The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Anessha, 2020-10-01 06:12:53

E FOLIO (2)

E FOLIO (2)

SESI JUN 2020 (E-FOLIO)
JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KURSUS: PERKHIDMATAN AMALAN MAKANAN HALAL
TAJUK: SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

1

PENSYARAH: PUAN ROSHADAH BINTI ABU BAKAR
AHLI KUMPULAN DHF1B:
1-NUR FATHIYAH RABIAH BINTI MOHD BISTARI (18DHF20F1029)
2-NURUL AQILAH BINTI MOHD SHUKREY (18DHF20F1009)
3-NUR LIYANA NAJWA BINTI HASMADDI (18DHF20F1031)
4-NUR ANESSHA BINTI MHD EFFENDY (18DHF20F1033)
PENULIS: NURUL AQILAH BINTI MOHD SHUKERY

NUR ANESSHA BINTI MHD EFFENDY
SUNTINGAN: NUR FATHIYAH RABIAH BINTI MOHD BISTARI

NUR LIYANA NAJWA BINTI HASMADDI
Diterbitkan oleh: Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Ulu Pauh, Arau, Perlis
Hak Cipta (2020) - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Cetakan Pertama: 2020

Hak Cipta Terpelihara

2

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Penghargaan 4
Pendahuluan 5
Sejarah dan Latar Belakang Masyarakat Majmuk di Malaysia 6
Faktor Kemunculan Masyarakat Majmuk di Malaysia 7
Masyarakat Majmuk 8-12
Komposisi dan Taburan Penduduk Sebelum Merdeka 12-14
Agama dan Kepercayaan 14-16
Rusuhan Kaum 13 Mei 16-17
18
Penutup 18
Rujukan 19-20
Lampiran

3

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T
Titipan penghargaan terhadap Allah SWT tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan
kepada hambanya. Berserah kepada atas takdir yang dikehendaki kepada isi alam seluruhnya. Selawat
dan salam kepada junjugan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta para tabin.
Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan e-folio
yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Sejarah Pembetukan Masyarakat Majmuk Di
Malaysia”.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu yang banyak membantu dan memberi kerjasama
sepanjang menyiapkan projek e-folio ini. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan
Roshadah binti Abu Bakar, Pensyarah Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032) di atas
kesudian beliau memberi tunjuk ajar kepada kami.
Selain itu, tidak lupa juga penghargaan kepada ibu bapa kamibyang banyak memberi sokongan dari
segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Tanpa sokongan mereka mungkinsaya tidak
dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini
memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang
di tunjukkan oleh semua pihak teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan
yang diberi ini.

4

PENDAHULUAN

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum, dan etnik dari Perlis hingga ke
Sabah. Kepelbagaian kaun dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian
budaya,bahasa,agama dan adat resam. Corak masyarakt Malaysia seperti ini berlaku
disebabkan ole perubahan masa dan keadaan seperti yang berlaku terhadap perubahan
struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini
coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami
oleh orang Melayu dan orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini
coraknya telah berlaku dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk.

J.S. Furnivall merupakan orang pertama yang emnegmukan konsep masyarakat majmuk
berddasarkan kajian di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54) masyarakta
majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan,agama,bahasa dan
adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik
yang sama tetapi kehodupan merejabadalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan
mereka amat berkurang dan hubungan mereka hanya terbatas keoada hal ekonomi dalam
jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garia garis ras.

Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh- tokoh
sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan
satu analisi yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menggangap
masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunya pelbagai budaya,pepecahan sosial
dan perseloisihan. Dari segi politik pula,masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok
minoriti yang mempunyai kebudayaan tersendiri. Smith juga berpendapat masyarakt wujud
atas dasar konflik dan paksaan, bukiannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall
dan Smith, P.L.Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan
mengenai konsep masyakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu
masyarakat dipecahkan kepada kelompok koporat dan bykiannya budaya daripada
kemajukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.

Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam
masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang
mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh
yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat
majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini cuba
memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk
konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.

5

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap
kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan
dengan Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan
budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari
Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan
keadaan perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum, maka wujudlah
kepelbagaian adat resam, budaya, bahasa, agama dan sebagainya.

Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang
mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini
mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut
garis-garis pemisah seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya. Menurut Kamus Dewan
(2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat
dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya
melalui hubungan bersemuka. Contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri
daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
yang berbilang kaum pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat
majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah
Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara
beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah
Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara
hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.

6

FAKTOR KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
a) Perkembangan pesat perusahaan bijih timah.
Perkembangan pesat bijih timah memerlukan buruh yang ramai dan British berhadapan dengan
masalah tenaga buruh kerana orang Melayu hanya tertumpu pada kegiatan pertanian. Kawasan
pengeluar bijih timah : Lembah Kinta ,Lukut, Klang, Sg Ujong. Bagi menarik kemasukan orang Cina,
kerajaan British telah melakukan beberapa perkara : melonggarkan syarat kemasukan orang Cina ke
Tanah Melayu, memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta benda dan diberi kebebasan
menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing di bawah kawalan ketua masing-masing.

b) Perkembangan pesat perusahaan getah.
Perusahaan getah berkembang menjelang abad ke 20 akibat perkembangan perusahaan automobil di
Amerika Syarikat. Pembukaan ladang-ladang getah menyebabkan British memerlukan lebih banyak
buruh India. British lebih berminat mengambil buruh India bekerja di ladang getah mereka disebabkan
buruh India sanggup bekerja lebih lama, menerima gaji rendah dan mudah dikawal. Bermula 1857
hingga 1938 , buruh India datang ke Tanah Melayu melalui tiga cara iaitu : buruh kontrak, sistem
kangani, buruh bebas. Masyarakat India telah membawa masuk budaya kehidupan mereka ke Tanah
Melayu.

c) Dasar kerajaan British.
Matlamat British adalah menguasai ekonomi Tanah Melayu melalui dasar pecah dan perintah. British
tidak mahu orang Melayu diberi peluang luas dalam ekonomi moden kerana takut disingkirkan
Kerajaan British membawa masuk orang Cina dan India bagi mencapai matlamat untuk mengimbangi
kaum Melayu Masyarakat berbeza akan menyukarkan penduduk untuk bersatu dan bangkit
menentang mereka.

d) Lokasi pertempatan yang berasingan.
Masyarakat pelbagai kaum mempunyai lokasi pertempatan berbeza dan terasing.Orang Melayu
tinggal di kawasan luar bandar dan kampung. Orang Cina di kawasan perindustrian dan perlombongan
bijih timah. Orang India tinggal di kawasan perladangan getah. Mereka hidup berasingan dan amat
jarang berlaku perhubungan antara kaum.

e) Pengamalan budaya hidup tersendiri.
Masyarakat Cina dan India mengamalkan budaya hidup mereka dari China dan India. Mereka telah
menubuhkan pergerakan, persatuan bagi mempertahan dan melindungi amalan budaya mereka.
Masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu jelas dengan pengamalan dan anutan agama yang
berbeza dan dipertahankan iaitu orang Melayu beragama Islam, Cina beragama Buddha dan Kristian,
India beragama Hindu.

7

MASYARAKAT MAJMUK

MASYARAKAT MELAYU
Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya
datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini
sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari
kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai
masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi,
politik dan sosial yang smuanya boleh menjamin keselesaan mereka.
Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan
Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang,
iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan.
Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-
kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.
Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah
dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-
buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu.

Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan bandar2 baru seprti
Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak; Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di
Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Bandar-bandar baru ini menjadi
tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau
perkampungan masing-masing.
Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum
Melayu di Bandar-bandar masih lagi kecil.Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi
orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot.
British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil
setakat mampu menyara hidup. Masyarakat Melayu tidak digalakkan utk menyertai sektor ekonomi
moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan

8

pemodenan. Ini sbenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi
keseluruhannya.

Hari ini orang Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di Malaysia, iaitu merangkumi lebih lima
puluh peratus penduduk negara ini. Di malaysia , jika merujuk kepada orang melayu menunjukkan
orang itu beragama islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu , berbahasa Melayu dan mempunyai
keturunan melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.

DEMOGRAFI KAUM MELAYU

Jumlah dan peratus kaum Melayu mengikut negeri dan Wilayah Persekutuan menunjukkan kaun
Melayu.

Negeri/Wilayah Persekutuan Penduduk Peratus
Johor 1,893,100 53.2%
Kedah 1,569,100 75.7%
1,609,766 93.7%
Kelantan 552,700 63.3%
Melaka 598,628 54.5%
Negeri Sembilan 1,146,000 70.6%
Pahang 1,314,400 53.0%
Perak 210,200 85.4%
Perlis 682,000 40.0%
Pulau Pinang 268,500 7.6%
Sabah 616,900 23.4%
Sarawak 3,069,100 50.5%
Selangor 1,080,829 93.7%
Terengganu 32.3%
Labuan 30,001 94.9%
Putrajaya 83,800 41.3%
Kuala Lumpur 729,500

MASYARAKAT CINA

Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan China telah
mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada zaman Kesultanan
Melaka, China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan
rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu ( 1644 – 1911 ) kerana
Manchu merupakan kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat.
Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke 19. Fukien dikenalpasti
merupakan kawasan memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling hampir dengan Asia
Tenggara.Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan
kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka datang
seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi supaya dapat hantar

9

balik ke China atau membawa ahli keluarga datang ke Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah
Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka.

Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut
dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan.
Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir
10,000 orang dan di Larut Perak pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang. Kawasan-kawasan
lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya
diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti perlombongan, kemasukan org Cina ke Tanah
Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Org Cina dibawa masuk ke Johor
melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini,
dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang.

Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok
yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama
ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri daripada
peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Orang Teochew
menjadi pekedai dan peladang dengan membuka ladang tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta
ladang gambir dan lada hitam di Johor. Orang Hakka ramai yamg menjadi pelombong sementara orang
Hailam pula ramai yang membuka kedai-kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang
Hokkien adalah yang terbesar.
Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran
ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga
tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah seramai 2,332,936 orang, iaitu 37.1%
daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

10

MASYARAKAT INDIA
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah
menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara ini. Seperti masyarakat
lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan
kebudayaan tersebut sehingga kini.Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang
atau estet. Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke
20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal
lagi. Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha
menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka.

Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20,
sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi.
Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha
menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka. Penghijrahan
masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan
buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di lading-ladang
tebu dan kopi di Seberang Prai.
Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor
dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai
48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu. Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun
kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India
berhijrah ke Tanah Melayu. Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang
Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam. Selain org Tamil,
terdapat juga orang Punjabi dan orang Ceylon.Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah
orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara
orang Malayali meliputi 7%. Orang Telugu pula berjumlah 4%. Kebanyakan orang-orang Tamil dan

11

orang-orang Telugu bekerja di estet-estet getah sebagai buruh. Ada juga di kalangan orang Tamil yang
berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan pada awal abad ke-20.
Orang Punjabi turut datang ke Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka bertugas dalam
perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan. Buruh-buruh India yang
bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela. Kumpulan yang dipaksa terdiri
daripada banduan atau tawanan yang bekerja membina jalanraya, landasan kereta api, jambatan dan
bangunan-bangunan kerajaan. Mereka yang datang secara sukarela biasanya bekerja di lading-ladang
tebu, kopi dan getah. Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India
ini ialah Sistem Kangani.Mengikut sistem ini, seorang pekerja yang telah bekerja di Tanah Melayu
pulang ke India mencari buruh-buruh baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang inilah
yang digelar Kangani. Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938. Wujud juga sistem yang
dinamakan Sistem Kontrak di mana seseorg pekerja itu bekerja mengikut jangka masa tertentu
sebagaimana yang disebut di dalam kontrak. Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk India di Tanah
Melayu menjangkau 695,985 orang iaitu 11.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu , Cina dan India . Sebelum
pertemuan tapak bijih oleh Long Jaafar pada tahun 1848 , majoriti penduduk Tanah Melayu terdiri
daripada orang melayu.Hanya sebilangan kecil orang Cina yang datang Tanah Melayu sebagai
pedagang dan membuka petempatan mereka di Melaka , Kuala Terengganu , Sungai Johor , Sungai
Pahang dan Kelantan .Sementaraitu , sebilangan kecil orang India yang bekerja sebagai buruh di ladang
kopi dan tebu pula terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Prai .
Pada petengahan abad ke-19 berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai
ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-
kaum tersebut , terutama untuk tujuan sektor ekonomi . Pada abad ke-19 sebenarnya
memperlihatkan penguasaan British ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas
. Aktiviti perlombongan bijih timah merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu yang dieksploitasi
sepenuhnya oleh British.Untuk menyokong kegiatan ekonomi kapitalis , British telah membawa masuk
buruh-buruh Cina dan India bukan sahaja untuk bekerja di tapak perlombongan tetapi juga di sektor

12

ekonomi yang lain . Senario ini didapati berterusan hingga tercetus Perang Dunia Kedua . Penhijrahan
secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Dari segi
peratusan , peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54 % merosot menjadi 49 % pada tahun 1921
dan menurun lagi kepada 45% pada tahun 1931 .

Kaum Melayu

Orang melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Sehingga 1957 keseluruhan
penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah
penduduk Tanah Melayu. Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, penduduk Melayu ramai
yang membuat kegiatan menangkap ikan(nelayan) dan bertani. Bagi kaum wanita di negeri Kelantan
dan Terengganu pula, mereka bergiat dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan.

Peratusan %

Tahun Jumlah Cina India Melayu Lain - lain
1921 921,100 66.6 3.6
1931 1,284,000 65.4 13.8 16.0 3.9
1947 2,054,000 68.3 2.9
14.8 15.9

11.4 17.4

Jadual di atas menunjukkan komposisi Penduduk Bandar di Semenanjung Tanah Melayu dan
Singapura antara tahun 1921-1947 Masyarakat Melayu juga tidak digalakkan untuk menyertai sektor
ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu
dengan permodenan.

Kaum Cina

Sebelum kedatangan British, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil dan kebayakkannya bekerja
sebagai peniaga sahaja.kemasukkan masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas
pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786

Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Menjelang tahun
1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hamper 10,000 orang dan di larut Perak pada tahun
1873 terdapat seramai 40,000 orang. Antara lombong-lombong biji timah yang diusahakan oleh
buruh-buruh Cina di Kuala Lumpur ialah di Ampang, Sungai Kanching dan Klang. Selain aktiviti
perlombongan,kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu di salurkan melalui aktiviti perladangan lada
dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat
kebenaran yang dipanggil Surat Sungai.

Bilangan dan Peratusan Penduduk Cina di Tanah Melayu antara Tahun 1901-1941

Tahun Bilangan Penduduk Bilangan Penduduk Peratusan Penduduk
Tanah Melayu Cina Cina
1901
1911 1,227,195 583,396 48%
1921 2,644,489 914,143 35%
1931 3,338,545 1,170,551 36%
1941 4,345,503 1,703,528 39%
5,,545,173 2,418,615 44%

13

Kaum India

Kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke-19 dan ke-20, hubungan antara
India dan Semananjung Tanah Melayu berlaku sejak awal lagi.Hubungan yang bermula sejak abad
pertama Masihi apabila penganut Hindu-Budda menyebarkan agama mereka di Nusantara.
Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an
dan tumpuan masyarakat India ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor
dan Negeri Sembilan.

Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah oran Tamil yang berasal dari Chennai,
manakala selebihnya ialah Telegu dan Malayalam. Selain orang Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan
Ceylon. Kumpulan etnik yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan
penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayati meliputi 7% dan orang Telegu pula
berjumlah 4%.kebanyakkan orang Tamil, Malayati dan orang Telegu bekerja di estet-estet.

Penduduk India di Semenanjung Tanah Melayu antara Tahun 1911-1931

Wilayah/ Tahun 1911 1921 1931
Negeri-negeri selat 82,055 104,628 132,277
Negeri-negeri Melayu Bersekutu 172,465 305,219 397,996
Negeri-negeri Tidak Bersekutu 12,639 61,781 110,951
267,159 471,628 623,224
Jumlah

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

KAUM MELAYU

Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Penduduk Melayu ketika itu hidup
dengan agama dan kebudayaan mereka tersendiri malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun
dengan kemasukan buruh-buruh Cina dan India.Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut
agama Islam. Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke 15. Kesultanan
Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam
memastikan penyebaran dan pengekalan agama Islam.Islam ialah agama samawi yang terkandung
dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah. Agama Islam ialah berkonsepkan
kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Dalam agama Islam, al-Qur’an dijadikan sebagai asas
perundangan yang utama bersama-sama dengan nasihat daripada Nabi Muhammad (saw) sendiri serti
hadis-hadis.

14

KAUM CINA
Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha. Walaubagaimanapun, ajaran
Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada masyarakat Cina.Tema utama dalam ajaran
Konfuciunisme ialah “preservatuon of the state and the preservation of the family” atau dalam
perkataan ialah “Hao”. Hal ini jelas dilihat daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari
ini iaitu Ching Meng. Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk
mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah
digalakkan supaya mendapat anak secara sah.Taosima merujuk kerada “Tao” yang bermakna “way”
atau “Principle” iaitu jalan kepada yang wujud. Daripada “Tao” wujud dua prinsip “Yin” dan
“Yang”,dalam alam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati
sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati.
Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama Buddha, kesengsaraan
dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan tindakan yang salah.
Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya
supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana. Manusia mesti memadamkan
keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian maka akan bebas dari kejahilan dan
mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada “cycle of life” iaitu manusia akan
terus lahir, mati dan lahir semula.

KAUM INDIA
Agama Hindu mempunya lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut
denganPancasradha.Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Antara keyakinan
tersebut adalah:
1.Widhi Tattwa– Percaya kepada Tuhan yang Maha Esa dan segala aspeknya.
2.Atma Tattwa– Percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk
3.Karmaphala Tattwa– Percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan.
4.Punarbhava Tattwa– Percaya dengan adanya proses kelahiran semula
5.Moksa Tattwa– Percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia.

15

Masyarakat Hindu percaya kepada banyak Tuhan. Antaranya, masyarakat Hindu mempercayaiTuhan
Ibu adalah bersifat keibubapaan kepada segala makhluk. Tuhan ini dianggap bersifat ibu keranakasih
ibu dianggap paling suci dan tidak akan mengecewakan anaknya. Amalan ini dipercayai telahdiwarisi
daripada kebudayaan masa lampau.Terdapat dua mazhab penting dalam agama Hindu iaitu
Saivanisme dan Vaishnavisme.Saivanisme merujuk kepada menyembah dewa Shiva, manakala
Vaishnavisme pula kepercayaan kepadadewa Vishnu. Dalam ajaranagama Hindu,DewaShiva adalah
dewa pelebur. Dia bertugas melebur segalasesuatu yang sudah usang dan tidak layak berada di
dunia fana lagi sehingga harus dikembalikan kepadaasalnya. Dewa Vishnu pula bertanggungjawab
dalam pemeliharaan alam semesta.

RUSUHAN KAUM 13MEI
Rusuhan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969 antara kaum Melayu dan Cina selepas pilihan raya
1969 disebabkan parti-parti pembangkang iaitu Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan gerakan mendapat
kemenangan yang memberangsangkan. Walaupun Parti Perikatan masih boleh membina kerajaan ,
namun kemenangan merosot berbanding dengan pilihan raya sebelumnya . Disebabkan itu kempen
pilihan raya yang seterusnya menjadi semakin hangat sehingga perbincangan tertumpu kepada isu-
isu perkauman dan peribadi individu tertentu. Pada 9 Mei 1969,berlakunya peristiwa perarakan
jenazah yang dilakukan oleh Parti Buruh terhadap seorang pemuda Cina dalam pertempuran dengan
pihak polis sebelum pilihan raya .

16

Rentetan peristiwa itu, DAP dan GERAKAN telah mengadakan perarakan besar-besaran pada 11 dan
12 Mei 1969. UMNO yang rasa tercabar turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka
menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya tersebut yang diketuai oleh Datuk Harun Idris, Menteri
Besar Selangor ketika itu. Perarakan provokatif dari kedua-dua pihak seumpama ini didapati
membakar semangat setiap kaum sehinggalah membawa kepada titik hitam dalam sejarah negara.
Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera terpaksa dipanggil apabila polis gagal
mengawal keadaan .Maka berlakulah peristiwa 13 Mei 1969 yang diberi gelaran Ops Gerhana
manakala pihak polis menggunakan gelaran Ops Tenteram. Subuh, 60 penyokong GERAKAN melalui
Jalan Hale dan mencela penduduk Kampung Baru supaya “keluar dari kampong dan balik ke hutan”.
7.30 malam perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO pula diadakan setelah
mendapat kebenaran polis. Perarakan ini juga dihadiri penuntut Kolej MARA. Semua orang melayu
berkumpul di rumah MB Selangor di Kampung Baru. Sbelum itu pada 6.15 ptg berlaku rusuhan di
Setapak dimana orang melayu dari Gombak telah diserang ketika perjalanan ke Kampung Baru.
Rusuhan ini dan kemudiannya merebak ke Cheras, Kerinchi, Kampung Pandan dan Kampung Datuk
Keramat. 6.30 petang lebih kurang 500 orang berhimpun di rumah Dato Harun Idris. Sesetengahnya
bertombak dan berkeris. Dato Harun berdiri diatas bas merayu supaya bertenang tetapi mereka
menjerit “tidak boleh tahan lagi tok.” Hampir 300 org melayu keluar menuju ke Jalan TAR manakala
yang lain sempat ditahan Pasukan Pencegah Rusuhan. Pertempuran bersenjata antara orang melayu
dan bukan melayu berlaku. Perusuh Cina telah mengepung dan menyerang orang melayu di Panggung
Rex, Federal dan Capitol. Pasukan Regimen Renjer yang kemudiannya digantikan polis dan tentera
mengawal keadaan dan mengisytiharkan perintah berkurung. Keluarga-keluarga yang ketakutan
mendapatkan perlindungan di kawasan yang dipatrol oleh pihak tentera. Operasi mengawal
ketenteraman oleh pihak tentera semasa. Peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak terutama
pemimpin-pemimpin negara mulai sedar dan meneliti isu perpaduan dengan lebih serius disebabkan
keganasan yang berlaku meninggalkan kesan yang mengerikan. Justeru, para pemimpin mula
memikirkan agar rusuhan seumpama ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi. Seterusnya tindak
balas serta-merta yang diambil bagi memberhentikan keganasan ialah penangkapan tokoh-tokoh
yang menyokong rusuhan ini mengenakan perintah berkurung, mengawal berita-berita radio dan
televisyen, menapis penerbitan akhbar-akhbar dan mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-
parti politik sekaligus mengharamkan kempen pilihan raya. Beberapa tindakan lain yang menyeluruh
diambil bagi memberhentikan keganasan iaitu pengisytiharan darurat, pembentukan Majlis Gerakan
Negara(MAGERAN) pada 17 Mei 1969, penubuhan Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis
Muhibbah Negra(MMN) sekaligus penubuhan Majlis Perundingan Negara(MAPEN) pada 29 Januari
1970.

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada
Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka
masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima
puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa
perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai
signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah
Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi
etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.

17

PENUTUP

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan
setiap kaum di negara ini tolak ansur antara kaum demi perpaduan. Perpaduan ini amat penting bagi
sesebuah negara untuk membentuk negara yang maju dan pesat membangun. Keamanan juga dapat
dikekalkan apabila semangat perpaduan diamalkan di Malaysia . Setiap kaum perlu bersama
membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang bagi menjadikan peristiwa lalu sebagai
pengajaran untuk membentuk negara bangsa Malaysia yang mantap.
Penduduk Malaysia seharusnya mengambil iktibar daripada Peristiwa 13 Mei 1969 yang banyak
memberi kesan hitam kepada semua kaum di Malaysia. Oleh itu, bagi merealisasikan integrasi nasional
dan pembetukan negara bangsa maka kerajaan telah merangka dasar-dasar yang mampu menangani
masalah setiap kaum seperti Rukun Negara supaya prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat
tanpa mengira latar belakang masyarakat.

RUJUKAN

BUKU
Penghayatan Etika dan Peradaban

LAMAN WEB/BLOG
1- http://dee1akemasyarakatandanperpaduan.blogspot.com/
2- http://pmbab5.blogspot.com/2015/10/e-folio-pengajian-malaysia.html

3- http://hamburgergkb.blogspot.com/2016/09/perayaan-kaum-cina.html
4- http://pengajianmalaysia12.blogspot.com/2016/10/sejarah-dan-latar-belakang-

kemunculan.html
5- https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-

majmuk-di-malaysia/

6- https://www.academia.edu/32671012/SEJARAH_PEMBENTUKAN_MASYARAKAT_MAJMUK_
DI_MALAYSIA

18

LAMPIRAN
Kaum india bekerja diladang getah
Penggunaan akhbar sebelum merdeka

19

Kaum cina di kawasan perlombongan

Rusuhan kaum 13 Mei

20


Click to View FlipBook Version