CERITA: BELALANG DENGAN SEMUT
Oleh: Chong Jun Jie & Tan Qian Yee (2A)
Terima Kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang dihormati
barisan hakim yang arif lagi bijaksana. Warga pendidik
dan hadirin yang dikasihi sekalian. Selamat pagi dan
Salam Sejahtera.
Berdirinya saya disini adalah untuk menyampaikan
sebuah cerita yang bertajuk “ Belalang Dengan Semut ”.
Pada suatu musim panas, seekor belalang
menghabiskan masa siangnya dengan menyanyi dan
menari dengan girangnya. ( nyanyian lagu---- Di Sini
Senang, Di Sana Senang. Dimana-mana hatiku
senang….. ).
1
Semut pula sibuk mengumpul bijirin dan makanan lain
dari pagi hingga petang. ( bunyi angkat barang ---- Huh-
---- Huh… sambil mengelap peluh )
Belalang ketawa melihat semut yang sedang sibuk
mengumpulkan makanan untuk musim sejuk yang bakal
tiba.
“ Hai, semut yang bebal, mengapakah kamu tidak
berseronok seperti aku sebaliknya memilih untuk
bekerja dibawah terik matahari ? ”
“ Kami sedang mengumpulkan bekalan makanan untuk
musim sejuk, kamu juga patut melakukan perkara yang
sama, ” jawab semut kepada belalang ( aksi
menggeleng-gelengkan kepala ).
Belalang itu ketawa lalu menjawab. “ Ha! Ha! Ha,
mengapa nak bimbang sangat, saya ada banyak
bekalan makanan sekarang. ” Belalang berlalu dari situ
untuk bermain dengan kawan-kawannya.
2
Akhirnya, tibalah musim sejuk. ( aksi salji turun )
Belalang itu tidak dapat mencari sebarang makanan.
Dia menggigil kesejukan dan kelaparan. Dia meminta
bantuan daripada semut. Dia mengetuk pintu rumah
semut. ( bunyi ketuk pintu – tuk…….tuk…..tuk ).
Keriut….. ( bunyi pintu dibuka )
“ Bolehkah kamu berikan saya sedikit bijirin untuk
makan malam? Saya terlalu sejuk dan lapar ” rayu
belalang kepada semut dalam nada menggeletar.
“ Hai, belalang. Apakah yang telah berlaku?”
“ Kami bekerja kuat sepanjang musim panas untuk
mengumpulkan makanan tetapi apa yang kamu
lakukan ? ” Tanya semut kepada belalang.
“ Saya tahu, saya bersalah kerana leka menyanyi dan
menari sepanjang musim panas,” kata belalang dengan
nada sedih.
3
“ Kalau begitu, bolehkah kamu menyanyi dan menari
untuk kami sekarang ? Sudah tiba masanya kamu
berusaha untuk mendapatkan makanmalam kamu ! ”
kata semut. Belalang berasa amat malu. Dia pun berlalu
dalam kesedihan. Semenjak hari itu, belalang tidak
mahu menjadi pemalas lagi.
Kawan-kawan, pengajaran daripada cerita ini ialah kita
perlu merancang untuk masa depan yang lebih baik.
Kita mesti sediakan payung sebelum hujan.
Orang yang rajin berusaha tentulah akan hidup bahagia.
Manakala orang yang pemalas berusaha pula tidak
akan dapat menikmati kesenangan dalam hidup.
Sekian, terima kasih.
4