Pakaian Tradisional
Bidayuh
SMK BATU KAWA
PENGAWAS PUSAT
SUMBER
Disediakan oleh: Esther Viocencia
Beatrice Thian
This template was created by Slidesgo
Pakaian Tradisional
Bidayuh
This template was created by Slidesgo
Kenalkan
Pakaian Tradisional Bidayuh merupakan suatu
keistimewaan yang sangat jelas dalam unsur-
unsur kesenian kaum Bidayuh
Warna hitam adalah warna utama dalam
pemakaian masyarakat Bidayuh.
• Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa
warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan
yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk –
makhluk halus yang jahat.
• Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan
warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan
semulajadi di waktu itu.
Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap
adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan
dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang di
hiasi dengan manik-manik halus, loceng dan syiling perak
dalam pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna
utama iaitu putih, kuning dan merah.
Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan
sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau
berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan
seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru ,
merah dan putih . Kain lilit kepala pula adalah pelengkap
hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini
This template was created by Slidesgo
Cara untuk memakai pakaian
Tradisional Bidayuh
1. Memakai sarung adat.
• Lipatan kain adat harus berada di sebelah kiri
2. Memakai baju adat
This template was created by Slidesgo
3. Memakai Sipiah
(tutup kepala)
Jangan pakai
sampai menutupi
kening dan terlalu
ke atas
4. Memakai Pangiah
(kalung adat)
5. Memakai Silapai (Syal)
Kedua ulung silapai harus
sama rata,tidak boleh
panjang sebelah
6. Memakai sot kupuang
pilak (ikat pinggang
perak)
• Ikat pinggang harus
berada di tengah
This template was created by Slidesgo
Penggunaan pakaian
tradisional Bidayuh
Upacara kebudayaan
besar-besaran
Bagi kaum Bidayuh, mereka menyambut hari
Gawai iaitu perayaan yang diadakan bagi
meraikan musim menuai padi.
Persembahan tarian
Selalunya persembahan tarian ini
dilakukan sempena meraikan
pesta Gawai dan menyambut tetamu yang
datang
melawat ke rumah panjang
This template was created by Slidesgo
Amalan ritual
Nyobeng telah dilakukan secara turun
temurun merupakan upacara adat
Hliniau iaitu
upacara adat permohonan berkat,
sejahtera, kedamaian dan ketentraman
Majlis perkawinan
Semasa majlis persandingan pengantin
lelaki dan perempuan akan memakai
baju
tradisional mereka. Dalam masyarakat
Bidayuh, mereka mengamalkan amalan
merisik dan bertunang sebelum
mengadakan perkahwinan.
This template was created by Slidesgo
Sebenarnya, pada zaman
dahulu, pakaian tradisional
bidayuh ini digunakan setiap
hari dan bertujuan untuk
melindungi badan daripada
terdedah. Hal ini berbeza
dengan zaman sekarang
yang sememangnya kita
sedia maklum mereka
memakai pakaian ini hanya
pada majlis yang besar
sahaja dan pada waktu
tertentu sahaja.
Fungsi pakaiannya
yang meluas
menyebabkan
pakaian ini masih
lagi dipakai
sehingga ke zaman
sekarang walaupun
hanya pada masa
tertentu sahaja.
Semua orang mempunyai usaha untuk mengekalkan
kebudayaan bidayuh diteruskan bagi memperkenalkan
kepada umum bahawa masyarakat di Sarawak khasnya
Bidayuh mempunyai identiti dan keistimewaan yang
tersendiri.
This template was created by Slidesgo
SMK BATU KAWA
This template was created by Slidesgo