The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Tuanku Bainun, 2020-11-24 19:37:34

Info@Pustaka Januari-Julai 2010

Julai 2010

BIL.10/JULAI 2010 http://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675-7394

ISI KANDUNGAN PERTANDINGAN KIK & 5S PERPUSTAKAAN

Pertandingan KIK & 1&6 Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat Pembentangan KIK oleh Bahagian Perolehan
5S perpustakaan mempamerkan cadangan penyelesaian yang dihadapi

Aluan Penasihat 2

Aktiviti Bulan 3
Membaca 4-5

Sidek Saniff

Netbook: Tren Dan 6 Pembentangan KIK oleh Bahagian
Keperluan 7 Pembangunan & Pengurusan Koleksi

Latihan @ Pustaka

Berita Kakitangan 8

Sidang Redaksi Juara pertandingan KIK, menerima piala
Penasihat
pusingan daripada Ketua Pustakawan Kakitangan Bahagian Pengkatalogan sedang diaudit
Zahariah Mohamed Shaharoon
Ketua Pengarang Keprihatinan Ketua Pustakawan oleh Juruaudit 5S, Tn.Hj. Kasuddin b Yassin
Rusliza Yaacob
Cik Zahariah bt Mohamed Bahagian Pengkatalogan, Bahagian Pengkatalogan yang
Pen. Ketua Pengarang Shaharoon mengenai Perkhidmatan dan Maklumat, membentangkan projek ‘ke arah
Muliati Abdul samad kepentingan sistem kualiti Bahagian Pembangunan dan mempercepatkan penampalan
Pengarang terhadap sesebuah organisasi Pengurusan Koleksi dan Bahagian label bahan; dan tempat keempat
Azura Adnan telah mencetuskan saranan Pentadbiran dan Sumber Manusia. oleh Bahagian Pengurusan
Chin Fei Sing untuk mengadakan Johan bagi pertandingan KIK, telah Perkhidmatan dan Maklumat
Anizah Tumin pertandingan KIK dan 5S di dimenangi oleh Bahagian dengan tajuk projek ‘peningkatan
Noriha Muhammad antara bahagian-bahagian yang Pembangunan dan Pengurusan aduan ketiadaan kemudahan
terdapat di perpustakaan. Koleksi dengan tajuk projek membawa buku di kalangan
Mohamed Zaid Mohamed Idris ‘pengesanan judul reading list tidak pelanggan perpustakaan.’
Mohd Razalli Ahmad Termizi Justeru itu, pada 9 Julai 2010, sistematik.’ Naib johan ialah
Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan pertandingan KIK telah Bahagian Perolehan dengan tajuk Bersambung di muka surat 6
diadakan, manakala bagi projek ‘maklumbalas kepada
Penerbitan dan Edaran pertandingan 5S telah diadakan pencadang bahan perpustakaan 1
Raja Radiah Raja Ahmad pada 15 Julai 2010. tidak sistematik’, tempat ketiga
Pertandingan ini telah disertai dimenangi oleh Bahagian
Pereka Web oleh Bahagian Perolehan,
Rozman b Che Ross

Sekapur Sirih
Dari Meja Penasihat
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

ertemu lagi kali ini dengan pelbagai informasi menarik untuk
dikongsi bersama. Pada keluaran kali ini, perpustakaan ingin
berkongsi aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Januari
sehingga Julai 2010. Pada keluaran kali ini, Info@pustaka lebih
mengetengahkan aktiviti yang telah dilakukan di mana aktiviti
yang telah dirancang ini lebih menjurus kepada peningkatan
kerjaya kakitangan serta peningkatan sistem kualiti perpustakaan.

Oleh yang demikian, pertandingan KIK dan 5S yang telah diadakan banyak mendedahkan kakitangan
mengenai sistem kualiti di samping memupuk kerjasama di antara setiap ahli pasukan dalam
melaksana dan menjayakan sesuatu tindakan yang telah dipilih. Penubuhan pasukan KIK pada setiap
bahagian di perpustakaan dan penerapan amalan 5S adalah sesuatu yang relevan dan wajar
dilaksanakan kerana impaknya adalah sangat tinggi serta memberi kesan yang mendalam terhadap
sesebuah organisasi.

Sehubungan dengan itu juga, saya turut mengharapkan agar usaha dalam menerbitkan buletin
Info@pustaka tetap diteruskan pada masa akan datang walaupun ketika itu saya tidak lagi menjadi
peneraju Perpustakaan Tuanku Bainun. Besarlah harapan saya agar Perpustakaan Tuanku Bainun
akan terus berusaha untuk menjadi sebuah pusat maklumat yang menjadi rujukan ramai tidak kira
pelanggan dalam dan luar di samping mendokong misi universiti dalam menjadi sebuah universiti yang
bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui
perubahan global.

Zahariah bt Mohamed Shaharoon
Ketua Pustakawan

Dari Meja Ketua Pengarang

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

elamat bertemu kembali pada keluaran Info@pustaka bil.10

pada kali ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan

terima kasih kepada ahli sidang redaksi yang bertungkus lumus dalam

memastikan penerbitan Info@pustaka dapat diterbitkan dua kali setahun. Saya mengharapkan agar
buletin ini dapat memberikan informasi terkini kepada pelanggan perpustakaan mengenai perkhidmatan
perpustakaan, aktiviti yang telah diadakan dan yang akan dianjurkan oleh perpustakaan yang
memenuhi kehendak pelbagai golongan sama ada kakitangan, pelajar dan masyarakat setempat.

Pada keluaran kali ini, hal berkaitan aktiviti perpustakaan lebih diketengahkan bagi menyorot setiap
peristiwa yang telah berlaku di perpustakaan di sepanjang pertengahan tahun 2010 ini. Ia bertujuan
sebagai makluman serta informasi kepada para pembaca tentang peranan yang telah dimainkan oleh
pihak perpustakaan bagi memastikan budaya membaca dan kualiti pembacaan warga UPSI terus

meningkat.

Saya mengharapkan penulisan Info@pustaka pada kali ini dapat menyumbang lebih
banyak informasi berguna kepada semua pembaca.

Rusliza bt Yaacob 2
Ketua Pengarang

AKTIVITI GALAKAN MEMBACA

Program wacana buku

Pesta buku UPSI pada 26-30 Julai 2010

Penulis buku Natrah, Datin Seri Fatini Yaacob bergambar bersama elbagai aktiviti telah dianjurkan
warga UPSI dan akan diadakan sempena
Kempen Galakan Membaca 2010.
Pameran Anime dan Manga di aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun Antara aktiviti yang dianjurkan
adalah:-

1) Sepetang bersama penulis buku
Natrah pada 27 Julai 2010.

2) Pesta buku UPSI pada 26-30 Julai
2010.

3) Pameran Anime & Manga.
4) Pertandingan fotografi.
5) Wacana Buku.
6) Pertandingan menulis cerita

pendek.
7) Jelajah pustaka.

“Try not to become a man of success, but
rather try to become a man of value.”

-Albert Einstein-

Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : [email protected]

3

KENALI TOKOH SITC

idek bin Saniff juga dikenali dengan nama penanya Esbies dan
Sibisa, dilahirkan pada 18 April 1938 di Singapura. Beliau merupakan lulusan sijil perguruan dari
Sultan Idris Training College, Tanjong Malim pada tahun 1955 hingga 1957, dan memperolehi Ijazah
Sarjana Muda Sastera dari University of London. Kerjaya beliau dalam bidang perguruan telah diceburi
sejak tahun 1953 hingga 1980.

Sidek Saniff kemudian menceburi bidang politik dan memenangi Anggota Parlimen kawasan
undi Kolam Air, Singapura dalam tahun 1976. Beliau kemudiannya dilantik oleh Ketua Menteri Lee
Kuan Yew sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perhubungan dan Setiausaha Parlimen Kedua
Kementerian Kebudayaan Singapura pada
tahun 1980, Setiausaha Parlimen
Kementerian Hal Ehwal Masyarakat pada
tahun 1981, Setiausaha Parlimen Kanan
Kementerian Pendidikan pada tahun 1988,
Menteri Negara Kanan Kementerian
Pendidikan pada tahun 1996 dan Menteri
Negara Kanan Kesekitaran pada tahun
1997 sehingga bersara pada tahun 2002.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan
pengerusi Majlis Bahasa Melayu

Sidek Saniff (kanan) bersama penulis di kediaman beliau di Singapura

Singapura dari tahun 1986 hingga 2002.
Penglibatan beliau dalam bidang

politik merupakan sumbangan paling besar beliau yang ingin melihat perubahan pada masyarakat
Melayu Singapura. Berkat kepercayaan dan tekadnya, beliau telah berjaya membawa masyarakat
Melayu Singapura ke satu tahap yang memberangsangkan melalui Yayasan
Mendaki yang diasaskannya.

Oleh : Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan
Email : [email protected]

4

Kepercayaan bahawa ilmu dapat membawa masyarakat Melayu ke tahap yang lebih tinggi, turut
dapat diperhatikan dalam usahanya mendesak pihak pemerintah untuk meluluskan pelajar-pelajar
Singapura melanjutkan pengajian mereka di Malaysia, khususnya di Universiti Malaya. Kehadiran
ramai pelajar Singapura di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya merupakan bukti bahawa
Sidek Saniff merupakan seorang politikus yang berwawasan dan berpandangan jauh.

Walaupun beliau seorang ahli politik, namun sumbangan beliau dalam arena bahasa dan
persuratan amat terasa sekali oleh para aktivis dan masyarakat Melayu umumnya, kerana setiap inisiatif
yang dicadangkan mahupun direalisasikan menyumbang kepada anjakan paradigma masyarakat
Melayu di Singapura.

Sidek Saniff merupakan sebuah nama yang sinonim dengan perkembangan bahasa Melayu di
Singapura. Beliau banyak menulis sajak yang diterbitkan di akhbar Berita Minggu Singapura dan
majalah. Beliau merupakan aktivis tetap yang sering mengikuti persidangan-persidangan bahasa dan
sastera di dalam dan luar negara seperti MABBIM, MASTERA, PSN, GAPENA dan seumpamanya.
Beliau juga merencanakan dan merealisasikan penggunaan bahasa baku di Singapura sehingga hari ini
dan pembukaan Universiti Malaya kepada para guru bahasa Melayu Singapura bermula tahun 1993.
Beliau juga bertanggungjawab memperkenalkan dan mencorakkan Anugerah Persuratan pada tahun
1992. Sebelum ini ia dikenali sebagai Hadiah Sastera. Beliau juga menyarankan sambutan Anugerah
Persuratan dan Bulan Bahasa yang diselang-seli setiap tahun.

Sidek Saniff pernah bergiat dalam Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (1959-1976) sebagai
presiden; sebagai editor majalah GURU; Pengerusi bagi kongres Mendaki I dan II (1982) sehingga
tertubuhnya Mendaki; Pengerusi Jawatankuasa Ejaan Bahasa Melayu Singapura (1980) yang akhirnya
dikenali sebagai Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) pada tahun 1986, beliau juga merupakan
pengerusi MBMS sehingga tahun 2002.

Beliau juga merupakan seorang penulis yang aktif. Antara karya-karya beliau ialah Education
and Singapore Malay Society: Prospects and Challenges (1992), Bahasa Melayu Dalam Cabaran:
Antologi Bersama (1994), Peranan dan Penggunaan Bahasa di Singapura (1994), Bukan Binatang
Buruan: Kumpulan Sajak 1955-2004 (2004).

Sebagai menghargai jasa-jasa beliau terhadap pembangunan bangsa dan bahasa, beliau telah
dianugerahi beberapa anugerah seperti Anugerah Friend of Labour NTUC (1997), Anugerah Tokoh
Guru KGMS (2002) dan Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI (2003).

5

Oleh : Khairul Asyrani Sulaiman
Email : [email protected]

Tren terkini adalah Netbook. Dengan saiz skrin sekitar 10 inci ke bawah, ia
menjadi salah satu gajet yang mendapat perhatian ramai kerana saiznya yang
mudah dibawa ke mana-mana. Maka sebelum anda mendapatkannya di pasaran,
marilah kita sama-sama melihat apakah netbook benar-benar untuk kegunaan
seharian kita.

Pertamanya, netbook adalah berbeza dengan Komputer Riba. Rata-ratanya
netbook pada tahun 2010 mempunyai pemproses Intel Atom. Intel Atom adalah
pemproses yang dibina oleh Intel untuk memastikan netbook mempunyai kuasa
bateri yang dioptimumkan bagi kegunaan jangka masa yang lama. Pemproses ini juga tidak sesuai untuk
melaksanakan program-program atau perisian-perisian editan video dan grafik.

Kedua, melaksanakan kepelbagaian tugas atau multitasking. Netbook, dengan kuasa pemprosesannya yang
agak terhad, tidak memungkinkan anda melaksanakan kepelbagaian perisian yang terlalu memakan sumber
komputer dalam satu-satu masa yang sama. Netbook adalah untuk kegunaan yang kasual atau santai. Anda tidak
boleh sama sekali membuat keputusan pembelian netbook hanya untuk beranggapan ianya hanyalah komputer riba
kecil dan comel.

Ketiga, pemacu CD/DVD. Netbook tidak mempunyai pemacu CD/DVD. Untuk menggunakan CD/DVD anda
perlu membuat pembelian tambahan iaitu pemacu CD/DVD luaran yang menggunakan kabel sambungan USB.
Keempat, tujuan pembelian anda. Apakah tujuan anda membeli netbook ? Sekiranya hanya untuk melayari

internet, menyiapkan tugasan menggunakan perisian pejabat ringkas
seperti Word dan Excel atau mungkin hanya untuk mendengar lagu mp3
serta video; maka netbook adalah untuk anda. Anda mungkin juga selalu
mengembara dan memerlukan sebuah komputer riba kecil untuk
mengemaskini akaun Facebook atau Twitter; atau mungkin mencatat
catatan perjalanan dengan mudah dan pantas, maka netbook juga untuk
anda. Tetapi ini bukankah sama saja dengan sekiranya anda membeli
komputer riba ? Maka jawapannya adalah saiz. Saiz netbook yang kecil
adalah mudah untuk disimpan dan ianya juga mempunyai bateri yang
tahan lama (berbanding kebanyakan laptop).

Akan tetapi, adalah bersesuaian sekiranya anda mendapatkan komputer
riba dengan kuasa pemprosesan yang lebih baik sekiranya anda berhajat untuk menggunakan perisian pegeditan
video dan grafik atau mungkin bermain permainan 3D. Netbook tidak begitu sesuai dan mungkin saya boleh
katakan tidak sesuai langsung untuk tugasan sedemikian. Dengan skrin yang lebih besar, komputer riba juga
membolehkan anda melaksanakan berbilang tugas dalam masa yang sama dengan lebih mudah. Misalnya, penulis
sendiri menggunakan Photoshop dengan beberapa tetingkap perisian lain dibuka seperti pelayar web untuk
memperolehi bahan grafik dan juga Word untuk bahan teks. Maka sudah tentu dengan saiz skrin netbook yang
kecil, ianya bukan untuk pengguna seperti penulis.

Sambungan dari muka surat 1

Manakala bagi pertandingan 5S pula, johan ialah Bahagian Perkhidmatan dan Maklumat dan 6

naib johan adalah Bahagian Pengkatalogan. Pihak perpustakaan ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada para panel juri KIK Prof. Madya Taib Ariffin, Dr. Shakinaz Desa, dan En. Khalizul Khalid
serta juruaudit 5S Tn. Hj. Kassudin b. Yassin di atas komen serta cadangan yang membina semasa
mengadili pertandingan KIK dan 5S.

LATIHAN @PUSTAKA KOMPETENSI KAKITANGAN

Pembentangan kumpulan ketika bengkel penyediaan penyelidikan Perbincangan kumpulan ketika sesi bengkel penyediaan
yang telah dikendalikan oleh Dr Lim Chong Hin pada 21-22 Jun penyelidikan

2010

Kursus etika pejabat sesi 1 dan 2 yang dikendalikan oleh Ketua Pustakawan Peserta bengkel pengkatalogan bergambar bersama
telah diadakan pada 26 Mac 2010 dan 24 Mei 2010 penceramah disamping Ketua Pustakawan dan Timbalan
Ketua Pustakawan

Bengkel pameran yang telah diadakan pada 28 Jun 2010 Puan Hamidah, pensyarah UiTM memberikan tunjuk ajar
kepada kakitangan perpustakaan ketika bengkel
pengkatalogan yang telah diadakan pada 14-17 Jun 2010

Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : [email protected]

7

Nama : Nurul Kashfi b Subri BERITA KAKITANGAN
Jawatan : Pustakawan Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : [email protected]
Nama : Ruziah bt Ahmad
Jawatan : Pustakawan Nama : Muhammad Syukri b Mat Nor
Jawatan : Pembantu Perpustakaan
Nama : Firdausiah bt Ahamad
Jawatan : Pustakawan Nama : Elly Yuswanti bt Mohd Yusof
Jawatan : Pembantu Perpustakaan
Nama : Ahmad Tamrin b Mohd Ali Hanafiah
Jawatan : Pembantu Perpustakaan Nama : Hairul Hafizi b Mohammed Ghazali
Jawatan : Pembantu Perpustakaan
Nama : Wan Mohd Fazli b Abd Bakar
Jawatan : Pembantu Perpustakaan Nama : Noriha bt Muhamad
Jawatan : Pustakawan Kanan
Nama : Nawal Alia bt Harun
Jawatan : Pembantu Perpustakaan Nama : Noraida bt Ahmad Tahir
Jawatan : Setiausaha Pejabat

Nama : Muhammad Zuhad b Abdul Aziz Nama : Maizatul Akmam bt Awang
Jawatan : Pembantu Perpustakaan Jawatan : Pembantu Perpustakaan

Nama : Wan Adnan b Wan Ab Rahman
Jawatan : Pembantu Am Pejabat

Nama : Nurul Helmiza bt Azmi
Jawatan : Pembantu Perpustakaan

8


Click to View FlipBook Version