MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN
KAJIAN TENTANG TELEKOMUNIKASI DI TAMAN TUNKU
SARINA, JITRA KEDAH
NAMA : ANIS ZAFIRA BINTI ZULKIFLI
NO IC :071007-06-****
TINGKATAN : 2 SAKINAH
NAMA GURU : ARHAMNI BINTI ROBIAN
TARIKH HANTAR : 24/10/2021
ISI KANDUNGAN Muka
Surat
Bil Perkara
-
1. Tajuk Kajian 1
2
2. Isi kandungan 3
4
3. Penghargaan 5-6
7
4. Pendahuluan 8-12
5. Objektif kajian 13
14-15
6. Kawasan kajian
16
7. Kaedah kajian
8. Hasil kajian
● Menerangkan konsep dan takrifan alat
telekomunikasi.
● Melukis peta lakar kawasan kajian.
● Menghuraikan tiga (3) jenis-jenis alat
telekomunikasi yang digunakan di
kawasan kajian.
● Menjelaskan tiga (3) kesan negatif
penggunaan alat telekomunikasi di
kawasan kajian.
● Mencadangkan tiga (3) langkah
penggunaan alat telekomunikasi secara
beretika.
9. Rumusan
10. Lampiran
11. Rujukan
1
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan
rahmat serta nikmat masa,tenaga yang dianugerahkan kepada
saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan
penghargaan ini kepada guru tercinta saya, Puan Arhamni binti
Robian kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudah
cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan.
Syukur Alhamdulillah,dalam menyiapkan tugasan ini
banyak yang telah saya pelajari sepanjang proses penyiapan
kerja kursus ini dijayakan. Ianya memberi saya seribu satu
pengalaman yang amat bermakna.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada
mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam
pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
2
PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk kajian penggunaan sistem
telekomunikasi di sebagai tajuk kerja lapangan saya.hal ini
kerana penggunaan sistem telekomunikasi dapat memberi
banyak kemudahan kepada penduduk setempat.
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan
seperjuangan saya yang lain telah dimanfaat dengan
sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan
kajian tentang guna tanah ini.
Saya telah memilih Taman Tunku Sarina sebagai lokasi kajian
kerana kawasan tersebut merupakan kawasan tempat tinggal
saya. Hal ini memudahkan usaha saya mengumpul dan
menyusun maklumat yang diperlukan untuk menyempurnakan
kerja lapangan ini.
3
OBJEKTIF KERJA LAPANGAN
1. Menerangkan konsep dan takrifan alat telekomunikasi.
2. Melukis peta lakar kawasan kajian.
3. Menghuraikan tiga (3) jenis-jenis alat telekomunikasi yang
digunakan di kawasan kajian.
4. Menjelaskan tiga (3) kesan negatif penggunaan alat
telekomunikasi di kawasan kajian.
5. Mencadangkan tiga (3) langkah penggunaan alat
telekomunikasi secara beretika.
4
KAWASAN KAJIAN
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Tunku
Sarina,Jitra, Kedah Darul Aman. Bentuk muka bumi kawasan
ini adalah terdiri daripada tanah pamah yang rata dan tanah
tinggi. Jarak kawasan kajian dari pekan Jitra ialah kira-kira 5.8
kilometer yang hanya mengambil masa 9 minit jika menaiki
kereta.
Ciri pandang darat budaya yang terdapat di Taman Tunku
Sarina ialah kawasan perumahan, bulatan, surau,
sekolah,stesen minyak,pusat sukan, farmasi dan bangunan-
bangunan perniagaan.Ciri pandang darat fizikal di kawasan ini
pula ialah seperti bukit bukau, tasik dan hutan.
5
PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN
6
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan
kajian ini. Antaranya ialah:
1. PEMERHATIAN
★ Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian untuk
mengenal pasti ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya di
kawasan kajian.
2. RUJUKAN
★ Saya telah melayari beberapa laman web untuk mendapat
maklumat berkaitan kajian dan membuat rujukan
berdasarkan buku teks.
3. SOAL SELIDIK
★ Saya telah memberi borang soal selidik kepada 10 orang
responden untuk mendapatkan maklumat tentang tugasan
ini.
4. TEMUBUAL
★ Saya telah menemu bual lima orang responden untuk
mendapat maklumat tentang tugasan ini.
7
HASIL KAJIAN
MENERANGKAN KONSEP DAN TAKRIFAN ALAT
TELEKOMUNIKASI
Mengikut wikipedia, telekomunikasi pada dasarnya merupakan
komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala.
Ini termasuk komunikasi menggunakan, radio, televisyen,
telefon dan komputer.
Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem
telekomunikasi termasuk suara dan muzik, gambar dan gambar
boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf.
Pusat telekomunikasi moden dapat menghantar jumlah
maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa
mengalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan
gangguan.
Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau
komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat
tersebut.
Contoh telekomunikasi manusia:
● Telegraf
● Telefon
● Radio
● SMS
● 3G
● Internet
● Internet tanpa wayar (Wifi)
8
MELUKIS PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN
9
MENGHURAIKAN TIGA (3) JENIS-JENIS ALAT
TELEKOMUNIKASI YANG DIGUNAKAN DI KAWASAN
KAJIAN
Terdapat banyak alat telekomunikasi yang digunakan di
kawasan kajian saya.Berdasarkan soal selidik,berikut adalah
alat telekomunikasi yang respon berikan.
1..Mesin faks
➔ Teknologi yang digunakan untuk memindahkan
salinan dokumen menggunakan mesin faks yang
disambungkan dengan rangkaian telefon.
2..Komputer
➔ Alat telekomunikasi yang dilengkapi dengan
perisian untuk kerja-kerja seperti mengubah,
menyimpan, melindungi, memproses, memindah,
melihat dan mendapatkan maklumat.
➔ Kewujudan jaringan Internet dan perisian komputer
seperti pelayar laman web Google Chrome, Mozilla
dan Internet Explorer yang berperanan besar
dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
3..Telefon pintar
➔ Mempunyai ciri pengkomputeran maju yang
merangkumi perisian komputer seperti
GPS,bluetooth,Internet dan aplikasi-aplikasi media
sosial. Juga mempunyai banyak kemudahan dan
pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun.
➔ Ciri-ciri rekaan luaran dan dalaman menggunakan
teknologi tinggi.
10
MENJELASKAN TIGA (3) KESAN NEGATIF PENGGUNAAN
ALAT TELEKOMUNIKASI DI KAWASAN KAJIAN
1..Hilang fokus ketika sesi pembelajaran
➢ Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap ketagih mereka dan
gagal menguruskan masa dengan baik. Kesannya,
prestasi pelajaran mereka akan merosot kerana tidak
memberikan tumpuan dalam pelajaran.
➢ Sebagai contoh ada remaja yang melayari laman sosial
atau permainan video sehingga lewat malam hinggakan
mereka mengantuk di dalam kelas.
2..Jenayah siber
➢ Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan
secara atas talian, berlaku transaksi palsu, buli siber, dan
sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya
mampu menggodam sistem pertahanan negara dan
rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan
sesebuah negara kepada ancaman anasir luar.
3..Penyebaran maklumat berunsur negatif
➢ Melalui soal selidik dengan responden perkembangan
sistem telekomunikasi di kawasan kajian mendapati
banyak maklumat berunsur negatif seperti keganasan
hasutan dan khabar angin sukar ditepis serta berleluasa
tanpa kawalan.
➢ Sebagai contoh, maklumat tentang data kes covid-19
yang telah berlaku di sesuatu kawasan disebarkan tanpa
merujuk kepada data sahih dari KKM dan MKN .Ini boleh
menyebabkan maklumat tersebut menjadi satu khabar
angin di atas talian secara berleluasa.
11
MENCADANGKAN TIGA (3) LANGKAH PENGGUNAAN ALAT
TELEKOMUNIKASI SECARA BERETIKA
1. Privasi Pengguna
❖ Setiap pengguna hendaklah menghormati privasi
pengguna lain dengan tidak menimbulkan sebarang
gangguan seperti mencapai fail, memecah kata
laluan, memasuki sistem komputer dan mengubah
komponen perisian tanpa kebenaran.
2. Pengesahan Maklumat
❖ Bahan yang diperoleh dari Internet perlulah
ditentukan ketetapan dan kesahihannya. sebagai
amalan baik rujukan sumber Internet hendaklah juga
dinyatakan.
3. Larangan Telefon Bimbit
❖ Patuhi larangan telefon bimbit di tempat awam.
Bercakap dengan perlahan. Pastikan jarak yang
wajar dari orang di sekeliling. Jaga perbualan
peribadi.
12
RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya terdapat banyak alat
telekomunikasi seperti telefon pintar yang digunakan oleh
orang ramai khususnya di kawasan kajian saya. Alat
telekomunikasi ini mempunyai banyak kepentingan
antaranya ialah untuk mengeratkan silaturahim,mudah
mendapatkan maklumat melalui Internet,data dapat
disimpan dengan segera dan selamat dan dapat
mempermudahkan urusan harian kita.
Seterusnya, perkembangan sistem telekomunikasi telah
memberi banyak kesan positif seperti e-perbankan dan
perkhidmatan telekesiatan.Walau bagaimanapun,terdapat
juga kesan negatif terhadap perkembangan sistem
telekomunikasi ini seperti penyebaran maklumat berunsur
negatif, maklumat yang tidak sahih dan pencerobohan dan
pencurian maklumat secara atas talian.
Sama-samalah kita berusaha untuk menggunakan
pelbagai alat telekomunikasi dengan betul dan elakkan
menyebar berita-berita atau maklumat tidak tepat kepada
orang ramai.
13
LAMPIRAN
14
15
RUJUKAN
Buku
● Zulkipli bin Ismail, Rajanderan Subramanim dan Kang
Chai Yoeng, 2017. Geografi Tingkatan 2.Johor Bahru: IMS
Books Trading Sdn. Bhd.
Internet
● https://www.youtube.com/watch?v=w5htc7-FKhg
● http://ilmu4shared.blogspot.com/
● https://anyflip.com/zkxpf/unrv/basic
● http://bukutekskssm.my/Geografi/Laporan.pdf
● https://ms.wikipedia.org/wiki/Telekomunikasi
● https://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar
● https://stpm-study.blogspot.com/2017/07/kesan-
positif-dan-negatif-teknologi.html
● https://karangan.net/contoh-karangan-kesan-buruk-
penggunaan-alat-telekomunikasi/
● https://www.slideshare.net/anaiyl91/etika-
penggunaan-internet-11896802
● https://haikallegend.home.blog/2018/09/21/etika-
penggunaan-peralatan-komunikasi-dan-kerjasama-
digital/
● https://anyflip.com/cewj/kvgq/basic
16