The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fyrafys, 2022-05-26 13:12:44

E FOLIO

E FOLIO

MPU 21032:PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN.

DR.CHAN SUET FONG
SESI 2021/2022

TAJUK:1.Definisi perlembagaan
persekutuan.
2.Sejarah/Latar belakang
pelembagaan persekutuan.
3.Kandungaan perkara
utama dalam pelembagaan
persekutuan.
4.Cabaran terhadap
perlembagaan.

NUR FARAH AFINA BT
MUHAMMAD HATA

15DPB21F2002

NUR SYAFIQAH BINTI
ABDULLAH

15DPB21F2003

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
1.0 PENGENALAN SURAT

1

1.2 DEFINISI 2
PERLEMBAGAAN 3-5
6-7
1.3 SEJARAH PENGUBALAN
PERLEMBAGAAN 8-10

1.4 PERKARA-PERKARA 11
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

2.0 LATAR BELAKANG
SEJARAH PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN

2.1Sejarah Penggubalan
Perlembagaan Persekutuan

PERKARA MUKA
SURAT

2.3 Ciri Utama 12-13
Perlembagaan
Persekutuan

2.4 Pindaan Perlembagaan 14-16

Persekutuan 1963 dan 1965

2.4 Perlembagaan 17-23
mengandungi 16

Bahagian.

3.1 CABARAN 24
TERHADAP 25
PERLEMBAGAAN

KESIMPULAN

1.0 PENGENALAN

• Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu ,
beberapa negeri di Tanah Melayu telahpun
mempunyai sistem pemerintahan masing-masing
dan tersendiri.

• Perkara ini dapat dilihat pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka yang mengamalkan undang-undang
Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka.

• Sementara itu,negeri-negeri yang lain mengamalkan
adat tradisional , iaitu Adat Temenggung dan Adat
Pepatih.

• Adat pepatih biasanya diamalkan di Negeri
Sembilan dan Melaka.

• Masyarakat Melayu tradisional mementingkan adat
dalam kehidupan mereka.

• Situasi ini mengambarkan telah wujudnya suatu
sistem yang mengawal dan mengatur tata cara
hidup masyarakat pada masa itu.

• Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahu
1957 dan dikemaskinikan setelah terbentuknya
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

1.2 DEFINISI PERLEMBAGAAN

• Perlembagaan Malaysia secara
rasminya Perlembagaan Persekutuan
Malaysia ialah undang-undang utama
di Malaysia mengandungi 183 perkara.

• Ia merupakan satu dokumen undang-undang
bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua
dokumen terdahulu iaitu Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948
dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

1.3 SEJARAH PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN

Perlembagaan ini telah dirangka
berdasarkan nasihat daripada
Suruhanjaya Reid yang telah melakukan
kajian dalam tahun 1956.

Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa
sejurus selepas kemerdekaan pada 31
Ogos 1957.

Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan
yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga
6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan
delegasi daripada Persekutuan Malaya yang
mengandungi empat wakil pemerintah iaitu ketua
Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga
menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi
British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

Untuk meminda perlembagaan, satu
majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju
kepada pemindaan ini memerlukan
persetujuan pada kedua-dua dewan di
parlimen.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaa
n_Malaysia

• Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi,
perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun
selepas kemerdekaan sehingga 2005.

• Seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau
menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada
sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen
sebenar telah dicairkan".

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

Menurut Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan
Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu:

• Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen
Malaysia dan perkenan daripada Majlis Raja-Raja;

• Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen
serta persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan
Sarawak;

• Melalui sokongan majoriti mudah satu perdua ahli
Parlimen;

• Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.

Walaupun Perlembagaan boleh dipinda untuk
kepentingan rakyat dan negara, tetapi terdapat
beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:

• Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi
Persekutuan.

• Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan
Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

• Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi.

• Soal berkaitan kerakyatan.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/P
erlembagaan_Malaysia

1.4 Berikut merupakan senarai Perkara-
Perkara Perlembagaan Persekutuan yang
disenaraikan mengikut empat cara
pindaan:

Sokongan majoriti ⅔ ahli Parlimen dan perkenan Majlis
Raja-Raja
• Kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di

Sabah dan Sarawak
• Kepentingan sah kaum lain

• Hak-hak dan kedaulatan Raja-raja Melayu

• Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja

• Hal ehwal agama Islam

• Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

• Kewarganegaraan

• Keistimewaan Parlimen

• Perubahan sempadan antara negeri di Semenanjung
Malaysia.
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

Sokongan majoriti ⅔ ahli Parlimen dan persetujuan Yang di-
Pertua Negeri Sabah & Sarawak

• Hak warganegara Sabah dan Sarawak menjadi warganegara
Malaysia

• Pemberian royalti oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah
dan Sarawak

• Perlantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan
Sarawak

• Soal berkaitan agama, bahasa dan keistimewaan Bumiputera
Sabah dan Sarawak

• Kuasa perundangan negeri

Sokongan majoriti mudah ½ ahli Parlimen

• Bentuk sumpah ikrar

• Perlantikan dan persaraan ahli Dewan Negara

• Peruntukan tambahan mengenai kewarganegaraan

• Persempadanan kawasan pilihan raya

• Perlaksanaan perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan
dengan negara-negara lain

Sokongan majoriti ⅔ ahli Parlimen
• Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana cara

pindaan di atas.

2.0Latar Belakang Sejarah
Perlembagaan Persekutuan

• Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi
sebagai teras pemerintahan sesebuah negara

• Sebelum kedatangan British, negara kita diperintah
berdasarkan pemerintahan beraja

• Raja perintah berdasarkan undang-undang dan peraturan
yang digubal

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

Asas Pembentukan Perlembagaan

Undang- • Raja sebagai pemerintah

undang • Rakyat memberi ketaatsetiaan

Negeri Melayu • Undang-undang dan sistem

pemerintahan ditentukan oleh raja

• Undang-undang yang wujud pada

zaman Kesultanan Melayu Melaka

seperti Hukum Kanun Melaka dan

Undang-Undang Laut Melaka

mempengaruhi kandungan undang-

undang bertulis di negeri Melayu

termasuklah Hukum Kanun Pahang,

Undang-Undang Kedah, Undang-

Undang Johor dan Undang-Undang

99 Perak

• Sebelum kedatangan kuasa barat,

negara kita mempunyai undang-

undang dan adat Melayu yang

menjadi panduan kepada raja dan

pembesar dalam proses

pemerintahan negara

Undang- • British memperkenalkan undang -
Undang undang di Negeri-Negeri Selat
Inggeris (NNS) yang dikenali sebagai
Charter of Justice

• Diambil daripada undang-undang
yang digubal di England

• Piagam terpilih yang bersesuaian
dengan kegunaan NNS sahaja
diguna pakai

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

• Sarawak - Di Sarawak pula terdapat
The Sarawak Application of Laws
Ordinance 1949 yang menggunakan
The Common Law of England.

• Ogos 1956, Perlembagaan Sarawak
beri kuasa pada badan Council Negri
(Majlis Negeri) terdiri 45 ahli dan
pengerusi Ketua Setiausaha

• Majlis Tertinggi dipengerusi Gabenor,
anggota lain Ketua Setiausaha,
Setiausaha Kewangan, Peguam
Negara

• Perlembagaan Sarawak tahun 1959
beri kuasa pentadbiran negeri
kepada Majlis Tertinggi dan Council
Negeri

• Sabah - Di Sabah terdapat undang-
undang yang sama disebut Sabah
Application of Laws Ordinance 1951

• Majlis Undangan dan Majlis Kerja
ditubuh pada 1950

• Majlis Undangan beri kuasa pada
Gabenor untuk menggubal undang-
undang dalam pemerintahannya

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

2.1Sejarah Penggubalan
Perlembagaan Persekutuan

Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan

1877 • 1877- Majlis pertama Majlis Negeri Perak
• dipengerusikan Raja Muda Yusuf
• berperanan untuk menggubal undang-undang bagi

negeri Perak
• peranan yang sama diamalkan oleh semua Majlis

Negeri di negeri Melayu yang lain

1946 • Undang-undang NNS digubal oleh Majlis Undangan
Negeri

• Undang-undang NNMB digubal oleh Majikan
Persekutuan

• Undang-undang NNMTB digubal oleh Majlis Negeri

1948 • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 menjadi
1957 titik penting dalam pembentukan Persekutuan yang
terdiri daripada negeri-negeri Melayu, Melaka dan
Pulau Pinang

• Kandungan Persekutuan Tanah Melayu termasuklah
pentadbiran, kuasa raja Melayu, perundangan dan
kewarganegaraan

• Suruhanjaya perlembagaan ini dikenali Suruhanjaya
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau
Suruhanjaya Reid

• Perlembagaan ini disesuaikan dengan model
Westminster yang diambil dari Britain

• dikuat kuasa selepas kemerdekaan pada 31 Ogos
1957

• menjadi asas kepada perlembagaan negara kita pada
hari ini

2.3 Ciri Utama Perlembagaan
Persekutuan

1 . Ciri Tradisional

Kesultanan atau • Sultan sebagai pemerintah berdaulat
Pemerintahan Beraja • dan berkuasa penuh
• Selepas merdeka, disesuaikan
Agama Islam
dengan
Bahasa Melayu • konsep Demokrasi Berparlimen
• Yang di-Pertuan Agong sebagai
Kedudukan Orang • pemerintah tertinggi negara
Melayu dan • Peringkat negeri, Sultan merupakan
Bumiputera • ketua negeri

• Selepas merdeka, agam Islam bagi
negeri Melayu terletak di bawah
kuasa raja negeri masing-masing

• Wilayah Persekutuan dan negeri tidak
beraja , perkara ini terletak di bawah
kuasa Yang di-Pertuan Agong

• bahasa Melayu digunakan dalam
pemerintahan sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka

• menjadi lingua franca dan bahasa
ilmu

• Kini menjadi bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi Malaysia

• Sebelum merdeka, di bawah kuasa
raj dan ketua peribumi

• Selepas merdeka, Yang di-Pertuan

Kerajaan 2. Ciri Moden
Persekutuan
• mewujudkan satu sistem kerajaan
Persekutuan

• Laporan Suruhanjaya Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu
menyarankan Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri diberi kuasa

• Sarawak dan Sabah diberi beberapa
autonomi

Sistem Demokrasi • Asas demokrasi ialah pilihan raya
Berparlimen umum pertama (1955)

• tujuannya untuk memberikan
kebebasan kepada rakyat memilih
wakil pemimpin dan menubuhkan
kerajaan

Kewarganegaraan • dikenalkan pada tahun 1948
• rakyat dikategorikan sebagai rakyat

raja dan ada yang mendapat
kerakyatan British jika lahir di Melaka
atau Pulau Pinang
• kemerdekaan dan pembentukan
Malaysia lahirkan taraf
kewarganegaraan yang sama kepada
rakyatnya

2.4 Pindaan Perlembagaan
Persekutuan 1963 dan 1965

Pindaan Perlembagaan 1963

Struktur Mahkamah • mengikut model Mahkamah Tertinggi
Atasan England yang bahagi kepada
Mahkamah Atasan dan Mahkamah
Rayuan

• Mahkamah Atasan diwujudkan di
Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak
dan Sabah serta Singapura

• boleh mendengar persoalan
perlembagaan dan pertikaian antara
Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri

Pembentukan • Mahkamah Tinggi Borneo untuk
Mahkamah Tinggi • menguruskan soal kehakiman di
Borneo • Sarawak dan Sabah
• Jawatan Ketua Hakim Borneo (1963)
• diwujudkan berpusat di Kuching,
• Sarawak
• Pada tahun 1994, nama jawatan
• diubah kepada Ketua Hakim Sarawak
• dan Sabah

Jawatan Yang di-Pertua • Semasa Malaysia dibentuk, Sarawak

Negeri dan Sabah diketuai Yang di-Pertua

Negeri yang dilantik oleh Yang di-

Pertua Agong

• Yang di-Pertua Negeri perlu mengikut

nasihat Majlis Tertinggi bagi Sarawak

Pindaan Perlembagaan 1965

• Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa usul pindaan
Singapura di Parlimen pada 7 Ogos 1965

• diluluskan oleh Parlimen agar Singapura dapat keluar daripada
Malaysia

• perkara berkaitan dengan Singapura dimansuhkan dalam
Perlembagaan Malaysia (pindaan 1965) seperti imigresen,
kewangan, hubungan luar negara dan pertahanan

https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-11-02/kssm-f5-sj-
02-01/perlembagaan-persekutuan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia (“Perlembagaan”) adalah dokumen
yang paling penting di dalam negara kita kerana ia menentukan landasan
negara kita.

Perlembagaan adalah undang–undang utama negara kita. Ini bermakna ia
menentukan siapa yang boleh menggubal undang–undang, dan menghadkan
undang–undang yang boleh digubal.

Ia adalah kerana Perlembagaan menentukan cara hidup kita dan bagaimana
kita diperintah. Contohnya:

Perlembagaan menyatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia

Perlembagaan menyatakan bahawa kita boleh memilih pemimpin–pemimpin
kita

Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai Parlimen yang
menggubal undang–undang

Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai mahkamah dan para
hakim

Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai kerajaan persekutuan
dan tiga belas kerajaan negeri

Perlembagaan menyatakan bahawa hak asasi kita dijamin.

https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-11-02/kssm-f5-sj-02-
01/perlembagaan-persekutuan

2.4 Perlembagaan mengandungi 16
Bahagian.

Bahagian I: Negeri–Negeri, Agama dan Undang–
Undang Persekutuan
• Negara kita adalah sebuah persekutuan yang

dianggotai tiga belas negeri dan tiga wilayah
persekutuan.
• Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi
agama–agama lain boleh diamalkan secara aman
dan harmoni.
• Perlembagaan adalah undang–undang utama
persekutuan. Mana–mana undang–undang yang
tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

• Bahagian II: Kebebasan Asasi
• Bahagian ini menyatakan kebebasan–kebebasan asasi

yang kita miliki:
• hak untuk hidup dan kebebasan
• kebebasan daripada kehambaan dan menjadi buruh

paksaan
• kesamarataan di sisi undang–undang
• kebebasan bergerak
• kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu
• kebebasan agama
• hak untuk berpendidikan
• hak untuk memiliki harta

Bahagian III: Kewarganegaraan
Seseorang itu menjadi warganegara Malaysia dengan
cara:
• dilahirkan di sini
• berkahwin dengan seorang lelaki warganegara

Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa
warganegara Malaysia
• tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu
masa yang ditetapkan
Bahagian III juga menyatakan bagaimana kita boleh
menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan.

Bahagian IV: Persekutuan
Bahagian ini mewujudkan sistem kerajaan kita.
• Ketua Utama persekutuan adalah Yang di–

Pertuan Agongyang dipilih oleh Majlis Raja–Raja
untuk lima tahun. Majlis Raja–Raja dianggotai
oleh kesemua Raja–Raja negeri–negeri dan juga
Yang Dipertua bagi negeri–negeri yang tidak
mempunyai Raja.

• Bahagian IV juga mewujudkan Kabinet dan
pejabat Perdana Menteri.Ia juga mewujudkan
Parlimen yang terdiri daripada Yang di–Pertuan
Agongdan dua Majlis Parlimen yang dikenali
sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bahagian V: Negeri–Negeri
• Setiap negeri mempunyai perlembagaannya

sendiri dan badan perundangan yang dikenali
sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan
Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk
menggubal undang–undang tertentu. Raja–Raja
dan Yang Dipertua Negeri mempunyai hak dan
keistimewaan mereka.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

Bahagian VI: Hubungan di antara Persekutuan dan
Negeri–Negeri

• Bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di
antara persekutuan dan negeri–negeri. Terdapat
perkara di mana Parlimen persekutuan boleh
menggubal undang–undang, terdapat perkara di
mana Dewan Undangan Negeri boleh menggubal
undang–undang dan terdapat juga perkara tertentu
di mana kedua–duanya boleh menggubal undang–
undang.

Bahagian VII: Peruntukan Kewangan

• Bahagian VII menyatakan bahawa kerajaan tidak
boleh mengenakan cukai atau membelanjakan
wang kecuali melalui kuasa undang–undang.

Bahagian VIII: Pilihanraya

• Bahagian VIII menyatakan hak–hak kita sebagai
warganegara untuk mengundi pemimpin–pemimpin
kita.

• Badan yang ditugaskan untuk menjalankan
kesemua pilihanraya dan menyediakan daftar
pemilih dikenali sebagai “Suruhanjaya Pilihanraya”.
Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di–
Pertuan Agongdan sewajarnya menikmati
keyakinan umum.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

Bahagian IX: Badan Kehakiman
• Bahagian IX mewujudkan sistem kehakiman di

Malaysia dan menyatakan perkara–perkara yang
boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah–
mahkamah di Malaysia.
• Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim–
hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Persekutuan akan dilantik.

Bahagian X: Perkhidmatan–perkhidmatan Awam
Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di
Malaysia, termasuklah:
• pasukan polis
• angkatan tentera
• perkhidmatan pelajaran

Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam
seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta
kerajaan–kerajaan persekutuan dan negeri–negeri.

Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat
anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh
“Suruhanjaya–suruhanjaya” dan anggota Suruhanjaya–
suruhanjaya ini secara umumnya dilantik oleh Yang Di–
Pertuan Agong.

Bahagian X juga mewujudkan pejabat Peguam Negara.

Bahagian XI: Kuasa Khas Menentang Perbuatan
Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan
dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam
dan Kuasa Darurat

• Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal
undang–undang yang boleh membelakangi hak–
hak lain di dalam Perlembagaan semasa darurat
atau atas sebab–sebab keselamatan awam.

Bahagian XII: Am dan Pelbagai

• Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

Yang di–Pertuan Agong bertanggungjawab untuk:

• memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
dan pribumi Sabah dan Sarawak.

• memelihara kepentingan sah komuniti–komuniti
lain.

Bahagian ini juga menyatakan bagaimana pindaan
boleh dilakukan ke atas Perlembagaan.

Bahagian XIIA: Perlindungan Tambahan bagi
Negeri Sabah dan Sarawak

• Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan
Sarawak, contohnya, perizaban tanah pribumi
bagi masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak.

Bahagian XIII: Peruntukan Sementara dan
Peralihan

• Bahagian ini menerangkan bagaimana
undang–undang yang digubal sebelum
kemerdekaan masih berkuatkuasa
sehingglah Parlimen menggubal undang–
undang baru untuk menggantikan mereka.

Bahagian XIV: Kecualian bagi Kedaulatan,
dsb & Bahagian XV: Prosiding terhadap Yang
di–Pertuan Agong dan Raja–Raja

• Kedaulatan, kuasa, perogatif dan bidang
kuasa Raja–Raja dipelihara di dalam
Bahagian XIV. Di bawah Bahagian XV,
prosiding oleh atau terhadap Yang di–
Pertuan Agongatau Raja–Raja harus
dibawa di hadapan “Mahkamah Khas”.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang
mengamalkan sistem parlimen,dengan
perlembagaannya (Institusional Guild)
mengawal badan,Parlimen sebagai badan yang
bertanggungjawab membuat dan mengubah
Perlembagaan. Parlimen Malaysia terdiri
daripada tiga komponen utama;Yang di-
Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat. Kaedah pemilihan dan pelantikan ahli
Majlis Negeri dan Majlis Rakyat adalah melalui
jalan yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan
Agong dan melalui proses pilihanraya. Pakar
yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ialah
orang yang dianggap telah menyumbang
perkhidmatan dalam perkhidmatan umum,
serta orang yang difikirkan mampu
menyampaikan inspirasi rakyat minoriti di
Malaysia. Pilihan raya juga dijalankan biasanya
dalam empat sekali setahun di Malaysia untuk
memilih ahli Majlis Rakyat.

https://www.malaysianbar.org.my/article/about-
us/committees/constitutional-law-committee/menghitung-hari-ke-hari-
malaysia-hari-1-apa-itu-perlembagaan-persekutuan


Click to View FlipBook Version