The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Tuanku Bainun, 2021-11-05 22:16:18

Info@Pustaka Julai-Disember 2020

Info@Pustaka Julai-Disember 2020

INFO@PUSTAKA

Perpustakaan Tuanku Bainun

Bil. 31/ Julai-Disember 2020 ISSN 1675-7394

Majlis pra-perasmian UPSI Digital
Library, Kompleks Akademik
telah disempurnakan oleh
Prof. Dato’ Dr. Mohammad

Shattar bin Sabran, Naib Canselor
UPSI pada 15 Disember 2020.
Turut hadir semasa majlis
berlangsung ialah Prof. Dato’ Dr.
Md Amin bin Md Taff, Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar
& Alumni), Encik Helmi Zaifura
bin Abdul Rahman, Pendaftar
dan Mejar (B) Ramli bin Othman,
Penasihat Undang-Undang UPSI.

Gambar-gambar sekitar
majlis pra-perasmian UPSI
Digital Library, Kompleks

Akademik.

Naib Canselor UPSI dan
Timbalan Naib Canselor
(HEPA) mencuba dart di
Recreation Common area.

Barisan Pustakawan
bergambar kenangan
bersama Naib Canselor.

Pra Pelancaran UPSI Digital Library Kandungan:

Muka surat 1-2

Dari Meja Ketua Pustakawan Muka surat 4

Pengkisahan Behrang Ulu Muka surat 5-10

CSR@Pulau Pangkor Muka surat 11-14

Tiktok: Positif atau Negatif Pada Perkembangan Muka surat 14-16
Psikologi Golongan Muda

Clock-out Ketua Pustakawan: Jasamu Dikenang Muka surat 17-18

Buku yang saya baca: Anding Ayangan Muka surat 19-20

Penasihat Sidang Redaksi:
Ketua Editor
Pengarang Siti Sumaizan Ramli
Najah Saghirah Haroman
Fotografi Mohamed Zaid Mohamed Idris
Mohd Razalli Ahmad Termizi
Najah Saghirah Haroman
Muhammad Zuhad /Suliza Osman

DARI MEJA KETUA PUSTAKAWAN

Bismillahirrahmanirahim.

Assalamulaikum w.w. dan selamat sejahtera.

Dalam mengharungi cabaran pandemik COVID 19 yang melanda satu dunia,
Perpustakaan Tuanku Bainun menyediakan prosedur operasi standard (SOP)
untuk perkhidmatan dan kemudahan kepada semua pengguna. Senario
perkhidmatan perpustakaan mengikut kebiasaan baharu lebih memberi fokus
kepada 'online services' terutamanya akses kepada koleksi perpustakaan,
mengadakan webinar berkaitan perkembangan terkini penerbitan dan akses
kepada pangkalan data dalam talian serta buku elektronik. Perkhidmatan
rujukan adalah secara 'reference chat' dan perpustakaan aktif menyokong penyelidikan dan penerbitan
universiti melalui telefon, emel dan media sosial. Jelas sekali penggunaan media sosial terutama facebook
di musim pandemik dan pembelajaran dalam talian bagi pelajar UPSI, menjadi suatu kemestian kepada
perpustakaan untuk berhubung dengan mereka di mana sahaja mereka berada.

Pencapaian perpustakaan sebelum mengakhiri tahun 2020 adalah pra-pelancaran UPSI Digital
Library (UDL) yang sebelum ini dikenali sebagai Perpustakaan Kompleks Akademik. Perasmian pra-
pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr Mohamad Shatar Sabran, Naib Canselor UPSI dan
dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Bahagian Komunikasi Korporat dan
pustakawan mengikut jumlah kehadiran yang terhad bagi memenuhi penjarakkan sosial dan SOP.
Selain pembangunan perpustakaan digital, perpustakaan juga berjaya melaksanakan migrasi sistem
perpustakaan ILMU kepada sistem EKCMS (ELIAS Knowledge & Content Management System). Lati-
han berjadual diadakan untuk memahirkan staf perpustakaan menggunakan sistem ini dalam operasi
harian melibatkan perolehan bahan perpustakaan, pengkatalogan, pengurusan bahan terbitan bersiri,
proses sirkulasi dan lain-lain modul. Sistem EKCMS dibangunkan oleh Electric Library Sdn Bhd, sebuah
vendor tersohor di Malaysia. Perpustakaan berbangga kerana memilih syarikat dalam negara untuk
pembangunan UPSI Digital Library dan sistem perpustakaan.

Walaupun menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik COVID
19, perpustakaan proaktif meneruskan wacana keilmuan dan khidmat masyarakat (CSR) dengan
penglibatan staf perpustakaan dan kehadiran peserta yang terhad kerana perlu mematuhi SOP bagi
melaksanakan program atau aktiviti di perpustakaan atau lapangan. Sebelum mengundurkan diri, saya
ingin mengucapkan tahniah kepada sidang redaksi yang sangat komited dan berjaya menerbitkan
Info@Pustaka secara cetakan dan dalam talian sebanyak dua(2) kali setahun. Banyak maklumat dan
artikel yang menarik telah didokumentasi unyuk dikongsi dengan para pembaca perpustakaan saban
tahun. Akhir kata ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pembaca yang
terus mengikuti perkembangan Perpustakaan Tuanku Bainun dan UPSI. Semoga amalan membaca dan
pencarian ilmu baharu ini menjadi satu budaya dalam kehidupan harian kita. Salam hormat untuk
semua.

Terima kasih.

Siti Sumaizan Ramli

PENGKISAHAN BEHRANG ULU

Bahagian 1

Mukadimah:
Program pengkisahan Behrang Ulu telah dianjurkan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun pada
24 September 2020 bertempat di Auditorium, Perpustakaan Tuanku Bainun. Program dipengerusikan
oleh YM Dr. Raja Ahmad Shalaby bin Raja Hassan, Pustakawan Kanan dan barisan panel terdiri daripada
Dr. Haji Zabidin bin Haji Ismail, seorang penulis dan Encik Mohd. Razali bin Rafaei, penduduk Behrang
Ulu. Objektif utama program ini memberikan pendedahan terhadap sejarah keunikan kawasan
setempat, mendedahkan perjuangan menuntut kemerdekaan yang dipelopori oleh Ahmad
Boestamam, menonjolkan peranan Perpustakaan Tuanku Bainun dalam mengadakan program
berbentuk keilmuan dan melibatkan tokoh- tokoh tempatan. Program dihadiri oleh 63 orang yang
terdiri daripada warga UPSI dan masyarakat setempat dan juga telah diikuti secara “FB live” oleh
seramai 338 orang. Program ini juga boleh ditonton melalui https://youtu.be/QdPwN2JAPC0.

Panel 1:
Dr. Haji Zabidin bin Haji Ismail

Biodata ringkas:
Beliau lahir di Kampung Batu Masjid, Temoh, Perak pada 13 Januari 1956. Mendapat pendidikan awal di
Lower Secondary School, Jalan Pahang, seterusnya ke SMJK Inggeris Tapah, Perak. Seorang penulis
prolifik yang telah menghasilkan sebanyak 38 buah buku pelbagai genre kreatif dan non-kreatif.
Antaranya ialah Mokhtar Dahari Wira Bola Sepak Negara (DBP, 1999); Memoir Dato’ Shaharuddin Abdul
Rahman Kembara Panjang di Irian Jaya (Karisma, 2003); Pemikiran Politik Dalam Novel-novel Ahmad
Boestamam (UM Press, 2010); Biografi Tokoh Rao (Karyawan Pk, 2012); SuperMokh Lagenda Bola Sepak
Tanah Air (ITBM, 2013) dan 30 Tokoh-tokoh Tersohor Perak DarulRidzuan (Rasyaqeirra Pub., 2013).
Beliau memiliki Diploma Pentadbiran Awam (UiTM), Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dan Komunikasi
(UKM), Ijazah Sarjana Pengajian Penerbitan (UM) dan Ph.D (Peradaban Melayu) (UPSI), di samping
menerima anugerah Ijazah Kehormat (Doctor of Literature) dari World Academy of Arts and Culture,
California Amerika Syarikat (2013). Beliau pernah
dinobatkan oleh kerajaan Perak sebagai Pejuang
Sastera Darul Ridzuan (2014), Tokoh Budaya Perak
(2015) dan memegang jawatan sebagai Presiden
Persatuan Karyawan Perak (2006 hingga kini).
Anugerah terkini yang diterima ialah Tokoh Maal
Hijrah Daerah Batang Padang (2019). Beliau merupa-
kan seorang penulis, penyunting dan penerbit
sepenuh masa.

Ringkasan pembentangan:

Saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Perpustakaan Tuanku Bainun kerana
memberikan peluang kepada saya untuk menjadi panel dalam program ini. Behrang Ulu asalnya sebuah
perkampungan tradisi orang Melayu. Kini, ia terletak dalam daerah Muallim yang merupakan daerah
ke-11 dan paling bongsu di negeri Perak. Behrang Ulu berhampiran dengan Behrang Stesen yang lebih
dikenali. Walau bagaimanapun, kedua-duanya amat bersejarah kerana penting semasa pendudukan
Jepun dan British. Jarak Behrang Ulu dengan Slim River lebih kurang 25 km.

Sebelum pentadbiran British, Sungai Bernam termasuk dalam kawasan Tanjong Malim. Sebelum Datuk
Mustafa Raja Kamala membuka Tanjong Malim, ia dikenali sebagai Tanjong Jambu yang dibuka oleh 6
orang Bugis daripada Selangor. Datuk Mustafa yang berasal dari Raub telah bermukim di Kampung Kubu.
Kemudian Sir List, pegawai British tiba di perkampungan di tepi Sungai Bernam melihat ramai orang tem-
patan sedang mengaji Al-Quran dan memanggil tempat tersebut sebagai Muallim . Oleh kerana Kampung
Kubu pula mempunyai tanjung, pihak British kemudiannya menamakan Tanjong Malim dan melantik
Datuk Mustafa Raja Kamala sebagai Penghulu pertama Tanjong Malim. Selepas Tanjong Malim semakin
membesar, pihak British memisahkan Perak dan Selangor berdasarkan Sungai Bernam.

Behrang Ulu direntasi oleh Sungai Behrang mengalir ke Sungai Bernam. Behrang Ulu terbahagi kepada dua
kawasan utama iaitu Behrang Ulu Batu 7 dan Behrang Ulu Batu 8. Behrang Ulu Batu 7 terbahagi
kepada Kg. Baru Behrang Ulu dan Kg. Sungai Sekiah. Terdapat dua buah kampung orang asli iaitu
Kampung Chinggung terletak 1 kilometer dari Behrang Ulu Batu 8 dan Kampung Chinaen terletak di
antara Behrang Ulu dan Behrang Stesen. Mereka bersawah padi dan membawa budaya mereka di tempat
mereka merantau. Nama tempat mereka merantau akan disamakan dengan nama tempat asal mereka.
Kampung Sungai Sekiah, wujud pada awal kurun ke-20 iaitu sekitar tahun 1917. Penerokaan hutan
diketuai Panglima Ubong berketurunan Selayang bersama-sama orang Mandailing, Minangkabau dan
Rokan. Panglima Ubong adalah perantau dari Sumatera yang pernah terlibat dalam peperangan
menentang Belanda. Orang Mandailing pada peringkat awal membuat perkampungan di pertemuan
sungai Sungai Dara dan Sungai Behrang iaitu beberapa kilometer ke arah hulu Kampung Sungai Sekiah dan
kemudiannya membuat penempatan baharu di Sungai Jerenang iaitu di hulu Sungai Sekiah sebelum
akhirnya berpindah ke Kampung Sungai Sekiah. Tanah perkuburan yang terletak di Batu 7 digunakan sejak
dari permulaan pembukaan kawasan ini lagi sehingga sekarang. Kini, ia dikongsi bersama-sama penduduk
Behrang Ulu Batu 8 dan Taman Sekiah Makmur. Behrang Ulu terletak di kaki Banjaran Titiwangsa dan

Gunung Liang. Hutan belantara di sekitarnya menyebabkan hawa
sejuk pada malam hari dan berkabus tebal. Air sungainya mengalir
bersih dan segar. Sungai-sungai di kawasan ini cabangnya mengalir ke
Sungai Bernam. Sungai Sekiah dan Sungai Behrang telah diluruskan
bagi mengelakkan banjir di Kampung Sungai Sekiah. Kampung ini ter-
letak di antara pertemuan Sungai Sekiah dan Sungai Behrang serta
Sungai Dara yang mengalir melalui Batu 8. Cabang sungai-sungai ini
membentuk anak-anak sungai seperti Sungai Keroh, Sungai Jerenang,
Sungai Perabu, Sungai Perangin dan banyak lagi.

Kewujudan Kampung Baru di Batu 7 adalah berdasarkan Rancangan “Briggs”. Ia membawa keluar orang
- orang cina dari banjaran dan tepi hutan yang kemudiannya ditempatkan dalam sebuah kampung. Ini
bertujuan untuk memutuskan hubungan mereka dengan anasir komunis.
Behrang Ulu dibuka oleh perantau Minangkabau dari Sumatera Barat termasuk Raja Kechil, Tengku
Muda, Sutan Bagindo. Sutan adalah gelaran bagi sesetengah orang Minangkabau, Mandailing dan Rao.
Mereka meneroka hutan untuk dijadikan kampung pada 1900-an. Raja Kechil (bapa Allahyarham Dato’
Ahmad Boestamam) dianggap sebagai ketua masyarakat dan dihormati. Biasanya perantau ini akan
membawa budaya mereka di tempat perantauan. Mereka akan mencari penempatan yang sesuai di
tepi sungai, kaki gunung dan bukit. Kawasan ini memang habitat yang cantik untuk pokok durian. Lama-
kelamaan, kawasan yang diterokai itu menjadi sebuah kampung kerana diduduki ramai perantau dan
keluarga. Kampung Sungai Sekiah, wujud pada awal kurun ke-20 iaitu sekitar tahun 1917. Penerokaan
hutan diketuai Panglima Ubong berketurunan Selayang bersama orang-orang Mandailing, Minangkabau
dan Rokan. Panglima Ubong adalah perantau dari Sumatera yang pernah terlibat dalam peperangan
menentang Belanda. Mereka lari dari Sumatera datang ke Tanah Melayu dan menukar nama mereka
agar tidak dikenali oleh British. Orang Mandailing pada peringkat awal membina perkampungan di
pertemuan Sungai Dara dan Sungai Behrang iaitu beberapa kilometer ke arah hulu Kampung Sungai
Sekiah dan kemudiannya membina penempatan baharu di Sungai Jerenang iaitu di Hulu Sungai Sekiah
sebelum akhirnya berpindah ke Kampung Sungai Sekiah.

Kubur lama di Batu 7

Tanah perkuburan yang terletak di Batu 7 digunakan sejak daripada permulaan kawasan ini lagi sehing-
ga sekarang. Kini, ia dikongsi bersama-sama penduduk Behrang Ulu Batu 8 dan Taman Sekiah Makmur.
Timbul persoalan jika Behrang ada hulu sahaja, orang mungkin tertanya di mana hilirnya seperti Hulu
Perak ada Hilir Perak. InshaAllah, akan diterangkan oleh panelis ke-2 nanti.

Bangunan lama SK Behrang Ulu,
Batu 8

Sekolah Kebangsaan Behrang Ulu bermula di sebuah rumah kepunyaan Tuan Haji Jalin yang menempat-
kan 50 pelajar dan dinamakan Sekolah Melayu Behrang. Dibina pada 1919 atas tanah wakaf Sutan
Bagindo. Pada tahun 1921, bangunan sekolah dan sebuah rumah guru didirikan di atas tapak wakaf.
Pada tahun 1941 semasa Perang Dunia Ke-2 bangunan sekolah dan rumah guru rosak teruk.
Persekolahan terhenti selama tiga tahun. Sekolah dibuka semula tetapi ditempatkan di bawah
bangunan masjid. Sekolah ini pernah dijadikan pejabat pentadbiran British pada 1945. Tahun 1946,
Jabatan Pelajaran Perak menyerahkan pentadbiran sekolah kepada Sultan Idris Teaching College (SITC),
Tanjong Malim. Namanya diubah kepada Sekolah Latihan Behrang (SLB). Hanya ada seorang guru tetap
dan dijadikan guru besar manakala guru-guru penolong datang mengajar secara bergilir-gilir dari SITC.
Tahun 1947, bangunan sekolah dan rumah guru dibaiki. Pada tahun 1949, SLB ditutup kerana guru SITC
mogok. Tahun 1950 , sekolah ini dibuka semula. Tahun 1952 sebuah bangunan didirikan dengan kos 2
ribu ringgit hasil sumbangan awam dan kerajaan. Tahun 1957, jumlah guru 8 orang termasuk seorang
ustaz. Tahun 1968 , sebuah bangunan tambahan (3 bilik darjah dan bilik Guru Besar), bekalan air paip
disediakan. Tahun 1984 barulah sekolah ini menerima bekalan elektrik.

SK Behrang Ulu, Batu 8(sekarang)

Dato’ Seri Dr. Burhanuddin al-Helmi juga pernah belajar di SK Behrang Ulu. Beliau berasal daripada
Changkat Tualang dan berketurunan Minangkabau. Beliau merupakan seorang pejuang kebangsaan dan
merupakan Presiden Parti Islam Se– Malaysia (PAS) (1956-1969).

Ahmad Boestamam sinonim dengan Behrang Ulu sama seperti apabila menyebut Universiti Malaya
(UM) kita akan ingat Professor Diraja Ungku Abdul Aziz . Beliau juga mendapat pendidikan rendah di SK
Behrang Ulu. Nama asal beliau ialah Abdullah Thani bin Raja Kechil. Seorang sasterawan dan tokoh
politik. Beliau adalah orang yang pertama yang melaungkan perkataan merdeka, merdeka, merdeka.
Walaupun, masyarakat masih belum mengerti mengenai merdeka. Beliau merupakan pengasas
Angkatan Pemuda Insaf (API). Ada juga orang berpendapat bawa API ini adalah Angkatan Penghalau
Inggeris. API bergerak seiring dengan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM).

Secara kesimpulannya, Behrang Ulu mempunyai prospek yang baik untuk dimajukan kerana dikelilingi
oleh INSTUN, UPSI, FELDA Sungai Behrang, Bandar PROTON, Tanjong Malim dan Bandar Behrang 2020.
Daerah Muallim kian berkembang , penduduknya berjumlah seramai 71,110 orang (2010) melonjak
kepada seramai 152,000 orang pada tahun 2020 (unjuran Majlis Daerah Tanjong Malim). Tanjong
Malim kawasan tepubinanya lingkungan radius sejauh 10 kilometer merangkumi Ulu Bernam,Selangor;
Bandar Proton, Behrang 2020 dan Behrang Stesen. Tanjong Malim terletak 90 km (55.9 batu) di utara
Kuala Lumpur dan telah diisytihar sebagai Bandar Belia. Justeru itu, Behrang Ulu akan merasai tempias
hasil pembangunan entiti di sekelilingnya. Apakah Behrang Ulu menjadi Kampong Bharu di Kuala Lum-
pur pada tiga puluh tahun akan datang?

Ditulis oleh: Mohd Razalli Ahmad Termizi
Timbalan Ketua Pustakawan

Bersambung di keluaran 2021

CSR@PULAU PANGKOR

Aktiviti Kemasyarakatan PTB Pasca Pandemik

Perpustakaan Tuanku Bainun sentiasa bergerak aktif melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial sejajar
dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memasyarakatkan universiti, berkongsi kepakaran
dan memberikan nilai tambah terhadap meningkatkan intelektual komuniti setempat. Pemilihan tempat
untuk melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial ini dibuat di luar Daerah Muallim dan ini merupakan
kali pertama Perpustakaan Tuanku Bainun melakukan aktiviti CSR ini di luar zon selesa.

Program khidmat masyarakat yang dianjurkan bersama dengan Pusat Transformasi Komuniti &
Universiti (UCTC) dan Perbadanan Perpustakaan awam Negeri Perak (PPANk) telah diadakan di Sekolah
Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung yang bertempat di Pulau Pangkor. Pemilihan sekolah
berkenaan bertepatan dengan objektif setiap aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan iaitu
memberikan pendedahan pengurusan pusat sumber sekolah, memberikan kemahiran mengurus dan
memproses koleksi bahan pusat sumber di samping objektif utama untuk menaiktaraf pusat sumber
sekolah. Pasukan yang terdiri daripada 11 orang kakitangan daripada pelbagai bahagian diketuai oleh
Timbalan Ketua Pustakawan iaitu En. Mohamed Zaid bin Mohamed Idris. Pasukan ini telah memulakan
kerja – kerja naiktaraf ini daripada 27 September sehingga 29 September 2020 manakala pada 30
September 2020 adalah majlis perasmian dan penjenamaan semula pusat sumber kepada nama
Maktabah Al-Ridzuan.

Sebahagian daripada ahli
bergambar di hadapan

Sesi mesyuarat bersama
Pengetua SMTDR
Daerah Manjung.

CSR@PULAU PANGKOR

Aktiviti Kemasyarakatan PTB Pasca Pandemik

Kerja-kerja naiktaraf ini melibatkan beberapa perkara sebagai teras aktiviti iaitu (1) susun atur
ruang, (2) dekorasi fizikal, (3) kemahiran proses bahan, dan (4) segmentasi ruang di dalam pusat
sumber. Teras aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan yang dilakukan mengikut adual yang ketat.
Walau bagaimana pun, pasukan khidmat masyarakat ini telah berdepan dengan kekangan yang
memaksa jadual perlu diasimilasikan agar dapat mencapai garis masa yang telah ditetapkan. Tugas-
tugas yang dilaksanakan sehingga di waktu dinihari membuahkan hasil apabila Wakil Pengarah Jabatan
Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan pihak Pengurusan Sekolah memuji hasil usaha pasukan dan
menjadikan projek ini sebagai projek rintis untuk lain-lain sekolah menengah tahfiz di bawah
pengurusan JAIPk. Majlis perasmian yang diadakan pada 30 September 2020 turut dihadiri oleh Puan
Suraya binti Hj. Ariffin (Wakil Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak), Cik Siti Haslina
binti Hasmek (Wakil Pengarah UCTC UPSI), Wakil Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, para guru dan
murid SMT darul Ridzuan daerah Manjung.

Pelajar SMTDR
Daerah Manjung
turut membantu
semasa projek
naiktaraf Pusat
Sumber.

Kerja-kerja mengecat
lantai sedang
dilaksanakan.

CSR@PULAU PANGKOR

Aktiviti Kemasyarakatan PTB Pasca Pandemik

Masih melakukan kerja kerja naiktaraf sebelum Usaha murni yang dilaksanakan
majlis perasmian bermula tidak terhenti di situ dan tugas seterusnya
akan digalas oleh PPANPk untuk
menyediakan kemahiran pengurusan pusat
sumber dan pemprosesan bahan melalui
bengkel yang akan dianjurkan. Pihak
Perpustakaan Tuanku Bainun juga akan
meninjau perkembangan ke atas Maktabah
Al-Ridzuan untuk memastikan impak
keberkesanan program yang telah
dilaksanakan.

Di sekitar Majlis
Perasmian dan

Penjenamaan Semula
Pusat Sumber.

Ketua Pustakawan,
Puan Hajah Siti
Sumaizan Ramli
merasmikan Pusat
Suimber Maktabah Al-

CSR@PULAU PANGKOR

Aktiviti Kemasyarakatan PTB Pasca Pandemik

Sekitar gambar
sebelum dan
selepas naiktaraf
Maktabah Al-

Ridzuan.

Disediakan oleh:
Mohamed Zaid b. Mohamed Idris
Timbalan Ketua Pustakawan Kanan

TikTok: Positif Atau Negatif Pada Perkembangan Psikologi Golongan Muda

Program Galakan Membaca Heritage Trail 2 Dalam Talian: Kuala Lumpur World Book Capital (KLWBC) 2020

Perpustakaan sebagai agen penyebaran maklumat dan ilmu mengambil tanggungjawab untuk mendidik
masyarakat terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan serta menggunakan aplikasi Tik-
Tok sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran. Slot ini juga membicarakan isu TikTok
secara terbuka untuk mengubah perspektif negatif masyarakat terhadap aplikasi tersebut.

Panel jemputan bagi membicarakan topik ini ialah Encik Ahmad Shazwi bin Ahmad Shukri yang
merupakan Pegawai Kaunselor UPSI. Manakala, moderator ialah Saudara Naqiuddin bin Abd Hadi,
pelajar tahun 2 dari Fakulti Sains dan Matematik. Slot dalam bentuk bual bicara ini disiarkan secara FB
live melalui platform Persatuan Pustakawan Malaysia dan Perpustakaan Tuanku Bainun telah menarik
tontonan 1,580 orang secara langsung.

Encik Ahmad Shazwi (kiri)
sebagai panel jemputan
dan SaudaraNaqiuddin
(kanan) sebagai moderator.

Antara isu yang disentuh oleh panel ialah sejarah ringkas
penggunaan TikTok, pandangan Islam mengenai TikTok, kesannya
pada psikologi remaja, punca penyalahgunaan TikTok, kesan-kesan
positif dan bagaimana TikTok boleh diaplikasikan dalam dunia
perbukuan serta aktiviti pembacaan. Sebanyak 8 soalan secara
langsung telah sempat dihuraikan oleh panel. Antaranya, rasional
penggunaan TikTok di kalangan ahli akademik, isu kanak-kanak
terpengaruh dengan TikTok, tindakan perundangan yang boleh
diambil jika berlaku pencabulan hak-hak persendirian melalui Tik-
Tok, isu penggunaan TikTok di sekolah dan langkah-langkah sesuai
untuk mengubah fikiran negatif ibubapa terhadap penggunaan
TikTok.

TikTok: Positif Atau Negatif Pada Perkembangan Psikologi Golongan Muda

Program Galakan Membaca Heritage Trail 2 Dalam Talian: Kuala Lumpur World Book Capital (KLWBC) 2020

Antara aktiviti lain yang dijalankan sepanjang bual bicara ini ialah ulasan 4 artikel berkenaan dengan
aplikasi TikTok dan sesi kuiz secara dalam talian. Artikel-artikel yang diulas adalah seperti berikut:
1. Anderson, Katie Elson.”Getting acquainted with social networks and apps: it is time to talk about Tik

Tok” Library Hi Tech News No. 4 2020. pp. 7-12.
2. Jensen, Kelly. “What makes these Librarians TikTok?” School Library Journal. August 2020. pp. 32-34.

3. How teachers and students are
using TikTok in the classroom
https://www.learningliftoff.com/
tiktok- in-the-classroom/
4. Teachers on TikTok: reinventing
teaching for new generations
https://observatory.tec.mx/edu-
news/teachers-on-tiktok-world-
teachers-day

Kesimpulannya, slot ini menjadi
langkah awal membuka minda
masyarakat untuk menggunakan
Puan Firdausiah (penyelaras program) TikTok secara positif. Pengawasan
sedang menjalankan perbincangan akhir ke atas penyalahgunaan media
dengan panel dan moderator. sosial termasuk TikTok perlu
sentiasa dipantau sejak usia kanak
-kanak lagi. Aktiviti perpustakaan dan
budaya membaca boleh dijalankan
melalui penggunaan TikTok. Manaka-
la elemen video pendek dalam TikTok
boleh menjadikan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dan pusat
pengajian tinggi menjadi lebih
menarik dan menyeronokkan.

Encik Khairul (penyelaras teknikal) dalam
proses memastikan semua peralatan
berfungsi dengan baik.

Rakaman slot ini boleh dicapai melalui:
www.facebook.com/ppm55/videos/121693672975737/ dan www.youtube.com/watch?v=Vc0jcr2NJmo

Oleh:
Mohd. Razalli b. Ahmad Termizi

PERSARAAN KETUA PUSTAKAWAN

PUAN SITI SUMAIZAN

Tanggal 18 Disember 2020, Perpustakaan Tuanku Bainun telah kehilangan seorang Ketua Pustakawan.
Puan Siti Sumaizan binti Ramli, bersara sebagai kakitangan dan Ketua Pustakawan Universiti Pendidikan
Sultan Idris , namun beliau akan terus bergerak aktif dalam arena kepustakawanan. Seluruh kakitangan
perpustakaan merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas jasa bakti beliau selama
berada di Perpustakaan Tuanku Bainun.

Majlis Sanjungan Budi sempena persaraan Puan Siti Sumaizan Ramli turut
dihadiri Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar bin Sabran dan
pegawai tertinggi UPSI.

Puan Siti Sumaizan Ramli memberikan ucapan terakhirnya sebagai Ketua
Pustakawan, Perpustakaan Tuanku Bainun.

PERSARAAN KETUA PUSTAKAWAN

PUAN SITI SUMAIZAN BINTI RAMLI

Berasah parang bersepuh lama
menjadi senjata pahlawan handal
Susah senang ditempuh bersama
Menjadi jasa buat yang tinggal
Lipat sirih di tapak tangan
Letak sekapur dalam dupa
Budi yang baik jadi kenangan
budi tuan kami tak lupa
Hajat nak tawan gunung nan tinggi
Liarnya haiwan jangan selisih
terpahat kenangan tugu memori
pergilah dengan ingatan kasih
Selamat bersara
Puan Siti Sumaizan Ramli
Ketua Pustakawan.

‘Clock out’ terakhir yang turut disaksikan Naib Canselor UPSI.

Lambaian seorang Ketua Pustakawan sebelum meninggalkan Perpustakaan
Tuanku Bainun, UPSI.

Oleh: Najah Saghirah binti Haroman

ANDING AYANGAN

Buku Yang Saya Baca

Judul: Anding Ayangan
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd, 2019.

Anding Ayangan, tajuk novel Ramlee Awang Murshid telah lama di rak kayu. Bila PKP 2.0 baru
tergerak tangan mencapai novel ini untuk baca! Lokasi dalam cerita membawa kita ke Sabah dan
Brunei, dan mengetengah bahasa Brunei dan agak susah nak faham tetapi jangan bimbang, ada
glosari disediakan.
Jalan cerita yang mengisarkan dua kerajaan iaitu kerajaan Anding dan kerajaan Ayangan pada
tahun 1414H. Kerajaan Ayangan percaya Tuhan yang satu manakala Anding meyakini Allah Yang
Maha Esa. Jika diteliti, dimasukkan unsur fahaman syiah dan Sunnah wal Jamaah. Kerajaan
Ayangan pernah diperintah oleh Raja Tabakbauta' merupakan sebuah kerajaan yang digeruni dan
sangat berkuasa pada zamannya. Ayangan telah menguasai dan menakluk semua wilayah kecuali
Anding. Anding yang meyakini Allah Yang Maha Esa sangat kukuh dan sukar untuk ditumbangkan.

ANDING AYANGAN

Buku Yang Saya Baca

Setiap kali percubaan untuk memasuki Anding, bala tentera Ayangan akan tumpas ketika melalui
tembok bertampik yang merupakan benteng kuat Anding. Bala tentera Ayangan akan hancur lebur
apabila melalui tembok bertampik itu. Dalam percubaan menumbangkan Anding berkali-kali,
akhirnya Anding Berjaya ditumpaskan dengan pembelot, yang berada di dalam tembok bertampik
dan akhirnya menjadi kerajaan Anding Ayangan.

Kisah Anding dan Ayangan ini diceritakan oleh Nyian, seorang yang ditemui terapung di Sungai
Papar. Nyian tidak tahu asal-usul sendiri dan lupa ingatan. Beliau menceritakan dongeng Anding
Ayangan ini kepada Damit dan Buntak tanpa menyedari penceritaannya itu benar-benar berlaku di
dunia sebelah sana, sebuah dunia yang lain. Nama-nama watak dalam novel ini unik seperti Raja
Tabakbauta, Betatar, Nyian, Damit, Dang Bisai, di samping nama yang biasa kita dengar iaitu
Salleh, Furqan Ayyubi, Pangeran Haji Durrahman yang menampakkan pengaruh Islam. Watak Da-
tuk Johar merupakan seorang ahli politik yang terkenal di daerah Papar, murah hati dan sering
membantumasyarakat sekitar Papar. Di sisi lain pula, Datuk Johar seorang yang penuh misteri.

Keterujaan membaca Anding Ayangan adalah kerana plot cerita pada tidak mengikut turutan bab.
Tidak boleh melangkau muka surat sepertimana saya buat semasa membaca novel cinta.
Pembacaan saya tamat dengan cerita yang tergantung. Siapa sebenarnya di sebalik Raja Tabak-
bauta' dan Raja Suir, yang pernah memerintah Laut Selatan dan memisahkan Ayangan dan
Anding, apakah kesudahan Nyian dan Damit yang memasuki relung masa yang menemui Chahaya
dan apakah kesudahan Betatar yang akhirnya bersua muka dengan Datuk Johar?

Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggunakan plot merentasi relung masa di dalam Anding
Ayangan seperti dalam novelnya Bagaikan Puteri. Bila diteliti rak buku dalam rumah, baru saya
perasan judul-judul buku Ramlee Awang Murshid yang lain iaitu Banja Manggala, Aku Bercerita,
Hijab Sang Pencinta, Raudhah, Sunan Musafir, ADAM(aku darah anak merdeka dan Mikhail, dan ya
memang thriller, disulami cinta dan pegangan berlandaskan Islam. Dan di belakang muka surat,
penulis meletakkan juga rujukan beliau.

Najah Saghirah binti Haroman

PTB, UPSI.


Click to View FlipBook Version