RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1. Mata Pelajaran: Bahasa Melayu 2. Tahun: 4 Mutiara 3. Bilangan murid: 25 orang 4. Tarikh: 25 September 2023 5. Hari: Isnin 6. Masa: 9.15 pagi – 10.15 pagi (1 jam) 7. Tema: Alam Sekitar 8. Tajuk: Sungai Nadi Kehidupan Kita 9. Kemahiran Fokus: Kemahiran mendengar dan bertutur 10. Standard Kandungan: 1.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap sesuatuarahan, soalan, dan pesanan yang didengar dengan betul. 11. Standard Pembelajaran: 1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap sesuatuarahan berdasarkan ayat perintah dalam pelbagai situasi dengan betul. 12. Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i. Menyatakan contoh bagi setiap jenis ayat perintah iaitu ayatsuruhan, ayat larangan, ayat permintaan dan ayat silaan dengan betul. ii. Mengelaskan dan membezakan bagi setiap jenis ayat perintahdengan betul. iii. Membina ayat perintah dengan betul serta memberi arahanberdasarkan ayat perintah yang dibina dengan tepat dan jelas. 13. Sistem Bahasa Tatabahasa: Sintaksis (Ayat Perintah) Kosa Kata: jangan, jemputlah, silakan dll. Sebutan dan Intonasi: Tepat dan jelas
14. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum) Ilmu: Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Kemahiran: Mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca Nilai: Hormat-menghormati, disiplin, Berdikari dan Keberanian. KKT: Kemahiran berfikir, kecerdasan pelbagai (kinestetik, verbal-linguistik, komunikasi interpersonal & intrapersonal) 15. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah dan teknik: Penerapan didik hibur dalam menjana idea baharu untuk membuat keputusan menyelesaikan masalah. 16. Bahan Bantu Mengajar (BBM) BIL. PERKARA JUMLAH 1. Quizizz 1 2. Wordwall 1 3. Genially 1 4. Padlet 1 5. Live Worksheet 1 6. Jamboard 1 7. Google Form 1 17. Pengetahuan Sedia Ada: Murid biasa mendapat atau mendengar arahan dan memberi arahan kepada orang sekeliling seperti keluarga, guru, rakan dan masyarakat sekeliling.
LANGKAH/ MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN Set Induksi (5 Minit) Persediaan murid untuk belajar Mengenal ayat perintah Contoh soalan: 1. Cari beberapa kata perintah yang bersembunyi. Jangkaan Jawapan: i. Tolong ii. Minta iii. Sila iv. Jangan Guru menunjukkan gambar berdialog arahan dan bersoal jawab dengan murid tentang perkaitan tajuk pembelajaran. Guru memberi pendedahan awal berkaitan jenis-jenis ayat perintah menerusi nota dalam Google Slide beserta audio. Murid menjawab kuiz aktiviti padanan contohcontoh kata perintah. BBM: Gambar berdialog KB: Soal Jawab EMK: TMK TKP: Interpersonal Intrapersonal Verbal linguistik Nilai Murni: Keberanian Kesopanan dalam bertutur
Langkah 1 (10 Minit) Membezakan ayat perintah Murid seringkali mengalami salah faham di mana mereka sering menyamakan ayat suruhan dan ayat permintaan. Aplikasi Powtoon digunakan bagi menjelaskan perbezaan antara ayat permintaan dan ayat suruhan. Ayat Permintaan Ayat Suruhan Guru menjalankan aktiviti pengukuhan kefahaman iaitu membezakan ayat permintaan dan ayat suruhan menerusi Quizizz serta Live Worksheet. BBM: Komputer riba KB: Pembelajaran Kontekstual EMK: Kemahiran berfikir TKP: Kecerdasan Pelbagai BCB: Kemahiran Membaca
Langkah 2 (20 Minit) Guru menayangkan video bertajuk “Sungai Nadi Kehidupan Kita” bagi menguji kefahaman murid. Tayangan video “Sungai Nadi Kehidupan Kita” Contoh soalan Tuliskan contoh kata perintah yang terkandung dalam video tersebut dan kelaskan contoh tersebut mengikut jenis ayat perintah. Jangkaan jawapan: i. Ayat suruhan – Bersedialah, mari sini dll ii. Ayat larangan – Jangan, elakkan 1. Berdasarkan video, murid mencatatkan jawapan berdasarkan kefahaman murid dalam aplikasi Jamboard. 3. Seterusya, murid menjalankan aktiviti padanan jenis-jenis ayat perintah melalui aplikasi Wordwall. KB: Soal Jawab Nilai Murni: Adab menjaga alam sekitar Bekerjasama
Langkah 3 (20 Minit) Mengaplikasikan kefahaman ayat perintah menerusi penghasilan ayat sendiri. Contoh arahan: Berdasarkan kefahaman kamu, bina empat ayat perintah berdasarkan jenis-jenis ayat perintah yang telah dipelajari menggunakan ayat kamu sendiri. Jangkaan jawapan: Ayat suruhan – Minumlah air ini dahulu. Ayat permintaan – Minta semua peserta bersedia. Ayat silaan – Jemput makan semua. Ayat larangan – Jangan meludah di kawasan ini. 1. Mengaplikasikan pengetahuan ayat perintah dalam penghasilan ayat sendiri secara individu selain daripada contoh yang ada dalam video menerusi Padlet mengikut nama masingmasing. 2. Murid diminta untuk menilai ayat perintah sama ada betul ataupun salah menerusi permainan dalam aplikasi “Genially”. Strategi: Pembelajaran berasaskan bahan. Teknik: Penyelesaian masalah Nilai: Jati Diri
Penutup (5 Minit) Merumus isi pelajaran Guru merumus keseluruhan pembelajaran dalam bentuk nota bergambar dan slide PowerPoint. Sesi soal jawab Murid boleh mengulang tayang nota yang diberi oleh guru untuk memantapkan lagi kefahaman bagi menguasai tajuk ayat perintah. KB: Merumus TKP: Interpersonal Nilai Murni: Keberanian Rasional 18. Refleksi Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati bahawa seramai 23 orang murid berjaya penguasai tajuk pembelajaran iaitu “ayat perintah” manakala dua orang murid yang lain kurang menguasai tajuk pembelajaran yang memerlukan intervensi . Secara keseluruhannya, prosespengajaran dan pembelajaran, pada hari tersebut dalam mencapai objektif yangtelah disasarkan iaitu murid dapat menyatakan contoh bagi setiap jenis ayat perintah iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat permintaan dan ayat silaan dengan betul. Selain itu, murid juga berjaya mengelaskan dan membezakan bagi setiap jenis ayat perintah dengan betul dan akhir sekali murid dapatmembina ayat perintah dengan betul serta memberi arahan berdasarkan ayat perintah dengan tepat dan jelas.