The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuraidahalias1, 2021-10-06 09:56:53

Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah 3.0

Taklimat Garis Panduan

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SETONGKOL

25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR

GARIS PANDUAN
PEMBUKAAN SEMULA

PRASEKOLAH 3.0
SK BUKIT SETONGKOL

Peranan dan
Tanggungjawab

Ibu Bapa/
Penjaga
Prasekolah

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
IBU BAPA/ PENJAGA PRASEKOLAH

1) Memastikan anak-anak jagaan berada
dalam keadaan sihat, menjaga
kebersihan diri dan tidak menunjukkan
gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke
sekolah.

2) Namun, ibu bapa perlu membawa anak
pulang segera dari sekolah untuk
mendapatkan rawatan jika anak didapati
mempunyai gejala.

3) Bagi anak-anak yang berimuniti badan
rendah mesti memakai penutup mulut dan
hidung atau yang ada penyakit penat
/lelah.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
IBU BAPA/ PENJAGA PRASEKOLAH

4) Mematuhi tatacara pelawat masuk ke
premis prasekolah menghantar dan
mengambil anak-anak iaitu memakai
pelitup muka dan suhu badan tidak
melebihi 37.5 ke atas.

5) Memastikan anak-anak jagaan tidak
membawa beg sekolah dan bekalan
makanan/ minuman. Pengecualian
diberikan kepada anak-anak jagaan yang
memerlukan. Contohnya masalah alergi
makanan dengan kebenaran pihak
pentadbir sekolah. Ibubapa perlu
mengemukakan surat permohonan
kebenaran membawa bekal ke sekolah.
Makanan tersebut diserahkan terus
kepada guru prasekolah atau pembantu
pengurusan murid.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
IBU BAPA/ PENJAGA PRASEKOLAH

6) Jika ada anak-anak yang membawa beg
transit untuk dibawa kepada pengasuh
selepas waktu sekolah, ia juga perlu
diserahkan terus kepada guru atau
pembantu pengurusan murid.

7) Membantu anak-anak jagaan belajar
mengikut kemampuan ibu bapa/penjaga.
Penglibatan ibu bapa /waris adalah
penting dan wajib dalam akademik
anak-anak untuk memastikan anak-anak
dapat membaca, menulis dan mengira.

8) Ibu bapa perlu memantau kerja rumah/
homework anak-anak supaya ia dapat
disiapkan dengan baik.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
IBU BAPA/ PENJAGA PRASEKOLAH

9) Memberikan motivasi kepada anak-
anak jagaan untuk terus belajar
apabila memasuki alam
persekolahan.

10)Pastikan kasut sekolah ditulis nama
anak masing-masing dengan jelas.

11)Ibubapa diminta memaklumkan
kepada guru jika berlaku pertukaran
alamat rumah dan nombor telefon.

12)Memastikan nombor telefon boleh
dihubungi oleh pihak sekolah pada
bila-bila masa.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
IBU BAPA/ PENJAGA PRASEKOLAH

13)Disarankan ibu bapa menghantar
dan mengambil anak masing-masing
pada waktu yang telah dimaklumkan
oleh pihak sekolah.

14)Ibu bapa / penjaga digalakkan
membawa anak-anak jagaan terus
pulang ke rumah selepas sesi
persekolahan.

Pengurusan
dan

Perlaksanaan
Pengoperasian

Prasekolah

PENGURUSAN DAN
PERLAKSANAAN PENGOPERASIAN

PRASEKOLAH

WAKTU TIBA
1) Masa datang ke kelas prasekolah adalah

7.30 pagi.

2) Saringan kesihatan iaitu pengambilan
suhu setiap hari di pintu masuk
prasekolah sebelum bergerak ke kelas.
Jika suhu badan murid mencecah 37.5 C
dan ke atas , ibu bapa/ penjaga perlu
membawa pulang murid untuk
mendapatkan rawatan.

3) Tempoh masa operasi adalah seperti
yang ditetapkan dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan
(Semakan 2017). Sesi pembelajaran
bermula pada pukul 8.00 pagi dan
berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

PENGURUSAN DAN
PERLAKSANAAN PENGOPERASIAN

PRASEKOLAH

4) Kehadiran murid ke prasekolah
bergantung kepada kapasiti bilik darjah
dengan mengambil kira penjarakan sosial.

5) Ibu bapa / penjaga digalakkan untuk
menghantar anak mereka ke prasekolah
bagi memastikan murid dapat menguasai
pengetahuan dan kemahiran asas
sebagai persediaan untuk pembelajaran
seterusnya.

6) Murid akan mencuci tangan sebaik tiba di
kelas.

PENGURUSAN DAN
PERLAKSANAAN PENGOPERASIAN

PRASEKOLAH

7) Murid akan duduk di tempat yang telah
ditetapkan oleh pihak prasekolah.

8) Sarapan pagi disediakan bermula pukul
7.30 pagi sehingga pukul 8.00 pagi
sahaja. Kudapan pula pada pukul 10.00
pagi hingga 10.30 pagi.

PENGURUSAN DAN PERLAKSANAAN
PENGOPERASIAN PRASEKOLAH

WAKTU PULANG
1) Masa pulang ialah pada pukul 12.00 tengah

hari dan ibu bapa diminta menjemput anak
masing-masing di pintu pagar Sultanah.

2) Guru akan memberikan pesanan dan bahan
tugasan dengan kaedah yang selamat
kepada ibu bapa / penjaga tentang aktiviti
pembelajaran di rumah.

3) Murid akan mencuci tangan sebelum
pulang.

4) Ibu bapa / penjaga digalakkan membawa
anak / anak jagaan terus pulang ke rumah
selepas sesi persekolahan.

CUTI SEKOLAH
1) Cuti prasekolah adalah mengikut takwim

dan perancangan sekolah. Tertakluk pada
pindaan.

PENGURUSAN DAN
PERLAKSANAAN PENGOPERASIAN

PRASEKOLAH

PAKAIAN SERAGAM DAN PENAMPILAN
DIRI MURID
1) Murid memakai uniform prasekolah yang

telah ditetapkan Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan kemas dan bersih.

2) Murid memakai kasut kanvas hitam/
stoking hitam atau kasut kanvas putih/
stoking putih.

3) Tidak dibenarkan memakai sebarang
barang kemas ke sekolah. Anting-anting
berbentuk bulat tidak dibenarkan.

4) Pastikan potongan rambut murid lelaki
tidak menyalahi peraturan sekolah.

5) Bagi murid perempuan digalakkan
bertudung putih.

PENGURUSAN DAN
PERLAKSANAAN PENGOPERASIAN

PRASEKOLAH

KELUAR KAWASAN SEKOLAH

1) Murid tidak dibenarkan keluar kelas tanpa
kebenaran guru.

2) Ibu bapa yang mahu membawa anak
keluar dari kawasan sekolah diminta
mendapatkan kebenaran daripada pihak
sekolah dan mencatatnya di dalam buku
keluar kawasan sekolah.

Pengurusan
dan Perlaksanaan
Pengajaran dan

Pembelajaran
Prasekolah

PENGURUSAN & PERLAKSANAAN
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PRASEKOLAH

Pelaksanaan PdP dilaksanakan berdasarkan
aktiviti yang terkandung dalam KSPK dengan
memberikan penekanan kepada aspek
keselamatan dan kesihatan. Guru dan
pembantu pengurusan murid akan
memastikan perkara berikut dipatuhi :

PERBUALAN AWAL

1) Murid berada di tempat duduk masing-
masing semasa perbualan awal.

2) Murid dididik tentang amalan keselamatan
dan kesihatan diri semasa berada di kelas
dan di rumah.

PENGURUSAN & PERLAKSANAAN
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PRASEKOLAH

REHAT

1) Murid mengamalkan penjarakan sosial
semasa mencuci tangan.

2) Murid makan di tempat masing-masing.

3) Murid tidak dibenarkan berkongsi
makanan dan peralatan makan minum
seperti sudu, cawan dan sebagainya.

4) Murid membersihkan meja masing-
masing sebelum dan selepas makan.

PENGURUSAN & PERLAKSANAAN
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PRASEKOLAH

AKTIVITI PdP
1) Penglibatan pihak luar dalam PdP secara

bersemuka tidak dibenarkan ( tertakluk
kepada arahan KPM dari semasa ke
semasa ).

2) Murid mesti mencuci tangan sebelum dan
selepas menjalankan aktiviti.

3) Bagi penggunaan pusat pembelajaran, guru
perlu:

3.1 mengehadkan bahan dan peralatan
3.2 mengehadkan satu (1) hingga dua (2) orang

murid dengan mengambil kira penjarakan
sosial dalam satu masa yang sama dan
3.3 memastikan bahan dan peralatan disinfeksi
sebelum dan selepas digunakan.

PENGURUSAN & PERLAKSANAAN
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PRASEKOLAH

4) Aktiviti PdP luar bilik darjah hanya boleh
dilaksanakan di persekitaran bilik darjah
dengan mengamalkan penjarakan sosial.

5) Penggunaan kemudahan dan alat
permainan luar tidak dibenarkan

6) ( tertakluk kepada arahan KPM dari
semasa ke semasa ).

6) Lawatan sambil belajar dalam / luar
kawasan prasekolah tidak dibenarkan
( tertakluk kepada arahan KPM dari
semasa ke semasa ).

PENGURUSAN & PERLAKSANAAN
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PRASEKOLAH

AKTIVITI PENUTUP

1) Guru dan murid berkongsi pengalaman
pembelajaran pada hari tersebut dengan
memberikan penekanan tentang aspek
keselamatan dan kesihatan.

2) Guru memberikan pesanan tentang
amalan kebersihan dan aktiviti
pembelajaran di rumah.

TARIKH BUKA PRASEKOLAH ADALAH
PADA 11HB OKTOBER 2021 (ISNIN)

Guru Besar
SK Bukit Setongkol

• ELAKKAN 3 S
• AMALKAN 3 W

KITA JAGA KITA!
KITA TEGUH KITA

MENANG!

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version