INFO@PUSTAKA
Perpustakaan Tuanku Bainun
Bil. 30/ Januari-Jun 2020 ISSN 1675-7394
23 April 2020 Perpustakaan Tuanku Bainun menganjurkan program Jom Baca Bersama yang dilancarkan
serentak dengan Jom Baca Bersama 10 minit 2020 seluruh Malaysia di bawah anjuran
Perpustakaan Negara Malaysia.
http://pustaka.upsi.edu.my
SIDANG REDAKSI
Penasihat Siti Sumaizan Ramli
Ketua Editor
Pengarang Najah Saghirah Haroman
Fotografi Noriha Muhammad Fairoz Hussain
Muliati Abdul Samad Nur Asmizah Saleh
Ruziah Ahmad Norliza Darus Siti Norliza Shamsudin
Nurul Helmiza Azmi Wahida Irna Kasim
Farizatul Shuhana Osman Nasrun Khalid
Muhammad Sykri Mat Nor Suliza Osman
Muhammad Zuhad
KANDUNGAN
Majlis Baca Yasin@ PKA ms 4
Tuhan Sedang Menguji Kita ms 5
Koleksi Nadir ms 6
Ketika Itu ms 8
Kursus Penyediaan Kit Laporan ms 9
Pantun - Covid19 ms 10
Sajak - Sirah Kasih Cinta Aisyah ms 11
Puisi Terindah Adalah Tentang Keluarga ms 12
Si Biru ms 13
Gotong - Royong ms 16
Coronavirus? Ms 17
Pantun - Duduk Di Rumah, Kerana PKP ms 18
Covid19 mencatat Sejarah Dunia ms 19
Keramat Covid19 Bumi Muallim ms 20
DARI MEJA KETUA PUSTAKAWAN
Bismillahirrahmanirahim.
Syukur ke hadrat Allah swt. kerana kita diizinkan lagi untuk berjumpa pada
tahun baharu 2020 dengan harapan tahun ini membawa seribu kebaikan
kepada kita semua terutamanya para pembaca Info@ pustaka. Dalam
kesibukan menyambut tahun 2020 dengan pelbagai program dan aktiviti
yang dirancang perpustakaan, masyarakat dalam negara dan seluruh
dunia dikejutkan dengan pandemik coronavirus atau Covid-19 yang bermula di Wuhan, China.
Negara Malaysia mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada semua rakyat bermula
18 Mac 2020. Univeristi diarahkan ditutup dan staf bekerja dari rumah atau 'work from home’ (WFH).
Pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian sepanjang tempoh PKP dan mungkin berlanjutan
sehingga hujung tahun. Pada waktu yang sukar ini perkhidmatan digital perpustakaan tetap diterus-
kan iaitu secara dalam talian terutamanya perkhidmatan rujukan dan sokongan penyelidikan kepada
pensyarah dan pelajar UPSI. Artikel-artikel mengenai Covid-19 disebar melalui emel dan dikongsi
dengan semua warga universiti. Perhubungan dengan pengguna perpustakaan lebih menjurus kepada
emel dan 'whatsApps'. Perpustakaan melakukan pelbagai promosi pangkalan data dalam talian yang
dilanggan serta buku dan jurnal elektronik yang boleh diakses oleh pengguna secara teks penuh.
Webinar bagi pangkalan data dan literasi maklumat juga dilaksanakan untuk membantu pengguna
mengakses bahan yang relevan untuk pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, perpustakaan
juga mengadakan beberapa pertandingan dalam talian untuk menarik penyertaan pelajar di luar
sana. Staf perpustakaan juga kreatif menghasilkan penulisan semasa PKP seperti sajak dan cerpen.
Mesyuarat perpustakaan diadakan secara dalam talian untuk penambaikan perkhidmatan dan proses
membuat keputusan. Prosedur operasi standard (SOP) disediakan untuk staf dan pengguna
perpustakaan. Staf mula kembali bertugas di perpustakaan pada 1 Jun 2020 manakala pelajar
dibenarkan masuk bermula 15 Jun 2020 dengan mematuhi SOP yang digariskan. Kebiasaan baharu ini
menjadi satu perkara yang perlu untuk kelangsungan perkhidmatan di perpustakaan dan universiti.
Tanggung jawab yang besar adalah usaha bersama bagi mengekang pandemik Covid-19 agar berakhir
dengan segera.
Siti Sumaizan Ramli
INFO@PUSTAKA
MAJLIS BACA YASIN
@PERPUSTAKAAN KOMPLEKS AKADEMIK
21 Februari 2020, PTB mengadakan Majlis BacaYasin dan Tahlil di Perpustakaan Kompleks Akademik,
Kampus Sultan Azlan Shah. Bacaan Yasin dan tahlil dipimpin oleh Ustaz Muhammad Majdan bin Ismail,
Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam. Majlis turut dihadiri Ketua Pustakawan, Puan Siti Sumaizan binti
Ramli dan kakitangan perpustakaan.
HASIL KARYA STAF
TUHAN SEDANG MENGUJI KITA
Bulan ramadan semakin menghampiri
Bulan yang di tunggu setiap penghuni
Amalkan jarak dan kebersihan diri
Agar terhindar Covid-19 yang digeruni
Polis mengawal di setiap negeri
Peraturan ditetapkan sila patuhi
Marilah kita berdoa setiap hari
Agar wabak pandemik ini dapat dijauhi
Mencari bahulu di pasar tamu
Makanan tradisi kesukaan Pak Busu
Jadilah masyarakat yang berilmu
Jangan sebarkan berita palsu
Akhlak yang baik harus dipuji
Menjadi ikutan untuk dicontohi
Teguhkan hati ketika diuji
Tanda ingatan dari Ilahi
Apabila membeli berhati-hati
Kalau tak nak dijangkiti
Muhasabah diri bersihkan hati
Semoga kita sentiasa dirahmati
Duduklah di rumah saudara saudari
Janganlah melepak membahayakan diri
Apabila tuhan menguji diri
Tingkatkan iman dan keyakinan diri
Bantuan Prihatin Nasional diberi kerajaan
Menolong orang dalam kesusahan
Ringankan tangan hulurkan bantuan
Tolong menolong jadikan amalan
Dari Kedah ke Tanjung Tuan
Singgah sebentar di Tanjong Malim
Hormat menghormati sesama insan
Tanggungjawab kita sesama muslim
Pagi-pagi menganyam jerami
Buat hiasan rumah umi
Terima kasih frontliners yang kami kagumi
Jasa anda semua tak terbalas dek kami
Oleh:
Ruziah Ahmad
BUKU DALAM KOLEKSI
Koleksi Nadir
Judul buku: Asal Tarikh
Karangan : Muhammad bin Datuk Muda Linggi
Diterbitkan oleh: Al-Zainiyah, Taiping
No. panggilan : CE6.M84 1947
“Dahulu hanya terkandung 10 bulan dalam setahun
iaitu dari Mac hingga Disember. Kemudian oleh Numa
Pompilius seorang Raja Rom ditambahnya 2 bulan
(Januari dan Februari) menjadikan 12 bulan setahun
seperti mana sekarang.“
“Asal nama bulan September berasal daripada
perkataan Septimus bermakna yang ke tujuh daripada
setahun sebelum wujudnya 12 bulan. Ahli mesyuarat
kerajaan Rom pada suatu zaman telah mencuba
memberi nama bulan ini sebagai Tiberius kerana
hendak menurut nama raja mereka pada zaman itu,
tetapi tidak dipersetujui. Kemudian seorang ketua
agama yang telah menjadi raja menamakan bulan ini
dengan namanya sendiri iaitu Germanicus. Berlaku lagi
perubahan pada tahun berikutnya iaitu Antuninus
diikuti Herculeus dan Tacitus akan tetapi tiada satu pun
daripada bermacam-macam nama itu yang kekal disebut orang. Balik-balik dipanggil juga September.“
Berikut adalah petikan asal yang dipetik daripada buku berjudul Asal Tarikh yang ditulis oleh Muhammad
bin Datuk Muda Linggi. Antara topik lain yang turut disentuh di dalam buku ini juga adalah mengenai :-
Asal bulan-bulan Arab
Asal bulan Inggeris atau bulan orang putih
Tahun Hijrah
Tahun Masihi
Lain-lain tahun
Memindahkan tahun
Nama-nama hari Arab
Nama-nama hari Inggeris
Hari Ahad bukan minggu
Bagi seseorang yang sedang melaksanakan penyelidikan menjurus topik ini, buku ini ternyata sesuai
kerana kupasan yang diberikan dikaitkan dengan riwayat dan cerita untuk mengukuhkan fakta yang
diberi. Namun sedikit cabaran bagi pembaca, kerana hanya yang mahir dengan tulisan jawi sahaja boleh
memahami isinya.
-Muliati Abdul Samad
HASIL KARYA STAF
KETIKA ITU
Ketika tanggal 20 baru menjelma
Ketika besar harapan nusa dan bangsa
Ketika banyak perubahan dan kemajuan direncanakan
Ketika itulah pandemik datang menyapa
Ketika 1 dunia kini tidak lagi bersua muka
Ketika 1 dunia kini tidak lagi bersalaman
Ketika 1 dunia kini tidak lagi berhiburan
Ketika itulah mata dunia baru terbuntang
Apa yang dituntut ternyata jelas
Ajaran pembatasan telah diterap
Mahu mengikut atau sengaja dicantas
Tragis, penawar yang dicari belum ditangkilkan
Belum sempat menarik lafaz lega
Berita kematian menjadi alunan telinga
Masih bisa mendabik dada
Menafikan pada hak sang pencipta
Ayuhlah manusia beringat semua
Dunia ini sudah lelah dan tua
Sebelum pelangi yang indah pecah berderai
Ketika itu, tiada guna
Nur Asmizah Saleh
23 Mac 2020
12.20am
KURSUS PENYEDIAAN KIT LAPORAN
@Bilik Seminar PTB
Perpustakaan menganjurkan kursus Penyediaan Kit Laporan pada 10 Mac 2020 kepada ka-
kitangan perpustakaan. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Siti Affida Kamarudin, seorang
wartawan berpengalaman luas di Bernama News.
HASIL KARYA STAF
PANTUN -CORONA VIRUS PANTUN -COVID 19
Rezeki dicari di tengah laut, Kelam awan mendung berarak,
Tanah rata tempat berteduh, Kala hujan di angin lalu,
Covid 19 risikonya maut, Basuh tangan, jagalah jarak,
Ikut kata duduk di rumah. Ingat pesanan amalkan selalu.
Pergi Rusia bersama Ismail, Biru baju kerana nila,
Ismail dan Albab teman rapat, Pohon subur kerana baja,
Rakyat Malaysia masih berdegil, Usah kita membazir pula,
Berhemahlah tika berbelanja.
Itu sebab kes meningkat.
Sungai dihilir mengalir lesu,
Kehebatan Pak Dolah jadi sebutan. Airnya jernih dipenuhi ikan,
Pandai membuat senduk dan sumpit, Jangan makan mengikut nafsu,
Kesihatan diri perlu diutamakan.
PKP telah dilaksanakan,
Usaha untuk cegah penyakit. Bunga cempaka bertangkai-tangkai,
Dibawa orang keluar pekan,
Ayam Serama ayam ternakan, Topeng muka mohon dipakai,
Ikan Arowana ikan terbilang, Handsanitizer dilupa jangan.
Ayuh bersama kita mendoakan,
Corona virus segera hilang. Pergi ke sungai mencari lokan
Lokan di alas si daun pandan
Virus Covid19 doa dihapuskan
Ketemukan kita dengan Ramadhan
Bunga terbesar bunga Raflesia
Mari ditanam diluar kota
Ini slogan masyarakat Malaysia
Mari bersama #kitajagakita
Hasil Karya: Nurul Helmiza bt Azmi
8 April 2020
Karya: Norliza Darus
8 April 2020
HASIL KARYA STAF
SIRAH KASIH CINTA AISYAH Nukilan: Noriha Muhammad
Stay@home
Baru sepurnama terkurung
Engkau sudah resah mengundang gelisah? Hulu Selangor
Tidakkah engkau menajamkan mata hatimu
Bahawa Aisyah mengharunginya dahsyat lagi
Baru sepurnama disuruh berada di rumah saja
Engkau sudah mahu melanggar arahan penguasa?
Sedang Aisyah dulunya...berjilbab sentiasa
Menghormati agama menjaga maruah seorang isteri
Meski dalam rumah sendiri..
Perintah kawalan pergerakan disambung lagi?
Wahai para suami
Kenapa engkau harus mengerutkan dahi
Tidakkah engkau mengkaji sirah nabi dan tokoh-tokoh yang terpuji...
Bagaimana kita harus lari dari wabak yang mencengkam ini.
Juga para isteri
Kenapa engkau tidak gembira...bila semua berkumpul depan mata
Jangan kau merasa...penat lelah lenguh seluruh badan
Itu beban ...
Sedang Nabi telah mengajar kita
Tasbih Fatimah sebagai ubat kuat mengusir alahan.
Lihat saja wira-wira negara
Menyelamat mangsa seluruh negara
Masih mampu merawat perasaan sendiri
Lihat saja apa tulisan di belakang badan mereka
Itu sudah menjadi bukti !
Jika Perintah Kawalan Pergerakan ini memisahkan kalian
Fahamilah sekarang kita sedang berjuang
Mesti tidak di medan peperangan lengkap persenjataan
Bersabarlah...
Ganjaran besar buat kalian
Bukan sahaja untuk barisan hadapan
Juga buat kita di belakang
Asal saja tahu bersyukur
Ambillah sirah kasih cinta Aisyah Humairah
Sebagai penguat semangat
Berjuang memutuskan rantaian corona virus ini.
HASIL KARYA STAF
Puisi Terindah Adalah Tentang Keluarga
Bulan menjunjung kerabat cahaya
berkumpul di bawah jemaah puji-pujian
menggumpal-gumpal awan keresahan
di balik tembok batu, disebalik renggang kayu rumah
waktu tidak perlu diapa-apakan
mereka mengalir di sungai takdir.
Ayah sebut ini tujuan hidup
yang berjelaga antara benar dan dusta,
Maha Benar dengan sabdaNya
dunia lenyap secara senyap
tamat sebuah riwayat di dunia bising.
Sepi bukan panatia syurga
penjara juga bukan panatia neraka
kita ada rumah dan seisi rumah.
di lapangan dunia yang luas
hanya saudaramu yang tidak mengisi lapor saudaranya sendiri
dengan yakin dan penuh keyakinan
hanya yang berwajib mengurus seisi hidup.
Pertama yang paling utama
sayap terbaik datang daripada universiti kehidupan
dunia menginjak kita dengan dunianya
ambil dan cantumkan hati menjadi pelangi
sebar warna hati yang menduniakanmu.
puisi terindah adalah tentang keluarga
itu yang ayah bisik dikala kesukaran menghampiri.
Nukilan: Farizatul Shuhana Osman
HASIL KARYA STAF
Si Biru
Hampir setiap hari aku membelek laman sesawang Mudah.com mencari kereta yang aku idamkan. Kereta idaman
aku bukanlah kereta orang berada, hanya kereta lama buatan negara Jepun tahun 1992, model Honda Civic EG6
SiR bernadikan enjin B16A bersesaran 1.6cc, dengan sistem VTEC (Variable Valve Timing & Lift Electronic Control).
Pada suatu hari, sedang aku membelek laman sesawang kegemaran aku itu, aku terpandang satu iklan kereta yang
aku cari selama ini. Rangka original EG6, berbumbung suria, transmisi manual, enjin B16A VTEC. Tanpa berlengah
lagi aku terus memanggil kawan aku Fazzry yang sama minat dengan aku.
“Oi! Kau rasa ok tak kereta ni? Nombor plat pun dah M ni..hahahaha jodoh kot ni.” Kawan aku tu pun tengok iklan
tu. “ Tengok dalam gambar nampak macam ok tapi tak tau la, kena pergi tengok test drive baru tau ok ke tak.” Kata
Fazzry. Dengan hati yang berbunga-bunga aku terus mendail nombor telefon penjual dalam iklan itu. Kereta
tersebut sekarang berada di Pontian, Johor kata penjual itu. Aku pun membuat temujanji untuk berjumpa dan
melihat kereta tersebut di Johor.
Aku mengajak dua orang kawan pejabat aku untuk pergi ke Pontian. Arif, Fazzry dan seorang lagi kawan kampung
aku dari kecil, Syafiq Bakar namanya. Dia seorang mekanik. Arif pada masa itu mempunyai sebuah jentera buatan
Jepun juga model Honda Civic EG9 SiR tapi versi empat pintu transmisi automatik. Jentera yang aku gilakan ni versi
Hatchback tiga pintu. Memang seksi. Sebelum bergerak ke Pontian, kami semua bermalam di Merlimau, Melaka
kampung halamanku. Dapat la aku jumpa mak ayah aku dulu sebelum bergerak ke Johor. Mak ayah aku
menentang keras keputusan aku untuk membeli kereta idaman aku tu. “Kau biau betul-betul ni Ki..nak beli kereta
buruk..kereta mampus, tahun dah lama, dah reput beli le kereta baru.” Bebel mak aku. Ayah aku hanya menterta-
wakankan aku, sama juga dengan budak dua orang yang aku angkut dari Tanjong Malim tu hanya tersenyum sinis
melihat aku dibebel oleh mak. “Ala..mak, Dak Ki dah minat kereta ni..nak buat macam mana.” Kata aku menyedap-
kan hati mak. Malam itu aku tidur lena dengan perasaan teruja.
Pada keesokan harinya, kami bergerak ke Pontian. Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Setelah lebih kurang 2
jam perjalanan kami pun sampai ke destinasi. Aku terpegun melihat satu objek berwarna biru ada di depanku.
Sangat cantik dan menawan. Walaupun cat kereta itu agak lusuh tapi tidak aku hiraukan. Aku lebih tertumpu
kepada dalaman dan enjin kereta tersebut. Kami lepak minum dan makan dulu bersama penjual kereta tersebut,
berkenalan, beramah mesra. Harga dibuka adalah RM34,000.00, siap semua dokumen. Tapi urusan JPJ dan
USPAKOM kena urus sendiri. Setelah kami berbincang panjang, Syafiq Bakar puas hati membelek kereta tersebut
luar dalam untuk pastikan kereta dalam keadaan baik. Sah bukan kereta kemalangan yang di baikpulih semula.
Setelah kami berpuas hati, kami menawarkan harga sesuai dengan keadaan kereta tersebut. Harga dipinta ialah
RM32,000.00.
Bersambung sebelah…/
Penjual tersebut tidak bersetuju lalu menawarkan dengan harga RM32,500.00. Tambah RM500.00 dari harga yang
kami tawarkan. Setelah kami bertiga berbincang, kami bersetuju membeli kereta tersebut dengan harga yang di
tawarkan. Deposit RM500.00 tanda kami setuju membeli kereta tersebut. Sebulan dari tempoh bayaran deposit,
aku perlu ke Johor semula untuk melunaskan baki bayaran serta membawa pulang Si Biru idaman aku. Penjual pun
mengambil masa itu untuk memastikan enjin kereta dalam keadaan baik sebelum serahkan kepada aku.
Sepanjang tempoh sebulan itu, aku menyelesaikan urusan pinjaman peribadi. Alhamdulillah dalam masa tiga hari
urusan pinjaman aku lulus. Sampai hari yang dijanjikan untuk mengambil Si Biru itu, kali ini aku tidak membawa
Fazzry dan Arif, aku hanya membawa Syafiq Bakar untuk menemani aku ke Johor dengan menaiki bas ekspres. Rasa
tidak selesa sebab takut menyusahkan orang dengan urusan aku ini. Tapi aku terpaksa kerana aku pertama kali
membeli kereta. Dari Tanjong Malim, aku menaiki bas ekspres ke Melaka Sentral, tetapi aku perlu turun di
Puduraya dahulu, kemudian menaiki LRT dari Puduraya ke Terminal Bersepadu Selatan. Dari Terminal Bersepadu
Selatan aku menaiki bas ekspres menuju ke Melaka Sentral. Penat, berseorangan, lapar dan dahaga…tapi demi
kereta idaman aku gagahi juga. Turun sahaja dari bas di Melaka Sentral, Syafiq Bakar menelefon aku. “Ki! Mana
kau?! Bas dah nak jalan dah ni cepat weiiiii!!.” Berlari-lari aku mencari bas ke Larkin. Syafiq Bakar sudah menunggu
di pintu bas dengan muka cemas, takut aku tertinggal bas. Aku telefon mak memberitahu dia aku sudah dalam
perjalanan. Belum pun hilang penat aku terus menyambung perjalanan aku ke Larkin.
Setelah kami sampai di Terminal Bas Larkin, aku dan Syafiq berehat sebentar untuk makan dan solat. Selepas ini aku
perlu ke bank untuk mengeluarkan wang tunai. Sedang aku menikmati makanan tiba-tiba telefon aku berbunyi
“Hello. Pok Su kenapa Pok Su call?” tanya ku. “Mak kau ada telefon Pok Su tadi, beritahu kau ada kat Larkin nak beli
kereta eh? Kau ada kat mana sekarang? Pok Su datang. Mak kau risau kau bawak duit cash banyak-banyak tu.. takut
disamun orang ke, ditipu orang ke. Kau tunggu situ, jap lagi Pok Su sampai.” Aku dan Syafiq berasa syukur sebab
Pok Su aku kebetulan ada kerja di Larkin. Setelah Pok Su sampai kami bersalaman dan terus pergi ke bank untuk
mengeluarkan sejumlah wang tunai yang agak banyak. Sedang aku berurusan di kaunter bank, pegawai bank
bertanya. “Ni nak keluarkan duit banyak-banyak ni nak buat apa?” Aku pun menjawab “Nak beli kereta encik.”
Pegawai bank itu hanya mengangguk dan terus memberi wang tunai sebanyak RM33,000,00. Pok Su pun terus
mengambil duit tersebut “ Duit cash banyak jangan pegang atau masuk dalam satu beg. Meh keluaukan duit tu,
selit sorang sikit dalam seluar keliling pinggang, tutup dengan baju. Kalau orang nak samun susah.” Aku pun
menurut sahaja kerana aku yakin Pok Su aku lebih berpengalaman dan bijak dalam hal ini. Orang di dalam bank
semua tertumpu ke arah kami menyelitkan duit di pinggang seluar. Mungkin sedikit pelik dengan cara yang kami
gunakan. Kami terus keluar dari bank sambil mata meliar memerhati orang keliling yang mencurigakan supaya jika
terjadi sesuatu, kami dapat bertindak segera. Setelah keadaan dirasakan selamat, kami bergegas menaiki kereta
Pok Su yang di parkir berhampiran bank.
Setelah itu, kami bertiga tiba di tempat yang dijanjikan penjual kereta tersebut. Setelah aku berpuas hati dengan
keadaan kereta tersebut dan memastikan enjin dalam keadaan baik aku pun terus melunaskan baki bayaran kereta
tersebut. Setelah selesai semua urusan jual beli, Syafiq membawa kereta itu pulang kerana pada masa itu aku tak
de lesen kereta lagi. Rancangannya, aku akan mengambil lesen kereta setelah mempunyai kereta sendiri. Sebelum
pulang ke Merlimau, Pok Su belanja kami makan di restoran McDonald dan kami mengucapkan terima kasih sebab
Pok Su datang bantu kami. Dalam perjalanan pulang ke Melaka, aku seperti bermimpi duduk dalam kereta idaman
aku. Sangat mengujakan dengan ngauman ekzos 5Zigen Fireball…140km/j seperti tidak terasa. Pemanduannya
mantap sekali,enjin terasa sangat lancar. Sesekali aku perhatikan jarum penunjuk suhu air radiator takut-takut
mencanak naik dan mengundang kerosakan enjin yang teruk. Maklumlah kereta tua.
Setiba di Merlimau, aku hantar Syafiq Bakar ke rumahnya yang tidak berapa jauh dari rumah aku. Aku pulang mem-
bawa kereta yang aku idamkan selama ini. Mak ayah aku rupanya sudah terpacak menunggu kepulangan aku di
depan rumah. Ayah dengan tidak berbaju dan berkain pelekat teruja untuk melihat kereta yang aku baru beli. Teta-
pi mak tidak berapa gembira melihat cat kereta yang lusuh dan buruk. “Apa kereta buruk kau beli ni Ki..” kata mak.
“Ala mak..cat je buruk enjin dia sedap lagi, laju. Kalau enjin dah rosak tak kan la sampai dari Johor ke Melaka..baik
dah tersadai tepi highway tadi..hahaha.” Kata aku sambil berseloroh. Mak terus masuk ke dalam rumah mungkin
malas melayan aku.
Begitulah pengalaman aku dan itulah kereta pertama aku. Sekarang aku telah berkahwin dan tiba masanya aku
melepaskan kereta kesayangan aku kepada orang lain kerana aku merasakan aku perlu sebuah kereta yang selesa
dan ekonomi demi isteri tercinta. Aku pakai Si Biru itu hampir 9 tahun. Beli pada tahun 2011, jual pada tahun 2019.
Sepanjang 9 tahun itu, prestasi kereta sangat baik. Tidak pernah berlaku kerosakan yang besar. Aku pernah me-
nyertai pertandingan Time Attack di Litar Antarabangsa Sepang. Beribu duit habis aku laburkan pada kereta untuk
memastikan prestasinya sentiasa mantap. Aku tukar penyerap hentak terpakai dari kedai kereta potong jenama
Spoon, penutup minyak enjin Spoon, penutup radiator Spoon, strut bar depan dan belakang Spoon, rim Evo Re-
gamaster, tayar Yokohama Parada Spec 2 dan banyak lagi. Pada hari aku mengiklankan penjualan kereta aku, ber-
tubi-tubi aku dapat panggilan dari segenap pelusuk negara, tidak kira bangsa dan agama semua bertanyakan Si Biru
itu. Ada dari Perlis, Kuala Lumpur, Kelantan, Negeri Sembilan, ada yang sudah sedia wang tunai, ada yang mena-
warkan harga tinggi, tapi rezeki pada orang Kelantan. Pada 27 May 2019 jam 1:28 petang, aku telah melepaskan
kereta kesayangan aku itu kepada tuan baru dari Kelantan. Aku dapat tahu orang Kelantan tu telah menjual semula
kereta itu kepada lelaki berbangsa Cina di Kuala Lumpur. Aku berharap tuan baru itu menjaga kereta tersebut
dengan baik. TAMAT.
Sebuah catatan kenangan
Muhammad Syukri Mat Nor
GOTONG ROYONG
PERSEDIAAN OPERASI PEMBUKAAN PERPUSTAKAAN
2 Jun 2020, Perpustakaan membuat gotong-royong persiapan memulakan operasi pembukaan semula
perpustakaan pasca PKP. Persiapan ini amat penting bagi menanda jarak selamat sebagai panduan
pengguna dan proses sanitasi perabot di dalam perpustakaan.
HASIL KARYA STAF
CORONAVIRUS?
Covid-19 atau Coronavirus (CoV) adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari
selsema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-Cov dan SARS-Cov. Terdapat beberapa simptom
yang boleh kita lihat jika seseorang itu mungkin terkena penyakit tersebut.
Simptom-simptom yang akan dialami pesakit adalah seperti demam panas, sakit-sakit badan, pening
kepala, batuk atau sakit tekak, dan sukar bernafas. Hal ini kerana cara penularan COVID-19 daripada
individu kepada individu yang lain melalui air titisan hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang
dijangkiti COVID-19 itu batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya.
Orang lain kemudian mendapat jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan ini,
kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Seseorang itu juga boleh dijangkiti COVID-19 jika
mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang bergejala batuk atau bersin atau melepaskan titisan.
Itulah sebabnya penting untuk mengekalkan jarak lebih dari 1 meter (3 kaki) dari orang yang mendapat
jangkitan.
Terdapat beberapa pencegahan yang boleh menghalang penularan virus ini. Setiap dari kita mesti
menjaga kebersihan diri setiap masa. Inisiatif yang perlu kita ambil adalah selalu mencuci tangan dengan
air dan sabun, Jika kita kerap membasuh tangan InsyaAllah virus ini tidak akan terkena pada kita.
Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk agar tidak berjangkit kepada sesiapa yang berada dekat
dengan kita. Pemakaian penutup mulut dan hidung dengan surgical atau 3-ply face mask adalah disyorkan
kerana ia membantu mengurangkan penyebaran virus dan lebih praktikal untuk digunakan oleh orang
awam. Seterusnya adalah kebersihan dalam masakan harian kita, apabila masak daging dan telur, pastikan
daging dan telur itu bersih dan masaklah dengan sempurna. Hal ini kerana, daging dan telur telah disentuh
banyak tangan semasa ia dijual di pasar. Selain itu, elakkan bersentuhan dengan individu yang mempunyai
gejala. Contohnya, kita telah tahu kawan kita mempunyai penyakit darah tinggi atau kencing manis, elak-
kan bersentuhan atau duduk berhampiran dengannya kerana orang yang ada penyakit lebih mudah
mendapat penyakit corovavirus ini.
Kesimpulannya, amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa, sentiasa membawa bersama
penutup mulut dan hidung, elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat, elak-
kan daripada melawat ladang haiwan atau pasar yang menjual haiwan hidup dan elakkan daripada
memakan sebarang produk haiwan mentah yang tidak dimasak dengan sempurna. Akhir sekali, harapan
saya akan ada vaksin untuk menghapuskan COVID-19 berjaya dicipta dalam tempoh terdekat agar negara
kita dan dunia dapat kembali pulih seperti sediakala.
Sekian terima kasih,
FAIROZ BINTI HUSSAIN
Pembantu Pustakawan (S22)
HASIL KARYA STAF
DUDUK DI RUMAH KERANA PKP
Burung helang terbangnya tinggi Dijemput tanpa diundang
Terbang melayang di waktu pagi Pandemik tiba tanpa diduga
Duduklah di rumah 14 hari Dari Wuhan ia datang
Kalau tidak bersambung lagi 18 Mac segalanya bermula
Daun gugur di atas atap PKP datang tanpa persiapan
Mentari hilang di kala mendung SJR di sana sini
Duduklah di rumah jangan merayap Covid 19 punca kemarahan
Supaya wabak dapat dibendung Keluh kesah membelungi hati
Buah manggis isinya manis Frontliner memulakan kerja
Buah berangan di dalam raga Rasa penat tidak terperi
Kalau tak nak ditangkap polis Hati sayu tidak terkata
Duduklah di rumah bersama keluarga Terima kasih ucapan diberi
Buah mangga di hujung dahan Siang dan malam tidak ditunggu
Pokoknya tumbuh di tepi perigi Telatah anak tidak terduga
Tolonglah patuh pada arahan Dari yang sulung hingga ke bongsu
Jangan degil pentingkan diri Hati terhibur pengubat duka
Minum air di dalam cawan Bulan Ramadan datang menjelma
Makan nasi di dalam pinggan Bulan yang mulia penuh barakah
Patuh PKP, jangan melawan Solat jemaah satu keluarga
Stay at home ikut arahan Setiap malam dapat bertarawikh
Covid 19 sangat bahaya Bulan Syawal bulan bergembira
Meragut nyawa tak kira usia Rasa sedih tiada siapa yang tahu
Duduklah di rumah sambil membaca Sayu di hati tanpa suara
Dapat ilmu penuh di dada Hanya suara dan video call pengubat rindu
Covid 19 bukan mainan Sudah berbulan duduk di rumah
PKP bukan arahan biasa PKP bersambung entah bila nak sudah
Hargai usaha barisan hadapan Rindu sudah suasana pejabat
Semoga pengorbanan tak sia-sia Adakah sampai hari kiamat
Dihasilkan oleh : Wahida Irna KasimTarikh : Jarak semeter bagaikan pertaruhan
22 Mei 2020 Basuh tangan jadi keutamaan
Topeng muka bagaikan kelaziman
Norma baru jadi kebiasaan
Covid 19 mengejutkan dunia
Kematian datang mengejut
Peringatan dari yang Maha Esa
Bertaubatlah sebelum terlambat
Nukilan dhuha ayah & ibu
Nasrun Khalid & Salmi Soid
15 Mei 2020
23 Ramadhan 1441H
HASIL KARYA STAF
COVID19 mencatat sejarah dunia: sebuah catatan peribadi
COVID19 datangnya dari Wuhan, China. Tetamu tidak diundang ini menyerang hampir seluruh
dunia sehingga menjadi pandemik. Penularan berlaku secara mendadak kerana virus ini mudah berjangkit
melalui titisan dari hidung dan mulut serta sentuhan. Jumlah pesakit yang dijangkiti turut meningkat dan
rekod kematian yang dicatatkan juga bertambah saban hari. 18 Mac 2020 menjadi satu tarikh keramat apa-
bila Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Perge-
rakan (PKP) bagi mengekang penularan virus ini. Tarikh ini akan diingati dalam lipatan sejarah hidupku
kerana peristiwa ini berlaku ketika sambutan hari lahirku yang ke-45.
Setelah PKP dikuatkuasakan, maka Arahan Bekerja Dari Rumah atau W ork From Home (W FH)
dikeluarkan bagi kakitangan kerajaan dan swasta yang tidak terlibat dengan sektor essential. Sebagai ini-
siatif W FH, Ketua Pustakawan telah mengeluarkan arahan supaya kakitangan menghasilkan sebarang
bentuk penulisan sebagai tugasan sepanjang PKP.
PKP ini mengingatkan daku kepada cerita arwah atukku ketika zaman penjajahan komunis di mana
penduduk Tanah Melayu diarahkan berada di rumah kerana sesetengah tempat diwartakan sebagai Black
Area. Dalam usia 45 tahun, aku tidak menyangka akan melalui peristiwa seperti yang diceritakan arwah
atukku. Ketakutan di rumah sendiri.Ketakutan untuk keluar rumah.Bukan kerana takutkan ancaman
penjajah tetapi ancaman virus yang tidak dapat dilihat secara zahir.
Pelbagai bantuan disalurkan sepanjang PKP dilaksanakan bagi meringankan beban golongan yang
kurang berkemampuan dan terjejas akibat PKP. Betapa aku bersyukur dilahirkan di bumi bertuah ini,
negaraku Malaysia. Di bawah pemerintahan, pemimpin negara yang berwibawa dan prihatin dengan
kebajikan rakyat.
Ramadhan tahun ini disambut dengan kelaziman baharu dalam suasana yang serba sederhana. Tiada
solat sunat terawikh berjemaah di masjid-masjid mahupun di surau-surau. Tiada lagi bazar Ramadhan
yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa. Rakyat disarankan supaya membiasakan diri dengan
kehidupan kelaziman baharu ini. Di samping itu, sambutan Hari Raya Aidilfitri juga disambut dengan
kesederhanaan. Pulang ke kampung halaman tidak dibenarkan sekiranya melibatkan pergerakan merentas
negeri meskipun hanya sebelah sempadan. Arahan ini dikeluarkan untuk kebaikan bersama bagi
mencegah penularan virus COVID19.
Setelah selesai tempoh PKP sebanyak 4 fasa, PKPB iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
dilaksanakan. Ketika catatan ini selesai ditulis, masih dalam tempoh PKPB yang telah dilanjutkan sehing-
ga 9 Jun 2020. Aku amat merindui tugas seharian dan rakan-rakan sekerja. Semoga wabak ini segera
berakhir dan Malaysia kembali sejahtera. Ucapan jutaan terima kasih kepada petugas barisan hadapan dan
barisan pertahanan negara yang banyak berkorban untuk kesejahteraan kita semua. Hanya Allah sahaja
dapat memberi sebaik-baik ganjaran sebagai balasan bagi setiap bakti yang telah dicurahkan.
oleh: Siti Norliza Bt. Shamsudin
9 Jun 2020
#staysafe
#stayathome
#kitajagakita
HASIL KARYA STAF
KERAMAT COVID-19 BUMI MUALLIM
17 Mac 2020, tarikh keramat bermula perintah kawalan pergerakan. Ada anak kandung yang tak sempat
pulang untuk bersama keluarga. Ada yang tersekat di tengah jalan, diarah kembali ke rumah sewa kerana tidak
dibenar keluar dari sempadan negeri. Ada juga yang telah menjejak kaki di lapangan terbang, bersama tiket dalam
genggaman untuk terbang pulang. Namun apakan daya diminta kembali ke rumah sewa dan penerbangan pula
dibatalkan. Habis duit terbang..duit tiket bas, duit tiket kapal terbang!
Bermula perintah kawalan pergerakan- satu situasi yang amat janggal bagi rakyat Malaysia. Arahan untuk berada di
dalam rumah, tidak boleh keluar sesuka hati, terus berada di dalam rumah. Malah tidak boleh hadir bekerja seperti
biasa. Tiada kuliah dan tiada pejabat yang dibenar beroperasi.
Felo? Maka bermula tugas felo yang lebih berat iaitu memastikan anak kandung atau pelajar UPSI tidak keluar dari
rumah sesuka hati. Apa tugas felo ni sebenarnya? Ala-ala warden asrama juga? Jika pelajar dibawah usia 17 tahun,
bersekolah rendah atau menengah, tidaklah ketara payah nak mengawal. Namun tugas felo luar kampus lagi amat
menduga! Belum cukup 2 hari tempoh PKP, maka menjeritlah mereka..stok makanan dah habis, tiada apa yang
tinggal nak dimakan. Kat mana nak beli makanan siap masak?
Pada 19 Mac 2020, pejabat Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) memulakan langkah awal dengan mewujudkan
‘google form’, borang atas talian yang dipanjangkan, disebarluaskan melalui segala bentuk media sosial seperti
Email, Facebook, WhatsApps dan Telegram meminta semua pelajar tempatan/ anak Malaysia peringkat diploma
dan sarjana muda/degree luar kampus yang terkandas di bumi Muallim ini mengisinya. Memang ramai yang isi,
mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu 48 jam. Dan kertas kerja pun menyusul memohon bantuan dibuat dengan
segera.. tetapi kelulusan bukan dapat segera. Dengan data yang diperolehi ini, pihak UKLK mula mengeluarkan duit
poket sendiri membeli bekalan mentah utama seperti beras, sardin dalam tin, tepung gandum, minyak masak, mi
segera dan biskut untuk diedarkan kepada pelajar luar kampus. Dengan bantuan Ahli Majlis Mahasiswa Luar
Kampus yang juga terkandas, bekalan ini diedarkan kepada semua nama yang berdaftar dalam ‘google form’. Na-
mun, pelajar antarabangsa juga datang meminta, pelajar sarjana/master pun bertanya kenapa mereka tak dapat.
UKLK serahkan mereka kepada Institut Pengajian Siswazah dan Pusat Mobiliti Antarabangsa untuk uruskan.
Hampir setiap hari felo-felo luar kampus keluar merentas negeri antara Tanjong Malim, Perak dan Taman Bahtera,
Selangor mengambil bekalan, membungkus dan mengedarnya dengan bantuan 4-5 orang MMKLK. Setiap hari kami
lalu merentas sempadan, lalu sekatan pihak berkuasa dengan sekeping surat kebenaran rentas negeri. Sehingga
cukup kenal pegawai yang bertugas, dan merekapun kenal kami. Edaran bekalan makanan dibuat mengikut zon,
ada 6 zon kawasan tempat tinggal pelajar luar kampus merangkumi seluruh Daerah Muallim hingga Hulu Selangor.
Selepas 2 minggu, nama-nama ini juga diserahkan kepada pihak Bendahari untuk wang bantuan PKP.
Bila wang bantuan masuk ke akaun pelajar, bermulalah kami para felo menamakan pelajar kluster hibernasi, yang
sebelum ini berdiam diri dan menyepi yang tidak mengisi google form pada peringkat awal, mula mencari dan
menghubungi felo. WhatsApps masuk bertalu-talu memaklumkan mereka tidak dapat wang bantuan, kenapa
mereka tak dapat duit bantuan dan macam mana nak dapat duit bantuan. Soalan pertama kami, anda telah isi
‘google form’ atau kenapa tak isi google form? Jawapan mereka mudah dan bersahaja, saya tidak tahu, oh! saya
tidak perasan, saya baru tahu bila kawan sebilik beritahu dia dapat duit bantuan, saya sekarang menumpang di
rumah kawan sebab itu tidak mengisi google form dan segala macam alasan. Aduhai!
Pening para felo luar kampus, sebab data pelajar makin bertambah. Maka dibuka semula google form untuk
mereka yang tertinggal ini. Ramai juga yang ambil peluang isi google form sampaikan yang sedang dalam latihan
industri/mengajar pun isi, pelajar Master dan PhD pun isi dan yang dah awal-awal lari balik kampung, pergi ke
rumah makcik, makngah, rumah abang, kakak di luar daerah dan pelajar antarabangsa pun turut isi. Dan kali ini
kami para felo memastikan mereka benar-benar dalam lingkungan zon, dan hanya pelajar diploma dan degree
sahaja ada data dalam ‘google form’. Pening felo tidak habis, bila MPP, persatuan anak negeri dan ada fakulti yang
buat google form. Rupa-rupanya ada antara mereka ini mengisi google form lain tetapi menghubungi felo nak
minta duit.
PKP ke-2 yang bersambung, menjadikan tugas felo turut dihiasi dengan acara pelajar yang sakit, perlu dibawa ke
klinik hampir setiap hari. Sakit telinga, sakit gigi, rasa tak sihat, batuk, selsema, ada temujanji hospital, malah ada
yang perlu makan ubat setiap hari dengan kawalan doktor atau Pembantu Perubatan. Tak kira siang atau malam,
atau dinihari. Tiada had masa. Kekerapan felo yang terpaksa keluar setiap hari cuba dikurangkan bila felo dibekal-
kan ubat demam, ubat selsema dan batuk. Bekalan makanan terpaksa ditambah dan bilik operasi sentiasa dibuka
bagi memastikan tidak ada pelajar yang kelaparan.
Pengetua dan felo luar kampus berganding tenaga bersama kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar menurunkan
bekalan asas untuk diedarkan kepada pelajar luar kampus yang mnyewa rumah-rumah sewa sekitar Tanjong Malim
dan Hulu Selangor.
Warna-warni kehidupan felo luar kampus, bukan sekadar itu sahaja. Timbul pula pelajar yang dah bosan lama
sangat terkurung, menjerit, menangis saban malam. Ada yang dah keluar berjalan-jalan setiap pagi dan petang, dan
ada yang dah tepu jadi tertekan. Tekanan bila tinggal seorang diri, takut bila tiada teman berbual dan ada yang
minta pindah menumpang rumah kawan. Kaunselorpun buka pejabat bergerak. Ada juga yang minta selesaikan
masalah sewa rumah kerana terpaksa membayar sewa rumah berdua dengan rakan yang kandas. 10 rakan
penyewa dah balik ke kampung dan enggan membayar sewa, dengan alasan mereka tidak duduk di rumah itu,
sedangkan barang-barang peribadi ditinggalkan di dalam rumah sewa.
Panggilan telefon? Mestilah ada. Panggilan telefon dari ibubapa bertanya keadaan anak mereka di rumah sewa,
amat risau anak tidak menjawab panggilan telefon. Bila felo redah mencari, rupanya si anak tidur sepanjang masa
PKP. Esoknya pula ada anak mengadu kepada ibubapa tiada stok makanan dalam rumah. Bayangkan…si ibu yang
menelefon felo memberitahu anaknya tiada makanan di rumah sewa.
Masuk PKP ke-3, kesibukan felo luar kampus diserikan dengan rancangan membawa pulang pelajar yang terkandas
di bumi Muallim ini. Setiap hari felo menanti nama pelajar bertuah yang akan dihantar balik. Dan pastinya pelajar
luar kampus yang paling ramai. Pembahagian nama pelajar luar kampus dibuat kepada semua felo dan felo akan
menelefon setiap seorang pelajar ini. Ya, telefon setiap pelajar. Dan dalam masa sibuk menelefon mencari, ada
yang telah balik sendiri.
Bukan mudah bila ada yang tak angkat telefon kerana berhibernasi, kena cuba telefon sebelah petang atau tengah
malam. Berita gembira ini disambut dengan jerit tangis gembira pelajar. Siapa yang tak gembira, felopun tumpang
gembira. Masing-masing menunggu giliran dihubungi felo. Jadual penghantaran balik yang diterima membolehkan
felo menyusun atur pergerakan pelajar. Rumah-rumah yang disewa yang menjadi tempat tinggal pelajar luar
kampus ini merata kawasan taman perumahan, seluruh Muallim. Felo perlu mengatur pengambilan mereka yang
tinggal di taman-taman perumahan seperti Malim Prima, Proton City, Sekiah Makmur, Behrang sehingga ke
Bernam Jaya. Jenuh juga nak mengambil mereka ini untuk dikumpulkan di lokasi tetap pengambilan bas di hentian
bas Pintu Timur Kampus Sultan Abdul Jalil dan Taman Bahtera.
Penulis bersama ahli Majlis
Mahasiswa Luar Kampus yang
setia membantu setiap hari di
Bilik Operasi UKLK di Taman
Bahtera, lokasi paling ramai
pelajar menyewa.
Pelajar luar kampus yang menyewa rumah di sekitar Taman Bahtera, Selangor beratur
menunggu bas yang akan membawa mereka ke Dewan Tuanku Canselor atau Dewan
Kolej Harun Aminurashid untuk proses saringan dan sanitasi sebelum dihantar pulang
ke pangkuan keluarga.
Bulan Ramadan datang jua, indah dan mengujakan. Demi tugas, ada ketikanya felo berbuka puasa di bilik operasi.
Menunggu pelajar di lokasi ‘pick up’ bas, menyusun pelajar memastikan jarak dikekalkan, memastikan semua
memakai penutup hidung dan mulut serta duduk di dalam bas secara bersilang. Masa? Ada ketikanya 4:30 petang,
9:00 malam, 11:00 malam, dan 3:00 pagi.
11 Mei 2020, tarikh keramat yang ke-2 amat-amat mengejutkan! Kami para felo dimaklumkan 2 orang pelajar UPSI
positif COVID-19 setelah 5 hari tiba di Kota Kinabalu International Airport. Allahuakbar! Bagai nak luruh jantung,
terkedu…terpempan seketika. Lantaran itu, semua petugas yang berurusan dengan pelajar ini secara langsung
diarah menjalani ujian saringan, dan UPSI ‘lockdown’ semula selama dua minggu. Doa dipohon saban waktu,
menadah tangan penuh syukur bila mana petugas yang menjalani ujian semuanya negatif.
Inilah sebuah catatan sejarah ketika pandemic Coronavirus menular seluruh dunia, catatan seorang felo luar
kampus yang serba ringkas, untuk simpanan memori yang akan kekal bersama sahabat felo yang lain. Segala ceria,
beragam cerita, jalinan ukhuwah yang mesra dan kerjasama yang padu akan menjadi akar yang menunjang,
menyokong kekuatan persahabatan. Di kesempatan ini, jutaan terima kasih dilontarkan kepada pengetua, rakan-
rakan felo, adik-adik Majlis Mahasiswa, kakitangan pejabat kolej, juga tidak dilupa Timbalan Naib Canselor (Hal
Ehwal Pelajar) dan yang amat memahami serta menyokong, Puan Siti Sumaizan Ramli, Ketua Pustakawan .
Kenangan terindah seorang Felo Luar Kampus
Najah Saghirah Haroman
Felo Zon F
Kediaman Luar Kampus, UPSI.