The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Tuanku Bainun, 2020-11-20 03:00:16

Info@Pustaka Januari-Jun 2017

Buletin Jan Jun 2017

INFO@PUSTAKA

ISSN :1675-7394 http://pustaka.upsi.edu.my
Januari-Jun 2017

Fakta menarik:

Manusia Perak atau
Perak Man adalah

rangka manusia
yang tertua pernah

dijumpai (sekitar
11,000 tahun-zaman
batu era Palaeolithic)

dan satu-satunya
tengkorak sempurna

manusia yang
ditemukan di
Semenanjung

Malaysia.

Menarik di dalam:

Sambutan Hari 3
Buku

Emas untuk OASIS 4

Pengurusan Risiko 5

Menyantuni anak 7-8
pelarian Rohingya

Library Roadtour 10

Koleksi media 15

Hari Pustakawan 17 Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris yang baharu
Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar bin Sabran membuat kunjungan

ke Perpustakaan Tuanku Bainun pada 10 Mac 2017.

Muka surat 2 INFO@PUSTAKA

Dari Meja Ketua Pustakawan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t. dengan limpah kurniaNya kita bersua
kembali dalam Info@Pustaka edisi Januari-Jun 2017.

Keluaran tahun ini lebih meriah dengan pelbagai acara dan program yang telah
berlangsung dengan jayanya pada separuh tahun pertama ini. Saya merakamkan
setinggi-tinggi tahniah kepada semua kakitangan yang telah berusaha bersungguh-
sungguh dalam merealisasikan peranan perpustakaan dalam menyebarkan ilmu dan
maklumat kepada masyarakat universiti malah melangkaui masyarakat awam sekitar.

Sehingga kini, perpustakaan menjadi tumpuan dan tempat rujukan kepada seluruh warga
Tanjong Malim tanpa mengira usia dan kerjaya. Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang
sekali lagi menjulang nama Perpustakaan Tuanku Bainun dengan membawa pulang pingat emas
dalam Konvensyen Mini Team Excellence 2017 Wilayah Utara di Hotel Ixora Seberang Jaya, Pulau
Pinang. Saya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pelajar-pelajar Fakulti Seni
Komputeran dan Industri kreatif yang menyumbangkan hasil karya projek tahun akhir, Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Seni 2017 untuk dipamerkan dalam perpustakaan. Suasana dalam perpustakaan
semakin ceria dengan pameran seni ini.

Jumpa lagi pada keluaran akan datang!

Rusliza Yaaacob

Dari Meja Ketua Pengarang

Bismillahirrahmanirrahim

Salam tahun baru 2017 kepada semua pembaca dan pengguna perpustakaan.

Khalayak ramai sedang memperkatakan mengenai Industri 4.0 atau Revolusi
Industri 4.0. Selepas Revolusi Industri 1.0, 2.0 dan 3.0, kini muncul yang ke 4.0 yang
memberi tumpuan kepada 'Internet of things', 'big data','cloud computing' dan 'data
security'.

Maka peranan perpustakaan juga berubah dalam memberi perkhidmatan dan
kemudahan kepada pengguna. Langganan bahan perpustakaan secara elektronik
akan mengatasi bahan bercetak dan langganan jurnal akan datang lebih berkonsepkan 'cloud
subscription'. Pinjaman dan pemulangan buku juga akan berlaku secara 'cloud borrowing and
returning of e-books' dengan mengambil kira tempoh pinjaman dan keselamatan data buku serta
data pengguna.

Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat
berbentuk 'Pinterest' lebih digemari. Benarlah pepatah Inggeris yang mengatakan 'a picture
represents a thousand words'. Info@pustaka menyajikan bahan berita bergambar untuk tatapan
semua pembaca. Beberapa aktiviti menarik telah diadakan seperti menyantuni anak pelarian
Rohingya, bengkel bibliometrik dan bengkel pengurusan data, serta promosi berterusan ‘library
roadtour’ dan koleksi sumber media.

Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman
web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan. Semoga ia menepati cita rasa pembaca masa kini
untuk mendapat sedikit tambahan ilmu dan pengetahuan.

Salam hormat dan bertemu lagi dalam isu akan datang.

Siti Sumaizan Ramli

INFO@PUSTAKA Muka surat 3

SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA Muk

Pada 25 April 2017, warga Perpustakaan Tuanku Bainun dan pengguna
perpustakaan turut bersama menyokong kempen MEMBACA selama 10 MINIT

bersempena sambutan Hari Buku Sedunia.

Muka surat 4 INFO@PUSTAKA

PINGAT EMAS UNTUK KIK OASIS

Sekali lagi kumpulan KIK Oasis daripada Perpustakaan Tuanku Bainun telah berjaya
merangkul Pingat Emas bagi projek bertajuk PENCARIAN BAHAN PERPUSTAKAAN

MENGGUNAKAN OPAC KURANG EFISIEN di Konvensyen Mini Team Excellence 2017 Wilayah
Utara di Hotel Ixora Seberang Jaya, Pulau Pinang. Inovasi OffPAC ini telah berjaya
menambat hati para juri. TAHNIAH Oasis!

INFO@PUSTAKA Muka surat 5

KURSUS PENGURUSAN RISIKO PERPUSTAKAAN

Prof Madya Mohd Shoki Md Arif

Kakitangan Perpustakaan Tuanku Bainun mengikuti Kursus Pengurusan Risiko
Perpustakaan anjuran Unit Latihan Bahagian Sumber Manusia. Kursus

dikendalikan oleh Prof Madya Mohd Shoki Md Arif, pensyarah di Jabatan
Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Pengurusan UTM pada 3-4 April 2017.

Muka surat 6 INFO@PUSTAKA

MENYANTUNI ANAK-ANAK PELARIAN ROHINGYA

16 Mei 2017-Perpustakaan Tuanku Bainun yang terdiri daripada 15 orang kakitangan telah
membuat perubahan dengan memasang tikar getah baru di sekolah komuniti Rohingya
yang terletak di Kampung Cheras Baru dan memasang rak buku di sudut bacaan sekolah.
Kerja-kerja pemasangan rak buku dan tikar getah telah dibuat oleh kakitangan sendiri
dengan dibantu oleh murid-murid lelaki. Selesai kerja pemasangan rak, semua buku telah
disusun semula di atas rak di tingkat 1 dan 2 mengikut peringkat umur dan tahap.

INFO@PUSTAKA Muka surat 7

MENYANTUNI ANAK-ANAK PELARIAN ROHINGYA

Perpustakaan Tuanku Bainun juga turut menyumbang buku-buku bacaan kepada sekolah
untuk bacaan murid-murid sekolah ini. Ini bertepatan dengan objektif untuk melahirkan
generasi celik ilmu dan meningkatkan budaya membaca sebagai satu amalan. Sekolah
komuniti ini diusahakan oleh Malaysian Relief Agency, sebuah organisasi bantuan
kemanusiaan. Turut bersama adalah guru yang mengajar murid-murid secara sukarela dan
penyelia sekolah iaitu Hajah Fauziah Tahar. Semoga sumbangan kecil ini memberi manfaat
kepada warga Sekolah Komuniti Rohingya.

Muka surat 8 INFO@PUSTAKA

BENGKEL BIBLIOMETRIK PENERBITAN PENYELIDIKAN
PASCASISWAZAH FAKULTI PENGURUSAN EKONOMI

SIRI 1/2017

Pada 19 Mei 2017, Bahagian Perkhidmatan Sokongan Akademik & Seranta melalui Unit
Rujukan dan Perundingan telah mengadakan satu Bengkel Bibliometrik Penerbitan
Penyelidikan Pascasiswazah dengan kerjasama Persatuan Pascasiswazah Fakulti
Pengurusan Ekonomi yang bertempat di Bilik Seminar Blok 10 Aras 3, Fakulti Pengurusan
Ekonomi. Encik Nurul Kashfi bin Subri, Pustakawan Kanan PTB merupakan individu yang
menguruskan data penerbitan universiti dan mempunyai pengalaman dalam bidang
bibliometrik penerbitan telah berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam bengkel yang
dianjurkan ini.
Bengkel ini dijalankan sebanyak dua sesi iaitu sesi pagi yang dihadiri oleh pensyarah Fakulti
Pengurusan Ekonomi dan sesi petang dihadiri oleh pelajar pascasiswazah. Matlamat
bengkel ini adalah untuk memupuk budaya penyelidikan dan penerbitan di kalangan
pelajar dan pensyarah, serta memberi pendedahan kepentingan sesebuah penerbitan
ilmiah kepada universiti. Bibliometrik adalah indikator dalam penyediaan penerbitan
penyelidikan yang berkualiti. Selain itu, ia menjadikan perpustakaan sebagai pakar rujuk
dalam membantu pelajar dan pensyarah bagi penghasilan penyelidikan dan penerbitan.

Disediakan oleh:
En. Nurul Kashfi Bin Subri

INFO@PUSTAKA Muka surat 9

BENGKEL PENGURUSAN DATA UNIVERSITI DAN SISTEM MAKLUMAT BPSA

Pada 9 Mei 2017, Bahagian Perkhidmatan Sokongan Akademik & Seranta(BPSA) melalui
Unit Rujukan dan Perundingan telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Data Universiti dan
Sistem Maklumat BPSA kepada kakitangan BPSA di Makmal Latihan IT, Perpustakaan.
Tujuan utama penganjuran bengkel ini adalah untuk melihat proses kerja dan carta alir
dalam penjanaan data penerbitan berindeks seperti Scopus, Web of Science, ERA dan
MyCite. Maklumat daripada data ini akan digunakan bagi keperluan univesiti. Penglibatan
semua kakitangan BPSA dalam memberi input dan berbincang akan proses kerja yang
dilakukan ini membantu dalam mengenalpasti sebarang kelemahan atau
penambahbaikkan proses kerja dalam penjanaan data penerbitan universiti ini.
Selain itu, bengkel ini juga mengemaskini keperluan bagi sistem-sistem penyebaran
maklumat yang diuruskan oleh BPSA seperti Sistem Profil Penerbitan Pensyarah, IPAC, ISYS-
SPP, Siberprob dan RIMS-RIMC. Pengurusan sistem maklumat BPSA yang bersepadu dan
sistematik diharap dapat membantu pengguna dalam mendapatkan maklumat yang
lebih tepat.

Disediakan oleh: Nurul Kashfi Bin Subri

Muka surat 10 INFO@PUSTAKA

LIBRARY ROADTOUR@ E-LEARNING

Staf Unit Sirkulasi sedang mempromosikan
perkhidmatan Books On Wheels

Pelajar-pelajar yang Pelajar-pelajar mencuba nasib meneka
menyertai aktiviti Fun bilangan batang ais krim.

Corner Antara staf JPPHB dan Pusat ICT yang
turut berkunjung ke booth Library

INFO@PUSTAKA Muka surat 11

Majlis pelancaran NILAM, Kem Membaca 1Malaysia
dan VLE FROG di SKTM

12 April 2017 --- Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim menjemput Puan Rusliza bt Yaacob,
Ketua Pustakawan Perpustakaan Tuanku Bainun untuk merasmikan Majlis Pelancaran
NILAM, Kem Membaca 1Malaysia dan VLE FROG. Majlis berlangsung dengan meriah di
pekarangan sekolah, yang turut dihadiri Pustakawan UPSI, guru-guru serta murid-murid
Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim.

Muka surat 12 INFO@PUSTAKA

LAWATAN KE PTB SEPANJANG JANUARI-JUN 2017

Lawatan Universitas National, Yogyakarta
Indonesia pada 18 Januari 2017

Lawatan Universitas Al-Muslim, Acheh
Indonesia pada 25 Januari 2017

Lawatan USIM & UKM pada 22 Februari 2017

Lawatan SMK Gombak Setia, KL
pada 25 Februari 2017

Lawatan SMK Tun Ismail, Johor pada Lawatan SMK Sultan Ismail 2,
14 Mac 2017 Terengganu pada 17 Mac 2017

INFO@PUSTAKA Muka surat 13

LAWATAN KE PTB SEPANJANG JANUARI-JUN 2017

Lawatan Kolej Vokasional Balik Pulau, Lawatan SMK Senawang 3, Seremban,
P.Pinang pada 15 April 2017 N.Sembilan pada 27 April 2017

Lawatan Jabatan
Pendidikan Selangor

pada 3 Mei 2017

Lawatan SK Sungai Behrang, Slim River
pada 17 Mei 2017

Lawatan Fakulti Pengurusan
Maklumat, UITM Puncak
Perdana
pada 24 Mei 2017

Muka surat 14 INFO@PUSTAKA

PAMERAN DI PERPUSTAKAAN

Hasil Projek Tahun Akhir Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni 2017
yang dipamerkan di PTB.

INFO@PUSTAKA MARI MENJENGUK KOLEKSI MEDIA Muka surat 15

Ruang pameran dan promosi
koleksi media

DVD Kemudahan komputer untuk menggunakan Internet
dan Pangkalan data i-Media

Koleksi Media merupakan himpunan koleksi bahan bukan buku seperti DVD, VCD, skor muzik, peta, CD-ROM, CD audio,
kit, kaset audio dan 'courseware'. Koleksi ini terletak di aras 4, Perpustakaan Tuanku Bainun.
Perkhidmatan yang ditawarkan;
1. Peminjaman dan pemulangan bahan media

Kategori pelanggan Kelayakan pinjaman Tempoh pinjaman Kadar denda

Semua ahli 2 unit Tujuh (7) hari bekerja RM1.00 untuk satu (1)
Perpustakaan Tuanku bahan, satu (1) hari

Bainun

2. Ruang Tayangan
Sebanyak 3 ruang tayangan disediakan untuk pelanggan menikmati tayangan video pilihan. Setiap
ruang boleh memuatkan seramai 4-6 orang mengikut keselesaan.

3. Pustaka i-Media
Pustaka i-Media merupakan pangkalan data bahan media yang dibangunkan secara dalaman untuk
kemudahan pelanggan menyaksikan sedutan atau 'trailer' bagi bahan media yang ada di dalam
koleksi.

Waktu Perkhidmatan

9.00 am - 5.00 pm (Isnin - Khamis)
1.00 pm - 2.00 pm (Tutup)

9.00 am - 12.15 pm (Jumaat)
12.15 pm - 2.45 pm (Tutup)
2.45 pm - 5.00 pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum (Tutup) ‘Courseware’ Skor Muzik

Hubungi kami untuk maklumat lanjut;
Unit Serial, Media dan Sumber Elektronik 05-4505492/6801

Muka surat 16 INFO@PUSTAKA

JASAMU DIKENANG…
SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

Saudara Mohd Fazli bin Mohd
Rasmi

Keluarga Perpustakaan Tuanku Bainun mengucapkan selamat bertugas dan selamat maju
jaya kepada Encik Mohd Fazli bin Mohd Rasmi yang bertukar ke Fakulti Sains Sukan dan
Kejurulatihan. PTB juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas
khidmat baktinya sepanjang berada bersama keluarga PTB.

INFO@PUSTAKA Muka surat 17

SAMBUTAN HARI PUSTAKAWAN

Sambutan Hari Pustakawan 2017 disambut meriah! Kali ini bertemakan ‘rock and roll’ dan
majlis makan malam diadakan pada 10 Mei 2017 di Sarang Art Hub, Tanjung Malim diiringi
kumpulan Buskers. Semoga tradisi ini dapat diteruskan setiap tahun untuk mengeratkan
silaturrahim sesama pustakawan.

INFO@PUSTAKA BERITA KELAB KAKITANGAN Muka surat 18

Sukan Tertutup Kelab Kakitangan Perpustakaan Tuanku Bainun (KLiK) telah diadakan pada
bulan April dan disertai semua kakitangan PTB. Antara acara sukan yang dipertandingkan
adalah badminton, bola tampar, ping pong, dam, dart dan larian kampus mengikut
rumah. Pasukan Blue Avatar telah dinobatkan sebagai juara, diikuti naib johan pasukan
Black Decepticon, tempat ketiga pasukan Purple Paladins dan tempat keempat pasukan
Yellow Bumblebee. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 19 April 2017 di
Auditorium PTB. Syabas kepada semua!

Muka surat 19 INFO@PUSTAKA

Majlis Iftar KLiK telah diadakan 8
Jun 2017, bertempat di Ruang
Pameran PTB dan Bilik Bacaan

24 Jam.

PENERAJU KLIK SESI 2017/2019

Tahniah diucapkan kepada peneraju KLiK yang baharu dilantik bagi sesi
2017/2019, diketuai Puan Wan Kartini bt Wan Sulaiman. Semoga KLiK terus

sukses dengan agenda yang menarik.

SIDANG REDAKSI:
Penasihat: Rusliza Yaacob
Ketua Pengarang: Hajah Siti Sumaizan Ramli
Ketua Editor: Najah Saghirah Haroman
Pengarang: Najah Saghirah Haroman, Nurul Kashfi, Nor Hanizah Zahid, Khairul Asyrani Sulaiman, Firdausiah
Ahamad, Suliza Osman.
Penerbitan dan Edaran: Noriah Mohamad
Fotografi: Muhammad Zuhad Abdul Aziz,


Click to View FlipBook Version