BUKU SKRAP
DIGITAL
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
DI SEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD FAIZ HAZIQ BIN RAHIMI
(SMK LKTP PEMANIS 1)
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T
kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk
menyiapkan BUKU SKRAP DIGITALini dengan sempurna.
Setinggi ucapan penghargaan diucapkan kepada Pentadbir Sekolah iaitu DR
HJ ABDULLAH ZAWAWI BIN MOHD HAIRANI dan guru pembimbing saya iaitu
PUAN NURHANIS BINTI JOHARI kerana sentiasa memberi bimbingan dan
tunjuk ajar dalam menyiapkan buku skrap digital ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
iaitu Encik Rahimi Bin Ibrahim dan Puan Rosanita Binti Rusli yang turut
membantu saya untuk menyiapkan buku skrap digital tersebut.
BIODATA
Nama:Muhammad Faiz Haziq Bin
Rahimi
Umur: 13 Tahun
Tarikh Lahir: 26 Januari 2008
Tempat Lahir: Hospital Segamat
Sekolah:SMK LKTP Pemanis 1
ISI KANDUNGAN
PERKARA M/S
PENDAHULUAN 1
BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 2
RASIONALISASI TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL -HAJ 3
KELEBIHAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 4
BUKTI KREDIBILITI TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 5
JASA & SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN 6
PENUTUP 7
PENDAHULUAN
Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara
masyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah
air.Nama asal beliau ialah Tenku Abdul Rahman Putera ibn Abdul Hamid
Shah.Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau di samping
memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
pertama.Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politik
iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin
negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan
rakyatnya.
1
BIODATA
Nama asal: Tengku Abdul Rahman Putera ibn Abdul Hamid
Halim Shah.
Gelaran Popular: Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj,
Tunku, YAM Tunku
Tarikh dan tempat lahir: 8 Februari 1903 di Alor Setar,
Kedah.
Tarikh dan tempat meninggal: 6 Disember 1990 di Kuala Lumpur.
Pendidikan dan kelulusan: Sekolah Rendah di Alor
Setar, di Bangkok, seterusnya diPenang Free School, di
Ct. Cathering, Cambridge University, England dan Inner
Temple, England. B.A. (1925), LIB ( INNER) (1948).
2
RASIONALISASI TUNKU
ABDUL RAHAMN
BERJIWA RAKYAT
Beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan Union
& menghadiri perjumpaan -perjumpaan untuk menentang
Malayan Union di Alor Setar.
CINTAKAN KEDAIMAIAN
Beliau sebagai Ketua Menteri mewakili kerajaan British
untuk menghadiri Rundingan Baling pada 1995 yang
dianjurkan oleh pihak parti komunis Malaya.
3
KELEBIHAN TUNKU
ABDUL RAHMAN
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid HalimSyah
merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa di sebalik kejayannya.
Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan,
berjiwa rakyat, setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati,sentiasa
bersimpati, bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau
mempunyai kenalan yang ramai. Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap
bergaul dengan sesiapa sahaja. Beliau merupakan putera ke-6 daripada isteri kedua atau
yang ke-24 bagi ayahnya. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid menaiki takhta Kedah pada
Md HaSrul Bin Ja’Afar 3 Advertisement 1881 dan mangkat pada tahun 1943. Ibunya pula
Che Manjalara berketurunan Siam dan Burma telah menukar namanya kepda Sharifah
Fatimah setelah memeluk agama Islam.
4
BUKTI KREDIBILITI
TUNKU ABDUL RAHMAN
Tunku memang memasuki arena politik jauh lebih lewat daripada Soekarno.Malah bolehlah dikatakan
bahawa Tunku sebagai seorang new comer dalam arena ini jika dibandingkan dengan Soekarno. Sungguhpun
demikian ternyata tunku masih juga dapat bercatur politik di arena antarabangsa dengan cepatnya, dan
pada ketika-ketikanya lebih mengagumkan, khususnya apabila Tunku menonjolkan isu anti Apartied Afrika
Selatan di persidangan komanwel. Dengan pengusiran Afrika Selatan daripada pertubuhan tersebut,maka
seluruh dunia mengutuk dasar Afrika Selatan. Dengan isu tersebut Tunku menaiki tangga kejayaan politik
dunia sehingga Tunku dapat meletakkan nama negara Malaysia di peta dunia. Di sesetengah negara,
khasnya di Benua Afrika dan Asia Barat,.Di sesetengah negara nama Tunku lebih dikenali daripada negara
ini sendiri. Dalam perjuangan menentang perbezaan warna kulit, rasanya seorang pun dalam zaman politik
moden ini tidak dapat dibandingkan dengan Tunku. Presiden Abraham Lincoln membuat peristiharan
pembebasan abdi di Amerika Syarikat dalam tahun 1863 dan peristiharan itulah yang menjadikannya
sebagai negarawan dunia, sedangkan Tunku Abdul Rahman pula dalam tahun enam puluhan berjaya
menyingkirkan Afrika Selatan daripada Komanwel kerana dasar apartied negara tersebut. Pada 31 Julai
1961, Tunku telah mengasaskan ASA ( Assosiation of South East Asian States) yang terdiri daripada Tanah
Melayu, Filipina dan Negara Thai. Pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Malaysia
dan Filipina dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan
Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisytiharkan
5
JASA DAN SUMBANGAN
TUNGKU ABDUL RAHMAN
Pada tahun 1955, Tunku mengetuai rombongan ke London bagi membincangkan
kemerdekaan negara. Beliau berjaya dalam rundingan tersebut. Kepulangan Tunku dari
London disambut dengan meriahnya. Beliau mengumunkan tarikh kemerdekaan Tanah
Melayu di Melaka pada tahun 1956. Pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman membacakan
dokumen pemasyhuran kemerdekaan dari kerajaan British kepada ribuan penduduk di
Stadium Merdeka. Laungan merdeka disorakkan sebanyak tujuh kali. Tunku Abdul
Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka. Beliau digelar sebagai Bapa Kemerdekaan.
6
PENUTUP
Almarhum Tunku Abdul Rahman merupakan seorang putera Raja dai negeri Kedah yang telah banyak
membuat jasa kepada bangsa dan Negara.Beliau merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah
Melayu dan Malaysia yang pertama.
Beliau yang dilahirkan semasa zaman Negara dijajah oleh inggeris telah menjalani kehidupan melalui
pengalaman dan perjuangan berasaskan pembebasan tanah air dari cengkaman penjajah.Beliau telah
memperolehi pendidikan awal secara formal dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke luar negeri
dalam bidang undang-undang.Kerjaya beliau bermula sebagai seorang pguam .Beliau merupakan
seorang yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air tanpa jemu.Pada 31 Ogos 1957 negara telah
mendapat kemerdekaan hasil daripada perjuangan beliau bersama-sama tokoh yang lain.seterusnya
Berjaya menyatukan semenanjung ,Sabah , Sarawak ,dan Singapura di dalam Malaysia.Beliau telah
Berjaya menyatukan orang-orang melayu dan bangsa-bangsa lain menjadi warganegara yang
memperjuangkan kedaulatan Negara.
Beliau juga telah memainkan peranan utama dalam menjalinkan hubungan antarabangsa dengan
negara-negara serantau dalam bidang politik , ekonomi ,dan sosial.Hasil dari perjuangannya ,beliau
juga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan” Negara dan sehingga kini jasa-jasa agong beliau sentiasa
dikenang oleh bangsa Malaysia sebagai tokoh terbilang.Selepas beliau tidak lagi aktif dalam politik ,
Tunku Abdul Rahman tinggal di rumahnya di Pulau Pinang.Tunku telah meninggal dunia pada 6
Disember 1990 pada umur 87 dan telah dikebumikan di Makam Diraja Langgar , Alor Star , Kedah.
7