The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bulan Zulhijjah dan Ibadah korban

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ibsinasmkpp, 2021-07-15 07:10:51

Pameran bertema

Bulan Zulhijjah dan Ibadah korban

PUSAT SUMBER IBNU SINA SMK PERMATANG PASIR
PAMERAN BERTEMA

ONLINE

BULAN ZULHIJJAH DAN IBADAH KORBAN

2021

5 Keistimewaan Bulan Zulhijjah Yang Kita Wajib Tahu

KEISTIMEWAAN#1: Ibadah Haji
Rukun ke 5 Islam hanya boleh disempurnakan di dalam bulan ini.

Bulan Dzulhijjah hanya datang setahun sekali. Ibadah haji wajib dilakukan
kepada mereka yang mampu.

Firman Allah SWT: “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan
ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan
berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar
kewajipan haji itu), maka sesungguhnya
Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.”

(Surah Al-Imran : 97)

KEISTIMEWAAN#2: Hari Arafah

Wukuf itu sendiri adalah Haji.
Wukuf di padang Arafah adalah kemuncak haji.
Ibadah ini dilakukan dengan cara berdiam diri di padang Arafah mulai dari
tergelincirnya matahari tanggal 9 Dzulhijjah sehingga terbenamnya matahari pada
tanggal 10 Dzulhijjah.

Doa tersangat mustajab ketika itu.
Wukuf juga merupakan gambaran kecil manusia ketika Hari Kiamat kelak.

“Tidak ada hari di mana Allah memerdekakan hamba-hamba-Nya dari neraka selain
hari Arafah. Allah sesungguhnya mendekati mereka dan membanggakan mereka
kepada para malaikat seraya berkata; Apa saja yang mereka impikan akan Aku
kabulkan.”
Kepada yang tidak mengerjakan Haji dan berpeluang untuk wukuf di Arafah,
berpuasalah pada hari ini yang bersamaan dengan 9 Dzulhijjah

KEISTIMEWAAN#3: Ibadah Qurban

Ibadah Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya
Haji. Ia dilakukan selepas solat ‘Idil Adhha dan pada hari-hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan
13 Zulhijjah dengan niat kerana beribadah kepada Allah s.w.t. Ia diteruskan
sehingga hari ini sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang
kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi’ar Allah, kamu
memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah
ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat).

Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri
makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-
minta) dan orang yang meminta

Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-
mudahan kamu bersyukur.”

KEISTIMEWAAN#4: 10 Dzulhijjah yang pertama

Ulama mengatakan, barangsiapa memuliakan atau menghidupkan 10 hari pertama dari
bulan Dzulhijjah dengan amalan-amalan ibadah maka Allah Ta’ala akan memberinya 10
keistimewaan, iaitu:

1. Allah memberikan barakah kepada umurnya
2. Allah menambahkan rezekinya
3. Allah menjaga diri dan keluarganya
4. Allah mengampuni dosa-dosanya
5. Allah melipat kali gandakan pahalanya
6. Akan dipermudahkan urusan sakaratul mautnya
7. Allah menerangi kehidupannya
8. Akan diberatkan timbangan kebajikannya
9. Akan diselamatkan dari semua kesusahannya
10.Akan ditinggikan darjatnya di sisi Allah Ta’ala.

KEISTIMEWAAN#5: Asyhurul Hurum
Bulan Dzulhijjah adalah salah satu bulan mulia, yang telah Allah Ta’ala sebutkan
sebagai asyhurul hurum (bulan-bulan haram).
Maksudnya, saat itu manusia dilarang untuk berperang, kecuali dalam keadaan
membela diri dan terdesak.

https://celikalquran.com/5-keistimewaan-dzulhijjah/



Tarikh Hijrah Tarikh Masihi
9 Dzulhijjah 1442 19 Julai 2021

Ⓒ Sumber Artikel Di : https://www.infosentral.my/puasa-hari-arafah/

Aidiladha, Kisah Pengorbanan Sebenar

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua
dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis
riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir
pada kalendar Hijrah Islam. Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam
sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan
diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah

Selain daripada itu, Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula
adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang
sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT.
Maka ketika anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha
bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim telah bermimpi dimana dalam mimpinya
Allah telah memerintahkannya untuk menyembelih anaknya bernama Ismail. Nabi
Ibrahim berkata kepada anaknya : Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku
melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu?
Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu.
Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat dan menjunjung perintah ALLAH itu, Maka
Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah S.W.T terhadapnya. Apabila Nabi
Ibrahim dan anaknya sampai ke tempat yang dituju, Nabi Ibrahim merebahkan
anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, Nabi Ibrahim
menutup matanya dengan dengan cara yang dirancangkan oleh anaknya.

Maka Nabi Ibrahim pun mengangkat pedang dengan kalimah Allah lalu
memancungkan pedangnya pada leher anaknya. Maka terpeciklah darah mengenai
badan Nabi Ibrahim. Dengan tangan dan badan yang menggeletar Nabi Ibrahim
membuka penutup matanya, namun alangkah terkejut apabila melihat yang
disembelih itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran
Allah S.W.T kedua-duanya pun berpeluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana
memberi kekuatan untuk melaksanakan amanat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha maka umat Islam
menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang
kurang bernasib baik.

Seperti Hari Raya Aidilfitri, Pada hari raya korban ini juga, orang Islam disunatkan
mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-
wangian. Umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat
dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat
Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi
lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat
Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar
zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke
masjid

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang
mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas
bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang
dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum
dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna buat umat Islam di negara kita.

https://www.umt.edu.my/index.php?go=highlight&id=105

IBADAH KORBAN



IBADAH KORBAN











MENGGAMIT MEMORI… SUASANA YANG DIRINDUI OLEH UMAT ISLAM

Demi memelihara kemaslahatan semua pihak.

TERIMA KASIH KERANA
MELUANGKAN MASA MELIHAT
PAMERAN BERTEMA SECARA

MAYA PS IBNU SINA
SMK PERMATANG PASIR


Click to View FlipBook Version