The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marianiharun2, 2021-11-15 01:36:45

MAJLIS TITIAN KASIH SMK PANGKAL KALONG 2021

KERTAS






KERJA





MAJLIS






TITIAN






KASIH








SMK PANGKAL KALONG





CROWN GARDEN

HOTEL
(DEWAN PEARL
PALACE, TING 7)


4 DISEMBER 2021

(SABTU)
12.00 TENGAH HARI





ANJURAN KGSS 2021

1.0 PENGENALAN


Kelab Guru dan Staf Sokongan merupakan kelab yang mewakili semua guru dan anggota
kumpulan pelaksana yang dikenali sebagai staf sokongan. Kelab Guru dan Staf Sokongan ini
merupakan organisasi yang dilantik oleh pihak sekolah bagi tujuan menjaga kebajikan
kakitangan sekolah dan menggerakkan aktiviti yang berkaitan. Majlis Jamuan Akhir Tahun atau
Majlis Titian Kasih ini merupakan sambutan yang diadakan setiap tahun bagi meraikan guru
dan staf sokongan. Ia merupakan program tahunan yang wajib dijalankan untuk mengeratkan
silaturahim sesama warga SMKPK. Slot cabutan bertuah juga diadakan bagi menambahkan lagi
suasana ceria majlis makan tengah hari.

2.0 OBJEKTIF


Penganjuran majlis ini bukan sahaja berpaksikan peranannya sebagai acara ahunan semata-
t
mata tetapi penganjuran majlis ini menggalas misi yang tersendiri. Misi utama majlis ini ialah
untuk menjadi medium yang berkesan bagi mengukuhkan lagi pautan ukhuwah antara guru dan
staf. Bukan itu sahaja, matlamat utama pelaksanaan majlis ini juga adalah untuk merealisasikan
penghargaan buat para guru dan staf sokongan atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang
telah dicurahkan sepanjang tahun persekolahan 2021 dalam suasana cabaran pandemik covid-
19.

3.0 TEMPAT DAN TARIKH CADANGAN


Tempat : Crown Garden Hotel
Tarikh : 4 Disember 2021
Hari : Sabtu

Masa : 11.30 tengah hari - 2.45 petang



4.0 TEMA PAKAIAN : BATIK RASMI SEKOLAH

5.0 SASARAN PENYERTAAN



5.1 Guru-guru SMK Pangkal Kalong : 48 orang
5.2 Staf Sokongan SMK Pangkal Kalong: 10 orang
5.3 YDP dan NYDP PIBG : 2 orang
5.4 Pasangan guru: 4 orang
5.5 Jumlah: 64 orang


6.0 SUMBER KEWANGAN




Bil Perkara Jumlah
1 Baki yuran KGSS RM 10,161.00

2 Bayaran tambahan pasangan RM 312.00
4 org x Rm78
2 Sumbangan PIBG RM 200.00
3 Koperasi RM 100.00
Jumlah RM 10,773.00


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil. Perkara Jumlah

1. Makanan (guru & staf )
i) 8 meja x RM480.00 RM 3840.00
ii) Desert tambahan
61 org x RM3.00 RM 183.00
2. Hadiah cabutan bertuah
i) Grand prize – 1 x Rm380 RM 380.00
ii) 20 x Rm 70 RM 1400.00
iii) 25 x Rm 80 RM 2000.00
iv) 12 x Rm 100 RM 1200.00
3 ‘Door gift’
64 x RM 15 RM 960.00
4 Kek Hari Jadi dan pulut kuning berhias RM 250.00
Bulan :5,6,7,8,9, dan 12
5 Hadiah hari lahir ( 58 x RM5 ) RM 290.00
5 Kain rentang@banner RM 70.00
6 Kos pengurusan RM 200.00
Jumlah RM10,773.00

8.0 JAWATAN KUASA INDUK


Penasihat : Pn. Hjh. Rosemawati Bt Ibrahim (Pengetua)

Timbalan Penasihat I : En. Baharudin Bin Mat Nawi (PK Pentadbiran)
Timbalan Penasihat II : En. Abd Razak Bin Mamat (PK Hem)
Timbalan Penasihat III : En. Abdul Hadi Bin Yaacob (PK Kokurikulum)

Penyelaras (K) : Pn. Asiah Bt Ibrahim (GK Bahasa)
: En. Ibrahim Bin Mamat (GKSS)
: Pn. Ros Saluna Bt Che Hamid(GK Tekvo)

: Pn. Razimunira Bt Che Mud (GK Sains/Mat)
Pengerusi : En. Ahmad Suldi Bin Muhammad

Naib Pengerusi : Tn. Hj Zulhannan Bin Muhamad Yunan
Setiausaha : Pn. Mariani Bt Harun
Naib Setiausaha : Pn.Rosmizah Bt Ali

Bendahari : Pn. Norizan Bt Ibrahim
Naib Bendahari : En.Nusri Bin Mustapha


9.0 AJK PELAKSANA


Bil. Ahli Jawatankuasa Skop tugasan
1 Pengacara Majlis - Menyediakan skrip yang sesuai .
En. Wan Ridhauddeen Bin Abd Rashid - Mengacarakan majlis dari awal hingga akhir.
Pn. Azlinda Zafirah Bt Ashaary
2 Pendaftaran - Menyediakan :
Pn. Norizan Bt Ibrahim Nama dan nombor pendaftaran dan menanda
Pn. Mariani Bt Harun kehadiran
- QR Kod, Sanitizer dan Alat Cek Suhu
3 Hadiah dan Hamper - Membeli,membalut dan menghias hadiah.
Pn. Rosmizah Bt Ali - Membawa hadiah ke lokasi majlis. (bantuan
Pn. Hjh Salwani Bt Abdullah dari ahli KGSS yang lain)
Pn. Muhaniza Afiza Bt Mohamad
4 Cabutan Bertuah - Menyediakan nombor cabutan dan menentukan
Pn. Hjh Rusby Bt Omar sistem cabutan yang ingin dibuat. (Perlu
Pn. Hjh Nurul Basariah Bt Rawi berurusan dengan AJK Hadiah)
5 Bacaan Doa - Menyediakan teks dan doa yang sesuai untuk
Ustaz Hj Mohd Noor Bin Ismail majlis.

6 Buku Program - Menyediakan buku program dan mengedarkan
Tn. Hj Zulhannan b Muhamad Yunan kepada para jemputan,pentadbir,guru dan akp.
- Pastikan ejaan nama pada buku program betul.

(Rujuk buku pengurusan sekolah)
- Cetak warna dan letak reben pada buku
program untuk pentadbir (8 org) dan 2 org
tetamu undangan.
7 Penyambut Tetamu - Menyambut dan menyantuni para undangan
Pn. Asiah Bt Ibrahim terutamanya tetamu jemputan.
En. Ahmad Suldi Bin Muhammad
8 ‘Banner’ - Menempah ‘banner’ dan memasang di lokasi
Tn. Hj.Malek Bin Ismail yang sesuai (bawa stand sendiri)

9 Sponsor/Sumbangan - Menghubungi pembekal-pembekal sekolah dan
pihak berkenaan disusuli dengan surat dan
En. Ahmad.Suldi Bin Muhammad kertas kerja untuk mendapatkan sumbangan.
En. Gan Swee Teck

10 Jurugambar dan dokumentasi - Mengambil gambar yang sesuai sepanjang
En.Nusri Bin Mustapha majlis berlangsung.
En.Abd Bari Bin Mohamed
11 Persembahan Multimedia - Menyediakan bahan-bahan berkenaan
Pn. Azizah Awang Bt Hasan informasi sekolah bermula Januari hingga
Pn. Razimunira Bt Che Mud hujung November. (program KGSS 2021 &
berita-berita semasa sekolah)
- Membawa laptop dan LCD untuk persembahan.



10.0 TENTATIF PROGRAM



11.00 pagi - Ketibaan para tetamu

- Pendaftaran
11.30 tengah hari - Kata Alu-aluan Pengacara Majlis
- Bacaan doa

12.30 tengah hari - Jamuan makan
- Persembahan Multimedia
- Ucapan Pengerusi KGSS 2021

- Ucapan Pengetua SMKPK
- Acara Memotong:
*Kek Hari Lahir (Mei,Jun,Julai,Ogos,Sept dan Disember)

*Pulut Kuning
- Cabutan bertuah

- Persembahan guru
- Cabutan nombor ‘Grand Prize’ dan ‘Hadiah Misteri’
- Pengumuman J/Kuasa KGSS 2022

2.45 petang - Majlis bersurai

11.0 MENU SET MELAYU



 Pembuka selera
Kerabu mangga muda
Sambal belacan
 Sup
Sup tom yam campur
 Hidangan utama
Ikan siakap 3 rasa
Ayam bakar bermadu
Sambal sotong
Kalian ikan masin
Nasi putih
 Pencuci mulut
Pudding gula hangus
Buah-buahan (menu tambahan)
 Minuman
Air bandung

12.0 PENUTUP


Majlis Titian Kasih 2021 ini tidak akan berjaya diimplementasikan tanpa mendapat kerjasama dan

komitmen semua pihak. Oleh yang demikian, adalah diharapkan semua pihak yang terlibat dalam
pelaksanaan majlis ini dapat memberi sokongan dan komitmen yang persis lagi jitu demi
memastikan kelancaran majlis ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,





……………………………………….
(MARIANI BT HARUN) (ASIAH BT IBRAHIM)
S/U KGSS 2021 Penyelaras KGSS 2021
SMK Pangkal Kalong. SMK Pangkal Kalong.



Disokong oleh,









…………………………………………………
(ROSEMAWATI BT IBRAHIM)
Pengetua
SMK Pangkal Kalong.


Click to View FlipBook Version