DASAR KEUSAHAWANAN NAS IONAL KUMPULAN 2
07 ISI KANDUNGAN 01 02 03 04 05 06 Pengenalan Dasar Keusahawanan Nasional Objektif Dasar Keusahawanan Nasional Cabaran Pelaksanaan Dasar Keusahawanan Nasional Strategi Pelaksanaan Dasar Keusahawanan Nasional Kesimpulan Rujukan Ahli Kumpulan
PENGENALAN DASAR KEUSAHAWANAN NASIONAL Keusahawanan (Proses) Proses yang dinamik dalam mengenal pasti, mencipta, menilai dan/atau mengeksploitasi peluang perniagaan. Usahawanan (Individu) Individu yang mengambil tanggungjawab dan risiko memulakan, membangunkan dan mengembangkan sesebuah perusahaan dengan menggembelengkan sumbersumber menjadi sesuatu yang mendatangkan hasil kekayaan dan/atau kesejahteraan sejagat. Perusahaan (Entiti) Entiti yang diwujudkan untuk menjalankan aktiviti perniagaan sama ada berorientasikan keuntungan secara individu dan berkumpulan. Keusahawanan merupakan nadi kepada perniagaan. Takrifan keusahawanan akan sentiasa berubah seiring dengan evolusi landskap perniagaan, terutamanya dari aspek proses, individu dan entiti perniagaan. Dalam konteks negara Malaysia, definisi keusahawanan, Usahawanan dan Perusahaan yang akan diguna pakai adalah:
1 5 Objektif 2 Membentuk masyarakat Malaysia yang berpemikiran dan berbudaya Meningkatkan bilangan keusahawan usahawanan negara yang berkualiti , berdaya maju, berdaya tahan , berfikiran 3 global dan kompetitif 4 Mempertingkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi Menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan Mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi Malaysia yang inklusif , seimbang dan mapan
DASAR KEUSAHAWANAN NASIONAL Cabaran PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN Dalam pendidikan dan kemahiran, isu utama ialah kesukaran mengimbangi penawaran dan permintaan tenaga kerja dalam pelbagai sektor. Terdapat banyak graduan yang hanya mempunyai ijazah tetapi tidak mempunyai nilai tambah, menyebabkan majikan menjadi teliti dalam pemilihan pekerja. Ramai graduan juga terperangkap dalam kerjaya yang tidak sepadan dengan kelayakan mereka. Graduan berkemahiran tinggi perlu memupuk inovasi dan kreativiti untuk meneroka bidang baharu dan berubah daripada pencari kerja kepada penjana pekerjaan. Ini penting kerana persaingan dalam pasaran pekerjaan semakin sengit. BUDAYA DAN PEMIKIRAN Usahawan perlu sokongan komprehensif dan strategik untuk mengurangkan ketergantungan mereka pada bantuan kerajaan. Mereka juga perlu ditanam semangat keusahawanan yang kuat untuk mencari peluang dan memajukan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Ini melibatkan perubahan pemikiran dari fokus keusahawanan berdasarkan keperluan kepada keusahawanan yang melihat peluang dan inovasi, yang hanya boleh dicapai dengan peralihan dari pemikiran tetap kepada pemikiran pertumbuhan. Langkah ini dapat meningkatkan jumlah usahawan yang menumpukan kepada peluang dan inovasi, memberi sumbangan kepada kemajuan negara. TEKNOLOGI Pasaran sekarang meluas ke platform maya dengan pelbagai e-pasaran, tidak hanya terhad kepada sektor borong dan peruncitan. Perubahan dalam aktiviti pemasaran melalui perniagaan atas talian membuka peluang pasaran yang lebih luas kepada usahawan. Tetapi, kegagalan usahawan mengambil peluang ini untuk penskalaan menyebabkan jurang yang ketara di antara usahawan tempatan dan global. Cabaran yang dihadapi oleh perusahaan di Malaysia termasuklah penyerapan teknologi yang sederhana, terutamanya dengan majoriti pekerja yang mempunyai keperluan kemahiran separuh mahir. Kelemahan dalam mengadaptasi teknologi dan bergantung kepada tenaga buruh berkebolehan rendah menyebabkan peningkatan produktiviti terhalang. Keadaan ini menghalang usahawan tempatan daripada bersaing dalam pasaran global dan mengehadkan pasaran mereka. Jika tren ini berterusan, perancangan untuk menjadikan negara sebagai negara keusahawanan berasaskan inovasi akan terjejas. Menurut Survei Guna Tenaga Suku Kedua 2018, hanya 24.3% daripada 8,474,000 pekerjaan yang ditawarkan. Masalah capaian kepada sumber kewangan disebabkan oleh jurang ekspektasi antara pihak pembiaya dan pengusaha. Literasi usahawan dalam pengurusan rekod kewangan syarikat yang lemah membuatkan fasilitasi ini sukar. Kesukaran dalam menyediakan aset sebagai cagaran turut memperburuk masalah ini. Peranan Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) yang serupa dengan bank komersial juga menyulitkan usahawan mendapatkan bantuan kewangan, terutamanya bagi perniagaan baharu yang melibatkan risiko tinggi. Selain itu, kurangnya faktor pendorong dan minat menyebabkan banyak usahawan enggan meneroka peluang baru dalam bidang keusahawanan. Oleh itu, penyelesaian holistik perlu dicari untuk mengurangkan jurang-jurang ini agar sumber pembiayaan dapat dioptimumkan oleh usahawan untuk mengembangkan perniagaan dan melaksanakan strategi penskalaan. CABARAN KEPADA SUMBER PIAWAIAN KEWANGAN
1) Membudayakan Keusahawanan dalam Segenap Lapisan Masyarakat 2) Mengoptimumkan Sistem Kawal Selia dan Capaian Kepada Pembiayaan Kewangan STRATEGI PELAKSANAAN DASAR KEUSAHAWANAN NASIONAL 3) Merangsang Pembangunan Keusahawanan Bersepadu dan Holistik 4) Memacu Pertumbuhan Ekonomi Melalui Perusahaan Berteraskan Inovasi Strategi untuk meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi masyarakat Malaysia telah dilaksanakan oleh kerajaan. Pelbagai dasar dan peraturan telah dirangka oleh kementerian dan agensi kerajaan untuk menyokong matlamat pembangunan keusahawanan di negara ini. Antara strategi tersebut adalah : Keusahawanan adalah untuk semua. Ianya tidak terhad kepada sesetengah individu sahaja. Dengan memastikan pembangunan keusahawanan dilaksanakan secara bersepadu dan holistik, matlamat kerajaan untuk menyusun semula masyarakat melalui gagasan kemakmuran bersama dapat dicapai. Melalui aktiviti keusahawanan, jurang pendapatan antara rakyat akan dapat dirapatkan dengan penjanaan pendapatan tambahan serta pewujudan peluang pekerjaan baharu yang merangsang pertumbuhan sosioekonomi negara. Proses pembudayaan keusahawanan merupakan satu proses jangka panjang yang memerlukan komitmen dan usaha berterusan. Usaha untuk memupuk budaya keusahawanan akan dilaksanakan dari peringkat awal dan langkah terbaik adalah menerusi sistem pendidikan negara. Sistem tadbir urus yang baik, cekap dan efisien akan memudah cara pengurusan operasi yang lebih berkesan dan telus. Konsep ini amat bertepatan dengan langkah kerajaan untuk memenuhi aspirasi negara berasaskan prinsip keadilan, berintegriti dan pematuhan undang-undang (rule of law). Dalam konteks keusahawanan pula, sistem tadbir urus yang baik akan menghasilkan kondisi dan persekitaran yang sangat memberangsangkan untuk memulakan perniagaan, serta membina keyakinan yang utuh dalam kalangan usahawan untuk terus bergiat dalam bidang keusahawanan di negara ini. Inovasi merupakan salah satu elemen penggerak utama dalam memacu ekonomi sesebuah negara. Produk atau perkhidmatan yang melalui proses inovasi akan mempunyai nilai tambah dan lebih berdaya saing berbanding di pasaran. Namun, penghasilan produk inovasi yang mempunyai nilai tambah ini perlu disokong oleh ekosistem inovasi yang rancak. Ekosistem inovasi dan keusahawan sedia ada perlu distruktur semula dan ditambahbaik supaya kekal relevan dan memenuhi kehendak ekonomi masa depan.
KESIMPULAN Negara malaysia banyak memperkenalkan dasardasar dalam membantu perkembangan usahawan dalam negara ini. Bidang keusahawanan merupakan bidang yang sangat mudah untuk diceburi kerana bidang ini boleh diceburi oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira latar belakang, umur, bangsa, agama dan negara. Namun bidang ini senang diceburi tetapi memerlukan usaha keras daripada kerajaan untuk mengubah budaya dan pemikiran masyarakat pada masa kini yang masih mengharapkan pekerjaan berbanding menjalankan perniagaan. Perkembangan bidang keusahawanan kerajaan memerlukan usaha membantu usahawan sedia ada dan dan usahawan abru yang berinovasi dan holistik untuk memastikan Dasar Keusahawanan Negara (DKN 2030) dapat dicapai menjelang tahun 2030. Kesungguhan ini dapat dilihat berdasarkan peruntukan yang besar disediakan oleh kerajaan dalam bajet tahunan melalui agensi yang dipertanggungjawabkan.
RUJUKAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI (KUSKOP). (n.d.). MyGOV - The Government of Malaysia’s Official Portal. (n.d.).
AHLI KUMPULAN NUR HAFIZAN AFIQA BINTI MOHD RAMLAN 074685 NURUL ALIA ATHIRAH BINTI MAT RIFIN 074807 IILIYANA NAIEMAH BINTI RAMLI 074877 NUR ANIS ASHATUNNISHA BINTI MD ISA 074789 NURUL ATIKAH NADIA BINTI ZAKARIA 074712 NUR AINBALQIS BINTI MALEKI 074953 NORAIRIN SYARIZA BINTI MOHD PAUZI 074613 AMILA SYAHIDA BINTI AYUB 073031