The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zahidah Ramli, 2019-02-22 21:00:54

Punca malas membaca

Punca malas membaca

Punca-punca sikap tidak suka membaca dalam diri pelajar

Dalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi ini ,
budaya membaca semakin tenggelam diarus permodenan zaman . persoalannya
siapakah yang harus dipersalahkan?Dan apakah punc-punca masalah tersebut
?Oleh itu kebaikan dan keburukan mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan
dengan terperinci untuk kebaikan bersama .

Kita dapat menyaksikan betapa kurangnya pembacaan dalam kalangan
pelajar pada masa kini. Masalah seumpama ini bukanlah berpunca daripada orang
lain , namun masalah ini berpunca daripada diri sendiri yang tidak mahu
menerapkan sikap suka membaca ke dalam sanubari masing-masing. Punca yang
sangat besar mengapa ramai yang tidak mahu membaca adalah kerana
malas .Malas merupakan satu penyakit,sekiranya dihinggapi dalam diri setiap
orang , mereka akan hilang kesungguhan untuk mencapai matlamat tidak kira
dalam usaha merebut peluang, bidang kerjaya atau apa sahaja yang mereka
impikan .Membaca merupakan satu kaedah menuntut ilmu , jika kitamalas
membaca kita seolah-olah malas untuk menuntut ilmu . Ilmu sangat penting
dalamdiri masing-masing , jika kita tidak berilmu kita dapat disamakan seperti tin
kosong yang diketuk ada bunyinya .Pepatah cina ada mengatakan jika seseorang
itu membaca buku tetapi tidak mengamalkan pengajaran daripada buku itu ,orang
itu ibarat tidak tahu membaca .Oleh itu , setiap pelajar perlu membasmi sikap
malas dalam diri masing-masing , Allah pernah bersabda mafhumnya , Allah tidak
akan merubah nasib seseuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubahnya .

Seterusnya , punca yang sangat ketara adalah kurangnya tanggungjawab
ibu bapa dalam menerapkan sikap suka membaca dalam diri anak masing-masing
. Terdapat sesetengah ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka
untuk membaca sejak kecil lagi kerana mereka berpendapat bahawa memupuk
nilai-nilai membaca bukanlah bermula dari rumah , namun bermula dari sekolah .
Namun , pandangan tersebut adalah disangkal ,kerana ibu bapa merupakan
model yang terpenting kepada anak-anak , ibu bapa hendaklah menerapkan sikap
suka membaca ke dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi sesuai dengan
pepatah melayu yang ada mengatakan bahawa”jika hendak melentur buluh

biarlah dari rebungnya” . Pepatah tersebut membawa maksud jika kita hendak
mengajar anak-anak hendaklah bermula sewaktu mereka kecil .

Umum mengetahui bahawa peranan pihak sekolah juga amat besar dalam
memupuk sikap suka membaca dalam diri setiap pelajr . Antara punca mengapa
pelajar tidak suka membaca apabila di sekolah adalah kerana kurangnya bahan
bacaan dalam perpustakaaan . Masalah seumpama ini tidak boleh dibiarkan ,
semua guru terutamanya guru perpustakaan hendaklah bijak mengambil inisiatif
dan mengatur langkah yang proaktif untuk membendung masalah ini . Antara
langkah yang dapat diambil adalah dengan ,mempelbagaikan bahan bacaan di
dalam perpustakaan sekaligus menceriakan lagi perpustakaan dengan pelbagai
hiasan yang mampu menarik minat pelajar untuk pergike perpustakaan .Dengan
langkah-langkah seumpama itu , masalah tidak suka membaca mampu diatasi
sedikit demi sedikit , bak kata pepatah” sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit ”.

Seterusnya , peranan kerajaan yang kurang mendapat sambutan .
Terdapat pelbagai kempen yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan
antaranya adalah kempen membaca , kempen cintai membaca , namun usaha
tersebut sia-sia sahaja kerana tidak ramai yang hadir bagi menjayakan lagi
kempen tersebut . Masalah seumpama ini tidak boleh dibiarkan melarat , pihak
kerajaan hendaklah membasmi masalah ini hingga keakar umbi .Pihak kerajaan
hendaklah melakukan penambahan aktiviti dalam kempen tersebut seperti
membuat sukaneka , membaca pantas dan mengira buku dalam balang .Melalui
penambahan aktiviti-aktiviti tersebut , para pelajar dan masyarakat akan berebut-
rebut untuk hadir ke kempen tersebut bukan sahaja untuk menyertai
pertandingannamun , untuk menjayakan lagi sambutan kempen membaca yang
dianjurkan oleh kerajaan . Dengan itu , mata dan hati pelajar akan mula terbuka
untuk menanamkan sikap membaca dalam diri masing-masing .

Secara tuntasnya , semua pihak hendaklah berganding bahu dalam
mengatasi masalah seumpama ini agar dapat mewujudkan suasana membaca
dalam kalangan pelajar mahupun masyarakat . Bak kata pepatah ” ke lembah
sama didaki , ke lurah sama dituruni ”


Click to View FlipBook Version