1 KERTAS KERJA GOTONG-ROYONG MADANI PERINGKAT SEKOLAH HARI : SABTU TARIKH: 9 OKTOBER 2023 ANJURAN : UNIT 3K HAL EHWAL MURID SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM AL FAIZIN DENGAN KERJASAMA: PERSATUAN IBU BAPA & GURU ( PIBG ) SRAJFz
2 TARIKH : 9 OKTOBER 2023 HARI : SABTU TEMPAT : SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM AL-FAIZIN MASA : 8.00 PAGI-1.00 PETANG TEMA : ``Meneroka ilmu , Menggapai kecemerlangan ” Gotong Royong peringkat Sekolah Rendah Arab JAIM Al-Faizin, merupakan aktiviti tahunan dibawah badan Hal Ehwal Murid. Ia melibatkan semua guru, staf bukan akademik, pekerja swasta, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dan murid-murid. Semua yang terlibat telah dibahagikan kawasan masing-masing untuk di bersih dan dikemaskan. Seawal jam 8.00 pagi, semua murid yang dipilih dikumpulkan dan dibahagikan mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Tujuan dan objektif mengadakan aktiviti ini ialah; Menjadikan sekolah bersih, kemas,baik dan selamat untuk menjalankan P&P Memupuk semangat kerjasama dikalangan murid-murid dan guru-guru dan semua warga sekolah mengamalkan sikap cintakan kebersihan. Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk yang membawa kepada penyakit berjangkit seperti Denggi & HINI. Aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Hasilnya dapat memberikan manfaat dan keselesaan yang berterusan. Kawasan sekolah yang bersih dan bilik-bilik SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM AL-FAIZIN JALAN SUTERA 11, TAMAN SUTERA 78000 ALOR GAJAH, MELAKA Tel/Faks : 06-5567160 Kod Sekolah : MCT0002 E-mel : [email protected]
3 yang kemas dan bersih ini diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan sistem pembelajaran sekolah dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah. Respon yang diterima daripada para peserta gotong royong juga menjadikan pihak sekolah berasakan bahawa aktiviti ini perlu diadakan setiap tahun. Antara respon tersebut ialah, aktiviti ini dapat memupuk sikap bekerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid-murid. Selain itu ia dapat menjadikan badan kita sihat kerana aktiviti ini dapat mengeluarkan peluh. Selain daripada itu, aktiviti ini juga menjadikan semua pihak gembira kerana dapat mengindahkan kawasan sekolah iaitu tempat untuk mendapatkan ilmu.. Sekalung tahniah dan syabas serta terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program gotong royong ini.
4 1.0 PENGENALAN Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotongroyong bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes. Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga sekolah akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.
5 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria. 2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum. 2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah. 2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan. 2.5 Menggembeleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.
6 3.0 JAWATANKUASA AKTIVITI Penasihat : Pn.Khadijah Binti Md.Nor (Guru Besar) Pengerusi : En.Azahar Bin Othman (GPK HEM) Naib Pengerusi : 1.Pn.Fauzeela Binti Isnin (GPK Pentadbiran) 2. Pn.Rohana Binti Ibrahim (GPK Kokurikulum) Penyelaras : Cik Siti Hanifah Bt.Roslay (Penyelaras 3K) Juruacara Majlis : Guru Bertugas Buku Program : 1. Cik Siti Hanifah Binti Roslay Kertas kerja / 2. Puan Izzah Harnani Bt.Othman Laporan & : 1. Cik Nur Khairunnisa Binti Suboh Jurugambar Bendahari : 1.Pn.Norhidayu Bt.Mahdin Peralatan : 1.En.Azahar B.Othman 2. En.Muhamat Nor B. M.Akip Jamuan : 1.Pn.Rahayu Bt.Harun 2. Pn.Rahimah Bt.Rahim 3. Pn.Nor Amirah Bt.Abd.Rahman
7 3.1 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN (MENGIKUT AGIHAN KAWASAN) BIL KAWASAN KETUA DAN KUMPULAN YANG TERLIBAT AKTIVITI DAN SKOP TUGAS 1. 2 . TANGGA B (BLOK A) S.Masni Bt.Ahmad (K) Nor Amirah Bt.Abd.Rahman Masitah Bt.Abdul Rani Noor Saadah Bt.Jaffar Nurul Shuhada Bt.M.Noor 3 orang murid 3 orang wakil ibubapa/PIBG Mengemas dan membersihkan stor bawah tangga. 2. 3 . PARKIR KERETA M.Nor B. M.Akip ( (K) Mahthir B. Abd Halim. M.Shafiq Asraf B. Adam M.Aizzat Syazwan b. Basir M.Aiman B.Ridhwan M.Sazlan Shah B.Salleh Azahar B.Othman 4 orang murid 2 orang wakil ibu bapa/PIBG Mengecat tiang parkir kereta.. 3. 4 . GAZEBO DAN ASTAKA Hazwah Bt Yusop (K) Norazieyan Bt.Azmi Nur Khairunnisa Bt.Suboh Nur Ayuni Bt.Basri Nurrazimah Bt.M.Yaman 4 orang murid 2 orang ibubapa/PIBG Mengecat tiang gazebo.
8 4. 5 . PONDOK PENGAWAL Shahril B.Omar (K) M.Zaid B.Khamis M.Fadhil B.M.Ridzuan Pengawal Keselamatan 2 orang ibubapa Mengecat bahagian dalam pondok pengawal. 5. 6 STOR SUKAN & BUKU TULIS Siti Aida Sabrina (K) Norizan Bt.Abdullah Nur Afifah Bt.Ahmad 4 orang murid 2 orang ibubapa Menyusun, menceriakan Mengelap tingkap,kipas dan peralatan. 6. 7 . PAGAR PINTU A Roshayati Bt.Rahmat (K) Dayang Nurulhuda Bt.Harun Rahayu Bt.Harun Afiqah Nadzirah Bt Hanif Bibi Nahida Bt.Marsoan 3 orang murid 3 orang ibubapa Mengecat pagar pintu A 8 KEDAI BUKU Murni Bt Samat (K) Malinah Bt.Selamat Siti Hanifah Bt.Roslay 4 orang murid 3 orang ibubapa Mengecat ruang dalam kedai buku. 9 PEJABAT Khadijah Bt.Md.Nor Rohana Bt.Ibrahim Fauzeela Bt.Isnin Nor’Aini Bt.Md.Isa Norhidayu Bt.Mahdin M.Khairuledzuan b.Ramli • Mengecat ruang dalam pejabat.
9 10 PRA SEKOLAH Izzah Harnani Bt.Othman Suhaila Bt.Md.Chulan Shezwani Bt.M.Saed 3 orang murid 3 orang ibubapa Menyusun, menceriakan Mengelap tingkap,kipas dan peralatan. Membersihkan tandas,longkang dan kawasan sekitar. 11 KANTIN Siti Hajar Bt.Mohamad (K) Karimah Bt.Ramli Norhayati Bt.Ahmid Pengusaha Kantin Menyusun, menceriakan Mengelap tingkap,kipas dan peralatan. Membersihkan tandas,longkang dan kawasan sekitar. 12 SURAU Rahimah Bt.Rahim(K) Laila Bt.Abu Bakar Nur Sakinah Bt.Adnan 5 orang murid 2 orang ibubapa Menyusun,menceriakan Mengelap Tingkap, Kipas & Peralatan.
10 4.0 TARIKH PROGRAM / AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN Tarikh : 9 September (Sabtu) Tempat : Kawasan sekitar SR Arab JAIM AL-Faizin Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang Pakaian : Pakaian sukan 4.1 TENTATIF PROGRAM MASA AKTIVITI 8.00 PAGI Ketibaan Ibu bapa / Penjaga ke sekolah 8.00 – 8.30 PAGI SARAPAN 8.35 PAGI Taklimat agihan tugas. Gotong–royong Bermula 1.00 PETANG Penutup & Bersurai.
11 6.0 IMPLIKASI / FAEDAH PROGRAM KEPADA PELAJAR, SEKOLAH DAN DIRI DARI ASPEK KEPIMPINAN. Dalam meniti kehidupan pada masa kini, kita sepatutnya memahami maksud amalan bergotong royong. Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baharu ini. Yang berlaku sekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-royong. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang tidak mengenali maksud gotong-royong dan melaksanakannya? Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini yang telah bergotong-royong untuk membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang demikian,kita mestilah mengenali faedah bergotong-royong dan menjalankan kegiatan bergotong-royong ini. Amalan bergotong-royong sudah pastinya dapat memperindah tempat tinggal termasuklah sekolah. Kebersihan sekolah merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan kemasyarakatan ini, sekolah yang merupakan tempat anak-anak kita mendapatkan ilmu akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai seorang guru, kita tentu mahu akan kecantikan sekolah kita dipuji oleh orang lain. Dengan menjalankan amalan bergotong–royong kita dapat memperindah sendiri kawasan sekolah tambahan pula gotong royong yang dijalankan bersam ibubapa dan murid-murid. Sudah pasti kita dapat mengeratkan perpaduan bukan sahaja sesame guru tetapi juga dengan ibubapa pelajar-pelajar kita. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta. Apabila kawasan sekolah kita sentiasa bersih dan indah,pihak luar yang dating ke sekolah kita juga akan menyukai kawasan sekolah kita secara langsung dan akan sentiasa bercerita dengan orang luar tentang kecantikkan sekolah kita.
12 Sebagai seorang penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan bumi. Bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotong–royong, kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh . Kita harus mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya tidak diketahui lagi. Janganlah kita lupa bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti kehidupan yang penting sebagai langkah membersihkan bukan sahaja tempat tinggal malahan juga sekolah daripada menjadi vektor penyakit. Dengan berbuat begitu, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit. Kata Tun Dr. Mahathir, “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai jikalau kita mengaktifkan diri dalam kegiatan bergotong-royong. Oleh hal yang demikian, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan sekolah khususnya. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Kegiatan bergotong-royong memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan . Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam, hati lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan bergotong-royong kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum-kaum masing- masing kerana masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. Melalui kegiatan bergotong-royong, kita akan lebih dapat
13 mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama diri. Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing. Sebagai contoh, gotong royong yang dijalankan di sekolah pasti dapat mengeratkan perpaduan antara pihak sekolah dengan ibubapa dan murid. Melalui kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita. Hal ini dikatakan demikian kerana Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti sambil menyelam ,minum air. Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotongroyong pada peringkat nasional, awal tahun 2003. Nilai murni yang diterapkan akan mentransformasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat terutama ibubapa. Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebab bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat tolong menolong dan bekerjasama. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali ibubapa murid kita secara mendalam. Pembahagian tugas akan dapat dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan bilik guru, bilik darjah, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan meningkatkan hubungan dengan pihak luar terutamanya ibubapa. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hubungan dengan ibubapa dan murid sangat penting kerana untuk membina kejayaan murid-murid, hubungan guru dengan ibubapa perlu baik supaya segala masalah berkaitan dengan anak-anak mereka dapat diselesaikan dengan mudah. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pihak komuniti luar amat penting dan sangat membantu pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru. Tanpa integrasi kerjasama kedua-dua pihak, kejayaan dalam mengurus sesebuah organisasi sukar dicapai.
14 Intihanya , amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak termasuk menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin. Dengan mengamalkan semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah dengan secara tidak langsung. Secara tidak langsung dapat melahirkan pemimpin yang berjaya. Bak kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Amalan ini tidak akan dilupai. Sebagai penutup wacana, amalan gotong-royong merupakan tanggungjawab yang penting bagi setiap orang untuk mewujudkan kualiti kehidupan yang optimum. Marilah kita belajar amalan yang baik dan amalkannya dalam kehidupan harian. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Disediakan oleh, ………………………………… (CIK SITI HANIFAH BT ROSLAY) Penyelaras J/K 3K SR ARAB JAIM AL FAIZIN Disemak oleh, ………………………………….. (EN. AZAHAR BIN OTHMAN) GPK HEM, SR ARAB JAIM AL FAIZIN Disahkan oleh, …………………………………... (PN.KHADIJAH BT MD.NOR) GURU BESAR, SR ARAB JAIM AL FAIZIN.