Bacaan Talqin Mayat dengan Bahasa Melayu
Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Gagah Perkasa dan kekal abadi,
Tuhan yang telah menetapkan hamba-hambanya dengan menemui
mati dan binasa untuk menilai kadar amal kebajikan siapakah
diantara kamu yang paling baik amalannya ? Dan bahawa
sesungguhnya amal usaha kamu itu, akan dibalas dengan
sewajarnya di akhirat kelak.
Segala sesuatu itu pastilah binasa, dan yang tetap kekal itu
hanyalah zat Allah Subhanahu wata’ala (S.W.T) jua, Baginya segala
hukuman dan kepadanya sahaja kamu akan dikembalikan untuk
berbicara.
Semua yang bernyawa (hidup) mesti akan merasai mati, dan
tiap-tiap makhluk akan musnah dan binasa, dan sesungguhnya akan
disempurnakan balasan-balasan pahala kamu di Hari Kiamat kelak,
dan barang siapa tersingkir daripada siksa api neraka dan
dimasukkan pula ke dalam Syurga, Maka dialah orang yang benar-
benar Berjaya, dan kehidupan, dan segala kemewahan didunia ini
kesemuanya palsu dan hanya buat sementara waktu sahaja. Dan
daripada tanah kamu telah kami jadikan, ke dalam tanah kamu
akan kami kembalikan , dan daripada tanah pula kamu akan kami
keluarkan nanti pada satu ketika, daripada tanah kamu telah kami
jadikan supaya kamu mencari pahala, dan supaya kamu semua
melaksanakan segala tugas-tugas yang dipikulkan ke atas kamu
selama kamu hidup didalam dunia ini.
Dan kedalam tanah kami masukkan kamu untuk menjadi
mangsa kepada cacing dan ulat sehingga kamu hancur lebur
menjadi tanah semula, dan daripadanya kamu akan kami keluarkan
sekali lagi, dan kamu dihidupkan semula untuk dedahkan segala
amalan yang telah kamu kerjakan, dan kamu akan kami bicarakan,
dan kamu akan menerima balasan sesuai dengan amalan-amalan
kamu yang telah kamu kerjakan didalam dunia, jika baik amalan-
amalan kamu, maka Syurgalah kamu ditempatkan, tetapi kalau
jahat maka nerakalah kamu akan dihumbankan.
Dengan nama Allah, dan dengan keAgungan-Nya dan punca
daripada Allah dan berbalik kepada Allah, dan di atas
perlembagaan Allah S.W.T yang telah disampaikan oleh Rasul-Nya
S.A.W menerusi agama Islam yang Maha Suci.Inilah apa-apa yang
telah dijanjikan Allah, dan amatlah benar segala Rasul-Nya.Dan
tidaklah berlaku kiamat melainkan dilakukan dengan satu pekikan
yang dahsyat maka dengan serta merta manusia semuanya mati
tidak hidup lagi.
Wahai ………………………………. Bin/binti …………………………
Semoga Allah SWT kurniakan rahmat-Nya ke atasmu, dan dunia ini
telah pergi meninggalkan kamu dan kamu pula telah meninggalkan
segala kemewahan dan perhiasannya dan kamu sekarang berada
diambang Akhirat (Alam Barzah) dan tinggallah kamu di sini sehingga
ke hari Kiamat.
Wahai ………………………….Ingatlah!!! Janganlah sekali-kali
Engkau lupakan pengakuan yang sama-sama kita mengaku
dengan-Nya didunia dahulu sebelum engkau berpisah dengan kami
iaitu perkataan :
Wahai ……………………………….sebentar lagi apabila kami
berundur diri dari sini akan dating kepada kamu dua malaikat
sebagai wakildari Allah SWT untuk menyoal kamu dan memeriksa
kamu, maka janganlah kamu gentar, dan janganlah kamu berasa
terkejut dan gerun kepada mereka, kerana mereka jua hamba Allah
SWT seperti kamu jua.
Maka apabila tiba kedua-dua Malaikat itu mereka akan
menyoal kamu :
1. Siapakah Tuhan kamu?
2. Siapakah nabi kamu?
3. Apakah Ugama kamu, iktiqad dan kepercayaan kamu?
4. Apakah ikutan kamu?
5. Apakah Qiblat kamu?
6. Siapakah dia saudara kamu?
7. Apakah keyakinan semasa kamu mati?
Maka jawablah dan katakanlah kepada mereka :
Allah SWT Tuhanku yang sebenar. Dan apabila ditanya kali yang
kedua maka jawablah Allah SWT Tuhanku yang sebenar, dan apabila
ditanya kali yang ketiga dan ingatlah!!! Bahawa kali ini ialah kali yang
akhir mereka bertanya, Maka jawablah dengan lancer dan jangan
dan terkejut iaitu :
Allah Tuhanku, dan Muhammad nabi , nabi aku, dan Islam
agamaku, dan Alquran ikutanku dan pedomanku,dan Kaabah
Qiblatku, dan orang-orang Islam seluruhnya saudaraku, dan nabi
Ibrahim bapa ugamaku dan matiku atas perkataan :
Wahai………………………….berpeganglah dengan pesananku ini,
dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tetap tinggal di alam
barzah ini sehingga ke satu masa apabila sekelian penghuni Kubur
dibangkitkan kerana berbicara dihadapan Tuhan Rabbul Jalil, dan
jika sekiranya kamu ditanyalagi berkenaan dengan Nabi
Muhammad SAW, Maka katakanlah: Bahawa Ia pesuruh Allah dan
utusan-Nya yang menyampaikan kepada kami keterangan dan
ayat-ayat daripada Allah, Maka aku beriman dengan-Nya dan
menurut ajaran-Nya.
Wahai……………………………….. Ketahuilah sekarang bahawa
mati itu benar,masuk ke dalam liang kubur benar, soal mungkar nakir
benar, bangkit semula dari kubur (diakhirat) untukdibicarakan benar,
membicarakan baik buruknya amalan yang telah dilakukan adalah
benar, timbangan untuk menentukan manakah yang lebih baik
diantara kerja-kerja yang baik daripada kerja-kerja yang buruk
adalah benar, menyeberangi titian sirat mustaqim untuk menentukan
ke Syurga atau ke neraka benar, pembelasan seksa neraka, dan
bahawasanya Kiamat tetap berlaku apabila tiba masanya tanpa
syakdan ragu-ragu lagi, dan bahawa Allah SWT tetap akan
menghidupkan semula mereka (penghuni kubur)
Wahai ……………………………….. Ingatlah!!! Pesananku yang
terakhir ini bahawasanya Allah itu Tuhan kita, dan Islam Ugama kita
dan Muhammad SAW nabi junjungan Kita.
Wahai …………………………………. Selamat tinggal, dan selamat
tinggal buat selamanya, dan kami serahkan kamu kepada Allah ialah
Tuhan yang Maha Pengasih lagi penyayang, dan semoga Allah SWT
mencucuri rahmat-Nya dan keampunan-Nya kepada-Mu.
Ya Allah …Ya Tuhan kami yang Maha Agung,Yang Maha Berkuasa
dan Maha Pengasih lagi Penyayang, Kurniakanlah limpah rahmat-Mu
kepada hamba_Mu ini. Ampunilah dosanyadan maafkanlah segala
kesalahannya. Ya Allah….Ya Tuhan kami….Kami merayu kepada-Mu
dengan perasaan yang sedih dan hati yang pilu, Semoga dengan
berkat kebesaran dan kemuliaan Rasul-Mu dan kekasih-Mu Nabi
Muhammad SAW kiranya mayat ini janganlah diseksakan…
DOA DIBACA SELEPAS TALQIN DALAM BAHASA MELAYU
Ya Allah …Yaa Tuhan kami yang Maha Mendengar akan rayuan
sekalian hambanya , sesungguhnya Bonda / Ayahanda / saudara /
saudari / kami yang miskin lagi dhoif ini telah terpaksa bercerai
dengan kami, bercerai dengan sekalian kekasihnya, bercerai
dengan sanak saudaranya, kaum keluarganya dengan perasaan
yang amat sedih, yang menghancurkan hati, Ia terpaksa pergi
meninggalkan alam yang luas dan yang terang benderang ini,
terpaksa masuk ke dalam liang kubur yang sempit , yang gelap gelita,
dan amat mengerikan dengan hanya seorang diri jua.
Oleh yang demikian Yaa Allah… Yaa Tuhan kami…Kami merayu
kepada-Mu dengan perasaan yang sedih, yang menghancurkan
hati, Ia terpaksa , dan kami memohon dengan penuh harapan iaitu
sekiranya engkau menyeksakan hamba-Mu ini maka itu adalah
disebabkan kesalahannya sendiri danEngkau Tuhan yang Maha
Adillagi Maha Bijaksana menghukumkan hamba-hamba-Mu, tetapi
jika sekiranya Engkau Ampunkan segala kesalahannya, Maka Engkau
adalah Tuhan yang mengampun lagi ,Maha Pengasih dan
Penyayang, dan Hamba-Mu yang Dhoif lagi yang menderita ini
sangat-sangat dan bersungguh-sungguh berharap akan limpah
rahmat dan kurnia-Mu yang Maha Besar itu.
Yaa Allah …Yaa Tuhan kami …Terimalah segala amalan
kebajikannya, Ampunkanlah segala dosanya , maafkanlah segala
kesalahannya Yaa Allah…Yaa Tuhan kami…lepaskanlah dia
daripada seksaan –Mu yang sungguh dahsyat itu, kerana tidak ada
siapapun yang boleh melepaskannya daripada seksa itu melainkan
Engkau jua, dan tidak ada tempat pengharapan dan perlindungan
baginya melainkan Engkaulah sahaja.
Yaa Allah …Yaa Tuhan kami, tetapkanlah imannya dan
jadikanlah dia daripada golongan mereka yang mendapat
kebahagiaan dan menjadi penghuni Syurga-Mu yang dicintai oleh
sekalian makhluk, Engkau Tuhan yang Maha Pengasih lagi
Penyayang.
DOA GANTI TALQIN BAGI MAYAT KANAK-KANAK