1 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH BANDAR DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH JABATAN PENGAJIAN AM (UNIT PENDIDIKAN ISLAM) CODE COURSE : MPU23012 PENGAJIAN ISLAM EBOOKS: TUGASAN BERASASKAN MASALAH CARA UNTUK MEMUPUK KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK PREPARED FOR: USTAZ PIKRI BIN HJ MOHAMMAD PREPARED BY: MATRIC NUMBER STUDENT NAME 03DAT23F1001 NURUL ALEEYA HADFINA BINTI MOHAMAD FAISOL 03DAT23F1078 RABIHAH BINTI RUSTAM 03DAT23F1116 NUR SALSABILA BALQIS BINTI KHAIROL ANUAR SESI : 2 2023/2024
2 Isi Kandungan Bil. Perkara M/S 1. Penghargaan 3 2. Pengenalan tajuk 4 3. Objektif 5 4. Cara-cara memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk 6 5. Kepentingan memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk 7 6. Usaha-usaha memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk. 8 7. Kesimpulan 9 8. Lampiran 10 9. Rujukan 11
3 Penghargaan Assalamualaikum setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kami ucapkan kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan berdasarkan masalah ini dengan sempurna. Walaupun terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan namun ia tidaklah menjadi masalah yang besar dalam menyiapkan tugasan ini. Namun begitu kami tetap berusaha mencari dari pelbagai sumber dan hasilnya tugasan ini dapat disiapkan atas usaha keras dan juga bantuan daripada kumpulan lain dalam menyiapkannya. Disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Pikri kerana telah banyak membantu dalam memberi panduan dan tunjuk ajar tentang perlaksanaan tugasan ini. Kami amat berbangga kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada waktunya. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Kami menghargai segala nasihat, sokongan dan bantuan yang telah diberikan. Kami berharap tugasan ini akan memberikan gambaran yang jelas tentang cara untuk memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk. Sekian,terima kasih.
4 Pengenalan Tajuk Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina, India, Kadazan.Iban dan sebagainya. Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat. Maksud memupuk kemakmuran dalam kalangan masyarakat majmuk ialah apabila setiap masyarakat yang berbeza agama dan bangsa dapat bersatu padu juga menghormati antara satu sama lain tanpa mempunyai sikap iri hati terhadap bangsa yang lain. Pada abad ke-21 kini, kita dapat lihat perayaan yang kebiasaannya hanya dirai oleh sesuatu bangsa. Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri kini disambut dengan meriah dengan kehadiran masyarakat yang berbeza agama dan bangsa. Dalil yang berkaitan dengan masyarakat majmuk dalam surah Al-Isra’ 17: 70 menjelaskan bahawa Allah memuliakan anak cucu adam seluruhnya dengan tidak mengira bangsa dan golongan dan Allah juga telah melebihkan mereka daripada makhluk yang lain. Dalam surah Al-Hujurat 49:13 pula, Allah menerangkan tiada kelebihan di antara satu sama lain mengikut nilai kejadian mereka. Lebih atau kurangnya manusia disis Allah sebenarnya diasaskan kepada perbuatan mereka dan sejauh mana mereka menjaga syariat yang ditetapkan oleh Islam.
5 Objektif 1. Dapat mengetahui tentang cara-cara untuk dapat memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk. 2. Dapat memahami kepentingan memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk. 3. Dapat menyatakan usaha-usaha memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk.
6 Cara-cara memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk Cara-cara memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk ialah dari didikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak . Ibu bapa merupakan suri teladan dan menjadi contoh terbaik dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa boleh mendidik anak supaya mengenali dan menghormati kawan-kawan mereka yang terdiri daripada berbilang kaum. Anak-anak akan memahami budaya berbilang kaum dan dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum. Selain itu, pendidikan para guru di sekolah juga penting untuk memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk. Pelajar dapat mengetahui kepentingan memupuk perpaduan kaum di dalam negara. Guru juga boleh menjalankan aktiviti secara bersama yang mempunyai kaum yang berbeza. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelajar yang berbeza kaumnya. Akhir sekali, peranan kerajaan juga penting kerana dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan perpaduan kaum di dalam negara.Kerajaan boleh membuat kempen atau mengadakan ceramah perpaduam kaum. Kerajaan juga boleh mengadakan pelbagai program lain bagi menarik minat generasi muda terhadap perpaduan kaum seperti menganjurkan pertandingan membuat video atau poster.
7 Kepentingan memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk Merapatkan hubungan sesama masyarakat setempat merupakan salah satu kepentingan memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk. Menjaga silaturahim sangat dituntut dalam Islam untuk mendapat rahmat Allah serta menyuburkan hubungan sesama manusia. Selain itu, ia juga dapat menjadi contoh rujukan kepada luar negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan rujukan kehidupan terhadap negara luar. Kemudian, memupuk sikap toleransi untuk memupuk keharmonian kaum. Sikap toleransi boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian seperti memberi makanan kepada jiran dan membuat aktiviti gotong-royong untuk memastikan keselamatan jiran terjamin tanpa mengira bangsa dan agama. Akhir sekali , melahirkan masyarakat yang berhati mulia. Masyarakat yang berhati mulia akan dapat memberi impak positif kepada keadaan negara. Negara kita akan dipandang mulia oleh negara luar dan dijadikan rujukan oleh generasi akan datang.
8 Usaha-usaha memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk Usaha-usaha memupuk keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat majmuk ialah menganjurkan majlis rumah terbuka, Perpaduan kaum dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Selain itu, dengan melaksanakan sekolah wawasan penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain. Justeru itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian dapat memperkenalkan adab-adab Melayu kepada kaum Cina dan India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum masing-masing Akhir sekali dengan mengadakan Program Kenegaraan seperti program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dapat melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang bakal menjadi pemimpin negara satu masa nanti.
9 Kesimpulan Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berganding bahu dan harus sedar betapa pentingnya mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa. Semua pihak perlu menjaga nama baik Malaysia kerana kita hidup di dalam sebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai bangsa dan juga kaum. Kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini. Kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan rasa hormat tinggi antara kaum dan agama. Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha membina sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat.
10 Lampiran Harmonikan hubungan masyarakat berbilang kaum Keharmonian kaum menjadi tonggak kemakmuran dan kemajuan negara
11 Rujukan 1. Harmonikan hubungan masyarakat pelbagai kaum , diambil pada Januari 31 2020 daripada : https://www.bharian.com.my/amp/rencana/komentar/2020/01/651403/harmo nikan-hubungan-masyarakat-pelbagai-kaum 2. Cara memupuk perpaduan kaum , diambil pada December 11 2023 daripada: https://ecentral.my/cara-memupuk-perpaduan-kaum/ 3. Mengerat persaudaraan, diambil pada December 18 2020 daripada : https://www.hmetro.com.my/amp/addin/2020/12/654331/mengeratpersaudaraan 4. Kepentingan dalam pemupukan perpaduan di Malaysia, diambil pada Jun 9 2022 daripada : https://www.researchgate.net/publication/361098961_kepentingan_etika_da n_peradaban_dalam_pemupukan_perpaduan_di_malaysia 5. Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan kaum , diambil pada September 19 2019 daripada : https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduankaum.html