KAEDAH MEMBENTUK
BISKUT
DISEDIAKAN OLEH :CIKGU MARIAMAH MARZUKI
GURU PEMBUATAN PASTRI
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts
1. TEKAN (BEGGED / PRESSED)
• Adunan doh biskut untuk cara tekan perlu
lembut supaya mudah dibentuk tetapi masih
mampu untuk mengekalkan bentuknya. Doh
dimasukkan ke dalam beg pastry/aising dan
dipaipkan dengan menggunakan pelbagai
bentuk nozel untuk menghasilkan pelbagai
bentuk biskut. Contoh; BUTTER COOKIES.
2. JEJEMPUT (DROPPED)
• Biskut yang dibentuk dengan kaedah
jejemput dihasilkan dengan membentuk
menggunakan sudu dan hujung jari. Bentuk
yang dibentuk dengan kaedah ini sesuai bagi
biskut yang mengandungi bahan tambahan
seperti kekacang, buah-buahan kering dan
coklat. Contoh; CHOCOLATE CHIP COOKIES.
3. TERAP (ROLLED OUT)
• Cookies are made from stiff dough, rolled
and cut in a great variety of shapes. Biskut
yang dibentuk dengan kaedah terap pula
dihasilkan dengan menggunakan adunan doh
yang agak keras. Melalui kaedah ini, doh
dicanai dan diterap sama tebal dengan
menggunakan penerap biskut sebelum
dibakar. Melalui kaedah ini kita dapat
menghasilkan pelbagai jenis bentuk biskut.
Contoh; JAM RINGS.
4. ACUAN (MOULDED)
• Biskut yang dibentuk dengan cara acuan
dihasilkan dengan memasukkan doh ke
dalam acuan atau dibentuk dengan
menggunakan tangan. Contoh; MAZOLA
COOKIES.
5. DINGIN BEKU (ICEBOX /
REFRIGERATED)
• Biskut dingin beku dibentuk dengan
membalut adunan doh dalam pelbagai
bentuk menggunakan kertas
minyak/aluminium foil. Kemudian doh ini di
simpan di dalam peti sejuk. Doh dikeluarkan
dan dipotong nipis debelum dibakar. Contoh;
PIN WHEEL COOKIES.
6. KEPING (BAR)
• Biskut yang dibentuk dengan cara keping
menggunakan adunan doh yang dimasukkan
ke dalam dulang pembakar sebelum dibakar.
Apabila sudah masak, adunan dipotong
secara memanjang untuk membentuk
jejari/bar. Contoh; CHOCOLATE BAR.
TUGASAN
• SILA TONTON VIDEO PENYEDIAAN
COOKIES DAN NYATAKAN KAEDAH YANG
DIGUNAKAN DALAM PEMBUATAN BISKUT
TERSEBUT.