Sorotan literatur/literature
review
Pn.Siti Fatimah Binti Md.Shariff
Mnrsg
KUIM
Pengenalan
• Juga dikenali sebagai tinjauan literatur atau
sorotan literatur
• Merupakan aktiviti pengkaji membuat rujukan
secara kritikal dan sistematik keatas dokumen
yang mengandungi maklumat,idea,data dan
kaedah memperolehi maklumat yang
berkaitan dengan tajuk kajian yang akan
dijalankan
Maksud sorotan literatur/literature
review
• Sorotan kajian adalah set penyelidikan yang
telah diterbitkan atas topik yang tertentu
• Penulisan ilmiah biasanya terdapat dalam
jurnal,monograf,buku akademik dan laporan
penyelidikan
Peranan kajian literatur
• Menjelaskan kepada pembaca apa yang
diketahui dan apa yang belum diketahui
berkenaan dengan topik yang dipilih.
• Memberikan sempadan kepada soalan –
soalan penyelidikan atau masalah yang dikaji.
• Menjelaskan/mendefinisikan istilah istilah
yang digunapakai dalam kajian
Peranan kajian literatur
• Memahami penemuan penemuan awal yang
kadangkala bercanggah
• Menilai dan memilih teori,hipotesis dan kaedah
analisi yang sesuai
• Menjadi asas atau batu tanda untuk
perbandingan penemuan
• Memberi peluang kepada penyelidik mempelajari
daripada pengalaman orang lain,disamping
memperbaiki kaedah yang pernah digunapakai
oleh penyelidik yang terdahulu daripadanya
Tujuan kajian literatur
• Memperolehi kajian maklumat kajian lepas
-teori,rekabentuk kajian,instrumentasi,prosidur
kajian,kaedah pengumpulan data dan dapatan
kajian
• Meletakkan kajian pengkaji dalam lautan
pengetahuan
• Menghubungkan kaitan kajiannya dengan
(body of knowledge)
• Mengelakkan melakukan kajian yang sama
dengan yang telah dilakukan sebelum ini
Maklumat utama yang dirujuk dalam
kajian literatur
1.Mengenalpasti teori-hasil kajian lepas ini
pengkaji menggunakan teori formal sebagai
asas untuk mengenalpaksti perhubungan
antara varibel kajian
2.Reka bentuk kajian-mengetahui rekabentuk
kajian yang digunakan oleh pengkaji lepas
yang membantu untuk pemilihan rekabentuk
yang bersesuaian dengan tajuk kajian
Maklumat utama yang dirujuk dalam
kajian literatur
3.maklumat mengenai kaedah mengumpul dan
analisis data-dapat mengenalpasti kaedah
mengumpul dan analisis data paling sesuai
untuk kajiannya
Sumber literatur
Cara membuat rujukan
• Dapatkan laporan penuh kajian lepas
• Analisis varibel yang dilaporkan sama ada
terdapat persetujuan antara hasil –hasil kajian
yang dirujuk
• Susun rujukan literatur secara teratur untuk
mendapat gambaran yang menyeluruh
mengenai hasil kajian yang dirujuk
Melapor kajian literatur
• Melaporkan kelemahan dan kekuatan kajian
secara kritikal
-subjek kajian,kaedah kajian,instrumen
kajian,analisa data kajian lepas,melaporkan
hasil kajian lepas(citation)
• Melaporkan kajian berdasarkan abstrak kajian
adalah tidak mencukupi kerana maklumat
yang terhad
Laporan rujukan dalam laporan kajian
• Mematuhi format yang tertentu misalnya
format rujukan APA (American Psychological
Association)
KESIMPULAN
• Sorotan literatur adalah merupakan bahagian
yang penting dalam sesuatu kajian yang
hendak dijalankan
• Kajian literatur yang tepat dengan maslah
kajian dapat memberikan maklumat yang sah
dan bolehdipercayai dalam menghasilkan
dapatan kajian untuk tujuan laporan