The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

3 Minute PdP Pitching-Inovasi KAWIKA (Berkumpulan)- Brenda dan Nurul Sharmila

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shazrinna2310, 2022-08-30 08:54:18

3 Minute PdP Pitching-Inovasi KAWIKA (Berkumpulan)- Brenda dan Nurul Sharmila

3 Minute PdP Pitching-Inovasi KAWIKA (Berkumpulan)- Brenda dan Nurul Sharmila

Terma dan Syarat Pertandingan 3-Minute PdP Pitching
Sempena Bulan Transformasi KPM 2022

LAMPIRAN A

PERTANDINGAN 3-MINUTE PDP PITCHING SEMPENA BULAN
TRANSFORMASI PENDIDIKAN KPM

MAKLUMAT CALON

Kategori Pertandingan (tandakan ✓ dalam kotak berkenaan di bawah) :

Individu Prasekolah Individu Rendah

Individu Menengah Kumpulan /

(Nota: Bagi penyertaan kumpulan, setiap ahli hendaklah mengisi borang secara berasingan dan

nyatakan ketua kumpulan)

Nama Calon : No. K.P: 741204-12- 5728

BRENDA BINTI TAN @ IDA Jantina : PEREMPUAN

Alamat Sekolah : SK TANDEK,PETI SURAT 381,
.…………………………………………………………………………..

89108 KOTA MARUDU.
……………………………………………………………………………

No. Telefon Sekolah :088-661662
No. Telefon Bimbit: 011-18807162
No. Faks:088-661662
E-mel : [email protected]
Jawatan di Sekolah : 1.Penyelaras Unit Beruniform

2. Setiausaha SPLKPM
3. Tim.Setiausaha HEM
Kelulusan Akademik Tertinggi: Ijazah Sarjana Muda
Tahun/ Institusi :2012/IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu.
Kelulusan Ikhtisas: Diploma Perguruan
Tahun/ Institusi :2002/Maktab Perguruan Kent, Tuaran.
3-Minute PdP Pitching: Inovasi KAWIKA

Terma dan Syarat Pertandingan 3-Minute PdP Pitching
Sempena Bulan Transformasi KPM 2022

LAMPIRAN B
PERTANDINGAN 3-MINUTE PDP PITCHING SEMPENA BULAN

TRANSFORMASI PENDIDIKAN KPM
PENGESAHAN MAKLUMAT CALON
SALINAN KAD PENGENALAN GURU YANG DICALONKAN

Bahagian Hadapan
Kad Pengenalan

Saya mengaku bahawa salinan kad pengenalan yang dihantar (seperti ditunjukkan di
atas) mengiringi penerangan kaedah PdP yang dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah adalah butiran kad pengenalan saya yang terkini.
Saya mengaku bahawa Kaedah 3-MBainhuatgeiaPndBPelPakitacnhging saya merupakan kaedah asli
dan tidak ditru atau diambil dari kaedaKhadPPdePnogerannaglanlain atau mana-mana sumber lain.

(Tandatangan Guru yang Bertanding) 30/08/2022

(Tarikh)

Saya mengesahkan salinan kad pengenalan guru yang dicalonkan oleh Jabatan
Pendidikan __________________ untuk bertanding dalam Pertandingan 3-Minute
PdP Pitching bawah kategori individu prasekolah/individu rendah/individu
menengah/kumpulan.* (*Potong pilihan yang tidak berkenaan).

_________________________ ___________
(Tandatangan dan Cop Pengarah) (Tarikh)

Terma dan Syarat Pertandingan 3-Minute PdP Pitching
Sempena Bulan Transformasi KPM 2022

LAMPIRAN A

PERTANDINGAN 3-MINUTE PDP PITCHING SEMPENA BULAN
TRANSFORMASI PENDIDIKAN KPM

MAKLUMAT CALON

Kategori Pertandingan (tandakan ✓ dalam kotak berkenaan di bawah) :

Individu Prasekolah Individu Rendah

Individu Menengah Kumpulan ✓

(Nota: Bagi penyertaan kumpulan, setiap ahli hendaklah mengisi borang secara berasingan dan
nyatakan ketua kumpulan)
Nama Calon : NURUL SHARMILA BT No. K.P: 920118-12-6170
JUMANA

Jantina : PEREMPUAN

Alamat Sekolah : SK TANDEK PETI SURAT 381, 89108 KOTA MARUDU, SABAH
.…………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………

No. Telefon Sekolah : 088-661662
No. Telefon Bimbit: 016-3024076
No. Faks: 088-661662
E-mel : [email protected]
Jawatan di Sekolah : 1. Setiausaha HEM

2. Setiausaha PIBG
3. Ketua Penasihat PPIM
Kelulusan Akademik Tertinggi: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Dengan Kepujian
Tahun/ Institusi : 2010-2015/ IPG Kampus Tawau
Kelulusan Ikhtisas : Sijil Pelajaran Malaysia
Tahun/ Institusi : 2005-2009/SMKA Tun Said, Kota Belud
3-Minute PdP Pitching: INOVASI KAWIKA

Terma dan Syarat Pertandingan 3-Minute PdP Pitching
Sempena Bulan Transformasi KPM 2022

LAMPIRAN B
PERTANDINGAN 3-MINUTE PDP PITCHING SEMPENA BULAN

TRANSFORMASI PENDIDIKAN KPM
PENGESAHAN MAKLUMAT CALON
SALINAN KAD PENGENALAN GURU YANG DICALONKAN

Bahagian Hadapan
Kad Pengenalan

Saya mengaku bahawa salinan kad pengenalan yang dihantar (seperti ditunjukkan di
atas) mengiringi penerangan kaedah PdP yang dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah adalah butiran kad pengenalan saya yang terkini.
Saya mengaku bahawa Kaedah 3-MBainhuatgeiaPndBPelPakitacnhging saya merupakan kaedah asli
dan tidak ditru atau diambil dari kaedaKhadPPdePnogerannaglanlain atau mana-mana sumber lain.

(Tandatangan Guru yang Bertanding) 30/08/2022

(Tarikh)

Saya mengesahkan salinan kad pengenalan guru yang dicalonkan oleh Jabatan
Pendidikan __________________ untuk bertanding dalam Pertandingan 3-Minute
PdP Pitching bawah kategori individu prasekolah/individu rendah/individu
menengah/kumpulan.* (*Potong pilihan yang tidak berkenaan).

_________________________ ___________
(Tandatangan dan Cop Pengarah) (Tarikh)

Terma dan Syarat Pertandingan 3-Minute PdP Pitching
Sempena Bulan Transformasi KPM 2022

LAMPIRAN C

PERTANDINGAN 3-MINUTE PDP PITCHING SEMPENA BULAN
TRANSFORMASI PENDIDIKAN KPM
PENERANGAN RINGKAS INOVASI

Guru yang dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk Pertandingan
3-Minute Pdp Pitching Sempena Bulan Transformasi Pendidikan KPM hendaklah
menyediakan satu penulisan ringkas yang mengandungi perkara berikut:

1. Kategori pertandingan
2. Tajuk Kaedah PdP
3. Sinopsis Kaedah PdP
4. Objektif Kaedah PdP
5. Kumpulan sasaran
6. Keberkesanan PdP (Grafik dan foto)

‘KAWIKA’

Brenda Binti Tan @ Ida
Nurul Sharmila Bt Jumana
SK Tandek, Kota Marudu, Sabah

PENDAHULUAN

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam satu bentuk bagi
melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Tulisan adalah terjemahan simbol-simbol bahasa
dalam bentuk perkataan, suku kata atau ayat yang membawa sesuatu maksud. Menulis pula
adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan melahirkan bunyi-
bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

Di negara kita yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu, tulisan jawi telah wujud
sejak adab ke-13 lagi. Tulisan jawi juga dipanggil sebagai Yawi di Pattani. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, tulisan jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf jawi.
Manakala huruf jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang
digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Perkembangan tulisan jawi berhubung kait
dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan
telah diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan jawi ditulis dari
kanan ke kiri dan ditambah dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca, pa, ga,

nga, va dan nya )‫ ث‬،‫غ ؤ‬،‫ ض‬،‫ ف‬،‫)خ‬.

TAJUK INOVASI

„KAWIKA‟ ialah akronim daripada Kad Dwi Muka. Projek „KAWIKA‟ ini dibina untuk
meningkatkan kemahiran menulis huruf jawi tunggal dalam kalangan murid Tahun 1.

LATAR BELAKANG INOVASI

Inovasi yang kami laksanakan ialah „KAWIKA‟ iaitu Kad Dwi Muka. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, kad bermaksud kepingan kertas yang agak tebal dan keras yang
biasanya berbentuk empat persegi. Kad juga merupakan salah satu bahan grafik yang
mungkin mengandungi huruf, perkataan, gambar, nombor, maklumat dan sebagainya.

Frasa Dwi Muka pula bererti dua muka. Ini menjelaskan bahawa inovasi kami ialah
sejenis kad yang mempunyai dua muka. Pada muka pertama, terdapat huruf jawi tunggal.
Pada huruf jawi tunggal tersebut telah diletak dan dilekatkan tali di atasnya. Kemudian cara
membentuk huruf tersebut telah ditanda menggunakan nombor dan anak panah. Manakala
pada muka kedua pula, adalah tempat untuk murid mempraktikkan tulisan huruf jawi tunggal
yang terdapat pada muka pertama. Inovasi ini iaitu „KAWIKA‟ adalah seperti kad imbasan
atau flashcard.

Perkataan flashcard atau kad imbasan adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu
flash dan card. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan ditunjukkan secara cepat. Tetapi
bagi projek yang telah dibina ini, pada muka pertama terdapat huruf jawi tunggal yang diletak

dan dilekat tali di atasnya. Manakala pada muka kedua pula adalah ruangan untuk murid
menulis semula tulisan huruf jawi tunggal yang terdapat pada muka pertama.

Dr. Glenn Doman pengasas Institute for the Achievement of Human Potential
berpendapat bahawa menggunakan flashcard atau kad imbasan adalah selaras dengan
kemampuan otak kanan. Malah ada yang berpendapat yang kad imbasan dapat meningkatkan
konsentrasi, melatih daya ingatan, meningkatkan bahasa serta IQ. Ini adalah kerana
penggunaannya adalah selari dengan cara otak murid belajar terutama otak kanan yang
bersifat holistik iaitu menerima maklumat dengan menyeluruh.

Menurut Azizul (2009), alat bantu mengajar atau bahan bantu mengajar (BBM) amat
penting dalam memberi impak yang berkesan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Salah
satunya adalah kad imbasan yang boleh dilihat, dipegang dan dirasa oleh murid. Penggunaan
tali kecil yang digam mengikut bentuk huruf mempunyai banyak kelebihan. Kelebihan kad
imbasan ini adalah membolehkan murid merasa bentuk-bentuk huruf dengan menggunakan
jari tangan. Ini akan melatih motor halus murid dan menguatkan lagi daya ingatan mereka.

OBJEKTIF INOVASI

Inovasi ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa pengajaran dan
pembelajaran bidang jawi.

Berdasarkan tujuan inovasi, objektif inovasi adalah untuk:
i) Meningkatkan kemahiran menulis huruf jawi tunggal dengan menggunakan „KAWIKA‟.

PERNYATAAN MASALAH/ISU

Untuk projek ini, kami memfokuskan untuk mencari penyelesaian masalah bagi tulisan huruf
jawi tunggal yang tidak betul dan tidak kemas. Masalah ini telah dikesan semasa pengajaran
dan pembelajaran bidang jawi iaitu membentuk dan menulis huruf jawi tunggal. Jadual 1 di
bawah menunjukkan profil dan markah responden dalam penilaian menulis huruf jawi
tunggal.

Jadual 1
Analisis Profil dan Markah Responden dalam Penilaian

Responden Jantina Kelas Markah (%)
R1 L 1 Mawar 30
R2 L 1 Mawar 30
R3 L 1 Mawar 20
R4 P 1 Mawar 30
R5 P 1 Mawar 20

Masalah ini terjadi disebabkan menurut Mustapha Yazid, 1991 (dalam Nik Rosila Nik
Yacoob, 2007) kajian mendapati bahawa 95 peratus murid mempunyai sikap negatif terhadap
tulisan jawi seperti susah dipelajari, tidak penting dan tidak dinilai dalam peperiksaan.
Masalah yang berlaku kepada murid ini pastinya akan mempengaruhi tahap kemahiran
menulis mereka.

Kesalahan yang dilakukan oleh murid ialah tulisan huruf jawi tunggal yang tidak betul,
tidak kemas, saiz perkataan tidak sama dan tidak menulis mengikut garisan. Ini disokong oleh
Suziyana Tukiran, (2012) yang mengatakan antara kesilapan gaya penulisan yang sering
didapati dalam kalangan murid ialah saiz perkataan yang tidak konsisten dan tidak dapat
menulis dengan betul. Jadual 2 menunjukkan analisis senarai semak iaitu aspek yang
diperhatikan semasa penilaian dibuat.

Jadual 2
Analisis Instrumen Senarai Semak Sebelum Projek

Item Antara Aspek yang Diperhatikan Responden Analisis %
(f)

R1 R2 R3 R4 R5

1 Membentuk huruf jawi tunggal dengan cara // /=2 40
yang betul / /=1 20

2 Menulis huruf jawi tunggal dengan betul

3 Menulis huruf jawi tunggal dengan tulisan / / /=1 20
yang kemas / /=1 20
/=2 40
4 Menulis huruf jawi tunggal mengikut /
garisan yang terdapat pada ruang jawapan

5 Saiz perkataan adalah sama

Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kemahiran

menulis huruf jawi tunggal sangat penting dan diperlukan untuk mata pelajaran Pendidikan
Islam di sekolah. Oleh itu, kami merancang untuk menggunakan inovasi „KAWIKA‟ untuk

mengatasi masalah ini.

Inovasi ini dibina kerana terdapat banyak masalah yang berlaku berkaitan tulisan jawi.
Bagimanapun, tidak banyak projek yang dijalankan secara mendalam dan terperinci
mengenai kemahiran menulis huruf jawi tunggal dengan betul. Sedangkan bidang pelajaran
Jawi adalah penting bagi menguasai mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah.

Oleh itu, inovasi ini dilaksanakan dalam usaha untuk mengatasi masalah tulisan huruf

jawi tunggal yang tidak betul dan tidak kemas, yang dihadapi oleh murid supaya tidak

berterusan ke tahap yang lebih serius. Sehubungan dengan itu, kami berharap agar inovasi ini

dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan juga
meningkatkan minat mereka terhadap huruf jawi dengan menggunakan „KAWIKA‟.

PELAN PELAKSANAAN INOVASI

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bidang jawi dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam Tahun 1, di bawah tajuk membentuk dan menulis huruf jawi tunggal, kami mendapati
bahawa terdapat murid yang tidak tahu cara membentuk huruf jawi tunggal. Selain itu, tulisan
huruf jawi tunggal juga tidak betul, tidak kemas, saiz perkataan tidak sama dan tidak menulis
mengikut garisan.

Kaedah pengajaran yang kami laksanakan pada masa itu ialah kami telah
menunjukkan cara membentuk dan menulis huruf jawi tunggal di hadapan kelas, dengan
menulis huruf jawi tunggal di papan putih. Walaupun telah ditunjukkan cara membentuk dan
telah memberi banyak contoh kepada murid, masih terdapat murid yang tidak dapat
menguasai cara menulis huruf jawi tunggal selepas penilaian dijalankan.

Oleh itu, kami telah memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini dengan membina
projek „KAWIKA‟. Bahan yang digunakan untuk membina inovasi ini ialah kertas A4, kertas
laminate, tali, gam UHU dan binding ring. „KAWIKA‟ iaitu Kad Dwi Muka mempunyai dua
bahagian yang mana pada muka pertama terdapat tali yang dilekat mengikut bentuk huruf
yang telah dinomborkan dan mempunyai arah anak panah. Pada muka kedua pula terdapat
garis lurus iaitu ruang untuk murid menulis semula huruf jawi tunggal seperti yang terdapat
pada muka pertama.

Sampel bagi inovasi ini ialah seramai lima orang murid Tahun 1. Pemilihan sampel
adalah melalui penilaian yang dijalankan. Mereka mempunyai markah yang paling rendah
dalam penilaian tersebut. Ini berdasarkan tulisan huruf jawi tunggal yang tidak betul, tidak
kemas dan beberapa ciri yang sama iaitu saiz perkataan yang tidak konsisten dan tidak
menulis mengikut garisan.

Cara inovasi ini digunapakai ialah kami telah menerangkan cara penggunaan
„KAWIKA‟ kepada lima orang murid berkenaan berdasarkan langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Murid menyentuh tali yang telah dilekat mengikut bentuk huruf jawi
tunggal. Sentuhan pada tali ialah dengan membentuk huruf tersebut mengikut
nombor dan arah anak panah yang terdapat di atas kad pada muka pertama. Murid
diminta mengulang langkah ini beberapa kali.

Langkah 2: Murid mencuba dan mempraktik cara membentuk dan menulis huruf jawi
tunggal di atas kad pada muka kedua mengikut garisan. Murid boleh merujuk dan
meniru pada bentuk huruf, nombor dan arah anak panah yang terdapat pada kad di
muka pertama.

Selepas lima orang murid diperkenal dan telah menggunakan inovasi „KAWIKA‟,
kami telah memberi mereka penilaian yang sama seperti sebelum penggunaan inovasi ini.
Penilaian yang sama diberi bagi melihat sama ada berlaku peningkatan atau tidak dalam
pencapaian mereka. Senarai semak yang sama juga digunakan bagi menilai aspek-aspek yang
perlu diperhatikan semasa murid membentuk dan menulis huruf jawi tunggal semasa
penilaian dijalankan.

KOS BAHAN INOVASI

Kos bagi inovasi ini tidak melibatkan kos yang tinggi kerana bahan yang digunakan untuk
membina inovasi ini hanya melibatkan penggunaaan kertas A4, kertas laminate, tali, gam
UHU dan binding ring sahaja.

Kami tidak membuat „KAWIKA‟ atau Kad Dwi Muka untuk keseluruhan 37 huruf jawi
tunggal. Hal ini kerana kami hanya berfokus kepada huruf-huruf jawi tunggal yang dibentuk dan
ditulis dengan cara yang salah oleh murid. Terdapat 10 huruf jawi tunggal yang kami fokuskan di
mana kami telah membina 10 keping „KAWIKA‟. Anggaran kasar bagi kos inovasi „KAWIKA‟
adalah seperti jadual di bawah.

Jadual 3
Kos Bahan Inovasi

Bil. Bahan Harga Seunit (RM) Kuantiti Jumlah (RM)
1. Kertas A4 0.50 10 5.00
2. Kertas laminate 0.80 10 8.00
3. Tali 4.00 1 4.00
4. Gam UHU 2.00 1 2.00
5. Binding ring 0.50 10 5.00

Jumlah Keseluruhan 24.00

Jumlah keseluruhan bagi kos inovasi ini iaitu 10 keping „KAWIKA‟ ialah Ringgit
Malaysia Dua Puluh Empat (RM 24).

IMPAK/KEBERKESANAN INOVASI

Keberkesanan „KAWIKA‟ boleh dilihat melalui perbandingan markah penilaian sebelum dan
selepas inovasi.

Jadual 4
Analisis Markah Penilaian Sebelum Dan Selepas Intervensi

Penilaian

Sebelum Selepas
Intervensi Intervensi

Responden (%) Gred (%) Gred Catatan
30 D 80 A +/- (%)
(R) 30 D 90 A
R1 20 D 70 B +50
R2 30 D 80 A +60
R3 20 D 70 B +50
R4 +50
R5 +50

Berdasarkan jadual, penilaian selepas intervensi merekodkan pencapaian cemerlang

dalam kalangan responden. Ini adalah kerana tiga orang responden telah mendapat gred A
dalam penialaian tersebut dan dua orang lagi mendapat gred B. Jadual ini jelas menunjukkan
peningkatan markah yang sangat tinggi berbanding markah responden sebelum pelaksanaan
projek. Melalui analisis data yang telah ditunjukkan, penggunaan „KAWIKA‟ ternyata dapat
meningkatkan kemahiran murid menulis huruf jawi tunggal dengan betul.

Selain itu, analisis senarai semak selepas projek turut menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan dalam aspek-aspek yang diperhatikan semasa penilaian dijalankan.

Jadual 5
Analisis Instrumen Senarai Semak Selepas Intervensi

Item Antara Aspek yang Diperhatikan Responden Analisis %
(f)

R1 R2 R3 R4 R5

1 Membentuk huruf jawi tunggal dengan / / / / / /=5 100
cara yang betul

2 Menulis huruf jawi tunggal dengan betul / / / / / /=5 100

3 Menulis huruf jawi tunggal dengan // // /=4 80
tulisan yang kemas

4 Menulis huruf jawi tunggal mengikut //// /=4 80
garisan yang terdapat pada ruang ///// /=5 100
jawapan

5 Saiz perkataan adalah sama

Jadual 5 menunjukkan perubahan positif selepas inovasi „KAWIKA‟ dijalankan.
Selepas inovasi, kesemua lima orang responden telah dapat membentuk huruf jawi tunggal
dengan cara yang betul dan menulis huruf jawi tunggal dengan betul yang mana item 1 dan 2
ini menunjukkan angka 100%. Bagi item 3 dan 4 pula, hanya empat daripada lima orang
responden yang dapat melakukan item tersebut yang mewakili 80% daripada jumlah
responden. Manakala item 5 iaitu saiz perkataan yang sama juga dapat dikuasai oleh semua
responden yang menunjukkan peratus sebanyak 100%.

Kami turut menggunakan instrumen protokol temubual separa berstruktur iaitu
kaedah temubual bagi melihat keberkesanan inovasi „KAWIKA‟ ini. Kami telah menemubual

semua responden untuk mengetahui sama ada minat mereka meningkat atau tidak terhadap
huruf jawi melalui penggunaan „KAWIKA‟. Hasil temubual dianalisis menggunakan

transkripsi temubual.

Kami telah menggunakan protokol temubual separa berstruktur kerana hanya soalan
yang disediakan, manakala jawapan adalah jawapan daripada responden sendiri.

Jadual 6
Analisis Jawapan Responden Terhadap Soalan 1

Soalan 1 Jawapan Responden
R1: “Seronok, sebab boleh menulis huruf jawi
“Seronokkah belajar huruf jawi dengan dekat kad.”
„KAWIKA‟ ni? R2: “Ya, seronok.”
R3: “Seronok ustazah.”
R4: “Ya ustazah, seronok. Sebab ada tali-tali
dekat kad.”
R5: “Ya seronok, ustazah.”

Melalui analisis jawapan kelima-lima responden terhadap soalan 1, kesemua
responden menyatakan bahawa mereka berasa seronok belajar huruf jawi dengan

menggunakan „KAWIKA‟. Antara sebab yang dinyatakan ialah boleh menulis di atas kad dan
terdapat tali pada kad.

Jadual 7
Analisis Jawapan Responden Terhadap Soalan 2

Soalan 2 Jawapan Responden
R1: “Senang sudah ustazah.”
“Selepas guna „KAWIKA‟ ni, kamu rasa senang R2: “Makin senang.”
atau susah menulis huruf jawi?” R3: “Makin senang ustazah. Sebab balik-balik
sudah kan menulis.”
R4: “Senang sebab tahu sudah macam mana
mahu tulis.”
R5: “Makin senang, ustazah.”

Jadual di atas menunjukkan jawapan murid kepada soalan kedua yang telah diajukan.

Kesemua responden berpendapat bahawa mereka merasa semakin senang untuk menulis
huruf jawi selepas penggunaan „KAWIKA‟. Hal ini disebabkan murid telah berlatih menulis

pada kad dan telah mengetahui bagaimana cara untuk menulis huruf jawi tunggal.

Jadual 8
Analisis Jawapan Responden Terhadap Soalan 3

Soalan 3 Jawapan Responden
R1: “Bertambah.”
“Selepas guna „KAWIKA‟ bertambahkah minat R2: “Ya, makin bertambah.”
kamu dengan huruf jawi?” R3: “Ya, bertambah sudah ustazah.”
R4: “Makin bertambah ustazah. Sebab senang
sudah kan mahu tulis huruf jawi”
R5: “Ya ustazah. Bertambah sudah.”

Melalui analisis jawapan kelima-lima responden terhadap soalan 3, kesemua

responden menyatakan bahawa minat mereka terhadap huruf jawi semakin bertambah selepas
penggunaan projek „KAWIKA‟. Antara sebab yang diberikan adalah kerana responden

merasa senang untuk menulis huruf jawi selepas penggunaan projek ini.

Jadual 9
Analisis Jawapan Responden Terhadap Soalan 4

Soalan 4 Jawapan Responden
R1: “Mahu.”
“Nanti lain kali kalau kita belajar huruf jawi, R2: “Mahu ustazah.”
kamu mahu lagikah guna „KAWIKA‟ ni?” R3: “Mahu.”
R4: “Mahu ustazah sebab seronok guna kad ni.”
R5: “Mahu ustazah. Supaya boleh main tulis-
tulis lagi dekat kad”

Jadual di atas menunjukkan jawapan murid kepada soalan keempat. Kesemua
responden menyatakan bahawa mereka mahu untuk menggunakan „KAWIKA‟ ini semasa

mempelajari huruf jawi. Responden 4 dan responden 5 menyatakan bahawa mereka mahu

menggunakan inovasi ini kerana merasa seronok dan boleh menulis di atas kad tersebut.

Melalui instrumen temubual, jelas menunjukkan bahawa minat murid dapat huruf jawi dapat
ditingkatkan melalui penggunaan inovasi „KAWIKA‟.

FAEDAH SAMPINGAN

Faedah sampingan bagi inovasi ini ialah membantu kami untuk bersedia menghadapi apa
sahaja cabaran dan halangan yang berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran dan juga
semasa inovasi dijalankan. Inovasi yang dirancang tidak semuanya berjalan mengikut
perancangan yang telah ditetapkan. Oleh itu, kami perlu membuat perancangan lain agar
inovasi yang dihasilkan tidak berdepan dengan kegagalan. Selain itu, amalan-amalan refleksi
berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid dalam bilik darjah juga dapat
diperbetulkan.

Melalui inovasi ini juga, kami dapat memupuk pemikiran yang lebih kritikal serta
kaya dengan idea-idea yang kritis dan kreatif. Kami telah membuat pencarian di internet dan
banyak membaca bahan bacaan yang berkaitan, dalam usaha untuk menyiapkan inovasi ini.
Dengan idea-idea yang kritis dan kreatif, ia telah membantu kami dalam mengenalpasti apa-
apa saja perubahan yang berlaku. Selain itu, kami juga lebih memahami keadaan yang terjadi
di sekolah dari segi amalan pembelajaran murid, amalan pengajaran guru serta suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan aktif yang diperlukan oleh setiap murid.

Merujuk kepada kekuatan inovasi, kami mendapati bahawa implikasi penggunaan
„KAWIKA‟ dalam pengajaran dan pembelajaran telah menyelesaikan masalah yang kami
hadapi. Selain itu, inovasi ini juga telah meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam
pelajaran bidang jawi. Kami menyedari bahawa murid yang berada pada tahap sederhana dan
lemah mampu untuk mencapai tahap pencapaian yang lebih baik, jika diberikan bahan dan
bimbingan yang sesuai. Oleh itu, kami perlulah sentiasa berfikiran kreatif dalam merancang
serta menggunakan pelbagai bahan, kemahiran dan juga teknik yang bersesuaian dengan
kemampuan kognitif murid.

PENYEBARAN

Mengenai penyebaran, kami telah berkongsi mengenai projek ini bersama rakan-rakan guru
Pendidikan Islam di sekolah. Kami telah menerangkan kepada mereka tentang cara
penggunaan inovasi ini dan peningkatan yang berlaku dalam kemahiran menulis huruf jawi
tunggal dalam kalangan murid Tahun 1. Selain itu, kami juga telah menyebarkan „KAWIKA‟
di peringkat sekolah kepada beberapa orang rakan guru yang lain semasa sesi perbincangan.

Selain penyebaran di peringkat sekolah, penyebaran mengenai projek ini juga berlaku
semasa menyertai Kolokium Kajian Tindakan Peringkat Daerah Kota Marudu pada tahun lalu.
Penyebaran berlaku apabila kamia telah berkongsi kepada semua guru yang menyertai
kolokium tersebut.

Pembentangan mengenai inovasi ini juga dilakukan semasa E-KPGKM 2021 Amalan
Terbaik Pemimpin Sekolah dan Kajian Guru Peringkat Daerah Kota Marudu. Pembentangan
ini dijalankan secara atas talian yang mana telah disaksikan oleh ramai penonton secara live
streaming di aplikasi Youtube.

Penyebaran bagi inovasi ini juga berlaku apabila menyertai International Borneo
Islamic Education and Arabic Convention (IBIEAC) 2021. Program ini adalah program di
peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah. Pembentangan diadakan melalui aplikasi Webex Meet.

Penyebaran juga berlaku semasa penyertaan dan pameran dalam Karnival Inovasi Zon
Utara (KAVASI-U) Tahun 2022.

POTENSI KOMERSIAL

Inovasi „KAWIKA‟ ini mempunyai potensi komersial yang mana ia boleh digunakan oleh
semua guru Pendidikan Islam semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bidang jawi. Inovasi
ini boleh membantu murid-murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3 bagi meningkatkan
kemahiran menulis huruf jawi tunggal mereka.

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan projek ini sangat mudah untuk didapati
dan tidak rumit untuk dibina. inovasi „KAWIKA‟ ini juga tidak melibatkan kos yang tinggi
dan dapat dibina dalam masa yang singkat mengikut prosedur yang mudah.

Kegunaan inovasi ini, bahan yang mudah didapati, kos yang rendah dan prosedur
mudah untuk membina „KAWIKA‟ menunjukkan bahawa inovasi ini mempunyai potensi
komersial yang baik.

PENAMBAHBAIKAN

Bagi penambahbaikan inovasi „KAWIKA‟, kami mencadangkan agar kertas yang lebih tebal
digunakan bagi menggantikan kertas A4 yang digunakan sebelum ini. Kertas yang lebih tebal
akan menghasilkan Kad Dwi Muka yang lebih tahan tempoh penggunaannya.

Selain itu, nombor dan anak panah perlu lebih jelas dan ditulis dengan saiz yang lebih
besar. Hal ini agar murid dapat melihatnya dengan lebih baik dan tidak keliru dengan nombor
dan arah anak panah yang terdapat pada kad.

Tali yang digunakan juga perlu dilekat dengan lebih kemas. Gam UHU yang
digunakan untuk melekatkan tali pada bentuk huruf jawi mungkin boleh diganti dengan hot
glue untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik dan kemas.

RUMUSAN

Sebagai rumusan, adalah diharapkan agar inovasi ini dapat membantu guru dan murid-murid
yang berdepan dengan masalah yang sama. Kami juga mengharapkan agar hasil inovasi ini
dapat memberikan impak dalam sistem Pendidikan Islam di sekolah. Selain itu diharapkan
agar pada masa hadapan, kami akan dapat membina sesuatu inovasi yang lebih baik dan
menarik dengan menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang bersesuaian dengan tahap
murid.

Kami menyedari bahawa guru Pendidikan Islam bukan saja menyampaikan ilmu
pengetahuan dan memberi kefahaman terhadap pelajaran yang diberi, tetapi juga berperanan
merancang strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi memastikan penglibatan yang
aktif bagi setiap murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan yang aktif
dalam kalangan murid akan meningkatkan lagi pengalaman pembelajaran dan hasil
pembelajaran akan dapat dicapai dengan lebih baik.

RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah
Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2003). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah.
Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributrs Sdn. Bhd.

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin.(2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan
dalam Penyelidikan Pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud. (2004). Kajian Tindakan: Konsep &
Amalan dalam Pengajaran. Perak Darul Ridzuan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Delilah. (2011). Meningkatkan Kemahiran Menulis Jawi 10 Orang Murid Tahun 2
Optimis. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 3.

Luqman Hakim bin Romli. (2012). Pocket Picture Meningkatkan Kemahiran
Murid Mengenal Pasti Kepentingan Bentuk Muka Bumi. PenyelidikanTindakan :
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Maisarah Saidin & Latifah Abdul Majid. (2012). Pembentukan Jati Diri Kanak-
Kanak Melalui Bahan Bacaan Bahasa Malaysia: Jurnal Hadhari, 4(1), 77- 102.

Modul Pendidikan Islam. (2010). PIM 3108 Pengajaran Jawi Sekolah Rendah.
Institut Pendidikan Guru: KPM Kuala Lumpur.

Mohd Hanafi bin Suparman, Suhaimi bin Ramli. (2014). Meningkatkan
Kemahiran Mengingat Perkara Sunat Ab'ad dalam Kalangan Murid Tahun 5 Cerdik
Menggunakan Poket Ab'ad. Jurnal Pendidik.

Rosila, N. (2007). Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat Dan
Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 3.
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Salleh, A. M. (2008). Siri Pendidikan Guru: Pengajian Agama Islam & j-QAF.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Suziyana Tukiran. (2012). Meningkatkan Kemahiran Menulis Untuk Murid Tahun
1 Melalui Kaedah Ansur Maju Secara Berulang. Jurnal Pendidikan.

3-Minute Pd

Brenda bint
Nurul Sharmi
SK Tandek, K

‘KAW

dP Pitching

ti Tan @ Ida
ila bt Jumana
Kota Marudu

WIKA’

ISU/MA

Hasil Kerja Murid

ASALAH

INOV

‘KAWIKA’:
KAD DWI MUKA

VASI

Muka Pertama

Muka Kedua

BAHAN I

‘KAW
Bahan: Kertas A4, kertas l

dan bind

INOVASI

WIKA’
laminate, tali, gam UHU
ding ring

GAMBAR DAN VID

DEO PELAKSANAAN

HASIL PE

Item
Antara Aspek yang Diperhatikan

Analisis Instrumen Senarai

1 Membentuk huruf jawi tunggal
dengan cara yang betul

2 Menulis huruf jawi tunggal
dengan betul

3 Menulis huruf jawi tunggal
dengan tulisan yang kemas

4 Menulis huruf jawi tunggal
mengikut garisan pada ruang
jawapan

5 Saiz huruf jawi tunggal adalah
sama

ENILAIAN

Responden

Analisis %

R1 R2 R3 R4 R5 (f)

i Semak Selepas Intervensi
///// /=5 100

///// /=5 100

// // /=4 80

/ // /=4 80

///// /=5 100

HASIL PEN

100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
R1 R2 R3 R

NCAPAIAN

Sebelum Intervensi
Selepas Intervensi

R4 R5

MAKLUM BAL

Soalan 1 Jawapan Responden
R1: “Seronok, sebab boleh
“Seronokkah belajar menulis huruf jawi dekat
huruf jawi dengan kad.”
‘KAWIKA’ ni?
R2: “Ya, seronok.”
R3: “Seronok ustazah.”
R4: “Ya ustazah, seronok.
Sebab ada tali-tali dekat
kad.”

R5: “Ya seronok, ustazah.”

Soalan 3 Jawapan Responden
R1: “Bertambah.”
“Selepas guna R2: “Ya, makin bertambah.”
‘KAWIKA’ R3: “Ya, bertambah sudah
bertambahkah minat ustazah.”
kamu dengan huruf
jawi?” R4: “Makin bertambah
ustazah. Sebab tahu sudah
kan mahu tulis huruf jawi”

R5: “Ya ustazah. Bertambah
sudah.”

LAS ‘KAWIKA’

Soalan 2 Jawapan Responden

R1: “Senang sudah ustazah.”

“Selepas guna R2: “Makin senang.”
‘KAWIKA’ ni, kamu rasa R3: “Makin senang ustazah.
semakin senangkah Sebab balik-balik sudah kan
menulis huruf jawi?” menulis.”

R4: “Senang sebab tahu sudah
macam mana mahu tulis.”

R5: “Makin senang, ustazah.”

Soalan 4 Jawapan Responden

“Nanti lain kali kalau R1: “Mahu.”
kita belajar huruf jawi,
kamu mahu lagikah R2: “Mahu ustazah.”
guna ‘KAWIKA’ ni?”
R3: “Mahu.”

R4: “Mahu ustazah sebab
seronok guna kad ni.”
R5: “Mahu ustazah. Supaya
boleh main tulis-tulis lagi
dekat kad”


Click to View FlipBook Version