E MAJALAH JUNE 2020
MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
SEJARAH PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
NURUL AQILAH BINTI MOHD NUR ANESSHA BINTI MHD
SHUKREY (18DHF20F1009) EFFENDY (18DHF20F1033)
NUR LIYANA NAJWA BINTI
HASMADDI (18DHF20F1031)
JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
PENSYARAH: PUAN ROSHADAH BINTI ABU BAKAR
AHLI KUMPULAN DHF1B:
1-NUR FATHIYAH RABIAH BINTI MOHD BISTARI
(18DHF20F1029)
2-NURUL AQILAH BINTI MOHD SHUKREY
(18DHF20F1009)
3-NUR LIYANA NAJWA BINTI HASMADDI (18DHF20F1031)
4-NUR ANESSHA BINTI MHD EFFENDY (18DHF20F1033)
PENULIS:
NURUL AQILAH BINTI MOHD SHUKERY
NUR ANESSHA BINTI MHD EFFENDY
SUNTINGAN:
NUR FATHIYAH RABIAH BINTI MOHD BISTARI
NUR LIYANA NAJWA BINTI HASMADDI
Diterbitkan oleh: Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Ulu
Pauh, Arau, Perlis
Hak Cipta (2020) - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Cetakan Pertama: 2020
Hak Cipta Terpelihara
ISI
KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Penghargaan 4
Pendahuluan 5
Sejarah dan Latar Belakang 6
Masyarakat Majmuk di Malaysia 7
8-12
Faktor Kemunculan Masyarakat
Majmuk di Malaysia
Masyarakat Majmuk
Komposisi dan Taburan Penduduk 12-14
Sebelum Merdeka 14-16
Agama dan Kepercayaan
Rusuhan Kaum 13 Mei 16-17
Penutup 18
Rujukan 18
Lampiran 19-20
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T
Titipan penghargaan terhadap Allah SWT tuhan sekalian alam atas rahmat yang
sudi dicurahkan kepada hambanya. Berserah kepada atas takdir yang dikehendaki
kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjugan besar Nabi
Muhammad SAW dan para sahabat serta para tabin.
Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami
menyiapkan tugasan e-folio yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk
“Sejarah Pembetukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia”.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu yang banyak membantu dan
memberi kerjasama sepanjang menyiapkan projek e-folio ini. Kami menjulang
sepenuh penghargaan kepada Puan Roshadah binti Abu Bakar, Pensyarah Kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032) di atas kesudian beliau memberi
tunjuk ajar kepada kami.
Selain itu, tidak lupa juga penghargaan kepada ibu bapa kamibyang banyak
memberi sokongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.
Tanpa sokongan mereka mungkinsaya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti
ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi,
usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh semua pihak teryata membuahkan hasil
dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini.
PENDAHULUAN
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum, dan etnik dari Perlis
hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaun dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian
budaya,bahasa,agama dan adat resam. Corak masyarakt Malaysia seperti ini berlaku
disebabkan ole perubahan masa dan keadaan seperti yang berlaku terhadap
perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia
tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa semenanjung Tanah
Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan orang Asli bersama sebilangan kecil
bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berlaku dan wujudlah pembentukan
masyarakat majmuk.
J.S. Furnivall merupakan orang pertama yang emnegmukan konsep masyarakat
majmuk berddasarkan kajian di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54)
masyarakta majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai
kebudayaan,agama,bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum
berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehodupan merejabadalah
berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurang dan
hubungan mereka hanya terbatas keoada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian
tugasan dilakukan atas garia garis ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-
tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah
memberikan satu analisi yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga
menggangap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunya pelbagai
budaya,pepecahan sosial dan perseloisihan. Dari segi politik pula,masyarakat majmuk
dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan tersendiri. Smith
juga berpendapat masyarakt wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukiannya atas
dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L.Van Den Berghe juga
memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyakat
majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan
kepada kelompok koporat dan bykiannya budaya daripada kemajukkan budaya iaitu
wujud daripada beberapa kelompok etnik.
Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara
dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan
fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus
dan nilai bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai
idea atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau
bagaimanapun, teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam
satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk
memahami sifat hubungan ras.
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA
Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu,
Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan
identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan
Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum dan budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah
didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah.
Corak masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan masa
dan keadaan perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian
kaum, maka wujudlah kepelbagaian adat resam, budaya, bahasa, agama
dan sebagainya.
Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai
lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya
yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar
belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan
mengikut garis-garis pemisah seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa
dan budaya. Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat majmuk ialah
kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan
atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota
tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya seperti
pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu,
Cina, India dan lain-lain. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
yang berbilang kaum pada abad ke-19 adalah kesan daripada
Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara
tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah
Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi
kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris
telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat
majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan
mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.
FAKTOR KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
a) Perkembangan pesat perusahaan bijih timah.
Perkembangan pesat bijih timah memerlukan buruh yang ramai dan British
berhadapan dengan masalah tenaga buruh kerana orang Melayu hanya
tertumpu pada kegiatan pertanian. Kawasan pengeluar bijih timah : Lembah
Kinta ,Lukut, Klang, Sg Ujong. Bagi menarik kemasukan orang Cina, kerajaan
British telah melakukan beberapa perkara : melonggarkan syarat kemasukan
orang Cina ke Tanah Melayu, memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta
benda dan diberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing di
bawah kawalan ketua masing-masing.
b) Perkembangan pesat perusahaan getah.
Perusahaan getah berkembang menjelang abad ke 20 akibat perkembangan
perusahaan automobil di Amerika Syarikat. Pembukaan ladang-ladang getah
menyebabkan British memerlukan lebih banyak buruh India. British lebih
berminat mengambil buruh India bekerja di ladang getah mereka disebabkan
buruh India sanggup bekerja lebih lama, menerima gaji rendah dan mudah
dikawal. Bermula 1857 hingga 1938 , buruh India datang ke Tanah Melayu
melalui tiga cara iaitu : buruh kontrak, sistem kangani, buruh bebas. Masyarakat
India telah membawa masuk budaya kehidupan mereka ke Tanah Melayu.
c) Dasar kerajaan British.
Matlamat British adalah menguasai ekonomi Tanah Melayu melalui dasar pecah
dan perintah. British tidak mahu orang Melayu diberi peluang luas dalam
ekonomi moden kerana takut disingkirkan Kerajaan British membawa masuk
orang Cina dan India bagi mencapai matlamat untuk mengimbangi kaum Melayu
Masyarakat berbeza akan menyukarkan penduduk untuk bersatu dan bangkit
menentang mereka.
d) Lokasi pertempatan yang berasingan.
Masyarakat pelbagai kaum mempunyai lokasi pertempatan berbeza dan
terasing.Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan kampung. Orang Cina
di kawasan perindustrian dan perlombongan bijih timah. Orang India tinggal di
kawasan perladangan getah. Mereka hidup berasingan dan amat jarang berlaku
perhubungan antara kaum.
e) Pengamalan budaya hidup tersendiri.
Masyarakat Cina dan India mengamalkan budaya hidup mereka dari China dan
India. Mereka telah menubuhkan pergerakan, persatuan bagi mempertahan dan
melindungi amalan budaya mereka. Masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu
jelas dengan pengamalan dan anutan agama yang berbeza dan dipertahankan
iaitu orang Melayu beragama Islam, Cina beragama Buddha dan Kristian, India
beragama Hindu.
MASYARAKAT MAJMUK
MASYARAKAT MELAYU
Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek
moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun
penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi
kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9
lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah
Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang
smuanya boleh menjamin keselesaan mereka.
Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera,
Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah
Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah
Melayu.
Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu ialah
perdagangan. Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu.
Justeru itu, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.
Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing
semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik
tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi
masyarakat Melayu.
Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan
bandar2 baru seprti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak; Kuala
Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di
Negeri Sembilan. Bandar-bandar baru ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala
kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-
masing.
Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun
peratusan kaum Melayu di Bandar-bandar masih lagi kecil.Ekoran perdagangan yang
berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai
sebarang kemajuan, malahan semakin merosot.
British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan
mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup. Masyarakat Melayu tidak
digalakkan utk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam
dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan
pemodenan. Ini sbenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai
sektor ekonomi keseluruhannya.
Hari ini orang Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di Malaysia, iaitu
merangkumi lebih lima puluh peratus penduduk negara ini. Di malaysia , jika
merujuk kepada orang melayu menunjukkan orang itu beragama islam dan
mengamalkan kebudayaan Melayu , berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan
melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang
sangat kaya.
DEMOGRAFI KAUM MELAYU
Jumlah dan peratus kaum Melayu mengikut negeri dan Wilayah Persekutuan
menunjukkan kaun Melayu.
Negeri/Wilayah Persekutuan Penduduk Peratus
Johor 1,893,100 53.2%
Kedah 1,569,100 75.7%
1,609,766 93.7%
Kelantan 552,700 63.3%
Melaka 598,628 54.5%
Negeri Sembilan 1,146,000 70.6%
Pahang 1,314,400 53.0%
Perak 210,200 85.4%
Perlis 682,000 40.0%
Pulau Pinang 268,500 7.6%
Sabah 616,900 23.4%
Sarawak 3,069,100 50.5%
Selangor 1,080,829 93.7%
Terengganu 32.3%
Labuan 30,001 94.9%
Putrajaya 83,800 41.3%
Kuala Lumpur 729,500
MASYARAKAT CINA
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia
dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad
dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai
pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia
adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu ( 1644 – 1911 ) kerana Manchu
merupakan kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan
rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad
ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan memberontak kerajaan Manchu
dan juga yang paling hampir dengan Asia Tenggara.Kehidupan yang lebih baik di
Tanah Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan kemasukan orang Cina.
Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka datang
seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi
supaya dapat hantar
balik ke China atau membawa ahli keluarga datang ke Tanah Melayu. Kedatangan
orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk
budaya, agama dan bahasa mereka.
Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan
awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar
dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Catatan menunjukkan menjelang
tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 orang dan
di Larut Perak pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang. Kawasan-
kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching
dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti
perlombongan, kemasukan org Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti
perladangan lada dan gambir. Org Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem
Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari
sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai
100,000 orang.
Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada
berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan
pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis,
Hakka, Teochew dan Hailam. Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri daripada
peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan
petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan peladang dengan membuka
ladang tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada
hitam di Johor. Orang Hakka ramai yamg menjadi pelombong sementara orang
Hailam pula ramai yang membuka kedai-kedai makan. Antara semua kelompok
ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar.
Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini
tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih
stabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk
Cina di Tanah Melayu ialah seramai 2,332,936 orang, iaitu 37.1% daripada
jumlah penduduk Tanah Melayu.
MASYARAKAT INDIA
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu
kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di
negara ini. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga
kini.Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang atau estet.
Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19
dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu
telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama
Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara.
Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila
pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka.
Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19
dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu
telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama
Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara.
Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila
pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka. Penghijrahan masyarakat
India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an.
Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula
sebagai pekerja di lading-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai.
Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di
Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga
10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu.
Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun
1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke
Tanah Melayu. Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang
Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam.
Selain org Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan orang Ceylon.Kumpuluan etnik
penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada
keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi 7%.
Orang Telugu pula berjumlah 4%. Kebanyakan orang-orang Tamil dan
orang-orang Telugu bekerja di estet-estet getah sebagai buruh. Ada juga di
kalangan orang Tamil yang berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan pada awal abad
ke-20.
Orang Punjabi turut datang ke Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka
bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal
keselamatan. Buruh-buruh India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada
secara paksaan atau rela. Kumpulan yang dipaksa terdiri daripada banduan atau
tawanan yang bekerja membina jalanraya, landasan kereta api, jambatan dan
bangunan-bangunan kerajaan. Mereka yang datang secara sukarela biasanya
bekerja di lading-ladang tebu, kopi dan getah. Sistem yang paling popular dalam
usaha membawa masuk buruh-buruh India ini ialah Sistem Kangani.Mengikut
sistem ini, seorang pekerja yang telah bekerja di Tanah Melayu pulang ke India
mencari buruh-buruh baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang inilah
yang digelar Kangani. Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938. Wujud juga
sistem yang dinamakan Sistem Kontrak di mana seseorg pekerja itu bekerja
mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yang disebut di dalam kontrak.
Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk India di Tanah Melayu menjangkau
695,985 orang iaitu 11.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA
Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu , Cina dan India .
Sebelum pertemuan tapak bijih oleh Long Jaafar pada tahun 1848 , majoriti
penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang melayu.Hanya sebilangan kecil
orang Cina yang datang Tanah Melayu sebagai pedagang dan membuka
petempatan mereka di Melaka , Kuala Terengganu , Sungai Johor , Sungai Pahang
dan Kelantan .Sementaraitu , sebilangan kecil orang India yang bekerja sebagai
buruh di ladang kopi dan tebu pula terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Prai .
Pada petengahan abad ke-19 berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India
secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku ekoran dasar
kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut , terutama untuk
tujuan sektor ekonomi . Pada abad ke-19 sebenarnya memperlihatkan penguasaan
British ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas . Aktiviti
perlombongan bijih timah merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu yang
dieksploitasi sepenuhnya oleh British.Untuk menyokong kegiatan ekonomi kapitalis
, British telah membawa masuk buruh-buruh Cina dan India bukan sahaja untuk
bekerja di tapak perlombongan tetapi juga di sektor
ekonomi yang lain . Senario ini didapati berterusan hingga tercetus Perang
Dunia Kedua . Penhijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu. Dari segi peratusan , peratus penduduk
Melayu semakin kecil dari 54 % merosot menjadi 49 % pada tahun 1921 dan
menurun lagi kepada 45% pada tahun 1931 .
Kaum Melayu
Orang melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu.
Sehingga 1957 keseluruhan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah
2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Bagi
negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, penduduk Melayu ramai yang
membuat kegiatan menangkap ikan(nelayan) dan bertani. Bagi kaum wanita di
negeri Kelantan dan Terengganu pula, mereka bergiat dalam aktiviti
perniagaan kecil-kecilan.
Peratusan %
Tahun Jumlah Cina India Melayu Lain - lain
1921 921,100 66.6 13.8 16.0 3.6
3.9
1931 1,284,000 65.4 14.8 15.9
1947 2,054,000 68.3 11.4 17.4 2.9
Jadual di atas menunjukkan komposisi Penduduk Bandar di Semenanjung
Tanah Melayu dan Singapura antara tahun 1921-1947 Masyarakat Melayu
juga tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British
ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan
permodenan.
Kaum Cina
Sebelum kedatangan British, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil dan
kebayakkannya bekerja sebagai peniaga sahaja.kemasukkan masyarakat Cina
secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British
dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786
Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti
perlombongan. Menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai
Ujong hamper 10,000 orang dan di larut Perak pada tahun 1873 terdapat
seramai 40,000 orang. Antara lombong-lombong biji timah yang diusahakan
oleh buruh-buruh Cina di Kuala Lumpur ialah di Ampang, Sungai Kanching dan
Klang. Selain aktiviti perlombongan,kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu di
salurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa
masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat
kebenaran yang dipanggil Surat Sungai.
Bilangan dan Peratusan Penduduk Cina di Tanah Melayu antara Tahun 1901-
1941
Tahun Bilangan Bilangan Peratusan
Penduduk Tanah Penduduk Cina Penduduk Cina
1901 Melayu 583,396 48%
1911 1,227,195 914,143 35%
1921 2,644,489 1,170,551 36%
1931 3,338,545 1,703,528 39%
1941 4,345,503 2,418,615 44%
5,,545,173
Kaum India
Kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke-19 dan ke-
20, hubungan antara India dan Semananjung Tanah Melayu berlaku sejak awal
lagi.Hubungan yang bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut
Hindu-Budda menyebarkan agama mereka di Nusantara. Penghijrahan
masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun
1840-an dan tumpuan masyarakat India ialah di kawasan-kawasan utama
penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah oran Tamil yang
berasal dari Chennai, manakala selebihnya ialah Telegu dan Malayalam. Selain
orang Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan Ceylon. Kumpulan etnik yang
terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan
penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayati meliputi 7% dan
orang Telegu pula berjumlah 4%.kebanyakkan orang Tamil, Malayati dan orang
Telegu bekerja di estet-estet.
Penduduk India di Semenanjung Tanah Melayu antara Tahun 1911-1931
Wilayah/ Tahun 1911 1921 1931
Negeri-negeri selat 82,055 104,628 132,277
Negeri-negeri Melayu 172,46 305,219 397,996
Bersekutu 5 61,781 110,951
Negeri-negeri Tidak Bersekutu 12,639 471,628 623,224
267,15
Jumlah
9
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
KAUM MELAYU
Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu.
Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan
mereka tersendiri malahan amalan mereka ini tidak terjejas
walaupun dengan kemasukan buruh-buruh Cina dan India.Penduduk
Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama Islam. Agama
Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke 15.
Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat
pemerintahan yang berperanan penting dalam memastikan
penyebaran dan pengekalan agama Islam.Islam ialah agama samawi
yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya
sebagai kalam Allah. Agama Islam ialah berkonsepkan kepercayaan
kepada Tuhan yang satu. Dalam agama Islam, al-Qur’an dijadikan
sebagai asas perundangan yang utama bersama-sama dengan
nasihat daripada Nabi Muhammad (saw) sendiri serti hadis-hadis.
KAUM CINA
Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha.
Walaubagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada
masyarakat Cina.Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah “preservatuon of
the state and the preservation of the family” atau dalam perkataan ialah “Hao”.
Hal ini jelas dilihat daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini
iaitu Ching Meng. Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan
Hao, maka untuk mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan
keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak
secara sah.Taosima merujuk kerada “Tao” yang bermakna “way” atau “Principle”
iaitu jalan kepada yang wujud. Daripada “Tao” wujud dua prinsip “Yin” dan
“Yang”,dalam alam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi
dewa selepas mati sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul
sebelum mati.
Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama
Buddha, kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan
dalam fikiran yang salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya,
manusia mesti menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya
supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana. Manusia mesti
memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian
maka akan bebas dari kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga
ada menyentuh kepada “cycle of life” iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir
semula.
KAUM INDIA
Agama Hindu mempunya lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut
denganPancasradha.Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu.
Antara keyakinan tersebut adalah:
1.Widhi Tattwa– Percaya kepada Tuhan yang Maha Esa dan segala aspeknya.
2.Atma Tattwa– Percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk
3.Karmaphala Tattwa– Percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap
perbuatan.
4.Punarbhava Tattwa– Percaya dengan adanya proses kelahiran semula
5.Moksa Tattwa– Percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir
manusia.
Masyarakat Hindu percaya kepada banyak Tuhan. Antaranya, masyarakat Hindu
mempercayaiTuhan Ibu adalah bersifat keibubapaan kepada segala makhluk.
Tuhan ini dianggap bersifat ibu keranakasih ibu dianggap paling suci dan tidak akan
mengecewakan anaknya. Amalan ini dipercayai telahdiwarisi daripada kebudayaan
masa lampau.Terdapat dua mazhab penting dalam agama Hindu iaitu Saivanisme
dan Vaishnavisme.Saivanisme merujuk kepada menyembah dewa Shiva, manakala
Vaishnavisme pula kepercayaan kepadadewa Vishnu. Dalam ajaranagama
Hindu,DewaShiva adalah dewa pelebur. Dia bertugas melebur segalasesuatu yang
sudah usang dan tidak layak berada di dunia fana lagi sehingga harus dikembalikan
kepadaasalnya. Dewa Vishnu pula bertanggungjawab dalam pemeliharaan alam
semesta.
RUSUHAN KAUM 13MEI
Rusuhan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969 antara kaum Melayu dan Cina
selepas pilihan raya 1969 disebabkan parti-parti pembangkang iaitu Parti
Tindakan Rakyat (DAP) dan gerakan mendapat kemenangan yang
memberangsangkan. Walaupun Parti Perikatan masih boleh membina kerajaan ,
namun kemenangan merosot berbanding dengan pilihan raya sebelumnya .
Disebabkan itu kempen pilihan raya yang seterusnya menjadi semakin hangat
sehingga perbincangan tertumpu kepada isu-isu perkauman dan peribadi individu
tertentu. Pada 9 Mei 1969,berlakunya peristiwa perarakan jenazah yang dilakukan
oleh Parti Buruh terhadap seorang pemuda Cina dalam pertempuran dengan pihak
polis sebelum pilihan raya .
Rentetan peristiwa itu, DAP dan GERAKAN telah mengadakan perarakan besar-
besaran pada 11 dan 12 Mei 1969. UMNO yang rasa tercabar turut mengadakan
perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya
tersebut yang diketuai oleh Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu.
Perarakan provokatif dari kedua-dua pihak seumpama ini didapati membakar
semangat setiap kaum sehinggalah membawa kepada titik hitam dalam sejarah
negara. Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera terpaksa dipanggil
apabila polis gagal mengawal keadaan .Maka berlakulah peristiwa 13 Mei 1969
yang diberi gelaran Ops Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Ops
Tenteram. Subuh, 60 penyokong GERAKAN melalui Jalan Hale dan mencela
penduduk Kampung Baru supaya “keluar dari kampong dan balik ke hutan”. 7.30
malam perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO pula diadakan
setelah mendapat kebenaran polis. Perarakan ini juga dihadiri penuntut Kolej
MARA. Semua orang melayu berkumpul di rumah MB Selangor di Kampung Baru.
Sbelum itu pada 6.15 ptg berlaku rusuhan di Setapak dimana orang melayu dari
Gombak telah diserang ketika perjalanan ke Kampung Baru. Rusuhan ini dan
kemudiannya merebak ke Cheras, Kerinchi, Kampung Pandan dan Kampung Datuk
Keramat. 6.30 petang lebih kurang 500 orang berhimpun di rumah Dato Harun
Idris. Sesetengahnya bertombak dan berkeris. Dato Harun berdiri diatas bas
merayu supaya bertenang tetapi mereka menjerit “tidak boleh tahan lagi tok.”
Hampir 300 org melayu keluar menuju ke Jalan TAR manakala yang lain sempat
ditahan Pasukan Pencegah Rusuhan. Pertempuran bersenjata antara orang melayu
dan bukan melayu berlaku. Perusuh Cina telah mengepung dan menyerang orang
melayu di Panggung Rex, Federal dan Capitol. Pasukan Regimen Renjer yang
kemudiannya digantikan polis dan tentera mengawal keadaan dan mengisytiharkan
perintah berkurung. Keluarga-keluarga yang ketakutan mendapatkan perlindungan
di kawasan yang dipatrol oleh pihak tentera. Operasi mengawal ketenteraman oleh
pihak tentera semasa. Peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak terutama
pemimpin-pemimpin negara mulai sedar dan meneliti isu perpaduan dengan lebih
serius disebabkan keganasan yang berlaku meninggalkan kesan yang mengerikan.
Justeru, para pemimpin mula memikirkan agar rusuhan seumpama ini dapat
dielakkan daripada berlaku lagi. Seterusnya tindak balas serta-merta yang diambil
bagi memberhentikan keganasan ialah penangkapan tokoh-tokoh yang
menyokong rusuhan ini mengenakan perintah berkurung, mengawal berita-berita
radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar-akhbar dan mengharamkan
jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik sekaligus mengharamkan kempen
pilihan raya. Beberapa tindakan lain yang menyeluruh diambil bagi
memberhentikan keganasan iaitu pengisytiharan darurat, pembentukan Majlis
Gerakan Negara(MAGERAN) pada 17 Mei 1969, penubuhan Jabatan Perpaduan
Negara(JPN) dan Majlis Muhibbah Negra(MMN) sekaligus penubuhan Majlis
Perundingan Negara(MAPEN) pada 29 Januari 1970.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki
Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-
besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan
kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula
1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa
perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak
mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk.
Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi
kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu,
Cina dan India sebagai komponen utamanya.
PENUTUP
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui
hakikat kewujudan setiap kaum di negara ini tolak ansur antara kaum demi
perpaduan. Perpaduan ini amat penting bagi sesebuah negara untuk membentuk
negara yang maju dan pesat membangun. Keamanan juga dapat dikekalkan apabila
semangat perpaduan diamalkan di Malaysia . Setiap kaum perlu bersama
membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang bagi menjadikan
peristiwa lalu sebagai pengajaran untuk membentuk negara bangsa Malaysia yang
mantap.
Penduduk Malaysia seharusnya mengambil iktibar daripada Peristiwa 13 Mei 1969
yang banyak memberi kesan hitam kepada semua kaum di Malaysia. Oleh itu, bagi
merealisasikan integrasi nasional dan pembetukan negara bangsa maka kerajaan telah
merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah setiap kaum seperti Rukun
Negara supaya prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira latar
belakang masyarakat.
RUJUKAN
BUKU
Penghayatan Etika dan Peradaban
LAMAN WEB/BLOG
1. http://dee1akemasyarakatandanperpaduan.blogspot.com/
2.http://pmbab5.blogspot.com/2015/10/e-folio-pengajian-malaysia.html
3.http://hamburgergkb.blogspot.com/2016/09/perayaan-kaum-cina.html
4.http://pengajianmalaysia12.blogspot.com/2016/10/sejarah-dan-latar-belakang-
kemunculan.html
5.https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-
majmuk-di-malaysia/
6.https://www.academia.edu/32671012/SEJARAH_PEMBENTUKAN_MASYARAKAT_M
AJMUK_DI_MALAYSIA
LAMPIRAN
Kaum india bekerja diladang getah
Penggunaan akhbar sebelum merdeka
Kaum cina di kawasan perlombongan
Rusuhan kaum 13 Mei