The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by corbynote, 2022-07-04 11:05:01

SKRIP UJI BAKAT DRAMA KOMSAS

SKRIP UJIBAKAT DRAMA KOMSAS

WATAK AZMIR

DIALOG 1

Azmir: Apa? Pak Haji fikir saya sebodoh itu? Tak tahu mengucap? Saya sudah mengucap lama
dahulu. Pak haji jangan hendak memperbodohkan saya. Saya bukan tidak percaya kepada
Tuhan. Saya cuma tidak percaya kepada manusia. Lebih-lebih lagi manusia-manusia seperti
Pak Haji. Manusia yang bercakap lain, tapi buat lain. Sudahlah. Lebih baik Pak Haji beredar
dari sini sebelum apa-apa yang tak diingini berlaku. Pergi … pergi … pergi. Aduuuh! (Azmir
meraung kesakitan. Pak Haji hanya melihat tanpa perasaan belas kasihan dan beransur-ansur
meninggalkan pentas).

DIALOG 2
Azmir: Kau baru datang, ya? Jangan tinggalkan aku keseorangan, Ani.
Ani: Siapa kata abang keseorangan? Ani sentiasa Bersama-sama abang setiap masa.
Azmir: Tapi tadi…
Ani: Abang bermimpi agaknya.
Azmir: Tapi Ani… (Azmir terpinga-pinga apabila melihat Ani sudah tiada). Ani, jangan
mempermainkan abang. Ani, tolong abang. Tolong keluarkan abang dari sini. (Azmir kembali
dan keadaan seperti pada awal tadi: sedang menahan kesakitan yang amat. Dia kelohatan
menghantuk-hantukkan kepalanya ke dinding. Darah terus mengalir dari kepalanya lalu dia
meraung dengan sekuat-kuatnya). Uuuh.
Ani: (Muncul dengan senyuman). Abang memanggil Ani?
Azmir: Ani, tolong abang. Keluarkan abang dari neraka ini. Abang dah tidak sanggup lagi
hidup menderita lebih lama di sini. Tolonglah keluarkan abang dari neraka ini.
Ani: Untuk apa kita harus keluar, abang? Bukankah kita sedang bahagia sekarang?
Azmir: Bahagia?
Ani: Ya. Hanya kita berdua di sini. Tidak ada orang lain yang mengganggu kita. Kita boleh
buat apa-apa saja yang kita suka. Tidak ada yang menghalang.
Azmir: Tapi abang sakit. Apa yang boleh kita buat? Bahagia apa Namanya kalau sudah sakit?

• Hafal dan lakokan Watak Azmir sahaja

WATAK ANI

DIALOG 3
Ani: Siapa kata abang keseorangan? Ani sentiasa Bersama-sama abang setiap masa.
Azmir: Tapi tadi…

Ani: Abang bermimpi agaknya.
Azmir: Tapi Ani… (Azmir terpinga-pinga apabila melihat Ani sudah tiada). Ani, jangan
mempermainkan abang. Ani, tolong abang. Tolong keluarkan abang dari sini. (Azmir kembali
dan keadaan seperti pada awal tadi: sedang menahan kesakitan yang amat. Dia kelohatan
menghantuk-hantukkan kepalanya ke dinding. Darah terus mengalir dari kepalanya lalu dia
meraung dengan sekuat-kuatnya). Uuuh.
Ani: (Muncul dengan senyuman). Abang memanggil Ani?

Azmir: Ani, tolong abang. Keluarkan abang dari neraka ini. Abang dah tidak sanggup lagi
hidup menderita lebih lama di sini. Tolonglah keluarkan abang dari neraka ini.

Ani: Untuk apa kita harus keluar, abang? Bukankah kita sedang bahagia sekarang?
Azmir: Bahagia?

Ani: Ya. Hanya kita berdua di sini. Tidak ada orang lain yang mengganggu kita. Kita boleh
buat apa-apa saja yang kita suka. Tidak aka nada yang menghalang.

Azmir: Tapi abang sakit. Apa yang boleh kita buat? Bahagia apa Namanya kalau sudah sakit?
Ani: Bahagia ada di mana-mana. Dalam sakit ada bahagia. Dalam derita ada bahagia. Yang
penting, kita harus belajar mengerti dan menghayati keindahan yang terdapat pada kesakitan
itu, barulah akhirnya akan timbul rasa betapa nikmatnya sebuah kesakitan. Dari situlah
akhirnya wujud bahagia.

Azmir: Betulkah begitu, Ani?

• Hafal dan lakonkan watak Ani sahaja

WATAK BAPA

DIALOG 4
Bapa: Apa khabar, Mir?

Azmir: (Diam. Dia tidak mau langsung bercakap dengan bapanya).

Bapa: Bagaimana rasa badan kau hari ini? Ada rasa sihat sikit? Maafkan bapa kerana lama
tidak datang.

Azmir: Ani … Ani. Tolong abang. Tolong halau orang tua ini dari sini. Dia datang untuk
mengganggu ketenteraman kita.

Bapa: Ini bapa datang. Itu tanda bapa sayang kepada kau.

Azmir: Kalau sayang, mengapa bapa kurung saya di sini, di bilik orang gila ini?

Bapa: Oleh sebab sayanglah bapa hantar kau ke sini.

Azmir: Bapa bohong. Bapa tak sayang kepada saya. Bapaa pun macam doktor juga dan macam
mereka semua. Doctor kata, saya gila. Mereka kata saya gila. Bapa pun kata saya gila.

Bapa: Bapa tidak pernah kata kau macam tu.

Azmir: Bapa bohong. Memang bapa tak kata. Tapi dalam hati bapa kata. Pasal itu bapa hantar
saya ke sini, ke tempat orang gila ini.

Bapa: Kau belum faham lagi, Mir.

Azmir: Saya faham, tetapi bapalah yang tak faham.

Bapa: Mungkin kau belum sihat lagi, Mir. Berehatlah.

Azmir: Saya sihat. Saya bukan gila. Saya Cuma sakit saja.

Bapa: Oleh sebab sakitlah kau dibawa ke sini.

Azmir: ini tempat untuk orang gila. Saya bukan gila. Saya cuma sakit saja.

Bapa: Kau tak mengerti, Mir.

• Hafal dan lakonkan watak Bapa

WATAK PAK HAJI

DIALOG 5

Pak Haji: Assalamualaikum.
Azmir: (Diam)
Pak Haji: Assalamualaikum.
Azmir: (Diam).
Pak Haji: Mengapa tak jawab salam Pak Haji, Azmir? Atau kau tak dengar?
Azmir: Saya dengar.
Pak Haji: Habis, mengapa tak jawab salam Azmir?
Azmir: Itu hal saya. Saya akan jawab kalau saya suka seseorang. Pak haji saya tak suka, sebab
itu saya tak jawab.
Pak Haji: Tak baik tak jawab salam.
Azmir: Itu pendapat Pak Haji.
Pak Haji: Bukan, itu bukan pendapat Pak Haji. Itu hukum agama kita.
Azmir: Hukum. (Sinis). Hukum pada hari ini hanya wujud pada nama saja. Orang sering
melanggar hukum. Hukum kata ada kasih sayang. Pemimpin kata kita mesti selalu prihatin.
Tapi apabila orang-orang seperti saya sakit, ada orang seperti Pak Haji ambil tahu? Berapa
banyak lagi orang seperti saya ni yang berkeliaran di luar sana. Ada orang-orang seperti Pak
Haji ni ambil berat?
Pak Haji: (Cuba menukar topik). Mir, Pak Haji rasa, apabila cara kau bercakap tu, kau
nampaknya sudah beransur sihat. Cuma satu saja Pak Haji nak tanya kau. Betul ke Pak Haji
dengar kau dah tukar nama?

• Hafal dan lakonkan watak Pak Haji


Click to View FlipBook Version