The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rizawati79, 2023-06-19 18:23:53

PUSAT SUMBER ZAABA, SK TALANG

JOM DAPATKAN ILMU PENGETAHUAN

MISI PSS ZAABA, SK TALANG • Memastikan bahawa murid dan guru menjadi pengguna idea dan maklumat yang berkesan. • Menawarkan dan membekalkan sumber aktiviti pengajaran kepada warga Sk Talang melalui secara dalam talian atau bersemuka. • Menawarkan kemudahan dan laluan intelektual dan fizikal sebagai asas utama dalam misi PSS Zaaba


OBJEKTIF PSS ZAABA • Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian murid berdasarkan kemudahan/ perkhidmatan yang sedia ada di PSS Zaaba. • Menyakinkan murid dan guru bahawa mereka akan sentiasa dibantu dan dibimbing untuk mendapatkan ilmu pengetahuan secara menyeluruh melalui aktiviti yang dijalankan oleh PSS Zaaba.


PENDAHULUAN I SK TALANG DAN PSS ZAABA • Assalamualaikum semua warga Sk Talang.. • Hari ini Cikgu Rizawati mahu memperkenalkan sekolah kesayangan kita bermula dari sejarah asal SK Talang. Misi PSS Zaaba kali ini ialah memberikan segala maklumat , ilmu dan panduan untuk murid-murid SK Talang supaya lebih dekat dengan sekolah kesayangan kita. PSS Zaaba akan menjadi nadi ilmu dalam menyebarkan ilmu pengetahuan untuk semua. Jom kita kenal sekolah kita…………


SEJARAH SK TALANG • Baiklah semua…sebelum Cikgu Riza bercerita mengenai sekolah kita…. Jom kita kenal asal usul nama Talang dahulu…. • Sejarah Kampung Talang (Kampung yang berhampiran dengan Sekolah Talang) • Kg. Talang adalah sebuah perkampungan yang berasaskan pertanian sebagai mata pencarian utama penduduk.Hasil – hasil utama berasaskan pertanian di kampung ini ialah getah, padi,kelapa sawit dan tanaman kontan lain seperti pisang, sayuran dan sebagainya.Kampung ini juga pernah diterokai oleh pendatang cina untuk bercucuk tanam. Selain pertanian penduduk kampung ini juga menjalankan penternakan ikan air tawar, lembu, kerbau dan kambing untuk menjana pendapatan tambahan. • Asal kewujudan Kg. Talang adalah bermula semasa penduduk asal meneroka hutan untuk dijadikan kawasan bendang( sawah padi ). Dengan bentuk geografi yang mempunyai dua lembah diantara satu permatang ( tanah tinggi ), maka datanglah penduduk dari tempat lain kesini untuk bertalang.Bertalang bermaksud menanam padi pendahuluan( padi lembut ). Oleh itu berpakatlah mereka untuk mewujudkan sebuah perkampungan disini dengan nama Kg. Talang.Majoriti penduduk di sini adalah Melayu beragama Islam. • Pada tahun 1956, kampung ini telah menarik perhatian ramai dengan pembinaan satu landasan kapal terbang yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke Ipoh. Antara jenis kapal terbang yang digunakan ialah PERGAM dan NURI. Kadar tambang yang dikenakan ketika itu ialah sebanyak RM5.00 sahaja untuk satu hala. Namun begitu ia hanya bertahan beberapa tahun sahaja akibat beberapa masalah yang timbul. Akhirnya kawasan tersebut dijadikan Padang Ragut Celung Gajah. Hingga kini masih aktif dengan kegiatan penternakan lembu, kerbau dan kambing. •


LOKASI KG. TALANG DAN SK. TALANG


SEJARAH SK TALANG • Sekolah Kebangsaan Talang bermula dari sebuah rumah papan yang bertarikh asal pembinaannya tidak dapat dikesan. Dalam tahun 1920, Kerajaan Inggeris telah mendirikan sebuah bangunan papan mengandungi dua bilik darjah, berhadapan dengan Kilang Joo Seng iaitu sebuah kilang getah. Luas bangunan sekolah papan ini adalah seluas 40 kaki x 20 kaki dan dinamakan Sekolah Melayu Talang, sempena nama Kampung Talang.


• Perkataan Talang diambil sempena nama sebatang pokok yang dikenali sebagai pokok Talang. Guru besar pertama yang mula berkhidmat di sekolah ini iaitu En. Md. Said bin Md. Derus. Beliau telah dibantu oleh seorang guru penolong. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sehingga tahun 1932. • Pada tahun 1956, sebuah sekolah cawangan yang mengandungi 5 buah bilik darjah telah didirikan. Sekolah cawangan ini terletak kira-kira setengah batu (0.8 km) dari bangunan asal.


• Bangunan ini merupakan daya usaha Yang Di Pertua PIBG pada ketika itu, Encik Sulaiman bin Abu Yamin dengan sokongan beberapa penduduk yang telah mendesak mantan Menteri Perak pada ketika itu iaitu Allahyarham Dato’ Panglima Bukit Gantang agar mendirikan bangunan tambahan bagi menampung pertambahan bilangan murid di kanpung tersebut. Bangunan itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Hamid Khan yang merupakan Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 28 Oktober 1962. • Pada tahun 1981, dua bangunan lama yang telah uzur (JKR 371 ) dan (JKR 372) berukuran 35 kaki x 29 kaki setiap satu yang digunakan sebagai rumah guru telah dirobohkan bagi membolehkan bangunan sekolah baru tiga tingkat didirikan. Bangunan ini (JKR 1247) brukuran 170’ x 30’ telah siap dibina pada akhir tahun 1982. Bangunan ini mula digunakan pada 1 Januari 1983.


LATAR BELAKANG SEKOLAH • Sekolah Kebangsaan Talang atau singkatannya SEKATA terletak kira-kira 6 km dari Bandar Di Raya Kuala Kangsar. Sekolah ini merupakan laluan utama ke bandar jika datang dari lebuh Raya Utara Selatan. Jalan keretapi telah dibina di belakang sekolah sejak sekian lama. Guru dan staf sokongan serta murid sudah biasa mendengar bunyi kenderaan dan keretapi yang lalu lalang di hadapan sekolah.


• Sekolah ini telah dinobatkan sebagai Sekolah Bestari dan sekolah Perkasa. Etos atau perwatakan sekolah ini lebih dikenali sebagai sekolah ragbi. Selain itu, perwatakan lain melibatkan Pertandingan Boria yang hampir setiap tahun menjadi juara (sejak 2001). Kesan dari perwatakkan inilah yang menjadikan Sekolah Talang tumpuan ibu bapa menghantar anak ke sekolah berbanding dengan sekolah-sekolah yang lain. • Perpaduan dan permuafakatan guru dan murid serta suntikan semangat daripada pentadbiran dan PIBG sekolah telah membawa beberapa kejayaan (juara) seperti Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Kompang dan Formasi, Pertandingan Kuiz J-Qaf peringkat Daerah Kuala Kangsar 2008. • Hasil pemupukan sahsiah dan bakat murid dengan pelbagai aktiviti juga telah melonjakkan nama Sekolah Talang dalam peningkatan peperiksaan UPSR, dimana seramai 19 orang murid mendapat 5A dan kualiti semua mata pelajaran juga meningkat sehingga kini. • Program klinik pagi antara 7.15 pagi hingga 7.30 pagi merupakan satu program persiapan murid sebelum ke kelas telah dapat membentuk displin murid-murid. Begitu juga program Jiwa murni yang diamalkan 10 minit sebelum ke kelas semasa waktu rehat merupakan nilai tambah dalam pembentukkan akhlak anak-anak di sekolah ini. Diharap Sekolah Kebangsaan Talang akan maju dan cemerlang dengan hasil didikan yang baik dari guru-guru selari dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


PERBEZAAN PINTU GERBANG SEKOLAH


PENTADBIRAN SEKOLAH


LIRIK LAGU SEKOLAH • LAGU RASMI SEKOLAH TALANG • • Banggakan sekolah Talang ini • Di sini kami diajar • Menuntut ilmu yang terpuji • Bekalan hidup kita • Juga hormat ibu bapa guru • Kami akan berusaha • Itulah azam kami semua • Semoga hidup kita kan berjaya • Itulah azam kami semua • Semoga hidup kita kan berjaya • CIPTAAN: CIKGU MAZLAN


MAKNA LENCANA SEKOLAH • Maksud dan penerangan • 1. ukuran lencana : 3.5cm x 5cm • 2. maksud lambang pada lencana • Bunga padi – hasil dalam negeri • Obor – sentiasa maju dalam pelajaran • Gelung berangkai – cemerlang dalam sukan • Buku – melambangkan ilmu pengetahuan • 3. Warna • Hitam, putih, kuning – Kesultanan Negeri Perak • Hijau – sihat dan cergas • Merah – sikap berani


MAKLUMAT SEKOLAH • PENTADBIR SEKOLAH KEBANGSAAN TALANG • GURU BESAR : TUAN HAJI ABDUL HARRITH BIN ABDUL WAHAB • PENOLONG KANAN HEM : TN HJ. MOHAMAD SABRI BIN SHAHARUDDIN • PENOLONG KANAN PENTADBIRAN : ENCIK WAN AZIZAN BIN WAN MASHOM • PENOLONG KANAN KOKU : ENCIK MOHAMAD ZAHIAR BIN ZAMRI LELA • Kod sekolah : ABA 4025 • Alamat sekolah : SK TALANG, • JALAN TAIPING, • 33000 KUALA KANGSAR, • PERAK DARUL RIDZUAN • Nombor Telefon sekolah : 05-7765822 • Nombor Faks : 05-7765822 • Gred Sekolah : Gred A • Jumlah pentadbir : 4 • Jumlah guru : 54 • Jumlah Murid termasuk Pra sekolah : 614 • Keluasan sekolah : • Cogan kata : ILMU SULUH HIDUP


VISI SEKOLAH • PENDIDIKAN BERKUALITI • INSAN TERDIDIK • NEGARA SEJAHTERA


MISI SEKOLAH • MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI • MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


SLOGAN SEKOLAH • SK TALANG TERATAS


GAMBAR PERSEKITARAN SEKOLAH


PUSAT SUMBER ZAABA • Asal nama Pusat Sumber Zaaba ialah daripada tokoh sasterawan negara iaitu pendeta Zaaba. beliau pernah menjadi guru besar di mckk pada tahun 1918.-menulis majalah pengasuh. - menghasilkan karya bahasa melayu yang standard. -nama penuh beliau : tan sri dr zainal bin abidin • PUSAT SUMBER ZAABA TERBAHAGI KEPADA 3 BAHAGIAN : • 1. PUSAT SUMBER • 2. MINI STUDIO • 3. CAFE ZAABA


FUNGSI PUSAT SUMBER • TERDAPAT 8 RAK BUKU, DAN 3 MEJA BESAR DI BAHAGIAN PUSAT SUMBER. • KAUNTER SIRKULASI YANG BERBENTUK KAPAL. • PINJAMAN BUKU DAN PULANG BOLEH DIBUAT SEWAKTU REHAT MURID. • ADA RUMAH KAMPUNG CONTOH SEBAGAI INGATAN DAN SUDUT PAMERAN SENI TEKAT DALAM PUSAT SUMBER.


FUNGSI MINI STUDIO • MERAKAM DAN MENGEDIT VIDEO UNTUK TVPSS • MEMBERIKAN KEMAHIRAN ICT KEPADA PENGAWAS PUSAT SUMBER • MENYIAPKAN RAKAMAN NILAM BI DAN BM


FUNGSI CAFE ZAABA • MENARIK MINAT MURID MEMBACA BUKU SELEPAS WAKTU BALIK. • MURID BOLEH MAKAN SAMBIL MEMBACA BUKU CERITA. • ADA JUGA SUDUT KOMIK UNTUK TARIKAN MURID MEMBACA. • ADA JUALAN MAKANAN DAN MINUMAN RINGAN UNTUK MURID BERSANTAI SAMBIL MEMBACA. • MASA BUKA : PUKUL 1-2 PETANG SAHAJA.


TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER -TAHU CARA PINJAM DAN PULANG BUKU MELALUI SISTEM TARANTULA YANG ADA DALAM KOMPUTER DI PUSAT SUMBER. -TAHU CARA MEMBALUT BUKU DENGAN BAIK. -MENGURUSKAN DAN MENJAGA MINI STUDIO DAN CAFE ZAABA DENGAN BETUL DAN JUJUR TERUTAMANYA DALAM KEWANGAN CAFE. -MENGIKUTI DAN MEMBANTU GURU PUSAT SUMBER UNTUK PROGRAM NILAM DAN PROGRAM ANJURAN PSS.


• PAKAIAN PENGAWAS PERLU KEMAS DAN MENJADI CONTOH AKHLAK DAN ADAB KEPADA MURID YANG LAIN. • SENTIASA RINGAN TULANG MEMBANTU GURU DENGAN IKHLAS TANPA MENGHARAPKAN BALASAN. • TUNJUKKAN SIKAP YANG BAIK KEPADA MURID YANG LAIN. • TAHU MENGURUSKAN PUSAT SUMBER DAN BUKU-BUKU KETIKA KETIADAAN GURU. • MENYUSUN BUKU SUPAYA KEMAS DAN TERATUR SUPAYA PUSAT SUMBER SENTIASA KEMAS DAN CANTIK. (SENTIASA ADA PELAWAT YANG DATANG KE PUSAT SUMBER)


WAJIB TAHU


WAJIB TAHU • JUMLAH BUKU SETAKAT INI YANG ADA DALAM PUSAT SUMBER DAN PONDOK BACAAN IALAH 10,000 RIBU BUAH BUKU. • PENCAPAIAN TERBAIK PUSAT SUMBER IALAH MEMBAWA SERAMAI 23 ORANG PENGAWAS PUSAT SUMBER KE PWTC PERINGKAT KEBANGSAAN.


PENGAWAS BRIGET BESTARI • TUGAS BRIGET BESTARI • -MEMBANTU GURU MENYEDIAKAN PERALATAN TEKNIKAL UNTUK PERHIMPUNAN DAN APA-APA SAHAJA PROGRAM YANG DIJALANKAN DISEKOLAH. • MEMBANTU GURU MENGAMBIL GAMBAR SEMASA PROGRAM DIJALANKAN. • MEMBANTU MENGAMBIL VIDEO UNTUK TVPSS • MENJAGA PERALATAN SEPERTI MIKROPHONE DAN WAYAR SAMBUNGAN DENGAN BAIK.


PENUTUP • Cikgu Riza berharap semua PENGAWAS PSS DAN BRIGET BESTARI dapat menghayati dan mempunyai rasa sayang akan sekolah kita apabila membaca informasi mengenai sejarah Sekolah Talang DAN mengenai Pusat sumber ZAABA. Pengawas PSS dan BRIGEt SK Talang tetap terbaik dan cemerlang dengan hasil bimbingan guru serta dalam mencapai prestasi yang tertinggi. Jumpa lagi…. Sekian. • # I PSS Zaaba…. Jom kita rajin membaca buku


Click to View FlipBook Version