THE MOVING FORWARD SCHOOL 2022
MANUAL
PENGURUSAN
SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANGKAL KALONG
http://smkpkalong.blogspot.com
SEPATAH KATA PENGETUA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada
Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan
kesempatan untuk memikul amanah sebagai pendidik, bekerja menabur bakti
serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan
pendidikan di SMK Pangkal Kalong.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada
Jawatankuasa Buku Pengurusan Pentadbiran SMK Pangkal Kalong kerana
telah berjaya menyempurnakan buku ini. Sesungguhnya, buku panduan
pengurusan ini sangat penting sebagai garis panduan dan rujukan berterusan
kepada guru-guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih efisien, efektif dan
berfokus
Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik dan transformasi bagi memenuhi keperluan
semasa khususnya di peringkat global. Oleh hal yang demikian, seluruh warga SMKPK khususnya pendidik
bertindak sebagai arkitek sosial yang memikul tanggungjawab besar dalam memberikan pendidikan,
menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi murid ke arah yang lebih
optimum. Sehubungan dengan itu, diharapkan buku pengurusan ini membantu guru-guru membuat
perancangan dan menyediakan program-program khusus merangkumi aktiviti akademik, kokurikulum dan
sahsiah sepanjang tahun 2022 / 2023.
Matlamat utama sekolah adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan peningkatan pencapaian
murid ke satu tahap yang dapat mencapai KPI sekolah, memperkasa STEM agar murid mampu bersaing
hingga ke peringkat antarabangsa. Pembudayaan PdPc, PBD dan PLC yang berkesan diharap membantu
melonjakkan prestasi murid-murid secara holistik. Penandaras kepada kejayaan dan keberhasilan usaha-
usaha yang cekap dan berkesan adalah Kemenjadian Murid.
Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa SMKPK sebagai salah sebuah sekolah yang sentiasa
berusaha secara total untuk menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna
dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Apa juga halangan, cabaran dan transformasi yang
mendatang, seluruh warga SMKPK harus berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka dan
dengan penuh iltizam, dedikasi dan berintegriti untuk menempuh dan mengatasinya demi mencapai misi dan
visi sekolah. Teruskan tekad, gandakan usaha agar kita dapat menjadi Khalifah yang dapat menyempurnakan
tuntutan agama, bangsa dan negara.
Selamat menjalankan tugas dengan dedikasi sepanjang tahun 2022 / 2023 demi merealisasikan 'The
Moving Forward School'.
Sekian, terima kasih.
`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
`MENDIDIK DARIPADA HATI DENGAN PENUH INTEGRITI’
Saya yang menjalankan amanah,
Hajah Rosemawati binti Ibrahim
Pengetua,
Sekolah Menengah Pangkal Kalong
PERAKUAN PENERIMAAN TUGAS
Adalah saya seperti nama dan nombor kad pengenalan di bawah menerima
pelantikan dan perakuan tugas bagi tahun 2022. Saya akan melaksanakan tugas tersebut
dengan penuh tanggungjawab dan komitmen demi kepentingan kerjaya pendidikan yang
diamanahkan ke atas diri saya.
Nama Guru : ………………………………………………………….
No. Kad Pengenalan : ………………………………………………………….
Gred : ………………………………………………………….
Senarai Tugas Utama :
1. ……………………………………………………………………………………………
2. ……………………………………………………………………………………………
3. ……………………………………………………………………………………………
4. ……………………………………………………………………………………………
5. ……………………………………………………………………………………………
6. ……………………………………………………………………………………………
7……………………………………………………………………………………………..
8. ……………………………………………………………………………………………
9. ……………………………………………………………………………………………
10. …………………………………………………………………………………………..
………………………………………… Tarikh : ……………..
()
PK HAL EHWAL MURID PENGETUA PK KOKURIKULUM
PK PENTADBIRAN
PERABOT LEMBAGA DISIPLIN BADAN UNIFORM
DISIPLIN BADAN PENGAWAS GKB GKSM GKSS GKTV JADUAL SUKAN &
SEKOLAH KEBAJIKAN PELAJAR PERMAINAN
PCA PCA PCA PCA PUSAT
BANTUAN I HADIR MURID SPM T.4 T.1 & PT3 SUMBER KELAB/
KHAS HENTIAN SEJAHTERA T. 2 NILAM PERSATUAN
JK KANTIN PROBIM PANITIA MATA AKADEMIK PENILAIAN DAN
MBMMBI PELAJARAN KO PENSIJILAN
PENCERAPAN GURU AKADEMIK
DATA MURID PERHIMPUNAN RUMAH SUKAN
ASRAMA SPBT PEPERIKSAAN
BIASISWA PPDa/SLAD
PASUKAN
PENGURUSAN BADAN DAHWAH DALAMAN PBS/PBD AWAM SEKOLAH
BILIK DARJAH DAN BINA INSAN
PIBG/PIBKS
KESELAMATAN, PENGURUSAN UNIT BIMBINGAN PENGURUSAN
KESIHATAN & KECERIAN PEJABAT DAN DAN KAUNSELING PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN
KEWANGAN
(3K) PERSEKITARAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANGKAL KALONG
16450 KETEREH, KOTA BHARU, KELANTAN