1.0 MASA BERTUGAS SESI PERSEKOLAHAN
KELAS HARI WAKTU PERSEKOLAHAN
TAHAP 1 ISNIN - SELASA 1.15 PETANG - 6.35 PETANG
RABU - KHAMIS 1.15 PETANG - 6.05 PETANG
JUMAAT 2.15 PETANG – 6.05 PETANG
TAHAP 2 ISNIN – KHAMIS 7.20 PAGI - 1.10 PETANG
JUMAAT 7.20 PAGI - 12.10 TENGAH HARI
PRASEKOLAH ISNIN- JUMAAT 7.30 PAGI-11.30 PAGI
Tertakluk kepada pindaan
2.0 KETETAPAN KEHADIRAN
2.1 Semua guru mesti mengesahkan kehadiran setiap hari sewaktu datang dan
balik menggunakan mesin perakam waktu.
2.2 Semua guru DILARANG mengesahkan kehadiran guru-guru lain.
2.3 Semua guru masa pertama HENDAKLAH membawa murid ke kelas
sebelum pukul 7.20 sesi pagi dan sebelum 1.15 petang bagi sesi petang
dan memulakan PdP tanpa gagal.
Punca kuasa: SPI Bil 2/1981
2.4 Jika tidak hadir kerana menghadiri mesyuarat/kursus/taklimat/bengkel
HENDAKLAH memberitahu Guru Besar /Penolong Kanan Pentadbiran/
Penolong Kanan Petang sehari sebelum tarikh tersebut.
2.5 Sila PASTIKAN maklumat tercatat di papan putih pejabat.
3.0 MENINGGALKAN SEKOLAH KERANA MENGHADIRI MESYUARAT /
TAKLIMAT / KURSUS/BENGKEL/PROGRAM
3.1 Guru-guru yang menghadiri mesyuarat/taklimat/kursus/ bengkel pada
sebelah petang dibenarkan balik pada pukul 12.00 tengah hari dan perlu
mencari pengganti sekiranya ada PdP.
3.2 Guru-guru sesi petang yang menghadiri mesyuarat/taklimat pada sebelah
pagi dikehendaki berada di sekolah pada pukul 3.00 petang untuk
menjalankan PdP.
3.3 Guru-guru berkenaan HENDAKLAH meninggalkan bahan pembelajaran
terancang (latihan/nota) kepada guru relief.
3.4 Guru-guru berkenaan MESTI menulis minit curai selepas kembali ke sekolah
dan menyerahkan 1 salinan kepada Penolong Kanan yang berkaitan.
3.5 Guru berkenaan DIWAJIBKAN mengadakan kursus dalaman kepada guru-
guru terlibat dalam tempoh dua minggu selepas tarikh
mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel selepas berbincang dengan KP atau
Penolong Kanan.
3.6 Guru yang hendak keluar kawasan sekolah hendaklah meminta kebenaran
Guru Besar dan mencatat butiran dalam Buku Pergerakan Guru dan Staf
pada Waktu Bertugas. (Jika Guru Besar tiada, tanggungjawab ini diambil
oleh Penolong Kanan seterusnya mengikut hierarki)
4.0 PENGGUNAAN ‘TIME-SLIP’
4.1 Kemudahan cuti atau pelepasan bagi mendapatkan kemudahan rawatan
perubatan TIADA PERUNTUKAN dalam Perintah Am/Surat Pekeliling/Surat
Edaran yang berkuatkuasa.
4.2 Urusan mendapatkan rawatan adalah merupakan urusan persendirian
pegawai.
4.3 Pegawai hendaklah menggunakan CUTI REHAT KHAS atau CUTI TANPA
GAJI mengikut mana-mana yang layak diberikan kepadanya.
Punca Kuasa :
Surat Edaran JPA (SARAAN) 262/6/2(10) BERTARIKH 30.12.2008 Surat
Edaran KPM (PP) 0069/6/3(68) BERTARIKH 30.9.2009
5.0 TIDAK HADIR BERTUGAS
5.1 Guru tidak hadir bertugas kerana kecemasan, cuti sakit dan sebagainya
MESTI mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu dan memaklumkan
kepada Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan Petang.
5.2 Guru yang meninggalkan kawasan sekolah atas urusan peribadi/keluarga
MESTI memohon Cuti Rehat Khas sekiranya tempoh bertugasnya pada hari
tersebut tidak mencukupi separuh dari masa bertugas.
6.0 MASUK DAN KELUAR KELAS
6.1 Guru yang bertugas mingguan perlu memastikan setiap murid yang hadir
telah diambil bacaan suhu di hadapan pagar sekolah sebelum masuk ke
dalam kelas.
6.2 Guru hendaklah menepati masa untuk masuk atau meninggalkan kelas.
Punca Kuasa:
SPI Bil 2/1981 : Ketetapan Masa di Sekolah-sekolah
6.3 Guru waktu pertama hendaklah memastikan kelas berada dalam keadaan
bersih, tersusun dan ceria sebelum memulakan proses PdP.Guru perlu
membaca peraturan norma baharu KPM sebelum memerlukan sesi PdP.
6.4 Guru waktu akhir hendaklah memastikan murid-murid melakukan sanitasi
meja dan kerusi. Kelas/bilik-bilik khas yang digunakan berada dalam
keadaan bersih, sampah sarap dibuang, tingkap ditutup dan memastikan
suis lampu serta kipas ditutup. HANYA meninggalkan kelas selepas semua
murid keluar dari kelas/bilik tersebut.
6.5 Guru-guru mata pelajaran sebelum rehat hendaklah memastikan semua
murid berada di dalam kelas semasa rehat.
6.6 Guru mata pelajaran waktu pertama, selepas waktu rehat dan guru waktu
akhir HENDAKLAH memastikan murid tidak keluar kelas kecuali
kecemasan.
6.7 Guru-guru mesti memberi pas kebenaran keluar kepada murid-murid yang
hendak keluar kelas (murid lelaki seorang, murid perempuan 2 orang untuk
1 pas keluar)
7.0 KELAS-KELAS AMALI DAN PRAKTIKAL
7.1 Guru-guru waktu akhir sebelum waktu amali seperti Sains, RBT dan lain-lain
dikehendaki memastikan murid-murid beratur di luar kelas sebelum
meninggalkan kelas.
7.2 Guru-guru amali seperti Sains dan RBT, PJK dan lain-lain membawa murid
masing-masing ke makmal/bengkel/padang untuk mengelakkan kes ponteng
dalam kalangan murid.
7.3 Guru-guru PJK mesti melepaskan murid-murid 5 minit lebih awal untuk
memastikan murid terus balik ke kelas.
7.4 Semua guru PJK WAJIB memakai pakaian sukan semasa PdP Pendidikan
Jasmani. Pakaian ini boleh dipakai sepanjang hari. Walau bagaimanapun,
guru harus mematuhi kriteria pakaian sukan iaitu:
Punca Kuasa:
SP Profesional KPM 11/68 SPI Bil 6/1985
Surat Siaran KP/KPM/5 (49) bertarikh 26 Julai 2010- Kebenaran Khas
Kepada Guru- guru dan Murid- Murid yang Melaksanakan Mata
Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) Memakai Pakaian
Sukan Sepanjang Hari Berkenaan.
8.0 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP)
8.1 Guru mesti mengajar mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP)/Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 dan Rancangan
Pengajaran Tahunan sebagai persediaan untuk murid-murid menguasai
tahap pencapaian akademik.
8.2 Latihan yang diberi kepada murid-murid mestilah mencukupi dan ditanda
dengan kekerapan yang munasabah.
8.3 Guru-guru mestilah melayani murid-murid secara sama rata dan adil.
8.4 Guru-guru hendaklah memastikan diajar Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP)/Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 habis diajar kepada
murid-murid sebelum peperiksaan (Tahap 2).
Rujukan:
SPSK PK 03 – Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran
9.0 RELIEF (MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL)
9.1 Guru yang tidak hadir atas urusan tugas rasmi HENDAKLAH memaklumkan
kepada Jawatankuasa MMI sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh
bercuti /berkursus.
9.2 Semua guru hendaklah merujuk kepada jadual waktu relief di dalam buku
relief dan Telegram rasmi sekolah setiap hari.
9.3 Guru yang tidak hadir ke sekolah hendaklah menyediakan bahan PdP.
9.4 Guru-guru MESTI masuk relief tanpa gagal.
10.0 BUKU REKOD MENGAJAR (BRM)
10.1 Guru-guru hendaklah menulis Rancangan Pengajaran Harian di dalam Buku
Rekod Mengajar setiap hari bermula dari hari pertama persekolahan dengan
spesifikasi yang ditetapkan.
10.2 Guru-guru dibenarkan menaip dan mencetak Rancangan Harian serta
menampal dalam BRM
10.3 BRM MESTI dihantar kepada Guru Besar atau pentadbir yang ditetapkan
setiap hari Jumaat (akan ditanda dan disemak pada Rancangan Harian hari
Isnin berikutnya).
10.4 Guru-guru yang gagal berbuat demikian MESTI berjumpa dengan Guru
Besar atau pentadbir yang ditetapkan menyerahkan BRM pada hari Isnin
berikutnya. Kegagalan penghantaran BRM selama dua minggu berturut-
turut, guru berkenaan hendaklah menulis surat tunjuk sebab kepda Guru
Besar.
10.5 Guru-guru yang kehilangan BRM dikehendaki melaporkan kehilangan
tersebut kepada Guru Besar. Jika tidak dijumpai dalam 2 minggu, laporan
polis hendaklah dibuat kerana BRM adalah dokumen rasmi kerajaan.
Punca Kuasa
SPI bil 3/1989 – Pengurusan Hari Pertama Sekolah
SPI 3/1999 – Penyediaan Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
11.0 KEHADIRAN MURID
11.0 Guru kelas atau guru mata pelajaran pertama mesti menanda kehadiran
murid pada borang kehadiran yang disediakan kerana kehadiran murid akan
dimasukkan secara atas talian (online) sebelum pukul 10.00 pagi (sesi pagi)
manakala pada atau sebelum pukul 3.00 petang (sesi petang)
12.0 PERHIMPUNAN PAGI DAN MINGGUAN
12.1 Guru bertugas hendaklah memastikan semua murid berada di tapak
perhimpunan tepat jam 7.10 pagi.
12.2 Perhimpunan rasmi akan diadakan pada setiap hari Isnin 7.20 pagi hingga
7.50 pagi, manakala 1.15 hingga 1.45 petang bagi sesi petang.
12.3 Semasa perhimpunan rasmi semua guru mesti berada di tapak perhimpunan
dan memberi perhatian kepada acara-acara yang sedang berlangsung.
Guru-guru TIDAK DIBENARKAN BERBUAL-BUAL semasa perhimpunan
sedang berlangsung.
Rujuk SPI Bil 4/1984 – Perhimpunan Sekolah
12.4 Guru yang bertugas hendaklah memastikan peralatan untuk perhimpunan
disiapkan sebelum jam 7.20 pagi.
12.5 Semua guru kelas, guru bertugas dan guru disiplin hendaklah mengawal
disiplin murid semasa di dewan perhimpunan.
12.6 Sekiranya pada minggu tersebut tiada perhimpunan rasmi (Isnin) guru kelas
dikehendaki masuk ke kelas mengikut waktu perhimpunan.
13.0 CUTI
13.1 Guru-guru layak mendapat cuti rehat khas (CRK) sebanyak 10 hari dalam
satu tahun. Guru yang telah mendapat kelulusan CRK perlu mengisi sistem
HRMIS secara dalam talian.
13.2 CRK layak dipohon tiga hari sebelum cuti diambil.
13.3 Cuti Rehat Khas hanya dipohon daripada Guru Besar sahaja. Jika Guru
Besar berkursus dan sebagainya cuti boleh dipohon daripada Penolong
Kanan. Setelah mendapat kelulusan, sila maklumkan kepada Penolong
Kanan.
13.4 Guru-guru yang ingin mengambil cuti kecemasan hendaklah mengisi online
HRMIS sebaik sahaja mendapat kelulusan Guru Besar.
13.5 Guru-guru diminta memaklumkan kepada pihak sekolah jenis cuti yang
diambil untuk direkodkan dalam e-kehadiran guru.
13.6 Sijil Cuti Sakit mesti diserahkan sebaik sahaja kembali bertugas (sila
maklumkan kepada pihak sekolah dengan segera jika tidak hadir).
13.7 Guru-guru dinasihatkan mengambil CRK sekali dalam tempoh 2 bulan
kecuali hal-hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
13.8 Cuti bukan hak guru tetapi budi bicara Ketua Jabatan (Guru Besar)
termasuk Cuti Rehat Khas(CRK).
Punca Kuasa:
SPP Bilangan 3/2005 – Cuti Rehat Khas dan Pengumpulannya Bagi
Tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat kepada PPP
Perintah Am Bab C – Cuti Pegawai Perkhidmatan Awam
14.0 MAJLIS SEKOLAH
14.1 Semua majlis sekolah mesti dihadiri oleh guru seperti Perhimpunan Sekolah,
Solat Hajat (Guru Beragama Islam), Majlis Bacaan Yasin, Mesyuarat Agung
PIBG, Majlis Jamuan Akhir Tahun atau lain-lain acara yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.
15.0 BERTUGAS SEMASA CUTI DAN WAKTU TIDAK MENGAJAR
15.1 Guru-guru boleh dipanggil bertugas semasa cuti penggal dengan syarat
jumlah hari bertugas dalam masa cuti penggal itu tidak melebihi separuh
daripada cuti penggal dalam satu tahun.
15.2 Waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) adalah masa bekerja.
Punca Kuasa:
SPI Bil 5/1977 – Tugas-tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah dalam
Masa Cuti Penggal.
16.0 PAKAIAN GURU
16.0 Pakaian guru hendaklah mengikut seperti pekeliling yang dikeluarkan.
16.1 Semua guru diwajibkan memakai pakaian batik pada hari Khamis.
16.2 Semua guru digalakkan memakai pakaian kokurikulum (uniform) pada
setiap hari Rabu. Jika tiada aktiviti kokurikulum, guru dikehendaki memakai
pakaian rasmi.
Punca Kuasa:
Surat Pekeliling Profesional KPM Bil 13/69
SPP Bil 2/1985 – Pakaian Masa Bekerja dan Semasa menghadiri
Upacara Rasmi Bagi Pegawai-pegawai Awam
SPI Bil 6/1985 – Peraturan Pakaian Guru di Sekolah, Pensyarah di
Maktap Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan
Perkhidmatan Pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah atau Bahagian
JPN dan KPM
SPI Bil 7/2001 – Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas di
Sekolah
SPP Bil 1/2008 – Pemakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam pada
hari Khamis.
SPI 8/20007 - Pemakaian Pakaian Kokurikulum pada Hari Persekolahan
dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum.
16.3 Semua guru mestilah memakai tanda nama pada setiap hari.
16.4 Pakaian semasa bertugas adalah seperti berikut:
16.4.1 Guru Lelaki
Guru dikehendaki memakai seluar panjang dan berbaju kemeja, bertali leher
(Isnin sahaja) dan berkasut sewaktu bertugas di bilik darjah dan semasa
menjalankan tugas rasmi yang lain.
16.4.2 Guru Perempuan
Guru dikehendaki memakai pakaian menutup aurat, bersopan, tidak
mencolok mata dan kasut yang sesuai sewaktu bertugas di bilik darjah dan
semasa menjalankan tugas rasmi yang lain seperti semasa bertugas
semasa peperiksaan awam.
17.0 BILIK GURU
17.1 Bilik Guru adalah tempat untuk guru.
17.2 Murid-murid dilarang memasuki bilik guru.
17.3 Hanya Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Pengawas dibenarkan
menghantar buku latihan.
17.4 Bilik guru mesti kelihatan bersih, kemas, tersusun dan ceria sepanjang masa.
17.5 Hanya pembekal buku dan orang-orang yang berkaitan dengan buku dan
alat bantuan mengajar serta telah mendapat pas pelawat dan surat
kebenaran masuk kawasan sekolah sahaja dibenarkan.
18.0 AKTIVITI SEKOLAH
18.1 Semua aktiviti sekolah hendaklah menggunakan Bahasa Melayu kecuali
program yang melibatkan penggunaan bahasa lain.
18.2 Semua guru mesti menghadiri semua aktiviti sekolah yang telah ditetapkan.
19.0 PENGGUNAAN MESIN FOTOSTAT DAN MESIN RISO
19.1 Semua guru DILARANG menggunakan mesin fotostat sekolah untuk urusan
peribadi.
19.2 Hanya bahan-bahan urusan rasmi sekolah sahaja yang dibenarkan untuk
difotostat setelah mendapat kelulusan Guru Besar atau Penolong Kanan
yang berkaitan.
19.3 Bahan-bahan yang hendak diriso seperti soalan-soalan peperiksaan, latih
tubi masa cuti, gerak gempur peperiksaan awam seperti UPSR dan
sebagainya hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar atau Penolong
Kanan berkaitan. Semua bahan yang hendak diriso hendaklah melalui Ketua
Panitia masing-masing dan diserahkan kepada Penolong Kanan.
Punca Kuasa:
SPI Bil 2/2004 – Garis Panduan Untuk Pemberian Kerja Rumah Kepada
Murid Sekolah