung dan
bermasalah pembelajaran yang perlu kepada perhatian secara khusus. Maka, konsep pendidikan
inklusif tidak menyebabkan kita lupa terhadap pendidikan khas.
Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan sarana sekolah yang
menjadi inti pati pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta mengaplikasikan strategi lautan biru
supaya terus berdaya saing dan dihormati. Saya mengucapkan tahniah kerana warga sekolah dan
ibu bapa telah berjaya memanfaatkan pelbagai aplikasi atas talian bagi melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran dari rumah semasa perintah kawalan pergerakan covid-19 dan
pengurusan sekolah serta maklumat pencapaian murid dengan lebih berkesan dan cekap. Mudah-
mudahan usaha ikhlas tuan puan bakal memacu pendidikan di SMK Dengkil ke persada
kecemerlangan yang dihajati.
E-Majalah sekolah Edisi ke-19 adalah secara anyflip yang memaparkan kegiatan
pendidikan dan pencapaian pembelajaran yang terkini. Bagi warga sekolah, butiran dan
gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan. Seiring dengan
perkembangan teknologi semasa, media sosial maya merupakan alat dokumentasi yang bersifat
rasmi dan mengikut peredaran zaman yang serba canggih ini.
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa buletin dan sidang redaksi e-Majalah
SMK Dengkil. Kepada pembaca e-Majalah ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga.
Sekian, terima kasih.
Seuntai Kata
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-
Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata di dalam e-majalah
SMK Dengkil kali ke-19.
Tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya menyempurnakan e-majalah Rasmi SMK
Dengkil Edisi 20 ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu
e-majalah ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang. Oleh itu, saya selaku Pengetua SMK
Dengkil ingin memanjatkan setinggi - tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa dan ucapan terima
kasih kepada ahli yang terlibat kerana telah mempamerkan kesungguhan dalam merealisasikan
hasrat yang terkandung dalam Visi dan Misi SMK Dengkil.
Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai cita-cita besar untuk menempa nama di persada
negara dan dunia pendidikan, penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga sekolah amat
diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti demi
meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengurusan sekolah yang cekap dan efisien.
Dalam mencapai matlamat ini maka usaha yang gigih dan pengorbanan yang tinggi
merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu dimiliki oleh setiap warga sekolah. Ianya
menuntut iltizam yang tinggi bagi membentuk budaya kerja yang cemerlang dan jelas. Semua
tugasan yang terkandung dalam e-majalah diharap dapat berfungsi serta dijana mengikut garis
panduan yang dinyatakan di dalamnya. Saya amat berharap semua warga SMK Dengkil dapat
memastikan kerja yang dilakukan tidak tersasar dari landasan.
Akhir kalam, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
Ahli Jawatankuasa dan semua warga SMK Dengkil yang telah berusaha gigih sehingga berjaya
menyempurnakan e-majalah Rasmi SMK Dengkil Edisi 19 ini dengan jayanya.
Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh
keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang
akan kita kecapi pada kemudian hari. Insya-Allah .
Seuntai Kata
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan e-majalah sekolah pada kali ini.
Terima kasih juga kerana memberikan kesempatan untuk saya melakarkan kata alu-aluan .
Tahniah diucapkan kepada AJK Sidang Redaksi SMK Dengkil 2020/21.
Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung selama ini dan mem-
berikan pengertian yang besar kerana menerusi e-majalah ini , kita dapat merakamkan
peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman kita. Saya pasti semangat
juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek
akademik mahupun sahsiah.
Permuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting melahirkan
kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing akan menyediakan landasan
yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka melakar kejayaan.
Kejayaan dan komitmen yang jitu ini akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam
pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum .
Jelaslah di sini , komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan negara yang berfalsafah
rakyat didahulukan pencapaian diutamakan terutamanya dalam musim yang mencabar ini,
iaitu COVID-19 dan juga pembelajaran secara maya.
Justeru itu , saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaik pencapaian
diri dan berpegang teguh pada akujanji yang dilafazkan, Kegigihan serta ketabahan pelajar
mampu membentuk modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.
Akhirulkalam, saya mendoakan SMK Dengkil sentiasa beroleh kejayaan dan segala
usaha akan diberkati Allah SWT. Semoga terus berjaya dalam segala bidang.
Seuntai Kata
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Saya rasa bersyukur dengan izin-Nya dapat juga e-majalah SMK Dengkil diterbitkan sekali lagi.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah
memberikan kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai Ketua Editor.
Ucapan terima kasih ini juga turut diucapkan kepada guru-guru jawatankuasa sidang redaksi yang
telah banyak membantu dan membimbing ahli sidang redaksi dalam menjalankan tugas yang telah
diberikan kepada kami. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan sidang redaksi yang telah mem-
berikan kerjasama yang baik dalam menghasilkan e-majalah SMK Dengkil 2020/21 ini. Berkat ker-
jasama dan kegigihan semua pihak yang terlibat, akhirnya e-majalah SMK Dengkil 2020/21 telah
dapat diterbitkan.
Peluang untuk menjadi sebahagian daripada ahli sidang redaksi sekolah ini membolehkan saya
mempelajari pelbagai perkara terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan penerbitan e- majalah.
Pengalaman yang diperoleh ini akan dijadikan sebagai kenangan dan inspirasi untuk masa hadapan.
Segala detik indah serta suka duka yang diharungi oleh warga SMK Dengkil telah dilakarkan dalam
e-majalah SMK Dengkil 2020/21. Saya mengharapkan agar pembaca SMK Dengkil 2020/21 ini
berpuas hati dengan hasil yang terdapat di dalam e-majalah ini dan menjadikan e-majalah ini sebagai
kenangan semasa berada di alam persekolahan.
Akhir kata, saya bagi pihak sidang redaksi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha
menerbitkan e-majalah ini. Penghargaan juga ditujukan kepada penyumbang dan penaja yang telah
bermurah hati memberikan sumbangan bagi menghasilkan e-majalah SMK Dengkil 2020/21. Tid-
ak dilupakan juga, penghargaan kepada jawatankuasa sidang redaksi serta rakan pelajar yang banyak
memberikan idea yang kreatif untuk menghasilkan e-majalah yang berkualiti. Saya juga ingin
memohon maaf atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang penerbitan e-majalah ini.
Seuntai Kata
/
Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi buletin sekolah yang
telah berusaha menjayakan penerbitan e-majalah Jilid 19. Majalah ini yang dipenuhi pelbagai
kenangan, baik yang manis mahupun yang pahit merupakan hasil daripada dedikasi dan
kesungguhan ahli-ahli Sidang Redaksi. Peluang ini, bagi saya, merupakan satu penghormatan
besar dan keistimewaan kepada saya dalam berkhidmat sebagai Ketua Pengawas bagi sesi
2020/21. Sudah tentu saya berasa bangga dilantik sebagai Ketua Pengawas dan menghargai
kepercayaan dan keyakinan sekolah pada saya.
Namun begitu, memikul tanggungjawab ini merupakan pengalaman yang tidak dapat
dilupakan dan telah mengubah persepsi saya sebagai seorang remaja. Saya telah dapat banyak
pengalaman dan merasai sesuatu dengan lebih mendalam sejak memikul tanggungjawab yang
mencabar ini. Seorang pengawas bertanggungjawab untuk menjaga disiplin pelajar dan
membantu guru dalam hal-ehwal sekolah serta memastikan pencapaian akademik peribadi tidak
terjejas. Seorang pengawas bukanlah polis sekolah. Sebaliknya, seorang pengawas merupakan
suri teladan dan pendorong kepada pelajar-pelajar lain ke arah kebaikan.
Saya juga bersyukur kerana mereka memahami tugas saya sebagai seorang Ketua Pengawas
terutama di dalam musim COVID-19 ini. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
Tuan Pengetua, barisan pentadbir dan guru-guru disiplin atas sokongan dan bimbingan mereka
terhadap Lembaga Pengawas sepanjang tahun. Saya juga ingin mengambil kesempatan
menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf kepada guru-guru dan para pelajar jikalau saya
telah melakukan apa-apa kesilapan sepanjang saya berada di sekolah ini.Pengalaman ini akan
tersemat di jiwa saya buat selama-lamanya. Tidak ada sesiapa yang dilahirkan berdisiplin.
Teruskan usaha untuk kita sama-sama meningkatkan prestasi SMK Dengkil,
Anugerah Khas
GURU CEMERLANG KOKURIKULUM
KATEGORI BADAN BERUNIFORM (PEREMPUAN)
Penapaian:
1. Guru Pengiring VIRTUAL INTERACTIVE INTERNATIONAL LANGKAWI
GEOPARK ECO SCHOOL CHALLENGE 2020
2. Menyertai MALAYSIAN SCOUT VIRTUAL RUN & HIKE (2021) Peringkat
Kebangsaan
3. SEKRETARIAT PENGAKAP UDARA NEGERI SELANGOR - JURULATIH (2020-
2021)
4. PENARAF PENGAKAP RAJA PPM SELANGOR (2018-2021)
5. UJIAN LENCANA METEOROLOGI PENGAKAP REMAJA UDARA NEGERI
SELANGOR SECARA DALAM TALIAN 2021
6. JURULATIH KURSUS LENCANA AHLI UDARA KELAS I (2021)
7. JURULATIH KURSUS LENCANA AHLI UDARA KELAS ii (2021)
8. PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH TUGAS-TUGAS KHAS MUDA.(2018-
2021)
9. PASUKAN LATIHAN DAERAH PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
DAERAH SEPANG (2018-2021).
Anugerah:
1. PINGAT PERKHIDMATAN BAIK PERINGKAT KEBANGSAAN
2. PINGAT RAJAWALI PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN
Anugerah Khas GAMBAR
GURU CEMERLANG KOKURIKULUM
KATEGORI BADAN BERUNIFORM (LELAKI)
Pencapaian:
1. Penceramah Lencana Ahli Udara Kelas 1 Peringkat
Kebangsaan- 2021
2. Penceramah Ahli Udara Kelas 2 Peringkat Negeri Sembilan-
2021
3. AJK Program PPM Selangor 2018 - kini
4. AJK Sekretariat Pengakap Udara Selangor (SPUN)
5. Penaraf Pengakap Raja - 2019
6. Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah 1993 - kini -
Melahirkan Pengakap Raja / Rambu Pengakap Remaja/ Muda
7. Penyelaras Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah
8. Jurulatih Olahraga Sekolah
Anugerah:
1. Pingat Rajawali Perak Peringkat Kebangsaan-PPM 2020
2. Pingat Perkhidmatan Baik Peringkat Kebangsaan- PPM 2019
3. Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara Peringkat Kebangsaan-2018
Jasamu Dikenang
ENCIK GUNASEKARAN A/L VADIVELOO
Anak jati kelahiran Selangor ini dilahirkan pada tanggal 15 Mac 1960 di Jinjang
Selangor. Mendapat pendidikan awal di SJK(T) Ampar Tenang dan Banting sebelum
meneruskan pengajian ke Universiti Malaya. Antara pentadbir paling lama berkhidmat
di SMK Dengkil bermula dari 1 Disember 1993 sehingga Mac 2020.
Berpegang kepada kata-kata “genggam bara api, biar sampai jadi arang”, beliau
merupakan seorang pendidik yang sangat komited, mudah bertolak ansur dan
Jasamu Dikenang
DATIN MUGIAH BINTI AHMAD
Datin Mugiah binti Ahmad dilahirkan pada 30 Julai 1960 di Batu
Pahat, Johor. Mendapat pendidikan awal di sekitar Johor sebelum menjejak-
kan kaki ke Menara gading Universiti Putra Malaysia. Menabur bakti
perkhidmatan selama 10 tahun di bumi SMK Dengkil sebelum bersara pada
29 Julai 2020. Jasa serta komitmen beliau yang tinggi dalam bidang pendidi-
kan bak buih di lautan, tidak mampu dibalas.
Jasamu Dikenang
PUAN ROHANA BINTI GOON
Dilahirkan pada tanggal 03 September 1961 di Tasik Junjong, Seberang Perai
Selatan, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan awal di sekitar Pulau Pinang sebe-
lum ke menara gading menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian
dari Universiti Malaya pada tahun 1986. Memulakan kerjaya sebagai seorang pen-
didik pada 18 Ogos 1993 Di SMK Telok Gadong, Klang, Selangor. SMK
Dengkil merupakan destinasi terakhir sebagai Penolong Kanan Petang sebelum
menamatkan perkhidmatan Selama 28 Tahun Pada 03 September 2021. Terlalu
banyak jasa dan budi warga SMKD. Sebaik sahaja melabuhkan dua kaki di bumi
Dengkil ini , kekok pada mulanya bagai cepat berlalu. Daripada seorang asing
tetiba diri terasa bagaikan keluarga. Segala masalah yang membebankan terasa
ringan. Ukhwah yang terjalin menguatkan semangat untuk terus berbakti sehingga
LAMBAIAN BUDI
Nama saya Halil bin Badli @ Jaafar. Saya dilahirkan 58 tahun yang lalu iaitu pada “Ikatan ukhwah tali
27 Oktober 1963 di Kuala Selangor. Saya telah berkahwin dan mempunyai 4 orang persahabatan,
anak, serta 5 orang cucu. Awal persekolahan saya ialah di SK Jalan Raja Musa, Kuala
Selangor, dan bersekolah di peringkat menengah di SMK Seri Tanjung, Kuala Teguh terjalin kekal
Selangor. kemesraan.”
Saya memulakan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada 1 Januari 1985 - HBJ-
sebagai Guru Penolong di SK Ulu Bernam, Perak. Setelah 7 tahun berkhidmat di
sekolah tersebut, pada 1 Disember 1991, saya telah bertukar ke SK Sungai Terap,
Selangor sebagai Guru Pendidikan Khas. Setelah itu saya ditempatkan semula ke
SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor pada 1 Jun 1999. Pada 1 Januari 2000 saya
diarahkan bertukar ke SMK Pengkalan Permatang sebagai Penolong Kanan
Pendidikan Khas hinggalah pada 1 Januari 2005 saya diarahkan untuk bertugas di
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor sebagai Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah Pengurusan Sekolah.
Pada 16 November 2011 saya sekali lagi diarahkan untuk bertukar ke Pejabat
Pendidikan Daerah Klang sebagai Ketua Unit Bahasa Melayu. Setelah tamat
menghadiri Kursus NPQEL Ambilan 1 Tahun 2016, saya ditempatkan sebagai
Pengetua di SMK Dengkil pada 12 Februari 2018 hinggalah 16 Jun 2020 iaitu selama
2 tahun 4 bulan dan 3 hari. “Kusangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan di
Tengah hari”. Di hujung perkhidmatan saya, saya diarahkan untuk bertukar sekali lagi
ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk menjawat jawatan Ketua Penolong
Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas.
Sepanjang tempoh bertugas di SMK Dengkil saya telah menimba pelbagai
pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan dan pentadbiran organisasi yang
banyak membantu saya meneruskan karier sebagai pentadbir pendidikan. Di sini juga
saya telah bertemu dan berkerjasama dengan satu pasukan yang
mempunyai kejelekitan yang erat yang akan saya ingati sampai bila-bila.
LAMBAIAN BUDI
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga SMK Dengkil
Puasku cuba menyanyi puisi sendiri Di setiap pertemuan ada ceritanya
Keheningan malam sepi sunyi menyelubungi dan di setiap perpisahan ada kenangannya...
Inginku menuruti jejak jiwa yang berlalu kenangilah daku
Tapi tak bisa kerana belum tiba waktu
Sabar….. janganlah kau kuburkan memori kita
cuba tenangkan diri sendiri di kamar yang bisu.. percayalah,memori tika bersama sukar dicipta
Diam seribu Bahasa
biarkan pena berbicara.. pemergianku ini tidak lain
Waktu berlalu tidak terasa, hanyalah untuk mencari keredhaan Ilahi
dibuai mimpi cinta yang fana
di saat kaki ini melangkah maafkan diriku
meninggalkan bangunan yang bersejarah andai diriku menyakitimu
dan membawa bersama segenggam tabah
berbekalkan semangat dan azam yang tinggi andai buruk perilaku ku
kaki ini melangkah pergi andai hodoh tabiatku
membawa bersama memori
yang tersimpan kemas di dalam hati andai terkasar pertuturanku
ketahuilah diriku ini hanyalah insan biasa
yang tidak pernah lepas dari dosa
harapan hatiku hanya satu
doakan kebaikan untuk diriku
Rindu Dengkil nasihatkan aku selalu
Sayang Dengkil kerana aku masih memerlukan kamu
dalam mengharungi liku-liku kehidupan
Walau ranjau perjalanan ini tidak kekal selamanya
Walau kita tahu kesudahan di mana arah tuju kita
Tapi kesabaran dan keikhlasan
jadi penguat semangat dalam diri…
Sekalung penghargaan juga ingin saya berikan kepada guru-guru dan rakan-rakan pentadbir
yang sama-sama mengurus dan mentadbir segala urusan di sekolah. Jasa baik, kerjasama
dan kasih sayang yang telah diberikan oleh semua guru di SMK Dengkil. Banyak yang telah
dipelajari di sini. Saya doakan semua berjaya dalam apa jua yang dirancang atau dilakukan .
Inginkan mutiara selamilah lautan, inginkan bahagia tempuhilah penderitaan, inginkan
kejayaan relailah pengorbanan. Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya
terkandung seribu kemanisan..
"Kadang-kala Allah jarakkan hubungan kita, kemudian dia datangkan pula dengan dugaan.
Puas kita mencari di mana teman kesayangan kita, rupa-rupanya Allah hendak hadiahkan
kita sebuah kerinduan yang berpanjangan."
NORLIZA HAJI MOHD NOAH
Pengetua
SMK Pandan Mewah, Ampang
Mantan PK HEM
(16 Julai 2016-29 September 2020)
LAMBAIAN BUDI
Saya berkhidmat hampir selama 8 bulan 4 hari (2 November
hingga 13 September 2021) sebagai PK HEM di SMKD.Saya
cuba membuat yang terbaik terutama dari segi perubahan dari
aspek keceriaan dan keselamatan SMKD .
Sekalung peghargaan kepada rakan pentadbir dan guru-guru yang
memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus Unit
HEM dan sememangnya tuan/puan yang terbaik begitu juga
dengan warga SMKD.
Saya ingin memohon maaf atas segala kekhilafan samada secara
sengaja ataupun tidak sengaja dari segi pertuturan mahupun per-
buatan jika ada kerana yang sempurna adalah milik Allah SWT
dan segala kekhilafan serta kelemahan datangnya dari diri saya
sendiri.
Saya doakan seluruh warga SMKD sentiasa berada dalam rah-
mat dan kasih Allah SWT, dimurahkan rezeki dan diberikan
kesihatan yang baik, dijauhkan wabak Covid 19.
LAMBAIAN BUDI
Merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang berasal dari
Kuala Lumpur. Memulakan perkhidmatan di SMK Benta, Pahang pada
1998 sebelum berkhidmat di SMK Dengkil selama 20 tahun. Kini
meneruskan perkhidmatan sebagai PK Petang di SMK Dato’ Abu Bakar
Baginda.
Detik awal berkhidmat di SMK Dengkil, dilantik sebagai Guru
Ketua Rumah Sukan (Kuning). Banyak pengalaman indah yang tidak
dapat dilupakan sepanjang hari-hari sebelum menjelang Hari Sukan
Sekolah. Banyak ilmu yang dipelajari dari para pentadbir yang silih
berganti dan akan sentiasa dijadikan panduan. Ramai rakan-rakan yang
susah senang bersama, sentiasa berada di sisi, menjadi pendengar
s etia, rakan gelak ketawa dan sebagainya. Kalian akan tetap menjadi
memori terindah sepanjang hidup ini. Anak-anak murid yang terdiri dari
pelbagai latarbelakang dan kaum, pelbagai cabaran perlu dihadapi
dalam mendidik, namun keletah mereka sentiasa di hati. InshaAllah
semua menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.
Akhir kata, SMKD akan sentiasa tersemat di hati kecil ini.
Sayang SMKD. Sayang semua..
SAPLUAINN A
KAMSARI
TUNJANG SMK DENGKIL
SELAMAT DATANG PENGETUA KE-16
“Seorang yang pantang dicabar dan sentiasa melaksanakan sesuatu tugas dengan sehabis
baik, menjadi pemacu utama untuk beliau sentiasa bergerak ke hadapan dalam
menghadapi segala cabaran sepanjang 30 tahun perkhidmatan sebagai seorang guru”
DILAHIRKAN di Sungai Balang Besar, Muar pada 26 Febru- KERJAYA pertama sebagai seorang guru bermula di SMK
ari 1965 dan kini menetap di Bandar Baru Salak Tinggi bersa- Wangsa Maju, Seksyen 2, Kuala Lumpur(1992). Seterusnya
ma pasangan hidup En. Malek bin Musa(58). Dikurniakan 6 berpindah ke SMK Jugra di Banting Selangor(1994), SMK
orang cahaya mata; Amirah binti Malek(30), Amirul Hakimi Cheras Perdana(1997) dan SMK Putra Perdana pada tahun
bin Malek(28), Lukman Hakim bin Malek(24), Muhammad 2009. Menjawat jawatan GKMP(2010) dan Penolong Kanan
‘Izzat bin Malek(22), Nur Adlina binti Malek(20), dan Harith Kokurikulum(2013) di sekolah yang sama sebelum dinaikkan
Adam bin Malek(13). Gemar melakukan aktiviti mengemas pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(2017)
dan mereka hiasan dalaman sebagai hobi yang sangat dimi- dan Penolong Kanan Pentadbiran(2018) di SMK BBST, Se-
nati. pang Selangor. Beliau seterusnya menjadi Pengetua SMK
Dengkil mulai tahun 2020 sewaktu pandemik Covid19 hebat
melanda negara.
MENERIMA Pendidikan awal di SK Angkatan Tentera dan
menamatkan tingkatan 5 di SMK Sultanah Engku Tun Ami-
nah, Johor Bahru. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian TUGASAN berdepan dengan mayat sebenar yang tidak
Asasi Sains di Universiti Malaya selama 2 tahun dan berjaya selari dengan naluri diri memaksa saya menukar jurusan
menggengam segulung Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Perubatan yang diminati kepada jurusan Botani semasa di
Botani di Fakulti Sains UM pada tahun 1989. Mengambil Universiti Malaya. Percaya ianya adalah kehendak Ilahi, jalan
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Te- untuk menceburi bidang perguruan terbentang luas, apabila
menggong Ibrahim, Johor Bahru(1992) dan berjaya mendapat tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang
menamatkan Program National Professional Qualification for merupakan titik tolak sebelum bergelar seorang Cikgu.
Educational Leaders (NPQEL) di Institut Aminuddin Baki, Ban-
dar Enstek pada tahun 2018.
SERONOK berkerja dengan ramai pengetua men- perlu diisi secara manual di atas kertas, memakan ruang
penyimpanan yang banyak, dan maklumat agak terbatas un-
dorong saya untuk mencuba sendiri membawa suatu peru- tuk diakses. Guru sekarang juga lebih berperanan sebagai
bahan yang bermakna kepada sesebuah sekolah, berbekalkan pemudah cara berbanding guru dulu yang merupakan sumber
pengalaman sebagai seorang guru, pentadbir dan ilmu yang ilmu kepada anak murid.
diajar oleh Yayasan Amir dan NPQEL.
TERSOROK itu persepsi pertama saya sewaktu menje- KEMAHIRAN ICT dan ilmu kaunseling, antara kemahiran
jakkan kaki ke SMK Dengkil. Banyak perkara baharu
penting yang semua guru perlu ada, di samping itu, guru perlu
senantiasa berfikiran positif dan proaktif berdepan dengan
diketahui, ada di SMK Dengkil. Pada asasnya SMK Dengkil suasana yang semakin mencabar dalam bidang pendidikan
merupakan sekolah yang besar, lengkap dengan dewan yang zaman sekarang.
besar dan padang untuk aktiviti sukan. Mungkin disebabkan
lokasi sekolah di hadapan laluan yang sibuk menyebabkan
kemudahan tersebut tidak disedari tanpa memasuki ke dalam SEMANGAT
kawasan sekolah. Saya sentiasa menganggap kerja itu sebagai suatu ibadah dan
akan cuba menjadikan apa jua tugas yang diterima, seronok
SUKA dengan pelbagai bakat guru yang ada di SMK Dengkil, untuk dilakukan. Sentiasa menganggap masalah itu sebagai
ianya merupakan aset yang sangat berharga kepada pihak suatu cabaran dan kita perlu sentiasa teruja apabila meneri-
sekolah dan mungkin dapat digilap dan di ketengahkan supa- ma cabaran barulah kita dapat mengekalkan semangat dalam
ya dapat mengharumkan nama sekolah pada masa akan da- menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru.
tang.
Tiga perkataan menggambarkan SMK Dengkil: BERPOTENSI,
PERANCANGAN yang sedang diusahakan setakat ini adalah UNIK DAN MENCABAR
projek untuk melengkapkan sekolah dengan kelengkapan
CCTV sekitar kawasan sekolah dan PA sistem di blok akade- Tiga perkataan mencerminkan diri pengetua:
mik. Saya percaya, kemudahan tersebut akan dapat memban-
tu menyelesaikan beberapa masalah dan menjadi pemangkin BERSEMANGAT, KENTAL DAN BERUSAHA .
dalam kemenjadian murid dan sekolah.
PENDAPAT saya untuk sesebuah sekolah menjadi sekolah
yang terbaik, ianya tidak hanya diukur dari segi kecemer-
langan akademik semata-mata. Kemenjadian murid dan pem-
bentukan sahsiah yang baik juga perlu diutamakan. Setiap
murid juga perlu diberikan peluang untuk mengembangkan
bakat dan potensi diri selaras dengan kemajuan negara.
PENAMBAHBAIKAN yang mungkin KPM boleh pertim-
bangkan adalah mengadakan peruntukan yang khusus untuk
meningkatkan kemudahan sekolah setiap tahun. Peruntukan
ini juga penting untuk menukar ganti segala kemudahan yang
usang seperti peralatan ICT dan lain-lain.
CABARAN getir yang pernah saya hadapi adalah semasa ‘‘Guru perlu ada rasa untuk belajar dan
mentadbir SMK BBST yang sedang dalam fasa pelaksanaan sentiasa berfikir bahawa cabaran dan masalah
Sekolah Amanah. Saya perlu cepat belajar banyak perkara itu mampu menjadikan kita lebih matang.
baharu dan berkerja sehingga lewat malam dan sentiasa be- Pengalaman menempuh segala cabaran itu
rusaha supaya guru dapat menerima konsep Sekolah Ama-
nah. Meskipun begitu, ianya banyak mengajar saya untuk ’’akan menjadikan diri kita lebih berharga.
berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ber-
sesuaian dengan sekolah dan pengalaman itu juga memberi
dorongan untuk saya berkhidmat di SMK Dengkil.
PERBEZAAN peranan dan beban guru berbanding dulu dan
sekarang tidak jauh beza, cuma sekarang guru dimudahkan
dengan pelbagai laman sesawang, aplikasi dan kecanggihan
ICT. Berbanding 30 tahun yang lepas, kebanyakan maklumat
Aktiviti Perantis Servis Automotif
Aktiviti Perantis Jahitan
Aktiviti Perantis Bakeri
&
Panorama Bilik Khas
-
Panorama Bilik Khas
PENGETUA
PUAN SALINA
PK PENTADBIRAN PK HEM PK KOKURIKULUM
PUAN ZURAIDAH PUAN SITI KHAIRANI ENCIK ABDULLAH
PK PETANG PENYELARAS PPKI GKMP TEKNIK &VOKASIONAL
USTAZ ZOL AMRI PUAN RANITAH PUAN ZURITA
GKMP BAHASA GKMP SAINS & MATEMATIK GKMP KEMANUSIAAN
PUAN ARKIAH PUAN PREMMALAH PUAN NURUL FADZNIDA
PN. SITI KALASOM PN. NAZARIAH PN. ZAKIRAH PN. NURHAFIZAH
EN. AZROY PN. HARISNA PN. SUHAIDA EN. ROSLI
PN. NURHASMIRA PN. NATRAH EN. MUIZ PN. NUR AMALINA
EN. ANAS PN. NOR HAFIZAH
PN. AIDA PN. ANIZA PN. ASLINDA PN. AZIAN
PN. CLARA PN. DAYANG EN. FAZUDDIN EN. FIEZWAN
EN. HAFIZ PN. HAFIZA PN. HALIFAH PN. HALIMAH
PN. INTAN PN. KALYANI PN. KARTINI PN. KHALIJAH
PN. LAW YOKE LIN PN. MARIANI CIK MARDZIANA PN. MAZIAH
PN. MAZNIAH PN. NANI MARLINA PN. NG LAY KEIN PN. NOR AFIDA
PN. NOR AINI PN. NOOR LIDAH PN. NORLALY PN. NORPISHAH
PN. NORSUHANIEZ PN. NOR AZILAH PN. NORFAZLIANA PN. NURHANIM
PN. NURKAMARIAH PN. SARIANI EN. RAHIM PN. RASHIDAH
PN. ROHANI EN. ROSSALIM PN. ROZIAH PN. RUSLINA
PN. SAFIA PN. SHAHARIZAN PN. SHAMSIAH PN. SITI AISYAH
PN. SITI FAZILAH PN. SITI MERIAM PN. SITI SALWA PN. SUHANA
PN. SUKARNI PN. SURIA PN. TA’AYAH PN. VIJAYA
PN. VILOGINY PN. WAN NAZDALIFAH PN. WIRDAYATY PN. YAMUNA
PN. YUHANIS PN. ZURAINI
EN. AFIQ PN. SYAKIRA ALIA EN. AZAMUDDIN PN. AZILAH
PN. NOR AZIMA PN. BUNGA TIGA EN. CHANDRAN PN. CHE HASMAH
PN. ERADILLA PN. EZRIN PN. FAIDZAN CIK FATIN KHAIRANI
PN. FATIN AYUNNI PN. HANIMAH EN. KHAIRUL LIZAM EN. MAJDI
PN. MARDHIAH PN. MARIATI PN. MARIYAM HJ. MOIHAN
PN. ADILA ILANI PN. NIK ZARIHAN PN. NIK NORFADZLIDA PN. NOR HARLINA
PN. NORZAILINDA PN. NURHANI PN. PARTINA PN. ROSHILA
PN. ROSLINA PN. NORSHALINDA PN. SITI NOOR PN. SITI SURIANI
EN. THAMBIRAJAH PN. WAN KHUZAIMAH PN. WONG SOOK CHIN CIK ZAIDATUL
PN. ZAINAB EN. ZAKIAMANI PN. ZURINA
Pendaftaran Tingkatan 1 (Welcome Drink) Ceramah Manisnya Menjadi Gadis
Lawatan Penandaarasan Pengawas
Orientasi Tingkatan 1 & Peralihan Sambutan Hari Guru Dan Muhibbah Raya
Persiapan Bantuan Awal Persekolahan & Program Jom Kira Kalori Anda
Ceramah Motivasi
Penyediaan Tabung Kebajikan Program Pembugaran PRS
Pengurusan Stress Rawatan Gigi (6 Minggu)
Minggu Kerjaya
Pendaftaran Online Kokurikulum Merentas Desa Peringkat Sekolah
Lawatan Kerjaya
Pelancaran Jom Ke Sekolah: Suntikan HPV Tingkatan 1 (P)
Permuafakatan KPM & PDRM Ceramah ATHAM
Pelancaran Program Pembugaran Latihan Kebakaran
Sahsiah Diri Murid Pentaksiran Psikometrik
Pelancaran Program Pembangunan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)
Insan
Pelancaran Budaya Penyayang & Suntikan ATT Tingkatan 3
Mentor Mentee Sukantara
Pengemaskinian Blog ATHAM
Kursus Kepimpinan Pengawas Saringan Thalasemia Tingkatan 4
Program DWEN
Watikah Pelantikan Pengawas Kejohanan Olahraga
Kursus Asas Pengurusan PSS Perkhemahan Perdana Badan Beruniform
Pertandingan Keceriaan Dan Kelas
PA21 2021
Karnival Permainan / Pertandingan
Pelancaran Program Integarsi Bahasa
(PIB Permainan Atas Talian
Kempen Tandas Bersih Hari Bertemu Pelanggan
Kursus Kepimpinan Ketua Kelas
Kejohanan Mini Olimpik
Pelancaran Sukses SPM Pertandingan Kawad Kaki
Pelancaran Program Kesihatan Sambutan Hari Orang Asal SMKD
Pelancaran Minggu Anti DARVIH Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)
Ceramah Bebas Denggi Percubaan SPM
Aktiviti Fogging
Ceramah Remaja & Undang-Undang Pemulangan Buku Teks T1/T2/T4
Pelancaran Ambang Ramadhan Peperiksaan Bertulis DELF Scolaire
Program Jati Diri 2 Pengawas Majlis Apresiasi Kokurikulum
Penetapan Target
Mesyuarat Agung Kelab Persatuan / Majlis Apresiasi Badan Pengawas
Badan Beruniform / Sukan & Per- Pemulangan Buku Teks T3
Taklimat Kemasukan Ke KV
mainan / Rumah Sukan
Program Gaya Hidup Sihat
Taklimat Meritokrasi Tingkatan 5
Analisis SPM 2020
BIL MATA PELAJARAN 2019 2020 BEZA
1 Bahasa Melayu Peratus GP Peratus GP Peratus GP
2 Bahasa Inggeris 84.87 5.08 76.21 5.84 -8.66 -0.76
73.23 6.58 70.79 6.96
-2.44 -0.38
3 Pendidikan Agama Islam 85.04 4.68 75.54 5.52 -9.5 -0.84
4 Pendidikan Moral 59.26 5.95 62.88 6.28 3.62 -0.33
5 Sejarah 67.92 6.57 70.45 6.49 2.53 0.08
6 Matematik 63.18 6.19 59.86 6.42 -3.32 -0.23
7 Sains 80.44 5.85 76.26 6.24 -4.18 -0.39
8 Pendidikan Seni Visual 100 4.42 100 4.77 -0.35
9 Matematik Tambahan 60.71 6.82 54.93 7.00 0 -0.18
10 Prinsip Akaun 83.54 6.39 82.08 6.08 -5.78 0.31
11 Perniagaan 88.43 4.88 98.81 6.45 -1.46 -1.57
12 Ekonomi 81.08 6.92 10.38
13 Sains Rumah Tangga 100 6.45 90.91 6.36
14 Sains Komputer 100 2.29 100 6.24 -9.09 0.09
15 Fizik 100 4.52 96.97 4.64 0 -3.95
16 Kimia 96.55 4.86 93.94 6.00 -0.12
17 Biologi 93.1 5.38 100 6.09 -3.03 -1.14
18 Bahasa Cina 100 4.79 100 4.55 -2.61 -0.71
19 Bahasa Tamil 100 3.78 100 3.74 6.9 0.24
20 Produksi Multimedia 100 4.85 100 4.21 0.04
21 Kesusasteraan Tamil 100 2.69 100 2.82 0 0.64
22 Bahasa Arab 100 3.73 100 4.22 0 -0.13
23 PQS 100 2.62 100 2.33 0 -0.49
24 PSI 100 3.33 100 3.50 0 0.29
0 -0.17
KESELURUHAN 65.69 5.63 68.49 6.06 0
0 0.43
2.8
Nama Pelajar Cemerlang SPM 2020
ALIRAN SAINS 11A
9A
1 LOH CHUAN BIN 8A
2 TEO YI YUN 8A
3 SEE ZHI XIANG 7A
4 ELAKEYA A/P JAHENDRAN 7A
5 ABIRAMI A/P GUNASEGERAN 6A
6 HESHALINI A/P A MURUGAN
7 HEW KAH KEAT 5A
5A
ALIRAN TEKNOLOGI 5A
5A
1 TNEO HUI SHI
2 LIM JIA XIN 11A
3 DHANALETCHUMY A/P SUBRAMANIAM 7A
4 KASTURI A/P P.RAVI 6A
5A
ALIRAN AGAMA
3A
1 UMI KALTHUM BINTI NORMAN 1A
2 WAN NOOR AINA SYAMIMI BINTI WAN MD YUKI
3 NORZAHIRAH BINTI SHAFIE 2A
4 MAWADDAH IRDINA BINTI MAHADI 2A
ALIRAN MPV
1 ESHA BINTI PENTAL
2 MUHAMMAD FAHARUL IZAN
ALIRAN KEMANUSIAAN
1 ELLYSA RIYANTO
2 LIM JIA SIEW
Inspirasi SMKD
Puan Kalyani A/P Murugiah