DUHAI HATI
KARYA : NURUL IFFAH BINTI RUSHDI (051112 02 0744)
“Aku terima nikahnya Sarah Aliyah binti Kamaruzzaman degan mas kahwinnya RM 10000
tunai.”
SARAH
Dengan sekali lafaz, aku sudah bergelar isteri. Namun, dapatkah aku bahagia dengannya?
Lelaki yang tidak aku kenali hatinya. Mungkinkah cinta selepas nikah itu wujud ataupun ia
hanya dongeng semata-mata?
‘Ya Allah ya Tuhanku, aku serah segalanya kepadaMu. Andai dialah lelaki yang aku nantikan
selama ini, Engkau jadikanlah aku sebaik-baik isteri,’ hati kecilku berdoa.
Aku melihat si dia yang sedang melangkah ke arahku untuk sesi pembatalan air sembahyang.
RAFIQ
‘Harini aku bergelar suami kepada wanita yang aku tidak cintai. Kenapa dia yang menjadi
isteri aku? Aku akan pastikan dia menyesal berkahwin dengan aku.’ Aku mengerling Sarah yang
berada di belakang aku. Sekarang tiba masanya untuk sesi pembatalan air sembahyang. Mengapa
dia?
SARAH
Aku ke dapur selepas menukar baju.
“Ibu, ada apa-apa yang Sarah boleh tolong?” aku menyapa ibu mentuaku.
Ibu mentuaku dan beberapa orang lagi yang tidak aku kenali menoleh ke arahku. Ahli
keluargaku telah pulang ke rumah selepas akad nikah aku tadi kerana ada hal kecemasan yang
perlu diselesaikan. Tinggallah aku bersendirian di tempat yang begitu asing bagiku.
“Tahu pun engkau nak keluar dari bilik tu.” Aku tersentak mendengar ibu mentuaku berkata
begitu kepadaku. Aku tertunduk kerana malu.
“Maaf ibu. Sarah tukar baju tadi.” Malu, terkejut dan sedih menyelubungiku.
“Sudah! Pergi cuci pinggan mangkuk. Engkau ni menyusahkan. Sepatutnya yang berkahwin
dengan anak aku ialah Hani bukannya engkau.” Kata ibu mentuaku. Aku mengeluh perlahan.
Selepas beberapa minit, muncul satu-satunya susuk tubuh yang aku kenal di tempat yang
sepertinya akan menjadi ‘neraka dunia’ bagiku selain ibu mentuaku, suamiku, Rafiq. Adakah dia
akan menyayangiku? Ataupun adakah dia akan menyakitiku juga? Baru hari pertamaku disini,
hatiku sudah sakit.
“Eh engkau, aku suruh engkau cuci pinggan, bukannya tenung pinggan tu!” ibu mentuaku
memarahiku di hadapan suamiku dan saudara-maranya.
“I-iya ibu,” aku menjawabnya dengan gagap. Ini bukanlah perkahwinan yang aku impikan,
tetapi aku tahu pasti ada hikmah di sebalik setiap yang terjadi.
RAFIQ
Puas aku tengok dia dimarahi ibu. Ingat sarah, ini baru sikit. Aku akan pastikan engkau
menyesal.
Sarah masuk ke biliknya setelah selesai mencuci pinggan. Dia terus baring di atas katil kerana
terlalu penat. Iyalah, bukannya sikit pinggan yang perlu dicucinya. Namun, apakan dayanya
untuk melawan ibu mentuanya di hadapan suaminya.
Tidak sampai beberapa minit Sarah baring, Rafiq masuk ke bilik dan menyuruhnya tidur di
tempat lain. Sarah bangun dengan perlahan. Sebelum sempat dia bangun sepenuhnya, Rafiq
menarik lengan Sarah lalu menolak Sarah sehingga Sarah jatuh ke lantai. Sarah hanya mampu
melihat suaminya berbuat begitu kepadanya kerana dia terlalu penat untuk melawan.
SARAH
Sampai begitukah bencinya kepadaku? Jikalau dia ingin berkahwin dengan Hani, mengapa
dia perlu bersetuju untuk berkahwin dengan aku? Terlalu banyak soalan yang ingin aku tujukan
kepadanya, tetapi mata aku terlalu berat.
SARAH
Hari ini genap seminggu perkahwinan aku dengan Rafiq. Layanannya terhadapku semakin
hari, semakin teruk. Dia tidak memukul aku secara zahir, namun batin aku semakin lemah.
Sampai bilakah aku mampu bertahan dengannya? Ataupun, mungkinkah aku dapat mengubah
tanggapan mereka terhadapku? Akan kucuba sedaya upaya ku untuk mendapatkan kepercayaan
mereka, lebih-lebih lagi si dia. Ya Allah, Engkau tabahkanlah hati aku ya Allah.
RAFIQ
“Sarah!” aku memanggil nama yang aku benci. Sarah, perempuan yang sangat naïf. Kalau
bukan disebabkan ayahnya berkawan baik dengan arwah ayah aku, aku tidak akan bersetuju
untuk berkahwin dengannya.
Sarah muncul di hadapanku setelah beberapa kali aku memanggilnya. Aku memarahinya
tanpa sebab yang masuk akal. Dia hanya menunduk di hadapanku. Aku tahu dia sedang menahan
tangisnya. Aku tersengih.
“Engkau tunggu apa lagi? Hidangkan makanan aku. Ingat, aku ni suami engaku! Engkau
perlu ikut cakap aku.”
Sarah terus menuju ke dapur tanpa membantah sedikitpun kerana dia tahu tiada guna dia
menegur suaminya itu.
“Sarah! Lambat betul engkau hidangkan makanan tu.” Sarah tergesa-gesa menghidangkan
makanan sehinggakan dia terjatuhkan gelas berisi air sirap ke lantai. Gelas itu pecah. Serpihan
kaca gelas itu terkena kakinya lalu terluka dan berdarah.
Suami dan ibu mentuanya datang ke dapur kerana bunyi bising itu.
“Engkau memang tak habis-habis menyusahkan aku kan. Aku tahu dari awal engkau jejakkan
kaki engkau ke rumah ni, engkau memang bawak nasib malang. Engkau tahu tak gelas tu
mahal?!” Sarah kuatkan diri untuk mendengar leteran ibu mentuanya itu.
“Aku tanya engkau ni, engkau tahu tak?!” Tanya ibu mentuanya sambil merenung Sarah
seolah-olah menanti jawapan daripadanya.
Sarah hanya menggeleng kepalanya menandakan dia tidak tahu. Dia tidak mampu menjawab.
“Engkau ni-“ hampir saja ibu mentuanya memukulnya tetapi ibu mentuanya menahan saja.
Sarah terkejut akan tindakan ibu mentua yang hampir memukulnya itu. Rafiq menjeling tajam
muka Sarah sebelum meninggalkan dapur itu.
Sarah mengutip serpihan-serpihan kaca itu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.
Kemudian dia mengelap tumpahan air sirap itu. Ketika itulah dia menyedari kakinya terluka.
Sarah membersihkan lalu menyapu ubat pada lukanya. Sarah mengeluh kecil mengenang
nasibnya yang tidak berapa baik itu. Tetapi dia terus yakin bahawa terdapat hikmah di sebalik
apa yang berlaku.
2 BULAN KEMUDIAN
“Ibu!” kedengaran suara asing sedang memanggil seseorang.
“Rania! Balik pun anak dara ibu yang seorang ni.” Sarah melihat ibu mentuanya memeluk
seorang gadis yang tidak dia kenali.
“Ibu, siapa tu?” gadis itu bertanya kepada ibu mentuanya sambil menunjuk ke arah Sarah.
Belum sempat Sarah menjawab, ibu mentuanya terlebih dahulu menjawab dengan soalan.
“Kamu lapar tak?”
Gadis itu mengangguk lalu berkata, “Macam tahu-tahu saja ibu ni.”
‘Oh, adik Rafiq.’ Celoteh hati Sarah
“Tunggu apa lagi, Sarah. Pergi masak.” Suruh ibu mentuanya itu.
Sarah mengangguk.
Selepas kedatangan adik Rafiq, Rania, hidupnya semakin huru-hara. Mereka semakin banyak
membulinya dengan menyuruhya melakukan semua kerja rumah. Mereka sering memarahinya
walaupun dia tidak melakukan salah. Namun, Sarah tetap bersabar dan terus berdoa agar Allah
dapat membuka hati suami dan keluarga barunya itu.
Ketika Sarah memeriksa bahan-bahan dapur untuk memasak, dia dapati barangbarang basah
telah pun habis. Dia pun pergi ke pasar raya berdekatan rumahnya untuk membeli barang-barang
basah. Selepas selesai membeli barang-barang basah, Sarah menyimpan barang-barang itu di
dalam kereta. Semasa menyimpang barang-barang itu, di ternampak susuk tubuh yang begitu dia
kenali.
“Rafiq.” Hanya satu perkataan yang terbit daripada mulutnya. Dia ternampak Rafiq sedang
berjalan berpegangan yangan dengan seorang perempuan.
Matanya bertentangfan dengan mata Rafiq. Dia terus masuk ke dalam kereta dan memandu
dengan laju. Rafiq di belakang mengejarnya kerana rasa bersalah terhadap Sarah.
Sarah hanya mampu menangis. Dia terus memandu dengan laju. Kemyudian, sebuah kereta
membuat pusingan bertentangan dengannya. Sarah cuba memberhentikan keretanya tetapi kereta
itu terlalu laju. Ketika Sarah cuba mengelak kereta di hadapannya itu, keretanya melanggar
sebuah pokok besar.
Ketika Rafiq tiba di tempat kejadian, orang ramai telah pun mengerumuni kereta sarah
mencuba menolongnya keluar daripada kereta itu. Namun, Sarah telah pun meninggal dunia
kerana kehilangan darah yang banyak.
Ketika Rafiq melihat keadaan Sarah yang berlumuran darah itu, hatinya seperti disiat-siat. Dia
teringat akan keprihatinan dan kesabaran isteri dia dalam menjaga makan minum dia. Isterinya
tidak pernah sedikit pun melawan.Perasaan bersalah itu terus menghantuinya.
Bahkan, Rafiq dan keluarganya sangat menyesal kerana tidak sempat membalas budi kepada
Sarah, malah saat-saat terakhir Sarah dibalas dengan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan. Kini,
mereka telah berubah. Mereka menjadi seperti orang yang baharu. Tiada lagi Rafiq yang
mendera orang lain. Kesantunan Sarah sedikit sebanyak telah mempengaruhi jiwa. Kebaikan
Sarah telah merubah dirinya selama ini. Begitu juga dengan keluarganya. Segalanya kerana
manisnya santun dan budi bahasa Sarah selama ni. Namun, kekesongan di hati kerana merindu
Sarah tetap senantiasa ada. Hati Rafiq sepi tanpa layanan dan keindahan santun Sarah. Dulu tak
pernah menghargai, kini hanya mampu merindui. Duhai hati.
TAMAT